Pelan pengunduran Presiden Yemen diterima (Taib Mahmud Bila Pulak? DSNajib ?)

by Drs Zainuddin Awang Hamat on Sunday, April 24, 2011 at 6:21pm

Pelan pengunduran Presiden Yemen diterima

SANAA 24 April – Parti pemerintah Yemen, Kongres Agung Rakyat menerima pelan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menghendaki Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan dalam masa 30 hari.

GCC yang dianggotai oleh enam negara Teluk telah mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan negara di Yemen, Saleh memindahkan kuasa beliau kepada Naib Presidennya, dan ditamatkan protes berdarah yang menggegarkan negara miskin ini.

Mengikut inisiatif GCC itu, Saleh akan mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Parlimen dalam tempoh 30 hari, manakala pilihan raya Presiden akan diadakan dalam masa dua bulan.

“Kongres Agung Rakyat (GPC) dan sekutu-sekutunya telah menerima inisiatif GCC secara keseluruhannya,” kata Timbalan Setiausaha Agung GPC, Soltan al-Barakani yang juga ketua blok parti itu di Parlimen.

Menteri Luar Yemen, Abu Bakr al-Kurbi berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana beliau dijangka menemui rakan sejawatannya dari UAE, kini memegang kerusi Presiden GCC, mengenai keputusan tersebut, ujar Barakani.

White House semalam mengalu-alukan rancangan Saleh untuk meletakkan jawatan, sambil menggesa semua pihak supaya ‘segera’ melaksanakan peralihan kuasa secara aman.

Kelmarin, Saleh yang telah memerintah Yemen selama 32 tahun memberi sambutan dingin terhadap pelan GCC supaya beliau berundur, meskipun penunjuk perasaan kembali beramai-ramai ke jalan raya untuk menuntut penyingkiran beliau.

Seorang jurucakap perikatan pembangkang, Forum Bersama kelmarin berkata, penubuhan sebuah kerajaan perpaduan negara sedangkan Saleh masih berkuasa tidak boleh diterima dan pengunduran Presiden itu perlu bagi mencapai sebarang penyelesaian.

Saleh sebelum ini berkeras untuk berpegang pada Perlembagaan dalam sebarang peralihan kuasa. – AFP

Kambing Yang Minup Kopi 5 Gelas Sehari

Denpasar – Manusia suka minum kopi memang sudah sangat biasa, namun bagaimana pula jika kambing kecanduan minum kopi?

Tidak tertanggung, kerana sudah kecanduan, kambing betina yang diberi nama Lucy itu biasa menghabiskan tiga sampai lima gelas kopi hitam sehari.

Pemiliknya pun enggan menjual kambing kesayangannya meskipun ditawarkan harga tinggi. Dia berjanji memelihara hingga mati. Lucy hanya memerlukan beberapa detik saja untuk meminum segelas kopi.

Jangan salah sangka Lucy adalah seekor kambing betina berusia 6 tahun yang dipelihara oleh Ibu Karim di sebuah kandang di Kampung Jawa, Denpasar.

Menurut Karim, Lucy sudah biasa meminum kopi sejak kecil. Kesukaan Lucy meminum kopi dimulai sejak sering mendekati orang yang sedang asyik minum kopi.

Kerana sering didekati, orang pun memberinya kopi yang masih tersisa di gelas. Kebiasannya itu masih dilakukannya sampai saat ini.

Tak hairan jika tidak disajikan kopi, Lucy akan berteriak layaknya kambing kelaparan.

Kegemaran Lucy yang cukup unik ini membuat Karim bersama keluarganya terhibur. Mereka enggan menjual kambing kesayangannya meski pernah ditawar dengan harga tinggi.

Selain kopi, Lucy juga gemar memakan makanan yang biasa disantap manusia, seperti keropok, nasi, dan ais. Karim dengan ikhlas memberinya makanan tersebut, seperti anaknya sendiri. -okezone

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?

Harakahdaily
KUANTAN, 24 April: Siasatan siap, dihantar ke pejabat Peguam Negara, kena tendang, sudah lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

“Polis Malaysia yang terkenal dengan kecekapannya, apa yang payah sangat untuk dakwa pemilik video dan orang yang menayang klip video lucah kepada orang awam? Kan ini terang-bederang sudah bercanggah dengan akta yang ada?” sindir Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Umno Datuk T, yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik setelah Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis untuk menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatran rakaman aksi tersebut untuk kali keduanya.

“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.

“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata Khalid yang dipetik Bernama.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan bahagian mana dalam siasatan tersebut yang ditegur Pejabat Peguam Negara. Jika selepas ini polis menghantar lagi kertas siasatan kepada Peguam Negara, ini adalah kali ketiga perkara ini dilakukan.

Berikut ialah kronologi ‘pengisytiharan’ polis mengenai siasatan video seks melalui media tradisional Umno Barisan Nasional:

11 April: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi.

Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

14 April: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah memperolehi bukti-bukti ‘kukuh’ yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.

“Kami sudah mengambil kenyataan dari semua orang yang boleh membantu dalam siasatan kes ini, termasuk wanita dalam video,” Ismail dipetik berkata oleh The Star.

15 April: Acryl berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China dan menafikan laporan akhbar yang memetik Ismail sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.

Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi,” katanya kepada Bernama menerusi SMS.

18 April: Acryl berkata “kemungkinan” Datuk T akan didakwa berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Jam Omega, katanya, bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu.

April 20: Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang.

“Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

“Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

April 21: Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April 23: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, “Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari.”

“Kenyataan pihak polis bahawa mereka telah siap dan telah serah kepada pihak pnguam negara, dan media telahpun mengambarkan bahawa Datuk T trio Umno akan didakwa; tiba-tiba kini polis memerlukan masa lagi untuk lengkapkan siasatan.

“Apakah ada motif lain sehingga ianya mengambil masa yang sangat lama? Apapun rakyat akan terus menilai setiap perkara,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada perkembangan kenyataan polis yang semakin tidak menentu dan kelewatan siasatan yand didakwanya akan mendedahkan mangsa kepada pelbagai keaiban yang dimanipulasikan oleh media tradisional Umno Barisan Nasional.

Topik video seks yang didakwa membabitkan Anwar telah menjadi topik hangat media tradisional Umno Barisan Nasional sejurus selepas video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan trio Umno dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang lalu.

Parti bukan sendirian berhad, urus secara jamaah

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap ‘tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita’, lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.

Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.

“Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

“Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan,” tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.

Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.

Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.

“Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan,” tegasnya penuh berkias.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.

Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi  memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Sensasi: AC Mizal Menyertai UMNO, Andai Kaedah Bersalaman Pun Sudah ‘Melanggar Syariat’ Islam Apakah Beliau Fikir Dia Di Landasan Kebenaran !!

Trend artis menyertai parti politik nampaknya semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Paling menarik ialah selepas saja berita Bob Lokman mengisytiharkan diri menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS), tiba-tiba pula kita cuba dikejutkan dengan perkhabaran AC Mizal (foto) pula menyertai politik. tetapi, beliau tidak mengikut jejak langkah Bob Lokman sertai PAS. Dia lebih selesa memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya. Apa jua alasan yang diberikan oleh AC Mizal, namun ternyata keputusan dia mengumumkan untuk sertai UMNO itu adalah satu kesilapann besar dalam hidupnya. Malah, ramai melihat itu menandakan yang artis terbabit cukup selesa untuk terus bergelumang dalan maksiat yang selama ini dipelopori dan disuburkan oleh parti itu sendiri. Apa yang menarik antara Bob Lokman dengan AC Mizal ialah kedua-duanya “naik nama” ketika di Astro. AC Mizal menjadi Pengacara rancangan “AC Di Sini” dan kemudiannya “Akademi Fantasia”. Manakala Bob Lokman pula adalah Pengacara “Teksi Tunai” dan juga menjadi pengkritik untuk rancangan realiti TV “Raja Lawak Astro” dan pernah juga bersama “Akademi Fantasia” sebelum itu. Cuma apa yang membezakan keduanya ialah Bob Lokman dulunya adalan Penulis Lirik dan Pencipta Lagu, sebaliknya AC Mizal pula adalah artis atau penyanyi ketika bersama kumpulan 4U2C satu ketika dulu. Namun, apa yang paling istimewa ialah selepas Bob Lokman berhijrah meninggalkan Raja Lawak 5 awal tahun ini, AC Mizal pula kembali ditawarkan menjadi Pengacara “Maharaja Lawak” yang sedang ditayangkan sekarang ini. Soalnya, apakah penyertaan AC Mizal dapat menggugat sokongan generasi muda kepada Bob Lokman?.


Haram, kaedah bersalaman pun jelas sekali langgar syariat Islam


Salam keinsafan, dari kegelapan mencari kebenaran yang hakiki

Daripada dua gambar di atas, jelas kita melihat kaedah bersalam itu sahaja sudah membuktikan mana yang benar dan mana yang salah, mana yang haram mana yang tidak. Soalnya, apakah AC sedar semua ini?. Cicit Tok Kenali itu menyertai PAS dengan disaksikan oleh ribuan anak muda di Kedah. Namun, penyertaaan AC Mizal ke UMNO hanya disaksikan oleh beberapa kerat pimpinan sahaja. Apakah yang AC Mizal cari agaknya?. Ternyata beliau memang “mengejar dunia” dan akan terus karam dengan maksiat selepas ini. Tambahan pula menyertai UMNO bermakna dia bersedia untuk menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan.

[Kemasukan AC ke dalam UMNO tidak boleh disamakan dengan penyertaan Bob ke dalam PAS. Ini kerana wadah perjuangan itu jelas berbeza dan sama sekali berlainan hala tujunya. Oleh itu, penyertaan AC ke UMNO tidak lebih mahu mendapatkan “simpati” atas apa yang belum diperolehi selama ini. Umum mengetahui bahawa AC adalah seorang usahawan MLM yang sering menggunakan kelebihan namanya untuk mempengaruhi ramai orang. Malah hingga ke hari ini ramai ahli syarikat MLM AC masih kecewa dengan sikap artis itu. Ramai yang tertipu dengan konsep perniagaan yang dibuat oleh AC. Beliau bijak untuk mempengaruhi orang ramai dengan satu sistem yang jelas sekali menguntungkan dirinya. Mungkin dek kerana itu AC perlukan perlindungan, dan menyertai UMNO adalah salah satu darinya. Apakah beliau akan menemui jalan kebenaran dengan menyertai parti itu agaknya?. Semoga AC Mizal sedar apa yang beliau lakukan ini dan berani berhadapan dengan risikonya kemudian].

Bapa CD meninggal dunia

NORIO OHGA memegang cakera mini Sony pada bulan Mei 1991 di New York.

TOKYO – Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang membantu mengubah industri muzik dengan memajukan format cakera padat (CD) meninggal dunia semasa berumur 81 tahun.

Graduan sekolah muzik itu yang menjadi presiden dari 1982 hingga 1995 meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana kegagalan beberapa organnya berfungsi.

Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik dengan format CD pada 1982 bersama dengan syarikat Royal Philips Electronics.

Keputusannya untuk membeli syarikat Columbia dengan harga AS$3.2 bilion (RM10.21 bilion) pada 1989 sekali gus menjadikan Sony sebagai konglomerat hiburan.

Dia turut mereka bentuk logo Sony dan pada zaman pentadbirannya, syarikat itu memasuki pasaran permainan video.

Pada 1993, Ogha melancarkan syarikat Sony Computer Entertainment Inc yang terlibat dalam pasa-ran permainan video yang didominasi syarikat Nintendo dan Sega. – Agensi

Kaum Asli Penentu Pertukaran Kerajaan

Posted by Addin at 4/24/2011
DAP berjaya menumpaskan SUPP untuk menjadi parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas PRN Sarawak 2011, malah menggantikan SUPP sebagai parti bertunjangkan Cina yang memiliki kerusi DUN terbanyak di Sarawak.Ramai penganalisa menumpu kepada “sokongan pengundi Cina bandar memihak kepada pembangkang” ketika membincangkan kunci kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan bandar. Kesimpulan sedemikian pada hakikatnya mengabaikan konteks politik Sarawak yang istimewa. Nampaknya kita perlu meneliti wakil rakyat di sana untuk memahami persekitaran politik tempatan.Pertama, Sim Kwang Yang (gambar kiri, melambai tangan).

Beliau terpilih sebagai ahli parlimen Kuching pada tahun 1986. Dalam PRU tahun 1995, BN merasuah pengundi dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina), maka beliau mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat Cina.

Kedua, Chiew Chiu Sing. Mempertahankan kerusi Kidurong, satu-satunya ADUN DAP yang bertahan untuk tiga penggal. Beliau tetap utuh walaupun pada waktu yang paling genting untuk DAP. Dalam PRN Sarawak kali ini, terlalu ramai “bintang baru” yang menenggelami sinarannya.

Ketiga, Baru Bian. ADUN baru untuk Ba’Kelalan, Pengerusi PKR Sarawak. Keempat, See Chee How, ADUN baru Batu Lintang, pernah menjadi pembantu Sim Kwang Yang. Kelima, Ali Biju, ADUN Krian yang baru.Sesungguhnya “angin perubahan” di kalangan komuniti Cina menjadi punca bertambahnya bilangan ADUN Pakatan Rakyat, namun apakah persamaan di antara wakil rakyat yang tersenarai di atas? Fasih bertutur bahasa Cina? Mungkin bukan masalah untuk bertutur dalam dua tiga ayat yang mudah. Menang atas sokongan Cina? Untuk calon ketiga dan kelima, lihatlah struktur pengundinya untuk mengetahui jawapannya.

Atau, kita lihat dari perspektif lain, apakah faktor yang memenangkan mereka? Adakah warna kulit, kepercayaan agama atau reputasi sosial? Perbezaaan mungkin lebih daripada persamaan jikalau diteliti kriteria tersebut. Bukan sahaja di Sarawak, jawapan yang lebih tepat adalah, wakil rakyat atau mantan wakil rakyat ini mengusahakan kawasan pengundian mereka untuk jangka yang panjang, terutamanya menentang pemerintah untuk mempertahankan hak tanah adat kaum asal.

Keluar dari bingkai perkauman

Ketika Sim Kwang Yang menyandang ahli parlimen, beliau disanjung tinggi kerana berhempas pulas untuk membantu kaum asli ketika tanah adat Iban diceroboh tycoon. Chiew Chiu Sing mendalami kawasan desa, berkecimpung untuk mengusahakan pendidikan politik. Malah beliau telah celik untuk bertutur dalam bahasa Iban. Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sudah tentu tidak asing untuk komuniti kaum asli Sarawak kerana mengendalikan banyak kes tanah di mahkamah.Mereka berpegang kepada keadilan, berprihatin terhadap hak tanah adat. Keprihatinan mereka yang melangkaui batas perkauman telah meletakkan asas untuk kemenangan. Mereka telah memenangi kepercayaan dan sokongan daripada semua kaum.

Kesungguhan untuk berkhidmat di kawasan desa memenangkan Baru Bian dan Ali Biju di kawasan kaum asli, yang secara tradisionalnya dimenangi BN. Pada hakikatnya, inilah benih politik berbilang kaum (majmuk) yang disemai untuk membuahkan pertukaran kerajaan di negeri Sarawak satu hari nanti. Juga, usaha Sim Kwang Yang dan See Chee How di akar umbi sekian lama telah menjurus kepada kemenangan PR di kawasan DUN tersebut. Untuk Chiew Chiu Sing, kegigihannya telah memenangkan dirinya.

Sememangnya, parti yang berjinak-jinak dengan politik pilihan raya boleh terus menunggu peluang keemasan seperti munculnya parti Semangat 46 atau Reformasi yang dicetuskan Anwar. Pada hari-hari yang biasa, nasibnya terumbang-ambing ditentukan perubahan senario politik. Sama ada nasib memihak kepadanya, sama ada partinya menjadi kukuh, semuanya ditakdir Tuhan.

Gagal hanya dengan undi Cina

DAP mendakwa untuk membawa “perubahan” dan menumbangkan regim Taib Mahmud, apakah matlamat ini akan berjaya jika hanya menang di kesemua kawasan Cina? Apakah Roket yang mendukung “Malaysia untuk orang Malaysia” gagal membariskan lebih ramai pemimpin yang bekerja di peringkat akar umbi seperti Sim Kwang Yang, Chew Chiu Sing – untuk menerokai kawasan luar bandar, lantas menawan kubu PBB, atau bergantung kepada prestasi rakan partinya di luar bandar, tetapi dirinya berundur dan bertahan di kawasan Cina yang “selesa” untuk menunggu detik pertukaran kerajaan?Harus diberi perhatian, adalah realiti bahawa populasi Cina semakin menurun tahun demi tahun. Jikalau BN berpeluang untuk merampas semula majoriti dua pertiga, persempadanan semula kawasan pengundian semestinya tidak memihak kepada PR. BN semestinya akan mengurangkan kawasan majoriti Cina (kawasan hitam untuk BN), untuk meningkatkan peluang kelangsungan BN pada masa depan.

Berbekalkan dua faktor ini, seandainya DAP masih bergelut dalam keterbatasan ini, maka kita boleh menyimpulkan bahawa bilangan wakil rakyat DAP pada hari ini, adalah prestasi yang paling unggul untuk DAP dalam sejarahnya.

Seandainya DAP keluar dari kawasan Cina, ia semestinya akan membawa persaingan kepada rakan partinya. Namun, persaingan akan membawa kemajuan, dan persaingan sihat ini akan menawarkan peluang kepada pengundi untuk membuat pilihan. Pengundi akan mempertimbangkan parti manakah yang boleh menawarkan perkhidmatan dan idealisme yang lebih direstui. Secara perbandingan, PAS yang memiliki Kelab Penyokong PAS – kini sudah dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS, boleh membariskan calonnya untuk pilihan komuniti yang berbeza.

Walaupun Sim Kwang Yang tidak pernah bertanding di kawasan bumiputera, namun beliau telah menjadi teladan apabila bersuara lantang memperjuangkan masyarakat minoriti. Ia telah menjadi asas kepada politik majmuk di Sarawak. Namun, mengapa generasi seterusnya tidak berdiri di atas bahunya untuk memandang ke arah Putrajaya?/MR

Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 22 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu… bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh… kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,” tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

What did Mustafa say that so irked Azmin?

%d bloggers like this: