• Mursyidul Am PAS

    gambar tokguru-1
  • Presiden PAS

    hadi-quote24
  • RSS Blog Tok Guru Nik Aziz

  • RSS Blog Presiden PAS

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS zaharuddin

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Harakahdaily

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Malaysiakini

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS (Minda Tajdid) Dr Mohd Asri

    • Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih April 25, 2015
      HIDUP INI BERNAFASKAN CINTA KASIH Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA) Perkataan rahmat yang digunakan dalam bahasa kita berasal dari bahasa Arab. Rahmah dari kata rahima yang bermaksud kasih atau kasihan belas. Dari perkataan ini lahirnya perkataan rahim (womb), perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim dari […]
      admin
  • RSS Pendidik

  • RSS SaifulIslam

    • Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir February 20, 2018
      “Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya. “You know the answer. You knew the answer.” saya jawab. “But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya. “What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi. “Alaaa, abi jawab aje la!” anak saya hilang sabar. Apabila … […]
      saifulislam
  • RSS The borneopost

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Bintulu.Org

    • 51-year old teacher arrested allegedly raping Form two student in Siburan September 20, 2017
      Police arrested a 51-year-old teacher for allegedly raping a Form Two student. State CID chief SAC Datuk Dev Kumar said the victim’s mother lodged a report at the Siburan station at 5pm on Tuesday alleging that the teacher had sex with the girl in his car at a secluded location in Siburan. “This matter was […]
      Btu.Weekly
  • Blog Stats

    • 826,035 hits
  • RSS The star

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Bernama

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kerajaan Pakatan Rakyat

  • Pages

  • Advertisements

Beri kebebasan sepenuhnya bukan di bibir sahaja

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 25 April: PAS mahu kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada penulis blog Pakatan Rakyat untuk menulis mengenai sesuatu isu berdasarkan fakta.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, PAS yakin penulis blog Pakatan Rakyat sentiasa menulis berdasarkan fakta, bukan menabur fitnah seperti yang dilakukan penulis blog pro Umno BN.

“Sekiranya kebebasan diberikan sepenuhnya kepada kami para blogger, blogger pro Pakatan sentiasa mengeluarkan kenyataan dengan fakta, bukannya mengfitnah seperti yang dikatakan (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina.

Najib berkata demikian dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di ibu negara, semalam.

Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengalukan-alukan kenyataan itu namun hairan dengan beberapa tindakan yang pernah dikenakan kepada blog-blog Pakatan Rakyat yang mengkritik kerajaan namun tidak pula mengenakan tindakan kepada penulis blog Umno BN yang hebat menabur fitnah kepada Pakatan Rakyat.

“Saya mengalu-alukan kenyataan pihak kerajaan yang tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog namun saya begitu saya hairan dengan tindakan yang pernah dikenakan kepada kes beberapa orang penulis blog  pro Pakatan sedangkan dalam kes blogger pro Umno masih bebas mengfitnah pimpinan (Pakatan) tanpa tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib,” katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan itu sebagai “manis di mulut” namun realitinya kerajaan menggunakan pelbagai agensi penguatkuasa untuk menakutkan dan bertindak kepada blog pro Pakatan.

“Saya lihat kenyataan Najib itu  sebagai manis dimulut namun penuh dendam kesumat dan yang akan kena nanti adalah blog pro Pakatan.

“Ini ialah kenyataan yang cuba melunakkan blog yang tidak mesra BN,” katanya.

Namun tegasnya, tindakan menakut-nakutkan penulis blog Pakatan Rakyat tidak melemahkan semangat mereka untuk terus menyebarkan maklumat yang benar.

“Namun saya lihat ianya tidak akan menghentikan tindakan kami untuk bersama rakyat Malaysia yang dahagakan maklumat yang sebenar,” katanya.

Mac lalu, seorang seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, yang dikenali sebagai Hanief ditahan polis dan komputer ribanya dirampas.

Tangkapan itu turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: