Mahkamah dengar penggulungan hujah peguam bela

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 April: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka akan mendengar hujah penggulungan daripada peguam bela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II.

KeadilanDaily melaporkan, pada asalnya, mahkamah menetapkan Isnin lalu (18 April) sebagai tarikh mendengar penghujahan itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan tersebut dalam satu surat bertarikh 6 April.

Kes Fitnah II itu kini memasuki peringkat penggulungan hujah kedua-dua pasukan pendakwa dan peguambela selepas kesemua saksi pendakwa dipanggil memberi keterangan.

Hakim Zabidin dijangka membuat keputusan samada pendakwaraya berjaya membuktikan wujud kes prima facie sebaik sahaja kedua-dua pihak menggulung hujah mereka

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.15 petang dan 4 petang 26 Jun 2008.

Pada perbicaraan 24 Mac lalu, mahkamah menolak permohonan peguam supaya ketiga barangan yang diperoleh secara tipu helah itu tidak dijadikan sebagai bahan bukti.

Barang berkenaan iaitu tuala good morning, berus gigi dan botol mineral yang diambil ketika Anwar ditahan di lokap.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwa yang dipanggil memberi keterangan menyaksikan pelbagai kepincangan dan percanggahan keterangan antara satu sama lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: