Tiada Bukti Exco Selangor Salah Guna Dana

Tuesday, 26 April 2011 | Ruangan: Berita

KUALA LUMPUR 26 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.

Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong – Teoh Beng Hock.

Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Katanya, berdasarkan siasatannya “tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong (kanan) dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM.”

Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.

Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.

Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, “Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua.”

-Malaysiakini-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: