16 Mei..16 Sept..16 April..

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela, Karpal Singh dan Sankara  Nair.

Beliau akan membuat keputusan samada perlu memanggil Anwar membela diri atau membuang kes berkenaan.

Terdahulu, dalam hujahnya pagi ini, Mohd Yusof selaku pendakwa menyatakan keterangan Doktor Pusrawi, Dr Muhammad Osman Abdul Hamid tidak boleh diterima kerana beliau tidak membuat ujian forensik.

Mohd Yusof juga mendakwa keterangan Doktor berkenaan yang menyatakan dubur Saiful disumbat dengan objek plastik sebagai tidak benar.

Semalam, Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah,  berkata pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Ia termasuk wujud kelompongan dalam kes itu apabila pihak pendakwa tidak memanggil Dr Muhammad Osman selaku doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengesahkan tiada kesan tusukan di duburnya.

Antara lain, Karpal berkata, keterangan Saiful sebagai saksi utama pendakwa  tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar  di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela. Namun hujah karpal, keterangan yang diberikan Saiful menyatakan sebaliknya.

Malah Karpal juga menggesa mahkamah supaya mendakwa pengadu Saiful kerana berbohong di mahkamah dengan membuat pertuduhan palsu.

Sharpshooter – Keputusan Hakim kartoooon pada 16 Mei 2011 nanti sudah dijangka, pergilah tanya mana-mana peguam, bolehkah hakim buat keputusan tolak bahan bukti kemudian minggu depan, hakim yang sama batal keputusannya sendiri dan selepas itu terima semula bukti yang dia sendiri tolak.

Dunia sedang ketawakan mahkamah kita..mahkamah kita mahkamah kartooooon..

16 September 2008 – Anwar gagal tawan Putrajaya, tahun 2008 juga Pak Lah berkata akan tawan Kelantan, adakah adil jika kita Pak Lah bohong? Pak Lah bukan bohong tetapi Pak Lah gagal tawan Kelantan begitulah juga dengan Anwar bukan bohong tetapi Anwar gagal tawan Putrajaya.

16 April 2011- Anwar gagal tawan Sarawak, bn biarpun masih mampu kekalkan kuasa di Sarawak, sejarah tercatat di mana undi popular Pakatan Rakyat melonjak naik dengan begitu mendadak hingga 45%.

16 Mei 2011 – Anwar pasti akan gagal lagi…Keputusan Hakim rakyat sudah jangka..pasti Anwar terpaksa membela diri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: