Kedah timbang cukai UUM dibayar ansuran

Harakahdaily
ALOR SETAR, 27 April: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) menasihatkan pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak mengeluarkan kenyataan tidak tepat kepada media berhubung isu cukai tanah kampus itu.

Katanya, UUM perlu cermat dalam kenyataan mereka kerana kerajaan negeri Kedah sentiasa membuka ruang perbincangan dan bersedia menimbang untuk membenarkan universiti itu membayar cukai tanah secara ansuran.

“Sebaiknya janganlah pihak UUM membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media,” ujarnya kepada media di Wisma Darul Aman semalam.

Menurut beliau, pihaknya bersedia menimbang semula permohonan rebat cukai tanah daripada kampus itu sekiranya mereka berhasrat untuk membuat permohonan baru.

Tambahnya, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009 namun selepas merujuk kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) permohonan itu terpaksa ditolak.

“Pihak UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincang dengan PTG dan dibawa masuk mesyuarat Exco permohnan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia timbang,” katanya.

Beliau berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan meliputi pebagai bangunan milik kerajaan pusat  termasuklah UUM.

Menurutnya, keluasan tanah tapak UUM ialah 2,155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi.

“Rebat yang UUM dapat selama dua tahun 2006 hingga 2008 UUM hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun dan tindakan oleh kerajaan dahulu menyebabkan rakyat Kedah kerugian RM1.6 juta setahun namun Kerajaan Negeri akur kepada perjanjian.

“Hal ini adalah biasa kerana selama ini, menjadi tanggungjawab kita untuk membayar hutang-hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pihak UUM agar mematuhi perjanjian asal iaitu membayar nilai cukai RM1.7 juta kerana tempoh rebat telah berakhir.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Datuk Azdmi Din dan Pengarah PTG Datuk Muhamad Nor Raffie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: