Laluan motosikal ditutup sebulan

27/04/2011 8:17pm

KUALA LUMPUR — Laluan motosikal antara Km18.1 dan Km19 dekat persimpangan Subang Jaya menghala Kuala Lumpur di Laluan II Lebuhraya Persekutuan akan ditutup mulai hari ini sehingga 27 Mei.

Plus Expressway Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jalan akses keluar ke kawasan pembangunan perniagaan dan stesen petrol di lokasi itu.

Menurut kenyataan itu, semua penunggang ke laluan itu akan dilencongkan ke laluan kecemasan sepanjang tempoh tersebut.

Pengguna dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik yang disediakan di samping mengikuti arahan petugas PLUS di kawasan berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai penutupan itu boleh menghubungi PLUSLine dengan menelefon 1800-88-0000. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: