Rasuah Pilihanraya Iban, SUPP Berbohong Kata Bayar Gaji

Pemantau pilihan raya pertahan dakwaan beli undi

Pemantau pilihan raya Sibu (SEW) hari ini menempelak SUPP yang mendakwa parti berpangkalan di Sarawak itu pada Isnin lalu sedang membayar gaji kepada pekerja Iban yang berkumpul di pejabatnya.

Sebaliknya, SEW mengulangi dakwaannya bahawa SUPP terbabit dengan pembelian undi berdasarkan apa yang mereka saksikan dan wawancara dengan lebih 10 orang masyarakat Iban di lokasi pada hari kejadian.

Penyelaras kumpulan itu, Boney Wong, yang menjalankan siasatan dengan seorang lagi rakan memberitahu Malaysiakini mereka melawat kaawasan berkenaan dan berbual dengan lebih 10 orang sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mereka yang ditemui tidak pernah menyebut mereka dibayar gaji daripada SUPP ataupun mereka bekerja untuk SUPP ketika pilihan raya.

“Apa yang mereka beri tahu kami ialah mereka dapat (bayaran pendahuluan) RM100 sebelum hari mengundi dan jika calon BN menang, setiap seorang akan mendapat bayaran tambahan RM400.

“Jadi mereka datang ke pejabat SUPP untuk mendapatkan baki wang setelah diminta berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Boney berkata ada juga mereka yang memberitahu SEW bahawa jika calon BN menang, semua pengundi berdaftar boleh menuntut ‘baki’ RM400 dengan membawa kad pengenalan mereka.

“Kebetulan, ada seorang wanita yang mengeluarkan segulung wang kertas RM100 dari begnya dan mula mengagihkan wang berkenaan kepada rakan-rakannya.”

Katanya, wanita berkenaan tidak menyedari kehadiran anggota SEW dan terus mengagihkan wang tersebut tanpa berselindung.

Menurut Boney lagi, tindakan wanita itu selaras dengan apa yang dicerita oleh mereka yang ditemu bual di sana.

“Kami pertahankan pendirian berkenaan kerana ini ialah apa yang kami saksikan.”

Iban serbu pejabat SUPP tuntut ‘habuan’

Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran ‘baki’ tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memantau keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar ‘baki’ RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang. -mk

Ulasan GB

Bukankah ia terang lagi bersuluh satu perbuatan sogokan wang (rasuah) pilihanraya?

Mengapa SPR berdiam diri apabila ianya dilakukan oleh kompnen Barisan Nasional?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: