Video seks: Anwar beri keterangan tambahan esok

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan tambahan kepada pihak polis berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan diri beliau esok.

Keterangan tambahan itu akan dibuat di ibu pejabat PKR pada pukul 2.30 petang dan kenyataan akan dirakam DSP Shanmugamoorthy.

“Pasukan penyiasat dari ibu pejabat polis Bukit Aman telah memohon untuk merakam kenyatan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis beliau pada 22 Mac lalu.

“Kenyataan itu akan dibuat esok di ibu pejabat PKR,” kata kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR hari ini.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah membuat laporan polis pada 22 Mac lalu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi sehari selepas rakaman video seks itu didedahkan “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu yang didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dipertonton kepada media pada 21 Mac.

Anwar juga telah menafikan dengan keras bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video tersebut.

“Datuk T” yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak menayangkan rakaman video seks kepada media.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: