Pemuda PAS: BN makin terdesak mahu musnah Anwar dan Pakatan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 April — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa menggunakan rakaman video seks sebagai “senjata utama” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar berkata pihaknya membidas stategi tersebut yang disifatkan untuk mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum PKR.

“Dewan Pemuda PAS pusat membidas kerajaan Umno-BN yang menggunakan strategi politik video lucah serta mengaibkan dalam menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tindakan ini jelas menunjukkan pemimpin Umno-BN berada dalam keadaan terdesak dalam menyekat arus kebangkitan Pakatan Rakyat serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Mohd Firdaus, pihaknya juga mempersoalkan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil sikap lepas tangan kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap “Datuk T”, individu yang mendedahkan rakaman video seks itu.

“Datuk T” terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga indivitu itu telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Sehari selepas pendedahan itu, Anwar telah membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu.

“Kami juga kecewa kerana polis yang terkenal cekap dan tangkas tidak mampu membendung video itu daripada berleluasa.

“Sehingga hari ini trio Datuk T masih tidak ditangkap dan didakwa sedangkan merekalah menyebar asal video seks. Adakah PDRM juga memainkan peranan penting dalam membenarkan konspirasi politik menjatuhkan kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim?” soal beliau.

“Agaknya kalaulah video itu membabitkan pemimpin utama negara hari ini, sudah tentu PDRM bertindak sepantas kilat dalam membendung penyebaran video seks tersebut. Barangkali sudah tentu penyebar video seks itu telah awal-awal lagi disumbat ke dalam ISA serta mengharamkan mana-mana akhbar memainkan isu ini,” kata Mohd Firdaus.

Menurut Ahli Parlimen Jerai itu, pihaknya kesal dengan tindakan pihak tertentu yang memuat naik satu lagi rakaman klip video aksi seks itu di lama “Youtube” semalam.

Ekoran klip tersebut akhbar arus perdana menjadikan ia sebagai paparan utama hari ini.

“Kami kesal kerana siri kedua video klip lucah dibiarkan ditayangkan untuk tatapan awam sehinggakan gambar sedutan video seks tersebut dijadikan objek utama dalam akhbar arus perdana hari ini.

“Apakah motif sebenar gambar video seks dijadikan bahan utama di dada akhbar hari ini selain untuk mencemar imej pemimpin tersebut? Apakah dengan penyiaran gambar itu dapat mendidik rakyat Malaysia ke arah yang lebih positif?” katanya.

Justeru Mohd Firdaus percaya ia adalah satu konsprirasi yang dilakukan untuk menjatuhkan Anwar seperti mana yang dilakukan pada 1998 sehingga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan.

“Kami tetap percaya bahawa isu ini adalah konspirasi politik tahap tertinggi dan mengulangi episod memalukan pada 1998 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami yakin rakyat turut berpandangan yang sama dengan melihat layanan serta tindakan kerajaan dan PDRM berhubung isu ini,” katanya.

Wakil rakyat PAS itu juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar itu bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kami bertegas menolak modus operandi politik lucah dan melampau seperti yang dijalankan sekarang kerana jelas ia bertentangan dengan Islam.

“Islam menetapkan tuduhan terhadap pelaku zina mesti disertai dengan empat orang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut. Sekiranya pihak pendakwa gagal mengemukakan saksi, maka tuduhan qazaf perlu dikenakan terhadap trio Datuk T,” katanya lagi.

Keluar saman dengan gambar

CCTV polis akan merakam kesalahan pengguna jalan raya sebagai bukti notis saman yang dikeluarkan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mulai 1 Mei ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

“Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kaedah itu akan diguna pakai bagi semua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

“Kaedah itu digunakan sebagai bahan bukti bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya,” kata beliau.

Khalid memberitahu, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Panas: Dedahkan Video Seks Tanpa Edit, Langkah Terdesak Untuk Bantu Yakinkan Rakyat Tehadap Eskay Yang Mahu Buat “Sumpah Laknat” Hari Ini

Nampaknya, perancangan yang rapi terus dibuat oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Skrip diatur dengan baik untuk menggambarkan beliau adalah pelakon lelaki dalam video seks yang telah didedahkan itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri bahawa pihak polis mengatur perjalanan konspirasi ini dan melindungi dalang yang terlibat. Bukti jelas, bagaimana video terbabit boleh terus tersebar dalam laman Youtube sedangkan video tulen yang asal satu-satunya ada dalam simpanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ia diserahkan oleh “Trio Datuk T” semasa mereka disiasat oleh pihak polis tentang kes ini. Anehnya, bagaimana video yang dalam simpanan itu boleh terus tersebar. Malah, ia dibongkar pula oleh blogger-blogger UMNO seperti papagomo dan yang lainnya. Bukankah ini menunjukkan pihak polis telah berpakat dengan blogger terbabit untuk membenarkan mereka menaik turun video tersebut di laman Youtube mengikut arahan yang telah ditetapkan. Lantaran itu kita tidak hairan, ketika video pertama didedahkan dulu pemilik akaun Youtube terbabit didaftar di Thailand kemudian terbaru dua hari lepas (27 April) dalam versi yang kedua pula pemilik didaftarkan di Indonesia. Pihak polis sebelum ini mengesahkan mereka akan menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan video itu di Youtube. Tapi, apakah rakyat boleh percaya? Bayangkan Datuk Eskay begitu baik menyerahkan DNA di Bukit Aman dua hari lalu. Beliau hadir ke situ pada jam 10.00 pagi dan keluar sekitar jam 1.30 petang. Anehnya video siri kedua adengan seks tersebut, tiba-tiba boleh keluar di laman Youtube pada jam 1.30 petang hari yang sama. Ini jelas sesuatu yang memusykilkan sebenarnya.

Aneh, Video Tulen Pada Polis Keluar Ke Youtube

Paling menakjubkan apabila paparan video pada versi pertama kedua dan ketiga (penuh) jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Bayangkan pada versi pertama dulu ada kelihatan paparan tulisan Thailand pada skrin dan video itu tidak mempunyai paparan durasi masa. Tetapi pada versi kedua, tulisan Thailand sudah hilang pada skrin dan tiba-tiba wujud pula paparan durasi masa pada video tersebut. Lebih mengejutkan pada paparan terbaru semalam (28 April) tulisan Thailand sudah tiada semula dan begitu juga paparan masa sudah tidak terdapat lagi pada video berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula pihak polis awal-awal lagi sudah mengesahkan video itu adalah “tulen”. Bukankah ini menguatkan lagi hujjah kita sememangnya ia adalah perancangan yang dibuat antara Trio Datuk T, pihak polis dan blogger UMNO sebenarnya. Mereka juga boleh mendaftar satu akaun Youtube sementara untuk mengelirukan kita semua.


Mengejutkan, video seks tulen yang berbeza-beza pada pendedahannya

Bayangkan pemilik akaun Youtube hanya berdaftar sehari sebelum video dipaparkan. Kemudiannya selepas pihak media arus perdana seperti TV3 menyiarkan sedutan paparan video tersebut, tiba-tiba video itu dikeluarkan dari paparan Youtube terbabit. Bukankah ini satu perancangan yang dibuat, kononnya bagi menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Walhal, kemungkinan besar ia adalah sandiwara yang telah dirancang oleh mereka bagi menguatkan lagi konspirasi ini.

Video Tanpa Edit Untuk Bantu Sumpah Si Eskay

Tidak mengejutkan apabila rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan lelaki mirip Anwar dimuat naik di Youtube semalam (28 April). Ia jelas merupakan satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas beliau yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru dua hari lalu. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang semalam ahli perniagaan Datuk Eskay yang merupakan salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini. Biar pun Datuk Eskay mempelawa Anwar turut sama melakukan sumpah laknat, namun mantan TPM itu menegaskan tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana dia bukan lelaki dalam video itu.

[Walau apapun yang terjadi rakyat diminta bersabar dan melihat adengan ini dengan teliti. Satu persatu pendedahan yang dilakukan ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO Barisan Nasional. Bukan persoalan siapa pelaku atau siapa melakukannya. Namun, mereka benci kerana pemimpin UMNO dan musuh Anwar sanggup menggunakan “politik lucah” demi untuk menjatuhkan imej dan maruah dirinya. Mereka semakin takut dengan gelombang kebangkitan rakyat. Apa yang pasti, semua yang terjadi dalam kes ini jelas membuktikan ia adalah satu persediaan yang rapi untuk tetap menghantar Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh jika pun beliau dibebaskan dalam kes liwat Saiful pada 16 Mei ini. Itulah hakikat sebenarnya yang merupakan kenyataan apa yang terjadi ini. Oleh itu, rakyat diminta bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ternyata kerajaan UMNO BN sudah ketandusan idea untuk bermain dengan politik. Hingga mereka terpaksa melacurkan apa sahaja yang boleh, demi melempiaskan hawa nafsu dan dendam kesumat masing-masing.].

Kalau Pegawai SPRM disuruh berbohong…

Oleh: bashery

“Ada sapa2 lagi dalam SPRM dan PDRM yg kita boleh percaya ke?

Thursday April 28, 2011 MACC officer: Hishamuddin didn’t want his role revealed By WANI MUTHIAH
newsdesk@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: A Malaysian Anti-Corruption Commission officer revealed that he and his colleagues were instructed not to divulge the role played by then Selangor MACC deputy chief Hishamuddin Hashim in the investigations involving Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah.

Azeem Hafeez Jamaluddin told the Royal Commission of Inquiry into the death of political aide Teoh Beng Hock that Hishamuddin had instructed the MACC officers involved in the case to say that the probe was headed by the state investigation unit chief Hairul Ilham Hamzah.

He added that in reality, the operations were carried out by Hishamuddin who has since been appointed the Negri Sembilan MACC director.

“In our police statements, we mentioned the operation was headed by Hishamuddin. But we were told by him (Hishamuddin) in a meeting to say that it was Hairul Ilham,” Azeem Hafeez, 27, said.

However, apart from saying it was Hairul Ilham who had headed the investigations, all MACC officers who had been queried had not lied about the circumstances surrounding Teoh’s death, Azeem Hafeez added.

Teoh, who was Ean Yong’s political secretary, was taken to the Selangor MACC office at the 14th floor of Plaza Masalam in Shah Alam on July 15, 2009 for questioning over the alleged irregular disbursement of state funds.

He was found dead at the building’s fifth floor service corridor the following day.

Counsel representing the Bar Council Cheow Wee read out some incriminating SMSes between Azeem Hafeez and two of his colleagues when questioning the MACC officer.

In one SMS to his colleague Zurinawati Zulkifli which cited that MACC’s then director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdul had wanted to see all the officers to know what happened, Azeem Hafeez had replied: “For what? The story will become different as long as H. H (Hishamuddin Hashim) is there.”

(Mohd Shukri is currently the MACC deputy commissioner in charge of operations.)

Earlier in the day, Klang MACC officer Zulkefly Aziz, 44, admitted he had told some untruths to cover up the fact that he had played truant from work on July 16, 2009.

“Why didn’t you tell the truth? You were on the CCTV recording. You realised your mistake but you have not corrected it until now,” chided commission chairman Federal Court judge Tan Sri James Foong.

Zulkefly also claimed that he slept at Plaza Masalam’s common surau on the 13th floor.

Commissioner Datuk T. Selventhiranathan asked Zulkefly: “Why is your story so strange?”

Anwar Ibrahim Gives His Statement On The Sex Video Issue At IPD Dang Wangi 28/04/2011(terkini!!!,must see!!!!)

TVSelangor09 28042011 ESKAY Dakwa ‘Datuk T’ Ke Mahkamah Minggu Depan

Video Lucah : Papagomo direstui Polis?

Video Lucah : Papagomo direstui Polis?
Desakan demi desakan terus dibuat oleh Kedailan terhadap pihak polis untuk bertindak namun ianya terus dipandang sepi.. adakah Ahli-ahli Keadilan ini bukan rakyat Malaysia? Sedangkan mereka juga termasuk aku sendiri membayar cukai pendapatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk membiayai seluruh jentera kerajaan..
Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN

Nik Abdul Aziz Nik Mat’s Photos – Wall Photos

Alhamdulillah, baru selesai mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Banyak perkara yang dibincangkan, isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain. Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin. Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. Insya-allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia.

Dirompak Tetapi Sempat Berdakwah

Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.
Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.
Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut
“Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri” katanya kepada CNN.
Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.
Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.
Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.
Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:
“Anda telah menukar keseluruhan hidup saya … Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang slah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. ” Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi “muslim sebenar”
“Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya,” kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. “Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . “

TVSelangor09 28042011 Keadaan Rasuah Negara Membimbangkan(video!)

%d bloggers like this: