Akibat Sumpah Eskay, Ceramah Anwar Malam Tadi Dewan Kosong???

Oleh: wfauzdin_ns

BERKATNYA Eskay bersumpah walaupun beliau baca `Bismillahi…dan mengucap dua kalimah syahadah pun salah, maka ceramah Anwar malam tadi tiada sambutan. Dewan hanya separuh sahaja dipenuhi, ertinya sumpah Eskay dipercayai ramai..


Gambar yang sempat diambil hanyalah di dalam dewan sahaja, jika dilihat di luar sana sesiapa yang hadir sahaja boleh menganggarkan betapa berkesannya sumpah Eskay. InsyaAllah, sedikit masa lagi kita pamirkan kehadiran ceramah luar dan dalam dewan malam tadi di Ampang.Ada kawan bertanya, mengapa Rahim Thamby tidak bersumpah? Rahim sudah jawab, dia hanya wakilkan sahaja pada Eskay. Sudah macam berwakil Wali pula nampaknya. Mungkin di antara three strooges itu, Eskay dilihat lebih `ulamak’ dari Rahim atau Shuib. Sebab itulah, kita dengan bagaimana insan yang berjuang untuk agama ini membaca Bismillah dengan amat tertil sekali, dan melafazkan dua kalimah syahadah amat baik sekali.

Peliknya, jika mereka wakilkan kepada Eskay, mengapa Eskay hanya menyebut `aku’ dan tidak `kami’? Mungkin aku itu bermaksud kami, namun apa pun tetap bersumpah juga. Peduli apa Eskay dengan pesanan seorang Ustaz yang menasihatinya tentang Sumpah menurut Islam serta Qazaf itu. Apa yang penting buat Eskay, alang-alang buat fitnah lebih baik bersumpah terus, fitnah pun masuk Neraka, persendakan sumpah pun Neraka juga. Jadi, apa beza?/

wfauzdin.blogspot.com

Nota: Mengapa mesti pilih tajuk seperti tajuk forum? Berlaku jujurlah dalam menyampaikan maklumat. Kita tidak perlukan gimik untuk menyampaikan kebenaran. Ayat dibawah sebagai renungan.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6] – Juragan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: