Buku seberat 1,600 kg kisah Nabi Muhammad SAW akan diterbit

Oleh: setisab


JEDDAH: Satu rancangan sedang disiapkan bagi menerbitkan senaskhah buku besar mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad saw, demikian lapor pihak media di Timur Tengah, semalam.

Buku itu, yang dijangka seberat 1,600 kilogram dan mengandungi 420 muka surat, akan mempunyai setiap muka suratnya berukuran empat meter kali lima meter, kata satu laporan akhbar harian di Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar harian bahasa Arab Shams itu, buku berkenaan ditulis oleh Encik Abdullah Al-Mosleh, Setiausaha Agung Pertubuhan bagi Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran.
Ia akan diterjemahkan dalam empat bahasa antarabangsa dan bakal didaftarkan dalam buku The Guinness Book of Records.

Matlamat utama penerbitan buku tersebut ialah untuk mempromosi mesej Nabi Muhammad saw dan memberikan gambaran yang betul terhadap kehidupan dan ajaran baginda.

Usaha demikian amat penting dalam konteks masa kini, lapor laman berita Arab News.

Ini khususnya apabila musuh-musuh Islam giat melancarkan kempen yang lantang mengutuk dan mencemarkan imej Nabi Muhammad saw ketika ini, menurut penerbitnya.

‘Buku itu akan mengandungi butir-butir terperinci mengenai kehidupan Rasulullah. (Buku ini patut dibaca oleh mereka yang mengaku sebagai Ketua Agama islam)

‘Ia juga akan mengandungi 100 fakta saintifik mengenai Rasulullah, yang berkaitan dengan perubatan, kejuruteraan dan pertanian,’ kata Encik Muhammad Al-Aulaqi, seorang pengerusi Kumpulan Mashahid.

Kumpulan tersebut bertanggungjawab dalam mencetuskan idea di sebalik penerbitan buku berkenaan, menurut laporan Arab News.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: