Menteri Dalam Negeri terima ugutan bunuh, peluru hidup

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ugutan bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

“Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.

“Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam di ibunegara, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

Sampul surat itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Seorang kakitangan Hishammuddin memberitahu media bahawa dua peluru hidup itu diletakkan dalam lubang yang ditebuk dalam sebuah buku.

Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: