Pakatan teliti cadangan reformasi pendidikan

Abdul Rahim Sabri
11:55AM Apr 12, 2012
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan kertas cadangan lengkap mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara ini.

Menurutnya, kertas itu akan mengambil kira pemberian elaun, kos sara hidup, yuran dan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai komitmen untuk memberikan pendidikan percuma.

Kertas yang dirancang itu bertemakan “pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti”.

“Sekarang ini tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA), universiti awam terbatas maka, terpaksa pergi ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kosnya dua kali ganda. Kalau di IPTA (kosnya) RM25,000, di IPTS RM50,000.

“Beban boleh dikurangkan, maknanya kalau kita ambil alih sahaja, saya akan mengarahkan menteri pendidikan yang baru, terus sahaja runding dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan, dan kerajaan terus tambah (peruntukkan).

“Takkan tahun pertama kita nak buat 10 universiti. Tak mungkin. Mungkin satu dahulu, kemudian dua, tiga, yang sendirinya (akan) memberikan ruang dan peluang yang lebih baik (kepada mahasiswa),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar yang juga ketua pembangkang tidak menjelaskan secara spesifik bila beliau akan mengemukakan cadangan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: