Altantuya didakwa dapat visa Perancis di KL

Susan Loone
11:20AM Apr 12, 2012
Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia?

Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia – kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh.

NONEPegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri.

“Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

“Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya,” kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu dikeluarkan di Malaysia.

Pakatan teliti cadangan reformasi pendidikan

Abdul Rahim Sabri
11:55AM Apr 12, 2012
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan kertas cadangan lengkap mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara ini.

Menurutnya, kertas itu akan mengambil kira pemberian elaun, kos sara hidup, yuran dan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai komitmen untuk memberikan pendidikan percuma.

Kertas yang dirancang itu bertemakan “pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti”.

“Sekarang ini tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA), universiti awam terbatas maka, terpaksa pergi ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kosnya dua kali ganda. Kalau di IPTA (kosnya) RM25,000, di IPTS RM50,000.

“Beban boleh dikurangkan, maknanya kalau kita ambil alih sahaja, saya akan mengarahkan menteri pendidikan yang baru, terus sahaja runding dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan, dan kerajaan terus tambah (peruntukkan).

“Takkan tahun pertama kita nak buat 10 universiti. Tak mungkin. Mungkin satu dahulu, kemudian dua, tiga, yang sendirinya (akan) memberikan ruang dan peluang yang lebih baik (kepada mahasiswa),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar yang juga ketua pembangkang tidak menjelaskan secara spesifik bila beliau akan mengemukakan cadangan tersebut.

Bila ron95 habis… ????

Bila ron95 habis… Kena lah juga beli ron97… Memang tujuan utama keraajaan nak susahkan rakyat..!!
 — with Yahya Rokiah

PM wasatiyyah…

Najib pakai rantai…steadyyy arr PM wasatiyyah….

Isu sebenar tentang isu ptptn……umno bn penipu!!!

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dilangsaikan dengan pembayaran RM2 bilion setahun untuk jangkamasa 10 tahun dengan mengambil 3% dari hasil minyak negara RM60 bilion yang dikaut oleh kerajaan setiap tahun.

“Melangsaikan keterhutangan PTPTN bukanlah bermakna esok juga kita kosongkan akaun bank dan bayar hutang itu,” kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.

Bagi peminjam yang sudah membayar hutang PTPTN, beliau mencadangkan sistem rebat bagi menjamin keadilan kepada mereka.

Katanya, jumlah kutipan yang telah dibuat PTPTN setakat akhir tahun lalu sebanyak RM2.8 bilion masih mampu ditanggung jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Malam tadi, Rafizi membentangkan cadangan pembiayaan pendidikan tinggi dalam rangka pemansuhan pembiayaan PTPTN serta mendedahkan usaha jahat kerajaan UMNO-BN untuk mengelirukan rakyat dengan menokok tambah hutang sebenar perbadanan tersebut.

“Ia boleh dilakukan. Kita ada lebih dari cukup,” kata beliau dengan penuh yakin sambil menunjukkan bahawa angka sebenar liabiliti PTPTN adalah hanya RM24.7 bilion, setelah mengambil kira jumlah pembayaran yang telah dibuat kepada peminjam tolak bayaran yang telah dibuat oleh peminjam sehingga akhir tahun lalu.

“RM43 bilion adalah jumlah yang diluluskan, bukan jumlah yang sudah dibayar,” ujar beliau yang menjelaskan angka itu digunakan oleh kerajaan UMNO-BN untuk membohongi dan menakut-nakutkan rakyat.

Kerajaan UMNO-BN setakat ini hanya menyebut bahawa hutang tersebut tidak boleh dimaafkan kerana dikhuatiri kononnya akan membankrapkan negara

Dalam sesi runding cara dengan mahasiswa di sini malam tadi, Rafizi yang juga Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, membentangkan jawapan-jawapan kepada persoalan sejak idea memansuhkan PTPTN disebut beberapa minggu lalu.

“Kurangkanlah beli kapal terbang dan kapal selam,” ujar beliau mengulas perbelanjaan pertahanan negara yang sepatutnya boleh digunakan untuk sektor pendidikan.

Ditanya tentang masa depan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), beliau menjawab bahawa sewajarnya IPTS dikembalikan kepada ekonomi pasaran seperti sebelum 1996 apabila sektor swasta diberi dana untuk mengambil alih pendidikan tinggi dari kerajaan.

“IPTA kekal kecil supaya permintaan meningkat dan boleh disalurkan ke IPTS,” ujar beliau lagi, sambil menekankan bahawa dalam plan transformasi Najib Razak yang berjela-jela tidak ada satu pun komitmen untuk membuka universiti baru dan membuka peluang kemasukan ke IPTA lebih luas.

“Institusi swasta sepatutnya jadi pilihan bukan keterpaksaan kerana institusi awam tidak ada tempat,” ujar beliau. – Roketkini.com

SAJA NAK INGATKAN….!!!!

SAJA NAK INGATKAN…

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0 … “Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0,”- Amanah

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0 …

KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.

Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.

Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.

Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.

Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.

“Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0,” ujarnya.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Berbeza pendapat dan ideologi politik ????

Berbeza pendapat dan ideologi politik diizinkan dan sepatutnya dirai dan dihormati….tetapi jika gagal menggunakan akal dan otak yang dianugerah oleh Allah SWT itu dikira tiada kompromi untuk bersikap taksub politik …kebenaran itu amatlah pahit….

Do you happy with this kind of Negara Maju?

Do you happy with this kind of Negara Maju?

Semakin hebatkah UMNO?????

‎[admin] Semakin hebatkah UMNO dengan penganjuran wacana seperti ini? Kenapa mengelak bila diajak berhujah?

%d bloggers like this: