AKTIVITI DPPNS

Pas Kawasan Miri telah melaksanakan berbuka puasa dengan menjeput rakan pakatan rakyat di surau (miri)

Ramah Tamah Aidilfitri PAS Miri Meriah

PRESIDEN PAS MERASMIKAN PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAS SARAWAK

Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Sarawak

Liqa’ bersama Ust Azman Shapawi (pas kawasan miri)

Sumbangan kepada surau untuk pengubahsuaian bertujuan pembesaran supaya jemaah dapat menunaikan sembahyang terawih dan hari raya.

Melawat dan menubuhkan jentera pilihanraya untuk dun sarawak

Majlis ramahtamah hari raya pas negeri sarawak yang dianjurkan perhubungan negeri sarawak

Selepas liqa,kami semua menziarahi majlis perkahwinan salah seorang penduduk tempatan kampung jepak.

Sebelum berangkat mengagihkan selebih beras sumbangan dppns sempat menyumbang beberapa air mineral kepada surau berdekatan untuk sembahyang terawih.

Program perubatan percuma,taskirah agama dan ceramah kelompok bersama penduduk sebuyau.

PROGRAM DEWAN PEMUDA PAS SARAWAK dan PAS PAHANG BERSAMA PENDUDUK DI SEBUYAU

Pertemuan dengan pemuda tempatan dan penyerahan jersi bolasepak oleh ketua pemuda pas negeri sarawak.

pengalaman yang sungguh bermakna pada pemuda pas Dun Tenang.

Pemuda PAS Miri gerakkan “Orang Muda Geng Kamek”.

Selepas mesyuarat ,DEWAN PEMUDA PAS NEGERI menghadiri liqa bersama pemuda dan muslimat pas kawasan bintulu.

Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak Di Bintulu 29.01.2011

Menjadi wakil pas sarawak untuk kehadiran jemputan program gerakan perdana pendaftaran pemilih peringkat negeri sarawak.

Gambar sekitar munaqasah,mesyuarat dewan pemuda pas negeri sarawak di bintulu 16.10.2010

Gambar sekitar munaqasah,mesyuarat dewan pemuda pas negeri sarawak di bintulu 16.10.2010

Pengagihan diteruskan sehingga masa berbuka puasa dan diteruskan ke tempat yang lain.

Sumbangan beras diagihkan rumah ke rumah

Gambar aktiviti dewan pemuda negeri sarawak pada bulan ramadhan 2010 memberi sumbang beras

Rombongan dari pemuda sarawak .IJTIMAK TARBAWI 2010

Aktiviti ibadah korban Dewan pemuda pas sarawak bersama dengan pas pahang dan johor Di dun sebuyau

Aktiviti pas kawasan petra jaya bersama pemuda pas di batu kawa

Ijtima’ Pilihanraya Sarawak

<

Ijtima’ Pilihanraya Sarawak

Sekitar Perasmian Pejabat PAS Miri dan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Miri

Posted on February 5, 2010 by pemudasarawak | Edit

0 comments

Pelancaran Pejabat PAS Miri dan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri

Posted by pas-miri in Saturday, February 27, 2010

Miri, 27 Feb 2010 – Alhamdulillah pagi ini PAS Miri mara gagah setapak lagi dalam membawa Masyarakat Miri kearah perubahan politik baru . Pejabat PAS Miri telah dirasmikan oleh YB Drs Khalil Idham Lim;Ketua Penerangan PAS Perak yang jua merupakan ADUN Titi Serong. Lebih manis;pejabat PAS Miri juga menyaksikan lagi kukuhnya kerjasama Pakatan Rakyat Miri dengan hadirnya keempat empat pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat En Edwin Dundang (SNAP), En Fong Pau Teck(DAP), Dr Micheal Teo (PKR) dan YDP PAS Kawansan Tuan Haji Jofri.

YB Khalil dalam ucapan perasmiannya mengajak semua ahli PAS menggerakkan kerja dakwah kearah memasyarakatkan PAS dalam masyarakat tempatan menerusi kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan. PAS seharusnya berada dalam saf hadapan dalam memastikan prinsip Negara Berkebajikan dinikmati setiap insan di muka bumi Miri ini. Bertitik tolak roh perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W ;usaha dakwah dan kebajikan berterusan ini pasti akan membawa sinar perubahan pada seluruh masyarakat.

Pada malamnya;seluruh pemimpin Pakatan Rakyat Miri bergerak ke rumah Dr Micheal Teo, Ketua PKR Bahagian Miri bagi meraikan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri. Hampir 1,000 hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Pakatan Rakyat Miri. Majlis dihangatkan lagi dengan ucapan dari YB Drs Khalil Idham Lim yang fasih berbahasa Cina yang berjaya menarik perhatian hadirin. Dengan adanya program seumpama ini, mampu memecahkan tembok perbezaan di antara PAS dan masyarakat bukan Islam di Sarawak. Di dalam ucapannya juga menegaskan, jika benar-benar kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN benar-benar ikhlas membantu rakyat Sarawak, binalah jalan sempurna dari Miri ke Mukah. Untuk rekod, perjalanan dari Miri ke Mukah mengambil masa hamper 8 jam walaupun jaraknya hanya lebih kuran 450 KM.

Majlis juga melibatkan pemberian sumbangan pada Ibu Tunggal;Warga Miskin disamping AngPow padak anak kanak kecil. Majlis Perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri dan Majis Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Miri membuktikan kesatuan PAS, DAP, PKR dan SNAP di Sarawak sudah benar-benar bersedia bagi menggempur kubu-kubu BN di dalam Pilihanaraya DUN Sarawak yang dijangkakan berlaku dalam tahun ini.

Usrah DPPNS bersama Dr Raja Hiss S/U negeri Perak

Korban@sebuyau

Program Pemuda

Jemputan Majlis Gawai Dayak Anjuran PKR Sarawak

Majlis Hi-Tea

Perasmian muktamar Dewan Pemuda Pusat

Mesyuarat Unit Amal Pusat Pertama Bersama Dgn Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat

MUKTAMAR PUSAT

Perbahasan Usul dan Penggulungan Muktamar Dewan Pemuda Pusat

Penginapan Perwakilan Dewan Pemuda Sarawak

Mesyuarat Dewan Pemuda Negeri Sarawak di PKM

ITeM di Sarawak

Kuching, 1-2/5/09 – Badan Perhubungan PAS Sarawak dan Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan ICT & e-Media (ITeM) dengan kerjasama dari Jabatan IT PAS Pusat. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak, Saudara Rasdi dan Timbalan Pemuda PAS Sarawak, saudara Solehin.

Antara yang dibentangkan di dalam bengkel tersebut ialah memperkasakan IT untuk menyebarkan penerangan dan dakwah di bumi Sarawak. Seramai 5 orang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah membuat pembentangan dan demo untuk bengkel tersebut. Tujuan bengkel tersebut adalah sebagai langkah awal untuk PAS Sarawak menghadapi Pilihan Raya Sarawak yang ke-12 diramalkan akan berlaku tidak lama lagi. Kepentingan IT di dalam pilihan raya sekarang adalah satu keperluan setanding dengan zaman sekarang.

pemuda sarawak

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak 09

Gambar sekitar PRK Batang Ai

Terbaru dari PRK Batang Ai Sarawak

Batang Ai, DPPNS – walaupun dikatakan tidak akan ada projek ‘mee segera’ BN ketika pilihan raya, ternyata kenyataan tersebut hanyalah gimik politik oleh BN. tinjauan di batang ai mendapati terdapat banyak projek ‘mee segera’ dijalankan. seperti penurapan jalan, majlis pecah tanah, baik pulih masjid dan berbagai lagi yang segera. ianya lebih ketara apabila hari membuang undi semakin dekat.

Kenderaan milik kerajaan negeri digunakan ketika PRK di Batang Ai

rakan-rakan dari pakatan rakyat cuba membawa 'lari' bendera

rakan-rakan dari pakatan rakyat cuba membawa ‘lari’ bendera

Salah satu projek ‘mee segera’ BN di Batang Ai

Cubaan Pihak Polis Untuk Merampas Bendera PAS

Ketika situasi di stadium Batang Ai tengah hangat dengan laungan sokongan penyokong dari kedua-dua pihak calon yang bertanding, pihak polis sekali lagi cuba untuk merumitkan keadaan dengan cubaan merampas bendera PAS ketika ianya cuba untuk dibawa masuk. Walaupun pada mulanya ianya dihalang oleh pihak polis, dengan sokongan dari pihak keADILan dan DAP bendera tersebut Berjaya dibawa ‘lari’ dari rampasan pihak polis.

Pihak Polis cuba menghalang petugas PAS membawa bendera PAS ke dalam stadium

Pihak Polis cuba menghalang petugas PAS membawa bendera PAS ke dalam stadium

Yang menjadi isu di Batang Ai juga adalah penglibatan Masjid di dalam PRK. Di semenanjung heboh mengatakan bahawa Masjid tidak dibenarkan membawa hal-hal politik sedangkan di Batang Ai secara terang-terangan sekeliling kawasan Masjid Nurul Huda, batang Ai diletakkan dengan bendera-bendera dacing. Tinjauan juga melihat, poster-poster calon dari PKR yang bertanding di khianati dan dicabut. Bendera-bendera PKR dicabut dan dibuang. Inilah imej pilihan raya bersih yang dikatakan oleh BN.

Siasatan dan tinjauan menunjukkan tedapat banyak kenderaan milik kerajaan negeri berada di batang ai. Ini menunjukkan tidak keadilan BN dalam menggunakan milik rakyat dengan menggunakannya untuk kepentingan mereka. Lebih mengejutkan lagi, untuk merasmikan projek ‘mee segera’ BN di batang ai, KM Negeri menggunakan helikopter untuk tiba di batang ai. ini jelas menunjukkan ‘kekayaan sebenar’ seorang KM. Penulis merasakan jika KM ini menyatakan jumlah sebenar hartanya mungkin dia adalah orang yang paling kaya di Malaysia.

Kajian juga menunjukkan, orang melayu di Batang Ai terutama di kampung melayu, batang ai, masih menunjukkan taat setia mereka kepada BN. Kebanyakan mereka adalah orang-orang yang berumur. Penulis sempat menemu ramah dengan tidak sengaja seorang penduduk di kampung melayu, beliau menyatakan bahawa beliau ingin membalas budi kerajaan kerana memberinya tanah dan kedai kecil untuk berniaga. Pemikiran mereka adalah masih di takuk yang lama. Kebanyakan yang mahu berubah adalah orang muda. Kaum yang lain pula seperti dayak dan cina, mereka mahu berubah, baik yang tua dan muda.

Hari selasa ini akan menjadi penentu sama ada angin politik sudah sampai di sarawak atau tidak. Semoga Allah s.w.t membuka hati penduduk batang ai untuk berpihak kepada Pakatan Rakyat. Insyallah….

Gambar-gambar sekitar PRK Batang Ai

Masjid Nurul Huda di kampung melayu batang ai dipolitikkan

rakan-rakan lain datang membantu

rakan-rakan lain datang membantu

Bendera PAS berjaya di bawa 'lari' dari di rampas polis

Bendera PAS berjaya di bawa ‘lari’ dari di rampas polis

Sokongan dari Pakatan Rakyat amat kuat walaupun baru pertama kali bersua di Batang Ai. Ini lah silaturrahim antara ahli di dalam Pakatan Rakyat.

Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Batang Ai

img_0110img_0133img_0140img_0146img_0112img_0164img_0227img_0254img_0272

Kuching (28-29 Mac 09) – DPPNS, Dewan Pemuda PAS Sarawak telah bersama-sama dengan Parti keADILan Sarawak ketika hari penamaan calon untuk PRK Batang Ai. Pimpinan PAS Pusat yang hadir adalah Naib Presiden 1, YB Dato’ Haji Husam Musa dan bendahari PAS Pusat, YB Dr. Haji Mohd Hatta Ramli. Turut bersama ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Ustaz Osman Mustafa dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abg. Eddy Allyanni. Dewan Pemuda PAS Sarawak juga akan membantu dengan kerja-kerja pilihan raya sehingga hari mengundi pada 7 april 2009. Rakyat Sarawak diseru untuk berubah dan menyokong Pakatan Rakyat.

Retreat PAS Sarawak 09

Kuching 20-22 Mac (DPPNS) – Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan ‘Retreat PAS Sarawak 2009’. Ianya adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli PAS Sarawak dengan tugas-tugas ketika pilihan raya. Merasmikan bengkel tersebut adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi. Turut dijemput di dalam bengkel tersebut ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ariffin Deraman. Turut bersama ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak Ustaz Osman Mustafa dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak Abg. Eddy Allyanni. Bengkel tersebut dihadiri oleh ahli-ahli PAS dari seluruh Negeri Sarawak.

Keratan Akhbar Harakah 2-5 Mac 2009

hrkh

YB Hj Mohd. Abdul Wahid Endut ‘Berambeh’ di Sarawak

Kuching, 6/3/09(DPPNS) – Jelajah Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam iaitu YB Hj Abdul Wahid Endut akhirnya sampai ke Kuching, Sarawak. Beliau sempat ‘berambeh’ di Sarawak Bumi Kenyalang. ‘Berambeh’ di dalam Bahasa Melayu Sarawak bermaksud singgah sekejap atau tinggal sekejap.

Bersempena dengan itu Badan Perhubungan PAS serta Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, menganjurkan ceramah umum bersempena dengan kehadiran beliau di bumi kenyalang ini. Ceramah tersebut telah diadakan di Jln. Hj Mataim, Satok bertempat di perkarangan rumah Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak sendiri iaitu saudara Abg. Addy Alliyani. Ceramah bermula pada pukul 9 malam dengan kehadiran YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut pada pukul 8.45 malam. Turut hadir pada malam tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Ustaz Othman Mustapha, Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak Abg Addy Alliyani, Dr. Mohd Jolhi, Saidin Masidin dan Haji Adam Hiad. Turut juga hadir wakil dari PKR dan DAP Negeri Sarawak.

Sambutan masyarakat pada malam tersebut amat memberangsangkan walaupun hujan lebat, lebih-lebih lagi ketika YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut mula memberi berucap. Di dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan rakyat islam negeri sarawak agar sentiasa ingat akan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga mengingatkan rakyat sarawak agar berhenti dari menyokong dan mengundi kerajaan yang zalim serta memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Antara ayat-ayat beliau ialah “usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya”. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau pada PRK036 Kuala Terengganu lepas. Beliau juga sempat memperjelaskan krisis yang berlaku di Perak. Beliau memberitahu agar rakyat hanya perlu tunggu dan lihat kerajaan haram BN di Perak akan tumbang tidak lama lagi, Insyallah. Ceramah ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.

ceramah2

Bengkel Nuqaba’ PAS Negeri Sarawak

iii. Ciri-ciri nuqaba’ yang berkesan

XPDC Dakwah Valentine

Kuching (14/2/09) – Dewan Pemuda PAS Sarawak telah mengadakan XPDC Dakwah pada malam sambutan hari valentine. XPDC tersebut disertai seramai 14 orang yang terdiri daripada exco-exco dan ahli Pemuda PAS Sarawak. XPDC ini telah diketuai oleh saudara Aziz iaitu Ketua Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sarawak. Ahli XPDC dipecahkan kepada 3 kumpulan dan ditugaskan kepada kawasan masing-masing. Terdapat 3 kawasan yang menjadi pilihan antaranya, Kawasan Pasar Satok, MASJA dan Waterfront. XPDC bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 12 tengah malam. Sambutan masyarakat amat menggalakkan.

Saudara Aziz selaku Ketua Penerangan DPPNS memberi penerangan sebelum aktiviti dakwah bermula

Saudara Aziz selaku Ketua Penerangan DPPNS memberi penerangan sebelum aktiviti dakwah bermula

Ahli XPDC berehat sebelum menyambung misi

Ahli XPDC berehat sebelum menyambung misi

Kuching(31/12/08) – Dewan pemuda PAS Sarawak kawasan Kuching telah mengadakan XPDC dakwah bersempena tahun baru 2009. XPDC tersebut telah dijalankan di sekitar Bandar kuching terutama di kawasan waterfront. XPDC tersebut bermula pada pukul 11.30 dan berakhir pada pukul 1.00 pagi. Aktiviti dakwah tersebut antaranya adalah mengedar risalah-risalah kepada orang ramai yang berkumpul pada malam tersebut. XPDC dakwah tersebut disertai seramai 9 orang termasuk Ketua Pemuda PAS Sarawak sendiri iaitu Abg. Addy serta ajk-ajk pemuda PAS Kawasan Kuching.

Kesan dari XPDC itu juga dapat dilihat kepincangan anak-anak muda sekarang yang sibuk mengejar dunia dan terlupa akan ajaran agama islam yang mereka anuti sejak dari azali. Terdapat juga pelancong-pelancong asing yang tanpa segan silu berpeluk dan membuat pernafasan dari mulut ke mulut. Itulah yang menjadi ikutan anak remaja sekarang. Bertudung, tapi tanpa segan silu berpeluk tanpa rasa bersalah kepada agama dan kepada ibu bapa. Bukan sahaja anak muda terdapat juga anak tua yang berkumpul pada malam tersebut. Semua ahli XPDC berasa kecewa dengan perilaku manusia sekarang. Di mana fungsi majlis agama islam Sarawak di dalam membendung gejala-gejala yang sedemikian? Persoalan tersebut hendaklah ditanya kepada diri sendiri. Semoga XPDC berkenaan dapat diteruskan tradisinya sehingga Islam tertegak di bumi.

Berkumpul sebelum memulakan XPDC Dakwah Tahun Baru 2009

Berkumpul sebelum memulakan XPDC Dakwah Tahun Baru 2009

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abg. Addy mengedarkan risalah kepada anak-anak muda

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abg. Addy mengedarkan risalah kepada anak-anak muda

Ahli-ahli XPDC mengedarkan risalah kepada pengunjung waterfront pada malam tersebut

Ahli-ahli XPDC mengedarkan risalah kepada pengunjung waterfront pada malam tersebut

Khamis (10 Nov) – PAS Sarawak kawasan Kuching bertuah kerana dapat membuat liqa’ fiqri bersama exco Kerajaan Negeri Kelantan ADUN kawasan Limbongan iaitu YB Drs. Zainuddin B. Awg Hamat.

Liqa’ fiqri tersebut dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada pimpinan

PAS Sarawak iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Ustaz Osman Mustafa,

Pemuda PAS kawasan Kuching serta ahli usrah kawasan Petra Jaya.

Kedatangan YB Drs. Zainuddin adalah bersempena dengan seminar PEMADAM

yang diadakan di kuching. Beliau merupakan pengerusi PEMADAM bagi

Negeri Kelantan.

Di dalam liqa’ tersebut, beliau berkongsi pengalamannya sebagai seorang

pejuang PAS dan wakil rakyat. Beliau juga memberi tazkirah ringkas

tetapi padat dan bermanfaat.

45 Responses

  1. slm untuk memperkukuh gerak tindak dppsarawak di dalam gerakerja menangani gejala sosial di kalangan remaja, sila ke laman web http://urusetialandas.blogspot.com/

  2. Teruskan usaha saudara-saudara semua.

    Juga, lebih menarik jika diberi tumpuan pada Kawasan Batang Sadong dan Batang Lupar.

    Selamat mendapat wakil rakyat PAS dalam pilihan raya DUN Sarawak nanti serta rakan-rakan dalam PR. Juga tak lupa dengan wakil rakyat yang bakal melompat!🙂

  3. Steadi PAS…..mun kamek balit kamek join kitak org…kinek tok nuntut ilmu dari PAS kat pusat lok..hehe

  4. Salam ukhuwah buat semua pejuang Islam di Sarawak. Semoga cita2 kita untuk melihat Islam memerintah di Sarawak terlaksana!INSYAALLAH.
    Doakan Bintulu Tapak Baru untuk PR bertapak.

  5. assalamualaikum sahabat2 seperjuangan ku di bumi swk.ana rindu antum d sinun..teruskan usaho antum.semoga Allah memberi kekuatn & menetapkan iman kito dalam perjuangan Islam…doakan ana distuk tabah dlam menuntut ilmu.salam perjuangan utk sahabat2 di malaysia — “عش كريما أو مت شهيدا”

  6. Assalamualaikum w.b.t

    Saya pernah bekerja di Sarawak selama 5 tahun dan baru pulang ke semenanjung tahun 2008. Di sini saya ingin berpesan kepada saudara dan rakan-rakan. Jika saudara benar-benar ingin menyebarkan islam dan dakwah di sarawak saya berpendapat lebih baik saudara tidak campur adukkan dengan ideologi politik mana-mana parti kerana nawaitu saudara adalah untuk tujuan politik. Saya cadangkan ikut golongan tabligh. TQ

    • Terima kasih dengan cadangan hamba allah. Tetapi kami adalah sebuah parti yang memperjuangkan dan berdasarkan islam. Siasah @ politik tidak dapt dipisahkan dari agama, seperti kisah Nabi memasuki negara mekah tanpa berperang. Berhubung dengan nawaitu, itu adalah perkara yang Allah s.w.t sahaja yang tahu. siapalah kita untuk mengetahui niat seseorang di dalam hati. Saya raya anda perlu mendalami ilmu islam lagi.

      • anta faham tak islam, kalau tak belajar, mana ada ilmu, ilmu celup ada la, nak cakap cermin diri dulu la

      • Salam dah tengok cermin tak ada apa-apa pun,kalau nak bagi komen gunakan bahasa jelas dan sopan .Nak tanya ada baca sejarah perkembangan islam ratusan tahun dahulu macam mana mereka dapat memerintah negara dan satu soalan anta dah buat kerja-kerja islam sebelum ni atau kritik org islam yg ikhlas dalam perjuangan.

    • Sejak merdeka Sarawak semakin maju dengan kebendaan dan remajanya pula semakin jauh dari agama. Satu tempoh yang panjang telah kita beri untuk BN merangka memahamkan masyarakat islam s’wak. Di Kpg Pusa YB nya org Islam tapi suraunya tak siap-siap selepas diroboh. Pihak Tabligh perlu jumpa YB untuk dakwah. Skarang tak tau dah siap ke belum surau kpg pusa tu. Yang nampak benda ni org PAS yang gila kuasa je..org tabligh tak nampak pun masalah ni.

  7. salam hamba allah,kalau x pandai bersiasah,jgn nak racun org join tabligh,pas gunakan politik utk berkuasa,dan apabila dah memegang kuasa,mudahlah utk berdakwah,bukak sikit minda tu!

    • nabi berdakwah tak tunggu kuasa dulu, kalau tunggu kuasa samapi bila, jangan asyik berpolitik saja, sampai kan islam secara syumul, jangan jadi ahli pas celup,

      • Salam ,sahabat adakah anda telah membaca perlembagaan pas dan sejarah perjuangan pas kepada orang islam selama puluhan tahun. kalau sudah barulah boleh buat komen.

      • Pas tak pernah menunggu utk dpt kuasa baru nak berdakwah. Politik adalah tanggunjawab setiap umat Islam…dalam memilih kepimpinan yang amanah. Islam tak akan disampaikan secara syumul kalau menteri yang dilantik Islam tapi tidak amanah. Pilihanraya lima tahun sekali pas tidak menunggu dun dan perlimen dibubarkan..kerja kebajikan dan penerangan tentang islam terus dijalankan. Pas juga membela rakyat yang dizalimi…mansuhkan isa..menghantar bantuan kepada rakyat palestin…Jadi PAS adalah gerakkan Islam.

  8. apa yg sedara “hamba allah” perjuangkan,saudara berpegang pada fahaman secular ke,memisahkan agama dengan politik…pahaman sedara ni lah fahaman y cukup bahaya..Syeikh Mustafa Sabri (1869-1954) seorag ulamak masyhur yg hidup di zaman Khalifah Uthmaniyyah telah berfatwa “Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama denagn politik” -نعوذ بالله من ذالك

  9. Teruskan usaha murni saudara-saudara semua.

  10. Assalamualaikum… semoga allah meredhai perjuangan anda semua. Soalan kmk, cam ne kmk nak joint aktiviti ktk urang owh? Kmk baruk tauk ada pemuda pas sarawak tok..

  11. Kmk sentiasa menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS. Perjuangan menegakkan politik Islam Siasah Syariyyah.

    Kmk ingin mok menyumbang kudrat dan tenaga kepada PAS Sarawak tapi umur lom cukup gyk. Gyk masih F5. Belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di KL.

    Insyaallah lekak habis belajar, kamek akan sama-sama menguatkan saf serta memberi sumbangan idea untuk memajukan jentera PAS Sarawak. Kita harus bergerak dengan lebih efektif dan efisien.

    Kita mesti tunjukkan yg kita mampu merampas Sarawak dan menyelamatkan rakyatnya daripada kezaliman BN dan kelekaan duniawi semata-mata.

  12. 1.Kmk mok tauk giney mok menjadi ahli PAS atau unit amal ?

    2.Dan apa beza PAS pusat dengan PAS negeri ?

    3.berapa had umur utk menjadi ahli pas atau unit amal ?

    4.Dekat kwsn kuching, siney markas tarbiyyah PAS ?

    5.Apa aktiviti bulanan PAS Sarawak ?

    Sekian, tq

    kunjungi blog kamek

    mujahidhaziq.blogspot.com

  13. Saya dah tanyak riya dgn sidak PAS. Nya madah mun kmk mok join boleh daftar terus ke PAS Pusat. Apa beza PAS negeri dgn PAS pusat ?

    • salam,ana tak dapat cerita penuh anta sama ada anta di sarawak ke atau di semenanjung itulah sebabnya ana fikir anta di semenanjung kalau di semenanjung anta daftar di pusat dan maklumkan anta org sarawak senanglah mereka masuk anta dalam aktiviti yang sedia ada tapi kalau anta di sarawak antakan boleh tel nombor yg tertara di web ini tak menjadi masalah.klu tak dapat jugak email nama anta,alamat,sekolah mana,tel,biodata anta.Insyallah kami akan handle dari situ.syukran.

    • Email ana hijau_kuching_kelantan@yahoo.com.Terima kasih kerana kesabaran anta.

  14. Markas PAS di Matang kah ? Siney di Matang ya ?

    Blog kmk tok aktif waktu cuti sekolah jak. Kmk sekolah asrama jd sikda masa mok menguruskan blog.

  15. Saya pun dah ramai rakan-rakan di Semenanjung yg akan menolong saya di Sarawak klak. Kami merancang untuk mengedarkan risalah mingguan yg akan diedarkan di Masjid2 pada setiap hari jumaat serta membuat satu buku ringkas mengenai Islam utk diedarkan kpd masyarakat bukan Islam supaya usaha kita utk mengajak rakyat bukan Islam ke arah sebuah negara Islam semakin senang.

    Kerja berdakwah gitok bukanlah senang tetapi selagi Islam menjadi pegangan, Allah sentiasa berada bersama-sama kita.

    Diharapkan kita dpt terus keep in contact.

  16. pemuda sarawak mana ada aktiviti, menupang saja aktiviti BPPNS

    • Salam untuk makluman tak kira bppns,dewan pemuda,dewan muslimat kalau pemuda tak ambil gambar aktiviti pas sarawak mana anta nak tau sedangkan blog bppns belum ada anta nak tolong buat ke?

  17. pemuda pas sarawak mun nak maju, tukar ajak ketuanya, cari ketua yang berwibawa, kat miri ramai.

  18. salam perjuangan.gendang PR DUN sarawak bakal dipalu,bila2 masa,dari kinektok!pastikan BN tersungkur pada PR DUN akan datang

    • iNSYAALLAH, BN TAK AKAN TERSUNGKUR DI SARAWAK. PUKULLAH GENDANG,TIN,BATANG KAYU ATAU APA-APA AJAK, MAJORITI RAKYAT SARAWAK MASIH MAMPU MENGENAL ANTARA KACA DAN TIN BUROK. HIDUP RAKYAT SARAWAK.

      ANANG NGASUH RABAN BANSA KITA DIMAIN TAUKA DIBULA SIDA PR. NADAI PARTI BUKAI TAU NULONG KITAI BA MENUA SARAWAK TU. MENUA SIDA MIT AGI ENDA ALAH ADU KA BALA SIDA PR TU. ENDA IBUH AGI MENUA KITAI TI JAUH BESAI ARI SIDA NYA.

  19. pusaklundu sapa ktk tok?

  20. pusaklundu ktk mcm bagus jak?chait!

  21. salam tuan, macam mana saya nak berhubung dengan AJK @ sesiapa sahaja untuk membantu dalam menyelesaikan kemelut keluarga yang perlukan bantuan sebab ada NGO’S Non-Muslim nak membantunyer….wallahu’alam. STK

    Untuk hubungi ana-013-8030789

  22. Mun PAS agik kongsi ngan DAP & PKR, banyak-banyak sorry nak pangkah PAS. Bagus jak sik iboh…Bukalah mata dan minda anda semua wahai rakyat Sarawak…PR ni lebih banyak buruk dari baiknya….Cam ney nak bangun bersama PAS sedangkan rakan kongsinya tidak akan mengizinkan PAS meletakkan Islam ke puncak mercu KEGEMILANGAN ISLAM…Tak percaya…tanya sama KARPAL…

  23. Islam adalah agama yang indah dan merangkumi setiap ruang lingkup kehidupan manusia sejagat, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sayangnya PAS hanya berselindung di bawah nama Islam untuk kepentingan POLITIK. PAS kini tidak seperti PAS sedikit masa dahulu. Dulu aku benar-benar terpikat pada perjuangannya yang sentiasa meletakkan kepentingan ISLAM pada HIERARKI teratas, namun keinginan untuk berjuang bersama PAS kian terhakis. Lihatlah, pemimpin PAS hanya tahu berceramah dan memperlekehkan orang lain. Sumpah seranah dan maki hamun sentiasa bermain dibibir pemimpin (TGNA). Kenyataan dan pendirian pemimpinnya pula terhadap beberapa isu pula tidak sama. Paling menyedih dan memalukan adalah kenyataan KHALID SAMAD (YB Syah Alam) (Sila rujuk BLOG Khalid Samad dan YB Zulkifli Nordin). Satu-satunya orang PAS yang aku masih hormati hanyalah YB Dato’ Harun Din. Bukalah mata dan minda wahai orang SARAWAK. Janganlah tergadai negeri hanya kerana nafsu dan AMARAH semata-mata. Hanya Jauhari yang mengenal manikam…

  24. PAS KELANTAN SEDANG BERGOLAK EKORAN PEMBONGKARAN BANYAK PERSOALAN YANG MELIBATKAN TGNA DAN ALMENANTUNYA, KRONI-KRONINYA DAN AKAN MENYUSUL BANYAK LAGI ISU-ISU YANG TIDAK PERNAH TERLINTAS DI HATI KITA. ….SEBELUM TERLEWAT, “JAUHILAH PAS” PARTI YANG BERASASKAN TOMAHAN, CERAMAH SERTA BERSEKONGKOL DENGAN NAJIS DAP…

  25. Salam kpd suma saudara seIslam rah Sarawak tercinta tok
    bukan mok anok sapa2, mok support sapa2, tp pandangan mek nok dah 4 tahun diam rah terengganu, bergaul ngan cdak org PAS dan UMNO.
    Parti Politik xdapat ubah atau cuba mok mengembangkan syiar Islam. xkira la Pas ka, Umno ka, sapa ka.
    sbb undang2 kita terlalu tolerate ngan agama lain
    mun ada apa2 parti mdh nya mok perjuangkan agama, demi Allah kmk mdh, ya skadar gimik ngan janji jak.
    mek time rah tganu, puas juak dgr crita cdak ahli Pas drkpun mdh pemimpin cdak pun ada xbetul
    senang mdh la, nobody is perfect
    jadi sila jangan guna agama sbagai medan perjuangan parti. sbb org nok mena2 ikhlas mok perjuang agama, cdak xpernah labelkan drk sbgai pejuang agama.
    cdak cuma anggap cdak melaksanakan amanah Allah dan Rasul-Nya.
    sori glak2 bagi sapa2 terasa, tp perjalanan jauh meluaskan pandangan mek, gik2 lah nang pernah berada di kelantan ngan terengganu.
    wsalam…

    • Selamat malam mr lord orang puteh ke orang malaysia tapi tak apalah,cuma kamek nak madah pas adalah wadah untuk perjuangkan islam .Dalam malaysia kita kenak jadi pemerintah baru boleh buat kerja islam keseluruhannya.Tapi memang benar sik ada party dalam dunia tok sempurna .Walaubagaimanapun setakat toklah parti paslah yang benar-benar perjuangkan islam .Memang benar sik semua ahli pas ya sempurna nak nanya masa zaman rasullulah dolok semua kaum nabi muhammad pada masa sik molah salah atau dihukum cuba baca agik sirah rasullulah ada ke sik zaman ya ada buat hukuman kepada orang islam.Mun kita pikir semua parti sama macam nie rakyat nak menjadi hakim dalam pilihanraya kelak main ikut ajak sik nak berubah.Kesimpulannya abad 21 tok rakyat malaysia harus buat keputusan yang tepat masih nak umno bn memrintah atau pakatan rakyat memerintah.Sebab sik ada parti dalam dunia tok keramat hanya allah s.w.t ajak yang kekal.Syukran jazilan….

      • Saya amat bersetuju dengan mr lord. Kiranya dimakbulkan PAS jadi parti pemerintah, adakah PAS akan menjadi Parti Tunggal tanpa PAKATAN DAP & PKR? Jika parti tunggal, saya sokong tapi jika berpakat dengan DAP & PKR, sorri, perjuangan Islam akan terus berkecamuk malah tidak keterlaluan jika dikatakan ISLAM akan menuju kehancuran. Pemimpin PAS ketika ini hanya mementingkan karier Politik daripada kepentingan agama dan rakyat. Tak payah pergi jauh, ISU KALIMAH ALLAH. Ke mana perginya pendirian PAS? Renung-renung…

  26. Mana pejuang parti yang bergelumang dengan fitnah ni?

  27. ne pat arap dak pas tok…

  28. mun agik ust osman ya..ibuh jak…hahahah

  29. السلام عليكم
    Tahniah!
    Saudara-saudara dan saudari-saudari telah berjaya berjuang.
    Allah tidak menilai kejayaan atau kegagalan sesuatu perjuangan.
    Tetapi,
    Allah menilai keikhlasan perjuangan yang ditunaikan.
    Selamat berjuang, kejayaan di dunia perlu dilipat gandakan dan kejayaan akhirat sedang menghampiri.
    وسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: