dewan pemuda negeri sarawak pergi ke dun tenang…

dewan pemuda sarawak telah menghantar 3orang untuk dun tenang ,ketua pemuda sarawak,ketua penerangan sarawak dan pengarah unit amal negeri.21.01.2011.bertolak dari kuching pukul 11.00 malam menggunakan firefly datang kl 1.11  pagi dan diiringi oleh bekas su dewan pemuda sarawak saudara zaidi.Perjalanan kami terus ke dun tenang.

Wang Royalti Minyak Terengganu! Apa yang sepatutnya dilakukan!

Dilulus terbit pada Friday, January 09 @ 16:36:18 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh kenyir44

 Sebagai rakyat Terengganu yang dah lama celik dan bukannya bertuankan kepada mana-mana parti politik, saya cukup merasa terkilan dengan cara perbelanjaan yang diuruskan oleh pemimpin kita bermula dari Tan Sri Wan Mukhtar hinggalah ke saat ini.

Terlalu banyak yang boleh dilakukan oleh Kerajaan negeri apabila menerima wang royalti tersebut.

Tetapi sehingga kini rakyat Terengganu adalah tergolong kepada rakyat yang termiskin (no dua sebelum Sabah) dari segi kekayaan. Malah kita lagi miskin jika dibandingkan dengan Kelantan yang diperintah oleh PAS tanpa sebarang hasil bumi.

Kita lihat apa kesilapan kita. Pertama kita lihat projek pembangunan. Kita sepatutnya melaburkan duit yang didapati tersebut kepada projek yang sepatutnya boleh memberi pulangan balik kepada kerajaan dan rakyat dalam tempoh jangkamasa tertentu. Seperti contoh, kawasan Ketengah yang telah habis dibalak tu sepatutnya boleh ditukarkan kepada Ladang Hutan yang ditanam dengan spesis kayu balak yang bermutu dan boleh ditebang dalam tempoh 20 tahun.

Bayangkan belanja untuk menubuhkan 1 ekar ladang hutan yang ditanam dengan pokok khaya (african ebony) hanyalah RM20,000/ekar. Setelah 20 tahun, 1 ekar yang ditanam dengan 1,000 pokok ini akan menghasilkan 2,000 tan kayu balak bermutu tinggi yang boleh dijual RM3,000/tan dan berjumlah RM6 juta. RM6juta seekar dan sekiranya kerajaan negeri boleh mewujudkan ladang hutan seluas 30,000 ekar.. cuba saudara bayangkan pendapatan selepas 20 tahun iaitu RM180 billion. Dan ianya jauh mengatasi duit royalti yang kita dapat. Itu dengan harga RM3 ribu adalah harga untuk kayu capcai. Tak mungkin African Ebony (Khaya) berharga sedemikian rupa. Dan berapa pula kos untuk melaksanakannya? 30,000 ekar x RM20,000 = RM600 juta. RM600 juta ni sama dengan jumlah dua (2) tahun penganjuran Monson Cup. Katakan jumlah penyelenggaraan ladang ini adalah RM600 juta selama 20 tahun (terlalu banyak). Maka modal ladang hutan ini hanyalah RM1.2 billion berbanding hasil yang akan diperolehi sebanyak RM180billion. Faedah untuk rakyat Terengganu di mana mereka boleh kerja di ladang. Mereka boleh membuka kilang perabut dan bekerja di situ. Mereka boleh buka sawmill pasal bekalan kayu yang banyak.Kita lihat di Jepun. Hutan Ladang adalah amat popular. Orang Jepun menanam hutan ladang ini untuk cucu dan bukan untuk anak mereka. Amalan ini dilakukan secara turun temurun.Duit royalti juga sepatutnya digunakan untuk mewujudkan ladang-ladang rakyat seperti tanama ubi kentang dan sebagainya.

Negara Belanda terkenal dengan kekurangan tanah taninya sanggup mengekspot ubi kentang ke Malaysia dengan harga yang sangat murah. Di jual disini RM1.80/kg. Itu selepas kos pengangkutan dan cukai. Harga sebenarnya mungkin hanya RM0.40/kg. Tetapi mereka bukan dapat wang menerusi jual ubi kentang. Hasil yang lebih besar adalah dari produk sampingan seperti ‘french fries’, potato chips, tepung dan sebagainya yang boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi. Bayangkan faedah untuk rakyat terengganu. Mereka boleh bekerja di ladang. Mereka boleh bekerja di kilang produk tersebut.Tidak dinafikan keperluan asas adalah perlu. Tetapi sedikit budget pembangunan perlu di asingkan bagi tujuan pelaburan.Kita selalu menghantar rombongan untuk belajar ke sana sini. Kalau hantar gi Jepun cuma untuk naik bullet train dan berhibur dengan geisha..bukannya nak gi lawat hutan ladang di Jepun. Kalau lawat Belanda cuma nak gi jengok Red Light District kat Amsterdams bukan nak lawat projek pertanian mereka. Ni silap pemimpin kita.

Negeri-negeri lain di Malaysia kesemuanya mempunyai lebuhraya samada daripada budget Kerajaan Persekutuan ataupun Swasta. Tapi di Terengganu LPT dibiayai dengan Wang Royalti. Wang Royalti kita juga dibelanjakan untuk Syarikat Perumahan Negara (SPNB) untuk projek perumahan di negeri lain. Berapa biji rumah yang SPNB dah buat kat Terengganu?

Negeri kita mempunyai jajaran pantai laguna yang panjang dari Merchang hingga ke Dungun. Apa yang telah dilakukan oleh exco pertanian dari tahun 1975 hingga sekarang. Kalau kita lihat Jakarta dari udara, pinggiran pantainya penuh dengan industri akuakultur. Kat tempat kita apa yg ada? Ini menunjukkan betapa ceteknya pemimpin kita org Terengganu ni.

Memang terlalu banyak yang kita boleh lakukan negeri kita. Malangnya pemimpin yang kita pilih adalah tidak berkalibar dan hanya memikirkan dari sudut politik dan yg penting nak cepat kaya. Tengok empangan Kenyir. Memang betul bermanafaat kepada negeri. Tetapi kesan mendapan yang berlaku di Muara Sungai Terengganu adalah amat dahsyat yang mana telah mencetekkan sungai tersebut. Jadi kita terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mendalami sungai tersebut yang mana sepatutnya ditanggung oleh TNB yang bertanggungjawab memperlahankan arus sungai seterusnya menyebabkan mendapan mendap ke dasar sungai.

Kita terlalu sibuk dengan Taman Tamadun Islam (TTI). Rakyat sepatutnya tanya, apakah gunanya TTI kepada rakyat Terengganu. Sekiranya untuk pelancungan, maka ianya perlu diadakan di Lembah Klang di mana ramai tourist yang boleh melawatnya. Kat Terengganu kita perlu sebuah masjid untuk sembahyang bukannya surau. Sekiranya kita nak memajukan industri pelancungan, bukan cara ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mewujudkan sebuah bandar pelancungan yang ditadbir oleh autoriti sendiri. Buat satu taman tema seperti sunway lagoon dan kemudian dirikan hospital tourism serta hotel. Pas tu bagi insentif pada hotelier lain untuk buat resort masing. Wujudkan gerai-gerai untuk berniaga. Jauhkan bandar ini dari komuniti kita yang tak boleh tengok mek saleh pakai bikini dan sebagainya. Pasal ini adalah bandar pelancunagan. Las Vegas kat tengah gurun pun boleh jadi bandar besar.

Panjang sangat ni. Harap mesej ni sampai kat pemimpin UMNO termasuk MB jugak. Dan kalau PAS memerintah pula jangan terlalu rigid. Sedikit openness diperlukan untuk MEMAJUKAN TERENGGANU KITA. Kalau tak paham dan tak mampu nak majukan negeri jangan jadi menteri besar. Nasihat aku pada pemimpin UMNO dan PAS. HIDUP TERENGGANU KITE!”

Taib Mahmud nafi pilihanraya negeri lebih awal

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan kemungkinan mengadakan pilihanraya negeri lebih awal kerana ini adalah tidak munasabah terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata semua kerajaan di dunia mengatakan ekonomi yang tidak menentu bukanlah masanya untuk mengadakan pilihan raya.

“Jika ada orang yang cuba adakan formula berlainan kemungkinan dia tidak tahu mengenai ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Abang Salahuddin dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini hari ini.

Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

Pilihan raya negeri Sarawak yang lepas ialah pada Mei 2006 dan tempoh pilihan raya akan datang ialah pada 2011.

Bulan lepas, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi membayangkan bahawa pilihan raya negeri ke-10 akan diadakan pada pertengahan tahun depan.

Ramalan ini berikutan perkembangan politik terkini di negeri ini di mana Anggota Dewan Undangan Negeri Ngemah, Gabriel Adit Demong dan bekas anggota Parlimen Sri Aman Jimmy Donald bersama-sama hampir 12,000 penyokong menyertai PKR.

Minggu lepas, Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata parti itu akan memberikan tumpuan untuk merampas Sarawak daripada BN pada pilihan raya negeri akan datang yang dijangka diadakan pada suku kedua tahun depan.

Semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan berada di Sarawak mulai minggu kedua bulan ini untuk memulakan “perjuangan” bagi memenangi pilihan raya negeri ini, katanya. BERNAMA

PR OPTIMIS DAPAT TAWAN SARAWAK

Anwar malah berkata akan ubah undang-undang tanah NCR

Miri : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan Sarawak pada pilihan raya umum negeri akan datang berikutan keinginan rakyat negeri ini ingin melakukan satu semakin memuncak.

“Kita amat yakin pada pilihan raya umum akan datang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR akan menang dengan majoroti yang besar. Kita tahu permasalahan yang dihadapi rakyat Sarawak dan nescaya ia akan diselesaikan setelah kerajaan baru dibentuk katanya yang juga merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya keyakinan itu bertambah berikutan kejayaan PR yang menawan lima buah negeri di Semenanjung Malaysia pada pilihan umum 8 Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu selepas mengahdiri majlis makan malam anjuran PR yang berangsung di Eastwood Valley Goft and Country Club di sini malam Ahad lalu dan dihadiri hamper 3,000 tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Hadir sama pada majlis ialah ketua PKR Sabah, Datuk Jefri Kitingan, Ketua PKR Sarawak, Dominic Ng, Penasihat PKR Sarawak Datuk Hafsah Harun, Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ngemah Gabriel Adit, bekas ahli parlimen Harison Ngau dan Jimmy Donald, bekas ADUN Telang Usan, Kebing Wan, Pengerusi DAP Miri, Fong Pau Teck dan Ketua PKR Miri merangkap pengerusi penganjur, Dr Micheal Teo Yu Kheng. Turut hadir ialah penyokong PKR Sabah.

“Saya yakin PR dapat masuk menakluk Sarawak pada pilihan raya negeri yang akan datang berikutan sambutan yang diterima pada pada makan malam di Sibu pada bulan lepas dan Miri malam ini (Ahad) sangat memberangsangkan,” kata beliau ketika mengulangi keyakinannya.

“ Saya tahu apa berlaku di peringkat akar umbi dan kita juga tahu masalah yang dihadapi rakyat sarawak,” katanya sambil menambah PR sudah cukup matang untuk melakukan perubahan.

Terdahulu dalam ucapannya, Penasihat PKR tu turut menyebut beberapa orang wakil rakyat dari parti Barisan Nasional (BN) telah melompat parti dan menyertai PR namun enggan mengumumkan nama merekayang terbabait sehingga tiba masa yang sesuai.

Justeru katanya, kepada sesiapa yang belum berbuat demikian (lompat parti) mereka harus berbuat seperti itu memandangkan tahun depan ‘ombak rakyat, tsunami rakyat’ tidak dapat ditahan.

Dalam pada itu menurut Anwar, PR percaya rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan termasuk kaum Dayak terutamanya yang berkaitan dengan hak tanah yang memerlukan keadilan.

Dalam ucapan lanjutnya, Anwar yang juga bekas timbalan menteri dan Menteri Kewangan berkata PR akan mengubah undang-undang yang berkaitan hak tanah adat Bumiputera (NCR) sedia ada yang menyebabkan ramai rakyat hilang tanah mereka.

Anwar turut member jaminan bahawa PR bukan hanya bercakap kosong tetapi akan membawa banyak perubahan kepada rakyat di Sarawak dan mempertahankan hak semua rakyat tanpa mengira kaum.

Sambil memberi contoh nasib rakyat di lima negeri di bawah pentadbiran PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor masing-masing sudah terbela.

“Di Selangor contohnya, bekalan air secara percuma disalurkan kepada golongan miskin, peruntukan RM1,000 diberikan kepada pelajar miskin yang melanjutkan pengajian di Universiti, RM 2,500 untuk setiap kematian malahan isu tanah di Perak juga juga diselesaikan hasil sokongan rakyat terhadap pentadbiran PR,” katanya.

Pada masa sama katanya PR akan membentuk satu undang-undang. Satu undang-undang untuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri, nelayan, petani, dan golongan miskin.

Mengulas dakwaan yang beliau membawa masalah kepada Sarawak berhubung isu tanah, Anwar menjawab: “kita mahu menawarkan penyelesaian dan Nicholas Bawin sendiri pada satu kongres PKR di Selangor abru-baru ini meminta kita membantu kaum Iban di Sarawak mempertahankan hak mereka.”

Sementara itu, Ketua PKR Sarawak, Dominic Ng yang melabelkan Anwar sebagai Obama Malaysia, berkata rakyat Sarawak memerlukan Anwar untuk membawa perubahan kepada negeri ini, sekali gus menjaga kebajikan rakyatnya.

“Rakyat di Sarawak sudah bersedia menerima perubahan seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Sejarah Penderhakaan Umno Kepada Raja-Raja Melayu


Oleh Nasir

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.

Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.

Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini. Saya susun mengikut negeri-negeri.

Kelantan:

Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.

Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.

Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’ Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.

Negeri Sembilan :

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor :

Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).

Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang :

Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak :

Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

Johor :

Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu :

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.

Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.

Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.

Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.

Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?

Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.

Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?

Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.

Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.

Renung-renungkanlah semua

Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri

Salahuddin Ayub
Fri | Mar 28, 08 | 4:54:24 pm MYT
DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pendekatan politik terdesak Umno yang akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak Sultan Terengganu selepas penat ‘bersilat’ menderhakai istana Terengganu itu. <!—-><!—->Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat.Perdana Menteri menuduh tindakan sultan ‘tidak mengikut Perlembagaan’, manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk ‘mengajar’ Sultan Terengganu. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istanaKerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu.

Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya.

Apabila istana menamakan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan ‘tidak mengikut Perlembagaan’, manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk ‘mengajar’ Sultan Terengganu.

Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya.

Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan.

Tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai ‘natang’ (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai ‘natang’ (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya.

Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat.

Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN.

Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan.

Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana.

Ketua Dewan Pemuda PAS

Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir – Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Fri | Mar 28, 08 | 4:17:47 pm MYT
KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) – Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat.”Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang.

“Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat,” katanya di sini, baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen.

Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan.

Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato’ Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.

Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan.

Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini.

Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini.

Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112.

Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama.

Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS.

“Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno,” ujarnya. – mj/ mr

Presiden PAS diarak lima ribu penyokong, Umno Marang kucar-kacir

ImageMARANG, 24 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi.

Bagi kerusi Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.

Di Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.

ImageManakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.

Pengundian akan diadakan 8 Mac depan.

Sebelum itu, rombongan calon PAS diarak kira-kira 5 ribu penyokong yang berhimpun sejak 7.30 pagi di Markas Besar MTD Rhu Rendang di Kampung Kijing dekat sini.

Calon-calon BN diiringi sekitar 500 orang penyokong sahaja.

Parlimen Marang mempunyai 74,813 pengundi.

Pada PRU ke-11 tahun 2004, Ustaz Hadi yang menjadi Ahli Parlimen Marang Imagesejak tahun 1990, tewas kepada Dato’ Abdul Rahman Bakar dengan hanya 163 undi sahaja.

Kali ini, Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Marang diketepikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Dato’ Seri Idris Jusoh.

Turut diketepikan dari senarai calon BN adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terenganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Dato’ Rosli Mat Hassan (Dungun).

Umno Marang kucar-kacir

Rahman ketika ditemui wartawan di pusat penamaan calon mengakui bahawa ImageUmno bahagian itu berada dalam kucar-kacir kerana beliau diketepikan sebagai calon BN.

Bagaimanapun beliau menafikan berlakunya perpecahan dalam bahagian.

Rahman mengakui sehingga kini ramai ahli dan penyokong Umno memprotes tindakan Idris mengetepikan beliau.

Menurutnya bantahan berlaku bukan sahaja di Marang tetapi di seluruh negeri.

Katanya, beliau akan cuba memujuk para penyokongnya untuk menghentikan Imagebantahan kerana bimbang ianya menjejaskan peluang calon BN di Marang.

Apa yang dibimbangkan katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno seluruh negeri membuat ’silent protes’ terhadap calon-calon BN.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun proses memujuk ahli untuk tidak menentang keputusan menggugurkannya amat perlahan, namun yakin ianya akan dapat di atasi.

Sehingga kini difahamkan penyokong-penyokong melemparkan pelbagai kecaman terhadap Idris yang didakwa membohongi Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengetepikan Rahman. – mks.

Negara Berkebajikan: Lemahnya Pimpinan BN Berfikir

Oleh Prof Lembah Kelang

Pelancaran secara rasmi manifesto PAS bertajuk Negara Berkebajikan pada hari Khamis 21 Februari adalah merupakan acara yang sangat penting dalam kalendar PAS. Isu yang dibentang juga adalah sangat menarik untuk dibincang dan dianalisa terutamanya oleh para pengkaji ekonomi konvensional.

Tentunya pandangan-pandangan yang diberikan oleh ‘pakar-pakar’ dan ahli politik BN sebelum daripada pelancaran rasmi manifesto pula adalah bersifat spekulatif dan serkap jarang yang rambang dan tidak berpaksikan kepada kenyataan sebenar. Akibatnya, hal ini menyerlahkan kebobrokan dan kepincangan pemikiran pimpinan tertinggi BN dan seterusnya dikongsi secara pukal oleh mereka yang bergelar pakar-pakar ekonomi yang akan saya nyatakan petikannya.

Supaya kita dapat memahami isu sebenar, maka reaksi yang diberikan oleh beberapa individu di dalam media massa seperti akhbar arus perdana dapatlah diringkaskan seperti berikut :

  • Penasihat Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF), Datuk Zainal Aznam Yusoff berkata, tindakan mewujudkan ‘negara kebajikan’ akan menjadikan rakyat semakin malas dan tidak berani menghadapi risiko. Beliau seterusnya mempersoalkan : “Adakah ini bermaksud PAS akan membiayai perbelanjaan rakyat seumur hidup sehingga mereka tidak perlu mengeluarkan wang satu sen pun? ”

 

  • Pakar ekonomi dan perbankan Islam, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani pula berkata, hasrat Pas menubuhkan ‘negara kebajikan’ dikhuatiri melumpuhkan daya saing negara. Beliau berpendapat, rakyat akan disogok dengan pelbagai bentuk elaun dan subsidi sehingga menyebabkan mereka hilang motivasi diri serta semangat keusahawanan. Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang tokoh perniagaan yang giat mengembangkan ekonomi umat Islam, bukan bersandarkan kepada kebajikan semata-mata. Soal beliau : “Jangan sampai dikongkong oleh pemerintah sehingga daya saing kita semakin lumpuh’’

Manakala antara komen yang diberikan oleh pimpinan BN pula adalah :

  • Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran bahawa Malaysia boleh bankrap jika konsep ‘negara kebajikan’ yang ditawarkan PAS diterima dan dipraktikkan di negara ini. Seterunya beliau berhujah bahawa konsep negara berkebajikan PAS adalah : “seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan”.

 

  • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto seperti itu datangnya daripada pihak yang tidak memahami mengenai pentadbiran dan kerajaan. Seterusnya beliau menyebut : “Sekiranya PAS sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika PAS menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap”.

Bukan tujuan saya menulis artikel ringkas ini untuk mematahkan empat pandangan dungu di atas satu persatu kerana penjelasan semasa pelancaran manifesto pada 21hb Februari lalu adalah begitu jelas. Bak kata pepatah “ sudah terang lagi bersuluh” dan hanya orang yang gelap pemikirannya sahaja yang gagal memahaminya. Sementelah pula sudah ramai penulis yang menghujahkan intipati Negara Berkebajikan.

Saya akan hanya mengkhususkan dalam membicarakan keadaan minda (state of mind) para pimpinan BN dan para ahli cerdik pandai yang berlegar di kaki para pimpinan BN. Perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah, betapa hujah haru-biru sedemikian tidak sepatutnya keluar dari mulut orang yang diberi tugas untuk memacu negara ke persada ‘glokal’ setelah Malaysia mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu !.

Kalau orang yang mempunyai nama besar seperti Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berfikiran cetek sedemikian, mana mungkin para kerabat pimpinan BN yang lain mempunyai pandangan yang lebih baik ? Sekiranya kita berlegar pada premis ini, maka saranan Dato Husam Musa supaya diadakan debat terbuka yang disiarkan secara langsung di dalam TV nampaknya akan berat sebelah kerana pimpinan BN nampaknya tidak akan mampu menongkah soalan-soalan yang bakal dikemukakan.

Teringat pula pengalaman saya belajar di Amerika dan United Kingdom (ya, dengan biasiswa kerajaan, tapi duitnya dari cukai rakyat juga !) saya dapat melihat dan mendengar perbincangan yang serius, perdebatan, soal jawab – semuanya di antara pimpinan tertinggi parti dengan pelbagai pihak seperti rakyat awam dan wartawan. Para pimpinan yang ingin bertanding akan memastikan mereka faham isu yang dipersoalkan, dan dari situlah akan melahirkan pimpinan yang lebih serius dan tidak hanya melelapkan mata dan memekakkan telinga apabila sesuatu isu itu dibincangkan.

Hujah keramat pimpinan BN ialah – bahawa rakyat belum bersedia untuk mendengar perbahasan seperti itu. Sekali lagi pimpinan BN memperbudakkan rakyat jelata. Saya rasa pimpinan BN akan lebih dihormati sekiranya mereka berterus terang bahawa mereka tidak bersedia berhujah secara terbuka untuk disaksikan oleh rakyat kerana sememangnya tidak mampu dan tohor daya berfikir.

Saya dapat membayangkan para pimpinan BN akan terkedu bisu dan seterusnya akan menuturkan frasa keramat mereka bahawa – “rakyat belum bersedia”, “BN jaga ketenteraman rakyat umum”, “pembangkang bankrap idea” dan sebagainya. Betullah pandangan orang bijak orang bahawa seorang yang lemah akalnya akan terserlahlah kelemahannya apabila ia mula bercakap. Oleh itu, jalan terbaik bagi pimpinan BN ialah berdiam diri, macam yang selalu ditunjukkan oleh Pak Lah !.

Pada saya, kecelaruan cara berfikir kaum bangsawan BN ini tidak ada kena mengena dengan kurikulum pengajian mereka di peringkat universiti, atau samada pengajian mereka mendapat akreditasi atau tidak, atau di universiti manakah mereka berada sebelum ini samada dalam negara atau luar negara. Ianya juga tidak ada kena mengena dengan ranking berapakah universiti mereka semasa belajar dahulu.

Saya berpendapat, keserabutan cara berfikir cerdik pandai BN ini adalah bermula dari kemurungan jiwa akibat tiadanya pengisian rohani yang kukuh, ditambah lagi oleh tamak halobanya mereka kepada kuasa dan wang berjuta menyebabkan kebenaran dilihat sebagai satu hakikat yang amat perit. Hasilnya, maka lahirlah pandangan karut-marut bahawa hanya BN sahaja yang boleh dan tahu memerintah !.

Banyak ketikanya pandangan yang celaru dari pimpinan BN ini jauh lemah intipatinya dari pandangan seorang rakyat jelata yang tidak bersekolah tinggi tetapi mempunyai jiwa yang celik dan mampu berfikir secara kritis. Akhirnya pimpinan BN ini menyebarkan dongengan kepada rakyat jelata bahawa hanya BN yang boleh memerintah negara, hinggakan Biro Tata Negara pun menjadikan dongengan ini sebagai modul ceramah serta perbincangan dalam kursus Biro Tatanegara.

Sebagai contohnya, cuba kita ambil satu sahaja dari beratus dongengan ‘kepandaian menguruskan wang negara’. Apabila dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2006 – Jadual 5 yang memperincikan bahawa Terimaan dari Dana Khas untuk tahun 2005 ialah RM 1.015 billion dan 2006 berjumlah RM 1.334 billion. Laporan Audit Negara menyebut bahawa terimaan dalam tahun 2006 adalah merangkumi 85.3% dari hasil keseluruhan kerajaan negeri Terengganu. Kemana perginya 85.3 % hasil kerajaan negeri ini ?.

Seterusnya laporan itu memperincikan bahawa dana berkenaan adalah untuk Akaun Amanah Dana Khas, Akaun Progam Penganjuran Monsoon Cup, Akaun Projek Pembangunan Pulau Duyung dan Akaun Projek Pembangunan Pulau Wan Man. Bayangkan, kerajaan yang ‘pandai menguruskan wang negeri ini’ membelanjakan 85.3 % sumber kewangan negeri untuk projek kosmetik, yang satu pun tidak ada hasil kepada rakyat jelata tetapi menjadi lombong emas kepada taukeh besar dari Kuala Lumpur.

Hasilnya, rakyat tempatan hanya menjadi pelayan (waiter) dan pekerja am rendah untuk Malam Gala Monsoon Cup, melayan pembesar dan taukeh dari Kuala Lumpur. Akhirnya, rakyat tempatan hanya melukut di tepi gantang, sedangkan gantang dipunyai oleh orang lain. Itulah ‘kepandaian’ kerajaan BN !.

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS buat rakyat Malaysia


Oleh Ustaz Abdul Hadi Awang

Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.

PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

“Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku “ibu-bapa” kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep “Welfare State” selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.

Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)

2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan

4. Menurunkan harga petrol dan gas.

5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin

6. Melaksanakan akta gaji minima

7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

——-

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG ialah Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)

%d bloggers like this: