Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Oleh Klpos.com

  PDF Print E-mail
 
BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?

Ulama Islam dan tokoh politik Melayu 

Tok guru bersalaman dengan Tun Dr MahathirTENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Tok guru di kediaman beliauBeliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerjaya awal sebagai ahli politik

Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat

Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya. LOTFI ISMAIL

RM2 billion untuk jatuhkan kerajaan Islam pimpinan Nik Aziz

Oleh Roslan SMS

Dari Kelantan, Pengerusi Perhubungan Umno negeri Annuar Musa (yang telah menunggu hampir 17 tahun untuk dinobatkan sebagai MB negeri tersebut) mengumumkan yang manifesto partinya untuk pilihan raya umum akan datang telah hampir siap. Temanya adalah: “Tawan Kelantan”.

Memang Umno dan BN telah cuba berbagai taktik dan strategi untuk merampas kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dari PAS sejak tahun 1990. Pada pilihan raya umum 2004 lalu, mereka hampir sahaja berjaya, cuma kurang dua kerusi untuk meletakkan Annuar sebagai MB baru Kelantan. Sudah pastilah semangat 2004 akan terus membakar Umno Kelantan khasnya Annuar untuk terus berjuang mungkin kali ini dalam pilihan raya umum ke 12 nanti beliaulah yang akan dijulang sebagai MB baru menggantikan Tok Guru Nik Abd Aziz.

Kata Annuar dalam manifestonya itu BN Kelantan menjanjikan projek mega bernilai RM 2 billion untuk membangunkan negeri tersebut yang mampu disiapkan dalam tempoh 5 tahun! Ianya bukan sebahagian dari projek ECER yang dilancarkan oleh PM baru-baru ini tetapi merupakan projek-projek sokongan bagi menjayakan ECER.

Memanglah jumlah RM2 billion itu besar, dan mungkin inilah satu-satu negeri yang menerima janji sebesar itu bagi seluruh Malaysia. Bermkana manifesto “Tawan Kelantan” ciptaan Annuar ini bertujuan membeli undi dan sokongan rakyat Kelantan dengan janji pembangunan mega yang luar biasa.

Takkanlah tidak tergiur rakyat negeri Serambi Mekah itu?

Bagi Annuar dan Umno Kelantan, mustahil rakyat Kelantan akan menolak beliau kali ini. Mustahil rakyat Kelantan mahu berterusan bergayut dibawah jubah Nik Aziz, jika menolak Nik Aziz bermakna mereka beroleh projek yang mega mewahnya. Mustahil rakyat Kelantan tidak mahu maju setanding dengan negeri-negeri lain.

Jika begitulah bacaan Annuar dan Umno Kelantan maka mereka sebenarnya menghina dan merendahkan tahap pemikiran dan keupayaan politik rakyat Kelantan. Bukan rakyat di Kelantan sahaja, rakyat di Ulu Tembeling, rakyat dipedalaman Sabah, Sarawak, di hujung-hujung Baling dan Sik, Hulu Perak, Hulu Selangor, Hulu Terengganu semuanya mahu maju dan senang juga. Ringkasnya tidak ada manusia mana pun mahu terus hidup susah dan sengsara.
Solanya apakah tanpa projek mega RM2 billion itu rakyat Kelantan susah dan sengsara?

Bagi saya sejak tahun 1990 rakyat Kelantanlah antara rakyat Malaysia yang paling bijak dan matang politiknya. Mereka yang rata-rata berketurunan Melayu Islam itu mahukan kesenangan dan kesejahteraan, tetapi trend pengundian mereka sejak 1990 menunjukkan yang bagi mereka yang penting bukan hanya sekadar kesenangan dan kesejahteraan dunia semata-mata tetapi mereka juga mahu senang dan sejahtera di akhirat sekali.

Kerana itu mereka memilih untuk “Membangun Bersama Islam” kerana mereka yakin pembangunan yang dibawa walaupun mungkin kecil dari “standard” dan kaca mata BN tetapi ianya merangkumi sekali pembangunan dunia dan akhirat, sesuatu yang manifesto “Tawan Kelantan” ciptaan Annuar Musa mungkin tidak mampu malah gagal lahirkan.

RM2 billion itu memang besar, tetapi apalah maknanya jika dijatuhkan kerajaan yang bercita-cita “Membangun Bersama Islam” pimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz dan dinaikkan personaliti seperti Annuar Musa, yang akhlak, peribadi dan kepimpinannya bagaikan langit dan bumi jauhnya jika mahu dibandingkan dengan Nik Aziz.

PAS sepanjang 17 tahun pemerintahannya tidaklah sepi dari pembangunan malah telah membuktikan yang dalam serba kekangan mereka berjaya menongkah arus dan membina sebuah tamaddun yang berbeza sama sekali dari negeri-negeri lain di Malaysia yang dipimpin BN. Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz telah melahirkan pimpinan anak-anak negeri yang berkualiti dan bertaqwa sesuatu yang tandus dikalangan pimpinan Melayu di luar Kelantan!

RM2 billion itu memang besar, tetapi saya yakin rakyat Kelantan lebih besarkan Islam dan kemuliaannya. Selamat mencuba Annuar Musa.

…..
http://n32.blogspot.com/

Masyarakat Tionghua tubuh Kelab PAS di Dungun

Oleh Awang Harun
Mon | Dec 24, 07 | 4:45:53 pm MYT
DUNGUN, 24 Dis (Hrkh) – Hampir empat bulan Kelab Penyokong PAS kaum Tionghua negeri Terengganu ditubuhkan di Kemaman kini mula bercambah di daerah Dungun pada 13 Disember lalu. <!—->Meski pun pelancarannya dalam suasana hujan di musim tengkujuh namun semangat serta sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat tionghua terhadap PAS tetap ‘hangat’.

ImageSeramai 100 orang masyarakat Tionghua hadir pada majlis pelancaran tersebut oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali di Kampung Batu Lima, Dungun, baru-baru ini.

Dato’ Mustafa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Terengganu hari ini tidak prihatin terhadap masalah rakyat.

Ini terbukti, katanya pendedahan yang dibuat sendiri oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato’ Adzlan Dagang bahawa Terengganu kekal di tempat kedua bilangan rakyat termiskin di seluruh negara.

“Semasa kita (PAS) memerintah, kita berjaya turun dari tempat kedua kepada tangga ketiga rakyat termiskin. “Bila BN memerintah negeri kembali berada di tempat kedua sedangkan duit dan projek banyak,” jelasnya.

Katanya, semasa kerajaan PAS Terengganu banyak melaksanakan polisi serta dasar-dasar yang mendatangkan kebaikkan kepada rakyat.

“Kita (PAS) meluluskan geran tanah penempatan kepada 43 orang cina di Kampung Pulai Baru, menyediakan tanah perkuburan Cina di Wakaf Tapai dan sebidang tanah untuk membina bangunan tadika Cina di Sura, Dungun,” ujarnya.

Katanya, PAS amat prihatin terhadap masyarakat bukan Islam dalam mengejar arus pembangunan.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan negeri, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan Haji Hanafiah Ramli, Setiausaha PAS negeri, Haji Yahya Ali serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS negeri Terengganu, Encik Ng Chai Hing. – mks.

BN bacul tidak benar Anwar tanding pilihan raya

oleh Helmi Khalid
Mon | Dec 24, 07 | 6:11:18 am MYT
ALOR STAR, 24 Dis (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mencabar Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadi pihak yang pengecut sekiranya mengadakan Pilihan raya Umum ke-12 sebelum tarikh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim layak dicalonkan semula sebagai calon. <!—->

Katanya, BN jadi pengecut, biar Anwar boleh bertanding, kita lawan sama-sama, (BN) jangan jadi pengecut.

“Dulu saya lawan, tapi Dato’ Seri Anwar tak lawan, dia kena rehat (PRU-11, akibat dipenjara), sekarang Anwar dah bebas, dia dah mula turun padang, biar dia boleh lawan, kita lawan sama-sama,” tegas Ustaz Hadi.

ImageBeliau berucap demikian ketika bersama Anwar dalam Ceramah Perdana ‘Bersatu Menolak BN’di Kompleks PAS Kedah di hadapan sekitar 100 ribu hadirin.

Dalam ceramahnya, Ustaz Hadi banyak mengenengahkan prinsip keadilan yang telah dijanjikan oleh Islam sebagai pemerintah terhadap golongan bukan Islam.

Beliau berkali mengulangi ketegasan bahawa disebabkan Umno tidak membawa Islam yang sebenar seperti yang dituntut oleh Allah maka sekarang ini berlaku pelbagai penindasan oleh Umno terhadap rakyat yang bukan beragama Islam.

Sementara, Anwar pula turut menyentuh isu yang sama dengan memberi contoh semakin kerap dan banyak perkataan Islam Hadhari diuangkapkan pemimpin Umno, semakin banyak penindasan dan ketidakadilan dilakukan terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Bibit-bibit kebangkitan rakyat Kedah telah mula dijelmakan sejak beberapa bulan lalu, jika dilihat dari beberapa program melibatkan semua kaum, jumlah kehadirannya adalah di luar jangkaan.

ImagePetang kelmarin, ketika Anwar berkunjung di Paya Besar, Lunas sekitar 7,000 rakyat di kalangan kaum India menghadiri program tersebut.

Sebelum ini juga, PAS Kedah yang bekerjasama dengan Dewan Himpunan Cina Kedah berjaya mengumpul 120 ribu tandatangan rakyat sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kadar cukai yang melampau di negeri Jelapang Padi ini.

Ceramah pada malam tadi juga menyebabkan jalan raya di Alor Star-Sungai Petani sesak teruk sekitar lima kilometer berdekatan Kompleks PAS Kedah di Kota sarang Semut.

Cuaca yang baik membolehkan rakyat membanjiri dataran kompleks sejak jam 7.00 malam dan mengikuti ceramah yang dimulakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan ABdul Razak diikuti Ustaz Hadi seterusnya Anwar. – mks.

Klip video Lingam: BPR temui Dr Mahathir semalam


Oleh Fauwaz Abdul Aziz
Malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan siasatan kes klip video Lingam.

Dr Mahathir berkata beliau ditemubual oleh tiga pegawai BPR selama sejam di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya (YKP) semalam.

“Badan Pencegah Rasuah menemubual saya dan bertanya soalan kepada saya. dan saya menjawabnya,” kata beliau selepas melancarkan buku mengenai perundangan antarabangsa oleh pakar undang-udang, Tunku Dr Sofiah Jewa.

Klip video tersebut, yang didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan peguam Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Ahmad Fairuz yang bersara baru-baru ini, telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam video tersebut, Lingam didakwa turut mengaitkan jutawan Tan Sri Vincent Tan, kroni rapat Dr Mahathir, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk bercakap dengan Dr Mahathir mengenai pelantikan hakim-hakim.

Integriti badan kehakiman

Lingam enggan mengulas mengenai klip video itu tetapi menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan suruhanjaya diraja.

Tengku Adnan juga sebelum ini, telah menafikan terbabit dalam isu-isu yang dibangkitkan dalam klip video tersebut.

Pendedahan video tersebut telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk memulihkan integriti badan kehakiman.

Berikutan itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Haidar Mohamed Noor untuk menyiasat kesahihan serta perkara perkara-perkara yang ditimbulkan dalam klip video tersebut.

Suruhanjaya itu telah menyatakan bahawa pihaknya mungkin memanggil Dr Mahathir untuk memberi keterangan dalam siasatannya.

Mengulas mengenainya hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau akan patuh dengan arahan untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut.

Jadi saksi

“Jika saya dikehendaki memberi keterangan, jika undang-undang memerlukan saya memberi keterangan, saya tidak boleh kata tidak,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi atau tuduhan mengenai pengaturan pelantikan hakim-hakim.

“Terpulanglah kepada suruhanjaya diraja itu untuk melihat sama ada wujud kebenaran atau tidak mengenai tuduhan tersebut atau di dalam klip video itu,” katanya.

Ditanya sama ada Lingam atau Tan ada menemuinya mengenai isu pelantikan hakim-hakim seperti yang didakwa dalam klip video tersebut, Dr Mahathir berkata adalah mengarut untuk bertanya kepadanya mengenai perkara itu.

“Saya tidak tahu sama ada Lingam menyebutnya ataupun tidak. Saya belum tengok klip video itu. Apa yang saya tengok ialah di TV, TV3. Itu saja. Saya tidak tahu. saya tidak dengar dia menyebut nama Tengku Adnan ataupun nama saya,” katanya.

Ada pihak yang telah menyalahkan Dr Mahathir berhubung masalah yang timbul dalam badan kehakiman selepas pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada tahun 1998.

Pemuda Gerakan tuduh Umno api-apikan sentimen perkauman

Dipetik dari Malaysiakini

Pemuda Gerakan menuduhkan pemimpin Umno gemar mensasarkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menjadikan mereka alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti parti itu di kalangan masyarakat Melayu.

“Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka,” kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy (gambar).

Dalam satu kenyataan setebal empat muka surat, beliau berkata, ahli-ahli politik harus dipersalahkan kerana memisahkan rakyat dengan memainkan politik perkauman.

“Saya ingin memetik Perdana Menteri yang berkata bahawa “kadang-kadang mereka fikir ia adalah satu cara yang mudah untuk mendapatkan undi. Tetapi ia bukanlah cara yang betul kerana memainkan politik perkauman akan hanya membakar sentimen perkauman rakyat, jika tidak dikawal, boleh memudaratkan negara kita”.

Paranjothy juga membangkitkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam (kiri), yang dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan perhimpunan agung PPP Melaka.

Katanya, dalam ucapannya, Naib Presiden Umno tu bukan sahaja menghina PPP tetapi juga menegaskan bahaw PPP boleh keluar dari BN jika mereka tidak gembira.

Menurutnya, Mohd Ali juga mensasarkan parti-parti komponen BN, dengan berkata bahawa mereka juga boleh meninggalkan BN “kerana Umno tidak perlukan parti-parti komponen (BN) untuk menubuhkan kerajaan”.

Ucapan Khairy

“Tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) – ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Jerlun, telah mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa kaum Cina di Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perbalahan dalam Umno untuk kepentingan mereka,” kata Paranjothy.

Khairy juga, tambahnya, telah berkata, perpecahan dalam Umno akan melemahkam parti tersebut dan ia akan membuka jalan kepada kaum Cina di Malaysia untuk membuat pelbagai tuntutan untuk faedah masyarakat mereka.

“Juga tahun lalu, ahli-ahli Pemuda Umno bahagian Tanjung, telah membawa kain rentang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dituduh mengabaikan orang Melayu, di depan Perdana Menteri sendiri, dengan memberi kata dua, cuba menjatuhkan kerajaan negeri,” tambahnya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) pula, kata Paranjothy, telah menghunus keris dalam perhimpunan agung Umno 2004, dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya jangan mengancam “hak orang Melayu” dan mempertikaikan kontrak sosial.

Baru-baru ini, katanya, Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros (kanan) pula menggesa, antaranya, supaya dibuang tanda salib dan patung Kristian di sekolah-sekolah mubaligh.

Di samping itu, kata Paranjothy, Datuk Seri Hishammuddin dikatakan telah berkata, Umno tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang kerana jumlah orang Melayu sudah 60 peratus.

Khairy pula, katanya, sewaktu perbahasan dalam agung Umno baru-baru ini berkata”hari ini untuk pertamakalinya, ucapan Presiden Umno tidak dapat dibaca oleh orang ramai kerana kumpulan etnik tertentu menguasai pengedaran akhbar dan mereka sedang bercuti”.

Keputusan berunsur diskriminasi

Perhimpunan agung Umno yang lalu berlangsung sewaktu sambutan perayaan Deepavali.

Menurut Paranjothy, Umno gemar memainkan isu-isu sensitif di kalangan masyarakat dan kenyataan serta keputusan yang dibuat ahli politik Umno berunsur diskriminasi dan banyak mengandungi unsur-unsur penghinaan perkauman.

“Jadi, siapakah yang memainkan politik perkauman di Malaysia? Mengapa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Awang Selamat dalam Utusan Malaysia kerana kenyataan yang berbau perkauman dan menghasut dalam kolum Bisik-Bisik pada 20 November 2007.

“Setahu saya, tidak ada keistimewaan khas diberikan kepada akhbar bahasa Melayu ini. Jadi siapakah yang menyebabkan perpecahan kaum?” soalnya.

Paranjothy turut menyentuh satu temubual dalam akhbar New Straits Times pada 12 Disember 2007, di mana Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia yang antara lain dilaporkan berkata “tidak ada orang yang boleh berkata bahawa tidak ada yang mendapat peluang yang sama rata. Saya dapat. Saya menjadi bukti bahawa kita boleh”.

“Dalam kontak ini adalah mengecewakan kerana AirAsia telah mengadakan program latihan khas untuk anak-anak peneroka Felda yang layak untuk dilatih menjadi juruterbang. Mengapa tidak ada program seumpama itu bagi orang India dan Cina yang juga rakyat negara ini?” soalnya.

Beliau turut menyentuh tentang Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, ketika orang Melayu hanya memiliki 4 peratus ekonomi Malaysia dan keistimewaan orang Melayu diperluaskan meliputi bidang-bidang lain manakala kuota telah ditetapkan untuk Bumiputera mencapai sasaran 30 peratus dalam ekuiti korporat.

Artikel 153

DEB, menurut Paranjothy, sepatutnya memberi keutamaan untuk membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum.

Baru-baru ini, tambahnya, “Little Napoleons” dalam kerajaan telah mengarahkan syarikat-syarikat multinasional di negara itu supaya mengambil kakitangan peringkat kanan, berasaskan kepada bangsa.

“Jawatan kanan, dari jurutera ke atas, berasaskan kepada kuota 45% Melayu, 35% Cina, 17% India dan 3% lain-lain. Saya percaya DEB hanya untuk orang miskin dan bukan untuk semua orang dari satu kaum sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi hak-hak dan keistimewaan kepada orang Melayu yang mendiskriminasikan kaum lain, seperti:

  • Sekolah berasrama penuh untuk bumiputera sahaja.
  • Program matrikulasi untuk bumiputera bagi kemasukan ke universiti awam dengan pembelajaran yang mudah, sedangkan bukan bumiputera terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
  • Dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi, kuota ditetapkan untuk kursus-kursus kritikal (profesional), yang kurang pelajar bumiputera.
  • Biasiswa kerajaan tidak diberikan mengikut merit.
  • Bukan bumiputera tiada peluang untuk menyertai perkhidmatan awam dan peluang kenaikan pangkat, yang didominasi oleh bumiputera. Bukan bumiputera tidak diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam badan-badan kerajaan seperti tentera, polis dan perkhidmatan awam (jeneral dalam tentera, ketua polis negeri, ketua polis negara, naib canselor di universiti awam, gabenor bank pusat, ketua hakim, ketua pengarah, pengarah dalam perkhidmatan awam).
  • Kontrak kerajaan diberikan kepada bumiputera tanpa melalui (proses) tender.
  • Diskaun diberikan kepada bumiputera untuk membeli kenderaan dan hartanah.

Perhimpunan dan demonstrasi

Mengenai perhimpunan awam pula, Paranjothy berkata, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum ada berkata, permit dikeluarkan jika ia berfaedah kepada masyarakat dan ‘bukan untuk keadaan yang menimbulkan masalah” di mana pihak berkuasa akan mengkaji permohonan permit secara terperinci sebelum membuat keputusan.

“Saya telah mengambil bahagian dalam demonstrasi dan perhimpunan anjuran Pemuda Barisan Nasional, yang diterajui oleh Pemuda Umno untuk menyerahkan memorandum mengenai ketidakpuasan kami terhadap isu-isu tertentu yang berlaku di luar negara yang saya percaya tidak memberi faedah kepada masyarakat Malaysia.

“Adalah Pemuda Barisan Nasional mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan atau demonstrasi. Pernahkan permohonan mereka untuk mendapatkan permit telah ditolak oleh pihak berkuasa.

“Kerajaan nampaknya berat sebelah dalam pengeluaran permit untuk mengadakan perhimpunan awam. Barisan Nasional memulakan budaya demonstrasi dan orang lain telah mengikut jejak langkah mereka,” katanya.

Menurutnya, ribuan masyarakat India Malaysia telah menyertai perhimpunan pada 25 November lalu di depan Suruhanjaya Tinggi British.

“Mereka menyertai demonstrasi itu kerana ia merupakan satu peluang untuk mereka menyuarakan kekecewaan dan kemarahan berhubung layanan terhadap mereka.

“Masyarakat India tertekan, terpinggir, tertindas dan tidak diperdulikan. Di segi ekonomi mereka merupakan kumpulan yang paling ketinggalan di Malaysia. petunjuk-petunjuk prestasi utama bagi masyarakat India telah merosot manakala bagi rakan-rakan mereka dari kaum lain meningkat,” katanya.

Jangan guna statistik

Menurut Paranjothy lagi, mereka juga tidak mendapatkan bahagian mereka dalam bidang pendidikan tinggi atau dalam profesyen-profesyen yang lain.

Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.

“Dasar-dasar kerajaan gagal menangani isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India,” tambahnya.

Memandangkan kerajaan telah mengakui bahawa kaum India perlu dibantu dan bersedia untuk membincangkan masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi mereka, maka katanya, kerajaan tidak seharusnya menggunakan statistik untuk membuktikan bahawa masyarakat India lebih baik dari kaum lain.

“Sebabnya ialah kita tidak tahu metodologi dan kesahihan statistik tersebut. Kita jangan lupa bahawa kerajaan menolak laporan ASLI bahawa matlamat DEB telah lama dicapai oleh masyarakat Melayu,” tambahnya.

Walaupun laporan itu dibuat oleh seorang bekas pakar ekonomi Bank Dunia, kata Paranjothy, seorang Naib Presiden kanan Umno menyifatkanya sebagai mengarut.

Paranjothy memetik kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam (kiri) dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut bahawa masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini adalah benar.

Menurut Musa lagi, kata Paranjothy, walaupun ada sebuah parti yang mendakwa mewakili kaum India, tetapi jelas sekali, mereka tidak puashati kerana menganggapnya sebagai tidak berkesan”.

PM belum jawap permohonan jumpa pembangkang, NGO

Malaysiakini.com
Fri | Dec 21, 07 | 11:10:48 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi belum memberi sebarang jawapan terhadap permohonan parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perbincangan dengan beliau. <!––>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

Anwar berkata, sudah dua minggu masa yang diberikan kepada perdana menteri tetapi belum ada sebarang jawapan.

“Kita mahu bincang beberapa isu seperti perpaduan, pilihanraya bebas dan adil dan keganasan polis dalam menangani isu perhimpunan aman,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya dua hari lalu.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengadakan sidang media tersebut bagi mendedahkan maklumat terbaru mengenai projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Anwar juga memberitahu, pihaknya telah menghantar video klip Lingam kepada Suruhanjaya Di Raja pagi tadi.

“Ya kita sudah hantar kandungan video klip itu kepada suruhanjaya diraja,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan perkara tersebut.

Sebelum ini, Anwar mendedahkan klip video penuh VK Lingam yang didakwa membabitkan perbualan peguam terkenal Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Pada 12 Disember lalu, kerajaan mengumumkan anggota dan bidangkuasa suruhanjaya diraja untuk menyiasatkan klip video tersebut.

Suruhanjaya lima anggota itu akan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

Anggota lain terdiri daripada bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara, Puan Sri Datuk Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Dato’ Khoo Kay Kim./wann

Pemuda: Berkorban Mendepani Cabaran

Oleh Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua DPP Pusat

Terlebih dahulu , Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) mengucapkan selamat menjalani ibadah korban bagi semua umat Islam sempena hari mulia Aidil Adha ini. Semoga segala ibadah atau pengabdiaan diri kita kepada Allah swt. dinilai dan diterima olehNya.

Meskipun A’idil Adha yang disambut pada tahun ini berlatarkan suasana suram dan muram , namun keceriaan dan kesyukuran di hari yang penuh berkat ini tidak mungkin dibiar luntur begitu sahaja . Setiap ummat Islam terpaksa menggagahkan diri serta cekal hati melintasi zon sukar ini demi sebuah ubudiyyah kepada Tuhan Pencipta sekelian alam .

A’idil Adha kali ini membawa kita bersaksi mata , bagaimana ia berhadapan dengan suatu keadaan yang cukup pilu dan keliru meletakkan ummat Islam terus sengsara dan menderita dihimpit kezaliman dan kekejaman sang penguasa yang enggan tunduk kepada Allah swt.

Manakan tidak , hanya kerana pentingkan survival kuasa , mereka nyata tergamak memperbodoh dan memperalatkan pihak keselamatan ( PDRM ) untuk membantai dan membelasah rakyat mereka sendiri .

Rakyat Yang Bersalah ( RYB )

Kononnya rakyat bersalah kerana membantah keputusan mereka , rakyat bersalah kerana tidak bersetuju dengan dasar mereka , rakyat bersalah kerana tidak menyokong mereka , rakyat bersalah kerana berpihak kepada pembangkang , rakyat bersalah kerana melahirkan bantahan terbuka buat mereka , rakyat bersalah kerana turun ke jalan dan padang menyatakan bantahan terhadap mereka , rakyat bersalah kerana menghantar memorundum kepada mereka , rakyat bersalah kerana menyertai perhimpunan aman lalu menyuarakan penentangan terhadap penyelewengan mereka , rakyat bersalah kerana mereka sememangnya mahu rakyat yang tidak menyokong mereka bersalah .

Atas alasan apa sebahagian pimpinan PAS ditangkap semasa ingin menyerahkan memorandum kepada speaker Dewan Rakyat ? bukankah kerana mereka sememangnya mahu pimpinan PAS ini bersalah ?

Atas alasan apa akhi Suwandi ditembak dengan peluru hidup dalam peristiwa Batu Buruk dan terpaksa merengkok dalam lokap kerana tidak dibenarkan ikat jamin ? Beliau yang tidak bersenjata dituduh cuba untuk membunuh polis ? atau sememangnya mereka mahu Suwandi tetap bersalah ?

Atas alasan apa , Tuan Hj. Mohd Sabu ditangkap ala gengster tanpa menunjukkan sedikitpun rasa simpati dan peri kemanusiaan disaat Mohd Sabu meraikan kegembiraan anaknya diijab kabul ? Jenayah apa yang dilakukan oleh Mohd Sabu ? sementara pembunuh adik Nurin sehingga kini belum ditangkap polis . Bukankah fenomena ini menunjuk tepat kearah sikap mereka yang sememangnya mahu pemimpin PAS itu bersalah?

Atas alasan apa mereka menyerang dan memukul rakyat yang berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 10 November lalu ? sehingga ada yang mengalami cedera parah dan ada yang terpaksa bermalam di lokap polis. Bukankah mereka berhimpun tanpa senjata dan provokasi ? Mereka hanya membantah beberapa dasar kerajaan yang salah dan menyeleweng . Sebab itukah lalu mereka tetap dikira bersalah ?

Atas alasan apa pun rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka , akan tetap dianggap bersalah ! Kalau tak salah ? kalau tak salah pun bersalah ! Kalau tiada bukti ? Ada bukti atau tiada , bantah mereka adalah salah .

Rakyat dalam keadaan serba salah .

Tidak menegur dan membantah mereka , salah dari sudut syara’ kerana mereka menyeleweng dan melakukan perkara mungkar sedang kita diperintah Allah swt. agar menentang kemungkaran .

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون .

Dan hendaklah ada dikalangan kamu , ummat yang mengajak manusia melakukan kebajikan , mengarahkan manusia menegakkan yang makruf ( syariat ) dan mencegah kemungkaran , mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan ( di dunia dan di akhirat ) .

Jika menegur dan membantah mereka , salah dari sudut ” Islam Hadhari ” bahkan rakyat yang membantah akan berhadapan dengan OSA , AUKU , Aku Janji , ISA dan pelbagai perauturan yang direka cipta sekehendak mereka.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) merlahirkan rasa simpati terhadap dilema yang sedang dihadapi oleh kebanyakkan rakyat . Tetapi soalnya sampai bila rakyat harus diletakkan dalam situasi seperti ini ?

Rakyat yang rasa serba salah dan terbelenggu pula dengan dilema yang berpanjangan adalah rakyat yang tidak pro aktif dan tidak pula dinamik . Rakyat seperti ini akan terus menjadi bahan ratahan penguasa yang mahu bermaharajalela dengan kuasa dan pengaruh kebendaan yang mereka miliki.

Pemuda Agen Perubahan .

Perubahan wajib dilakukan tanpa syak . Lewat dan lambat melakukan perubahan merupakan punca utama kenapa kini negara kita sarat dengan jenayah dan rasuah . Apabila jenayah dan rasuah telah mengakar umbi dalam struktur pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat hari ini , perubahan kian sukar untuk dilakukan .

Sabda Rasulullah saw .

لتأمرن بالمعروف و لتنهون عن المنكر أو ليسلطن الله عليكم شراركم فيدعوا خياركم فلا يستجاب لكم

Hendaklah kamu menegakkan perkara makruf ( syariat ) dan mencegah kemungkaran ( maksiat ) atau ( jika kamu enggan ) Allah akan menjadikan orang – orang jahat dikalangan kamu bermaharajalela menguasai kamu , lalu berdoalah orang – orang yang baik dikalangan kamu ( untuk berdoa menolak bala ini ) nescaya ianya tidak mustajab lagi .

Namun sebelum keadaan menjadi lebih parah dan tenat , Dewan Pemuda PAS ( DPPP ) mengharapkan generasi pemuda hari ini bangkit untuk melakukan perubahan dan sekaligus menjana kebangkitan yang berasaskan kesedaran dan bertunjangkan perjuangan yang suci pula .

Pemuda adalah institusi yang layak dipertanggungjawabkan sebagai agen perubahan dan pemuda mampu melakukannya.

Prinsip ” Pemuda Duta Penyelamat dan Kasih Sayang ” mestilah benar – benar diterjemahkan dalam misi menjana kebangkitan dan meledak kesedaran berubah dikalangan masyarakat yang sekian lama dibelenggu rasa serba salah dan dilema .

Pemuda Sedia Berkorban .

Operasi ini bakal berhadapan dengan tahaddiyyat yang tidak sedikit. Kepentingan diri dan duniawi pasti sahaja akan terabai teruk bagi menjayakan operasi besar ini. Tetapi , inilah harga yang perlu dibayar oleh pemuda untuk melihat masa depan yang cerah bersama sinar Islam yang kita perjuangkan hari ini . Firman Allah swt.

إن تنصروا الله ينصركم و يثبت أقدامكم

Jika kamu memperjuangkan agama Allah , nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu .

Sempena A’dil Adha , semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail Alaihimassalam adalah inspirasi perjuangan kita. Kesanggupan mereka melaksanakan perintah Allah swt. biarpun perintah itu di luar kesanggupan manusia biasa pula sangat jauh dari rasional aqal biasa sangat menakjubkan.

Hanya kerana Allah swt. Mereka berdua sanggup melakukan apa sahaja . Mudah – mudahan , prinsip ” Berkorban apa sahaja demi kerana Allah ” akan menjadi slogan dan prinsip pemuda yang sedang menggalas tanggungjawab mulia ini.

Pemuda tidak perlu rasa kerdil dan rendah diri berhadapan dengan keangkuhan sebuah pemerintahan yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt. Sebaliknya kebesaran dan keangkuhan mereka adalah sangat lemah dan hina di sisi Allah swt .

Firman Allah swt :

الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله و الذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت فقاتلوا أولياء الشيطان إن كيد الشيطان كان ضعيفا .

Orang – orang yang beriman , mereka berjuang di jalan Allah sementara orang – orang yang ingkar kepada Allah ( kafir ) mereka berjuang di jalan Toghut. Maka perangilah olehmu akan penolong – penolong syaithan itu ( orang yang berjuang di jalan Toghut sekalipun mereka berkuasa ) kerana sesungguhnya tipu daya syaithan itu adalah terlalu lemah .

Pengorbanan anak muda seperti nabi Allah Ismail Alaihissalam yang sanggup menerima perintah Allah swt. agar dirinya disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim bukan kisah penglipur lara untuk dibaca sebagai kisah lagenda .

Pengorbanan anak muda seperti Saidina Ali Karramallahuwajhah yang sedia menerima arahan lalu mengambil tempat tidur Rasulullah swt. menggalang ganti baginda Rasul saw. pada hari hijrah , juga bukan riwayat 1001 malam yang dibaca untuk menidurkan sianak kecil .

Keberanian anak muda seperti Usamah bin Zaid Rha. mengambil risiko memimpin tentera Islam sedang usianya belasan tahun , bukan semangat kepahlawanan yang ditiup secara dongeng untuk membangkit semangat generasi hari ini .

Tetapi , kisah – kisah itu adalah bukti keupayaan pemuda dalam sejarah gemilang mereka sebagai generasi yang menjadi taruhan ummah untuk mobilisasi kebangkitan sekaligus memimpin tindakan menuju perubahan.

Sekali lagi , Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) meletakkan ini adalah era kebangkitan semula ummah dan pemuda adalah agennya.

Selamat berjuang!

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah

Oleh abdinabu

Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)

Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasanal-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banya. Beliau pun ikut menangis.

Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

p/s: Bagaimanakah dengan kita??? apakah kita layak untuk bergelar umatnya? tepuk dada tanya iman masing2.

Dipetik dari: http://izzahkhaulah82.blogdrive.com

Peringatan Nik Aziz, Ustaz Hadi, Anwar sempena Aidiladha

Anis Nazri
Wed | Dec 19, 07 | 5:49:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh) – Sempena sambutan Aidiladha esok, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan umat Islam yang tidak menunaikan haji supaya turut “berwukuf” melalui ibadat solat yang dikerjakan lima kali sehari. <!–

–>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

Katanya, wukuf adalah satu acara dalam falsafah hidup manusia yang meminta umat Islam menetapkan masa untuk berhenti melakukan urusan dunia, di mana wukuf yang dilakukan di Makkah itu tidak membolehkan kita melakukan sebarang gangguan, termasuk mencabut rumput, menebang pokok atau membunuh binatang buruan.

“Manakala bagi kita yang berjauhan dari Makkah, perlu ‘wukuf’ lima kali sehari melalui solat kerana waktu itu tindak-tanduk kita hanya khusus kepada Allah dengan melakukan zikir, tasbih dan membaca al-Quran,” jelas beliau dalam perutusannya.

Sementara itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perutusan Aidiladha meminta umat Islam mengambil iktibar dari pelbagai peristiwa pengorbanan, seperti pengorbanan Nabi Ibrahim yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah.

“Walaupun ketika itu baginda berhadapan dengan kuasa besar dunia yang paling kaya, kuat dan zalim, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam,” katanya.

Beliau juga menegaskan, peristiwa itu dihayati pula oleh golongan Ansar dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia berkorban bagi menegakkan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia, yang akhirnya mencapai kemenangan.

Justeru, beliau mengharapkan umat Islam di negara ini turut mengambil iktibar dari petunjuk berkenaan demi kemenangan di dunia dan di akhirat.

Ustaz Abdul Hadi turut mengucapkan selamat hari raya Aidilada kepada seluruh umat Islam, khususnya ahli-ahli dan penyokong PAS, sambil menekankan bahawa hari raya bagi umat Islam bukan sahaja berkaitan makan minum dan berpakaian cantik, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah dan merupakan peristiwa besar kepada umat Islam.

Dalam pada itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sama menekankan agar umat Islam dapat menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa korban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s.

“Yang terserlah adalah nilai takwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan. Pada masa sama kita perlu meluangkan sedikit waktu merenung tanggungjawab kita mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat,” jelas Anwar.

“Semoga Allah SWT merestui amal bakti, sadekah jariah dan pengorbanan kita,” ujar Ketua Umum KeADILan itu lagi.