Siasatan awal: Botol minyak tanah dipecahkan

Polis sedang menyiasat kes simbah minyak berdekatan pagar masuk rumah Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata siasatan awal mendapati satu botol minyak tanah telah dipecahkan di hadapan pagar masuk rumah itu sebelum api dinyalakan dengan mancis.

NONE“Kita telah temui mancis dan botol minyak tanah dan sedang mengesan individu yang terbabit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan.

Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.40 pagi tadi dan berjaya dipadamkan oleh jiran, menurut anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda, 28, yang berada di rumah itu semasa kejadian.

Beliau berkata semasa kejadian bapanya sedang menghadiri program di Pulau Pinang, sementara ibunya di Perlis menjaga datuk dan neneknya yang tidak sihat.

— Bernama

Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

NONEKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

“Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamPetang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya “polis British”.

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONEMenurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.

Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

“Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, – ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

“Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti,” katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

azlanKatanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

“Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu,” kata Nazri.

najib special address malaysia day 150911Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Wahai Remaja! Janganlah Berzina

Sel, 20 Sep 2011 alt09:20 | Ustaz Mohd Zawawi Yusoh | Editor: itqan11

Remaja adalah kelompok manusia yang baru meninggalkan alam kanak-kanak. Tanda peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dengan kematangan biologi seperti haid dan mimpi serta keluar mani.

Mimpi menyebabkan badan cepat membesar, rambut atau bulu-bulu mula tumbuh di bahagian tertentu badan dan perubahan yang paling ketara ialah soal nafsu seks.

Waktu inilah Islam mendidik supaya menguasai diri. Apabila diri terkendali, semua menjadi teratur. Tetapi apabila tertewas, berlakulah penyimpangan.

Penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin mengkhuatirkan. Pergeseran kefahaman, dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing juga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang enteng.

Padahal penyimpangan seks iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari oleh setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”

Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga haiwan dan tumbuhan.

Memang patut jika manusia mempunyai ghairah seks atau keinginan untuk melempiaskan keinginan seksual itu.

Allah tidak melarang manusia melempiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah Nabi seakan tidak mengaku umat kepada mereka yang punyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin) maka dia bukan dari kalanganku.”

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seksnya. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Islam satu agama yang amat hebat menampilkan cara pengawalan sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas iaitu perkataan “jangan kamu menghampiri zina.”

Jika menghampiri sudah dilarang dan ditegah, apa lagi melakukannya. Menghampiri maknanya apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya adalah haram.

Sekiranya ada pendorong akan mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, apa lagi terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar remaja melahirkan anak luar nikah, bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, perut terburai dimakan pula sekumpulan anjing liar. Dahlah berzina, amat jijik kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, duduk rapat-rapat dan berhimpitan di atas motosikal adalah muqaddimah yang kuat mendorong berlakunya penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut Nabi dalam satu senarai orang-orang ‘VVIP’ akhirat ialah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan.

Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka. Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu seks secara selamat atau ‘save sex,’ bukannya hendak fikir salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan sahaja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong berlakunya perzinaan.

Sebab itu, mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun dengan ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan yang dibawa Islam ialah jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem porno, tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram ditempat sunyi, tidak bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita termasuk bersalaman dan tidak bergaul bebas lelaki dan wanita.

Artikel iluvislam.com

Mat Indera PAS beri penjelasan

Persepsi: Mengintai Peluang PAS di Terengganu

Bakun: Najib digesa bela nasib orang asal

Muhammad Faizal
PETALING JAYA, 9 Sept: Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Sarawak memberi pembelaan terhadap nasib pemilik tanah adat (NCR) yang kehilangan tanah mereka akibat ditenggelami air daripada projek empangan hidroelektrik Bakun.

Biarpun Mahkamah Persekutuan mengenepikan rayuan berhubung saman yang dikemukakan oleh pemilik tanah iaitu Bato Bagi dan lima yang lain, namun hak yang perlu diperolehi oleh komuniti yang masih tinggal di sana mesti ditunaikan.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata mereka bukan mempertikaikan tindakan yang telah diambil oleh Mahkamah Persekutuan itu namun mempersoal pembelaan daripada kerajaan terhadap penduduk yang terjejas.

“Walaupun sesetengah penduduk disekitar bakun itu telah dipindahkan tetapi masih ada lagi segelintir keluarga yang masih tinggal disana dan sebagai sebuah kerajaan yang mengatakan sentiasa perihatin dengan permasalah rakyat perlu tampil serta menyediakan kemudahan asas yang sewajarnya kepada mereka.

“Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menyatakan komuniti di bakun ini mempunyai hak dan akan mengambil tahu keperluan komuniti tersebut tetapi sehingga sekarang apa yang dijanjikan itu tidak pernah ditunaikan, kita mahu Najib menunaikan janji yang beliau nyatakan itu,” kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua..

Selain beliau, sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Turut serta adalah lima wakil orang asal yang menjadi magsa projek tersebut.

Tambah Tian lagi, Pakatan Rakyat akan tetap memberi sokongan dan akan mengetengahkan permasalahan tersebut ke parlimen agar rakyat diluar tahu bahawa komuniti orang asal Sarawak yang masih tinggal di Bakun terus terabai kerana keengganan kerajaan membantu golongan tersebut.

Malah ujarnya tiada satu pun kemudahan disediakan oleh kerajaan disana seperti klinik mahupun sekolah.

“Kita ingin tahu kemana perginya peruntukkan yang berjuta-juta ringgit yang diumumkan oleh Najib iaitu RM62 juta bagi kemudahan jalan dan juga RM46 juta menyediakan klinik,” sambung Naib Presiden Keadilan itu lagi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu isu Bakun ini sudah lama dibangkitkan namun sehingga sekarang masih belum selesai sama ada dari segi penempatan mahupun soal keselamatan.

“Kegagalan projek empangan bakun ini dilihat gagal dari sudut pembinaan, keselamatan mahupun alam sekitar dan ia telah dimaklumkan di dalam laporan Enviromental Impact Analysis (EIA) yang mana ia dilihat sebagai bom jangka kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Kerajaan perlu tampil kedepan dalam soalan permasalahan tersebut agar mereka yang masih tinggal dikawasan tersebut terus terbela dari segi kemudahan serta memastikan empangan tersebut selamat digunakan sepenuhnya,” usul Dr Dzulkefly.

Semalam Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tiga panel orang hakim, dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, membuat keputusan sebulat suara untuk mengenepikan kes yang dikemukakan itu.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Sarawak pada 26 April 2008 mengetepikan permohonan saman Orang Asal berkenaan dan keputusan itu kemudiannya dikekalkan di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Cukai prabayar 6% untuk dana PRU-13 BN?

Muhammad Faizal
PETALING JAYA, 9 Sept: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenaikan caj prabayar sebanyak enam peratus bukan sahaja membebankan rakyat malah ia adalah satu sumber kerajaan Barisan Nasional mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui pada satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini juga menjelaskan tindakan itu dilihat sebagai sikap tidak bertanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dibawah yang dihimpit dengan masalah ekonomi yang semakin teruk.

“Tindakkan menaikkan caj prabayar sebanyak enam peratus ini bukan sahaja membebankan rakyat malah ia secara jelas adalah satu usaha kerajaan untuk mengumpul dana PRU13 nanti.

“Kita melihat kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak tidak pernah menyelami apa yang telah dialami oleh rakyat terutamanya tentang permasalahan ekonomi, rakyat terus dibebani setiap masa iaitu dari isu kenaikan harga minya dan juga barang keperluan dan sekarang caj enam peratus ini pula,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Gologan berpendapatan rendah terbeban

Dr Dzulkefly juga memberitahu bahawa kalau kita melihat angka enam peratus itu amat kecil tetapi fokus utama bukan kepada angka tersebut malah ia perlu dilihat pada satu sudut yang berbeza.

“Kerajaan mahupun telco akan mengatakan enam peratus adalah satu angka yang amat kecil tetapi jika kita meihat dari sudut penggunaan dan juga kekerapan ia akan menjadi satu angka yang amat besar.

“Kita tahu rata-rata pengguna prabayar adalah dari mereka yang berpandapatan rendah dan jika mereka terus dibebani oleh kenaikkan caj tersebut apa yang mereka dapat lakukan selain terpaksa mengeluar perbelanjaan yang lebih setiap bulan dan ia secara tidak langsung akan menimbulkan masalah kepada pendapatannya setiap bulan,” sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, kenaikkan caj tersebut juga merupakan sumber pendapatan baru kerajaan dalam mengatasi masalah kewangan negara.

“Ini adalah sumber pendapatan baru kerajaan dalam bentuk tunai, persoalannya teruk sangatkan masalah kewangan negara ini sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan kenaikan caj tersebut dengan cara tergesa-gesa.

“Kita tahu caj yang dikenakan itu adalah dalam bentuk tunai dan dibayar dahulu oleh pengguna, jadi berapakah jumlah sebenar yang diperolehi oleh kerajaan setiap hari mahupun setiap bulan dan kita nak kerajaan jelaskan berapa jumlah serta kemana wang tersebut dibelanjakan.

“Sekali lagi apa yang saya ingin nyatakan disini Najib sekali lagi gagal melaksanakan prinsip yang beliau bawa dalam konsep 1Malaysia yang mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kalau Najib betul-betul perihatin terhadap rakyat bukan cara sedemikian ia dilakukan, dalam keadaan sekarang rakyat tidak lagi boleh dibebani oleh kenaikan harga barang,” tambahnya lagi.

Semalam syarikat telekomunikasi telah mengumumkan kenaikan caj sebanyak enam peratus berkuatkuasa 15 September nanti dengan alasan mengatakan cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan dan ia termaktub di dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Zaki akhiri khidmat sebagai ketua hakim negara hari ini

Tepat jam 5.09 petang ini, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi mengetip kad perakam waktu terakhir perkhidmatannya sebagai pegawai tertinggi Badan Kehakiman negara di Istana Kehakiman di Putrajaya. Beliau mencapai umur persaraan wajib 66 tahun Isnin ini.

zaki azmi chief justice installation event 291008 03Terdahulu, majlis perpisahan dan memotong kek sempena sambutan harijadi beliau turut dianjurkan oleh warga kerja Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Beliau yang diiringi isterinya Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain mengucapkan salam perpisahan kepada lebih 500 warga kerja pejabat itu termasuk hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Menggantikan Zaki ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria, berkuatkuasa Isnin ini.

Dalam ucapannya, Zaki berterima kasih kepada semua warga kehakiman yang telah menyumbang kepada peningkatan reputasi badan kehakiman negara.

Dalam sebuah negara demokrasi, katanya, mahkamah merupakan organ kerajaan yang penting dan martabat sesebuah negara itu akan terjejas sekiranya mahkamahnya tidak berfungsi dengan baik.

“Pembaharuan-pembaharuan yang telah kita lakukan baru-baru ini telah meningkatkan martabat negara kita.

“Proses-proses, pembaharuan serta membaik pulih badan kehakiman kita adalah hasil usaha seluruh warga kehakiman negara…kejayaan ini adalah hasil usaha serta dedikasi seluruh warga badan kehakiman negara.

“Kenangan saya yang paling berharga adalah hadirin semua yang telah menyumbang dan berkhidmat kepada Badan Kehakiman Negara kita. Saya sangat terharu dengan sokongan semua pihak,” katanya.

Zaki turut menyarankan semua warga kehakiman terus memberikan komitmen kepada Ketua Hakim Negara yang baru.

“Saya berharap anda semua melihat kerja anda sebagai suatu amal kebaikan yang akan dibalas suatu hari nanti dan bukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk material,” katanya.

Sambil menceritakan kenangan manis ketika bertugas sebagai Ketua Hakim Negara, Zaki berkata antaranya ialah “seronok duduk di Putrajaya yang tiada mat rempit bawa motor laju-laju”.

– Bernama

PM: Kaji semula cukai perkhidmatan prabayar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

“Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di ibunegara ari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.

Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

Bernama