Sambutan Tahun Baru dan XPDC Dakwah Pemuda PAS di Parlimen Labis

January 1, 2011 | By Khairul Faizi |

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Seperti tahun-tahun terdahulu, Dewan Pemuda PAS Johor mengadakan program Exspedisi (XPDC) Dakwah bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Masehi dan pada tahun ini kami telah mengadakan aktiviti tersebut di pekan Labis kerana kebetulannya pada malam ini beberapa pertemuan dan aktiviti diadakan di Markas Besar Pemuda PAS.

Selepas pelancaran Jentera Keselamatan N05 Tenang, petugas telah menjalankan tugas mereka mengedarkan risalah di kawasan Dataran Labis yang berhampiran dengan Markas Besar Pemuda PAS yang menjadi lokasi menunggu detik 12 tengah malam.

Programnya sangat meriah dengan percikan dan pembakaran Bungai Api serta persembahan pentas yang hebat.

Walaupun saya berada di Markas Besar tetapi lagu-lagu yang dimainkan memang cukup hebat dengan alunan muzik yang kuat.

Sebentar tadi, seorang Pemuda telah memberikan saya gambar-gambar yang beliau ambil @ tangkap semasa berada bersama pasukan XPDC tersebut. Beliau berpesan kepada saya bahawa ada gambar-gambar yang pasti mengejutkan saya dan ia adalah satu kebenaran.

anda bijak jauhi zina &maksiat!

Zina yang halal..????

Lagi beberapa jam tirai 2010 akan dilabuhkan. Dan ianya akan diganti dengan tirai yang baru, iaitu tahun 2011. Bila buka facebook, twitter, berita2, paper online,  even blog sekalipun sana sini sibuk wish selamat tahun baru masihi walaupun diri mereka mengakui mereka muslim. Ketika tahun baru islam takde pula semeriah neh aku tgk. Pelik pula aku rasa. Rata2 siap bagi jawapan bebal kat aku cakap ini sambutan satu malaysia. Bagi aku, jika orang bukan islam nak sambut hak mereka, itu bukan persoalan, yang menjadi kerisauan ialah bilamana orang islam sendiri sibuk meraikan dengan bikin konsert yang tah hapa2 utk menwelcomekan tahun baru masihi ini. Daripada berdoa dan mengenang dosa2 tahun lepas, mereka amek alternatif dengan menyanyi dan berjoget mcm orang bangang depan tv.

Samada mereka jahil, bodoh atau bebal saya tak pasti. Yang pasti mereka tak peka dengan sensitiviti ‘islam’ sendiri. Tak payah nak bising cakap orang bukan islam hina Alquran kalau diri sendiri pun tak faham dan tidak mengamalkan isi kandungan Alquran. Heh

Tak percaya cakap saya? No hal. Boleh tengok bawah neh. Ini adalah petikan paper online. Baca betul2 apa yang saya gariskan tue. Nampak?

Jika PM kita pun sibuk nak sambut malam ambang tahun baru, apalah yang kita nak harapkan sangat pada rakyat yang jenis malas nak cari ilmu dan mengkaji ‘islam’ sendiri? Betul? Heh.

Ulama muda umno mungkin tengah sibuk tidur. Sampaikan PM nak celebrate ambang tahun baru pun dorang leh wat bangang lagi. Itu baru PM. Itu belum masuk hotel2 lagi. Ini belum masuk pub2 lagi. Ini belum masuk kelab2 mewah lagi. Cara mana mereka sambut tahun baru kita sama kita tahu. Yang rata2 sambut ialah orang2 islam pula tue. Yang ada anak pun sibuk melepak kat dataran merdeka tue. Aim mereka aku tak pasti, sebab ada yang sesetengahnya saja nak layan bunga api, ada yang berniaga nak cari rezeki, ada yang tersesat akibat traffic jam dan ada yang terpaksa kerja. Ini kategori manusia yang kita cakap sengaja, rela ahti, suka2 gila meroyan nak sambut tahun baru tanpa memahami apa itu tahun baru,  apa rasionalnya kita sambut tahun baru, apatah lagi relevant kah sambutan tahun baru ini kepada umat islam?

Dan ini ialah salah satu poster event untuk celebrate tahun baru. Tgk betul2.

Dah tgk? Sepertimana yang korang dan aku sedia maklum, untuk event mcm neh, bukan nya ada larangan terbuka untuk menyekat orang islam daripada menyemak kat pub2 or club2 macam neh. Tiada. Memang tiada. Orang islam mmg betul tak sepatutnya boleh masuk tetapi dari segi undang2 penguatkuasaan kita lemah. Langkah2 pencegahan itu tidak di perluaskan secara efektif. Kalau tidak, kenapa walaupun berkali2 tiap2 tahun baru meskipun ada rush demi rush, ambush demi ambush hasilnya masih di ambang ‘ negatif ‘? Masih banyak orang islam berpelesiran membuat zina sana sini. Masih banyak umat islam mabuk2 di malam tahun baru. Masih banyak umat islam layan dadah dan seks sana sini bebas sebebasnya.

Dan kebanyakkan premis2 yang menawarkan perkara seperti di atas mereka tak alert dengan sensitiviti umat islam. Bagi mereka keuntungan yang paling utama. Even kalau kena rush pun mana ada tokei2 premis neh mengelabah beb. Mereka steady meniaga macam biasa gak2 tiap2 hari. Tanpa rasa takut didakwa, kerana penguatkuasaan yang sangat lemah dan teruk. Ataupun mungkin ada yang kena beli? Pepandai lah lue fikir sendiri.

Apa yang aku pasti ialah, anak2 menteri pun ada yang terselit ketika meroyan nak sambut tahun baru neh. Kalau dah beria2 nak sangat nak celebrate tahun baru neh, kita ada kaedah yang lebih sopan dan ayu. Daripada terpekik terlolong kat pub2, hotel2 ataupun club2 malam even kat konsert2 anjuran kerajaan, ada baiknya kita habiskan masa melepak depan tv paling koman, manakala bagi yang rajin bolehlah menunaikan solat2 sunat/dengar ceramah kat tempat2 yg berdekatan.

Semua perkara di atas ini lah yang boleh kita simpulkan sebagai meraikan zina yang halal secara terbuka dan di buat besar-besaran pula tue. Ya betul. Tiap2 tahun juga begitu. Lepas habis konsert tajaan kerajaan, layan seks pula [bagi yang takde duit]. Bagi yang ada duit, bolehlah book kat memane pub dan enjoy clubbing. Bagi yang lebih mewah, siap anjur private party dalam hotel2 tertentu, dan lakukan zina all in 1 secara berkumpulan. Dan kebanyakkan dari mereka melayu/muslim meskipun bercampur dengan bangsa lain.

So what to do? Bila kerajaan sendiri galakkan perlakuan yang mendekati kepada perzinaan? Orang kata melentur buluh biarlah dari rebung tetapi neh terbalik, dah la suruh orang jangan berzina tetapi anjur perkara2 yang mendekati kepada zina, bila ada orang2 besar /anak2 menteri kena tangkap, mereka bebas tanpa diadili dengan undang2. Heh.

Apa pun bagi korang yang anti-zina boleh layan sini

Ameno : Aku tak wish tahun baru kepada sesiapa pun sebab macam aku katakan dari dulu, perkara yang sia2 kalau buat hasilnya sia2 juga. Heh.

Filed under:
Isu Semasa by Ameno World

projek segera di pekan Labis…demi kesejahteraan pendudk di sini…

To all my Muslim brothers and sisters!!!….Please Read!

To all my Muslim brothers and sisters!!!….Please Read!

What will you do tonight!!!???

Fear Allah, don’t celebrate, don’t drink, don’t do a thing what so ever.

It’s not an excuse that all people celebrate this day, what makes you sure that Allah’s punishment won’t fall on those who cross the lines tonight!

[6:116] And if you obey most of those upon the earth, they will mislead you from the way of Allah. They follow not except assumption, and they are not but falsifying.

THERE IS NO EXCUSE TO DISOBEY ALLAH!!!

~~~O mankind, fear your Lord. Indeed, the convulsion of the [final] Hour is a terrible thing.On the Day you see it every nursing mother will be distracted from that [child] she was nursing, and every pregnant woman will abort her pregnancy, and you will see the people [appearing] intoxicated while they are not intoxicated; but the punishment of Allah is severe.[22:1,2]

If you’re not afraid then…Think of paradise♥♥, think of the reward for leaving what Allah told us to leave!!

Be patient!

Hold tight!

Stay on the right path!

Remember this aya :[4:57] But those who believe and do righteous deeds – We will admit them to gardens beneath which rivers flow, wherein they abide forever. For them therein are purified spouses, and We will admit them to deepening shade.♥♥♥♥

Ruling for this issue !
http://www.islam-qa.com/en/ref/69811

Tapak Warisan Dunia: Perusahaan Burung walit dilarang

Muhayat Jasmin
GEORGETOWN, 31 Dis: Aktiviti perusahaan burung walit tidak akan dibenarkan beroperasi lagi di Tapak Warisan Dunia oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermula pada 1 Januari 2011 akan datang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri, Chow Kon Yeow, dengan larangan tersebut maka kesemua 78 pengusaha burung walit yang sedang beroperasi di tapak tersebut perlu menghentikan operasi mereka berkuatkuasa pada tarikh tersebut.

“Kesemua pengusaha tersebut perlu menghentikan operasi mereka dan mencari lokasi lain dalam tempoh tiga tahun mulai 1 Januari 2011 ini.

“Dalam jangkamasa tersebut, mereka juga tidak dibenarkan menggunakan alat rakaman bunyi. Semua struktur tambahan pada bangunan yang telah didirikan tanpa mendapat permit dari pihak berkuasa tempatan harus segera dirobohkan serta dipulihkan semula premis tersebut kepada keadaan asal, ” katanya lagi.

Kata Chow, dari sejumlah 129 pengusaha burung walit yang terdapat di Pulau Pinang, hanya 78 sahaja yang terlibat dalam aktiviti di kawasan Tapak Warisan Dunia.

Pada 7 Julai 2008 yang lalu Georgetown dan Melaka telah mendapat pengiktirafan dari Jawatankuasa Mesyuarat Warisan Dunia sebagai Tapak Warisan Dunia.

Sehubungan itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil insiatif bagi mengekalkan kawasan tapak tersebut dari dicemari oleh apa jua aktivtiti yang boleh mencemarkan imej dan kedudukan kawasan tersebut sebagai Tapak Warisan Dunia

Melayu pun kena tutup aurat

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.

Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.

Mengulas  komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.

“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.

“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.

“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang.  Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.

Media baru: PAS harap polis adil

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Dis: PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat.

“Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah  dan memohon maaf.

“Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi.

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN.

“Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina,” katanya.

Laman web dedah gambar mangsa rogol menteri

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kisah tentang menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya tidak boleh disembunyikan lagi apabila sebuah laman web menyiarkan gambar mangsa rogol tersebut semalam.

Laman web itu, Sabahkini.net, juga turut menyiarkan kenyataan seorang pemimpin PKR Sabah agar menteri berkenaan meletakkan jawatan.

Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu.

Blogger Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Atan pula membandingkan negara Yahudi Israel pernah memenjarakan menterinya yang didapati bersalah merogol pembantunya.

Namun, tulis Rocky, laporan yang dibuat pada tahun 2007 itu dipercayai diperap sahaja oleh Perdana Menteri ketika itu.

“Tak boleh biar orang tuduh pemimpin kita melakukan jenayah terkutuk tanpa siasatan. Tapi pasal kita dah tak siasat dan kes tu dah terpendam, sekarang ni tampak macam kita telah cuba mengabui mata rakyat,” tulis Ahiruddin dalam blognya.

Sebelum ini, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal mahu menteri yang merogol pembantu rumahnya itu diambil tindakan.

Tun Faisal yang menjawab pertanyaan seorang rakan twitter berkata, “ambik tindakan, apa masalah.” apabila ditanya “@tunfaisal mcm mana dgn menteri rogol.apa cer?”

Harakahdaily sebelum ini sudah empat kali menyiarkan cerita ini termasuk tiga pendedahan mengenainya.

Ini kerana, selepas didedahkan oleh WikiLeaks dan laporan oleh Ahiruddin Atan melalui blog Rocky Bru nya, Harakahdaily menebual sendiri Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care.

Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007.

Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang bernama Robengah ini.

Kenyataan ini kemudiannya didedahkan semula oleh NGO Tenaganita pada 27 Disember lepas apabila kes ini timbul semula ekoran pendedahan WikiLeaks.

Selamat datang Teo Nie Ching

Nasrudin Hassan Tantawi
1. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini difahamkan membuat ikrar bahawa beliau akan terus melawat masjid sekalipun dikritik hebat oleh media ekoran tindakan beliau sebelum ini memasuki surau dan membuat ucapan di dalamnya serta mengadakan senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya .

2. Saya mengalu – alukan ikrar sedemikian sekaligus menunjukkan Teo Nie Ching telah mula tertambat hati dengan rumah Allah [ samaada surau atau masjid ] dalam keadaan ada sebahagian ummat Islam sendiri rasa tidak berminat untuk mengunjungi surau dan masjid apalagi untuk duduk bersimpuh di dalamnya demi mendalami agama atau i’tikaf mendekatkan diri kepada Allah swt.

3. Mudah – mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam . Memahami Islam dari sumbernya yang betul adalah menyelamatkan seseorang daripada keliru setelah melihat sebahagian ummat Islam sendiri tidak mematuhi hukum hakam Islam .

4. Sementara penganjur atau Imam dan  AJK masjid – masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau. Bukan hanya kehadhiran Teo untuk menyelesaikan tugasan politik beliau sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen tetapi juga sebahagian dari tugas beliau sebagai pemimpin ialah memahami agama dan budaya rakyat yang diwakilinya.

5.Masjid mestilah peka dan aktif  menjadi sebuah institusi untuk menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia samaada muslim atau non muslim .Justeru  masjid bukan hanya tempat untuk mengerjakan solat tetapi mestilah menepati sebuah institusi ummah yang lengkap dengan aktiviti atau gerakkerja menyebarkan risalah suci agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt.

6. Malah masjid selayaknya menjadi pusat pengajian akademik , pusat rawatan , pusat kebajikan dan seumpamanya demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan ummah. Menjauhkan orang dari masjid adalah suatu yang bertentangan dengan spirit penubuhan masjid itu sendiri . Wajarlah kita bersyukur kepada Allah swt dalam keadaan ramai orang menjauhkan diri daripada masjid tiba – tiba Yb Teo Nie Ching berikrar mahu terus mengunjungi masjid . Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau .

7. Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid. Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah – rumah kediaman biasa.

8. Antara yang mudah dan asas terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh Teo Nie Ching ialah memastikan tindak – tanduk serta penampilannya tidak mencetus rasa singgung hati dari kalangan ummat Islam seperti cara berpakaian . Selayaknya Teo tidak mengenakan pakaian yang ketat , sendat , singkat serta mendedahkan bahagian – bahagian tubuh kerana ia mencemarkan kemuliaan Islam. Jangan tiru pemakaian yang menjolok mata sekalipun ia dipakai oleh sebahagian ummat Islam . Kerana pakaian sedemikian dicela oleh Islam sekalipun pemakainya adalah orang Islam sendiri . Orang Islam yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat apatah lagi menjolok mata akan dimurkai dan dilaknat oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia .

– Sebahagian adab yang perlu diberi perhatian juga ialah , hadhir ke masjid janganlah  bermaksud mempersenda rumah Allah dengan perlakuan yang tidak layak dan sopan. Imam dan AJK masjid bertanggungjawab memastikan perkara seperti ini , namun jangan menyukarkan keadaan sehingga tertutup hati orang yang mahu mengunjung dan mendekati diri dengan masjid lantaran itu adalah peluang keemasan untuk pihak masjid berdakwah. Bukan senang nak dapat peluang orang nak datang ke masjid dalam keadaan dunia hari ini ramai pula yang mahu menjauhkan diri dari masjid.

[ kesemua adab atau etika mengunjungi masjid adalah terpakai kepada semua terutama orang Islam sendiri . Jika non muslim tidak boleh berpakaian menjolok mata  dan berkelakuan tidak sopan ketika mengunjungi masjid maka demikian jugalah  muslim/ah ]

9. Kesempatan ini  saya juga mahu menegur pemimpin – pemimpin ummat Islam , tidak kira dari mana parti dia wakili  [ terutama parti pemerintah kerana mereka pemimpin negara ] agar tidak mendedahkan aurat atau menjaga agar isteri dan anak – anak mereka tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar. Barulah ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan orang ramai  seperti Teo Nie Ching . Kalau isteri pemimpin negara sendiri tidak menutup aurat , maka bagaimanalah pemimpin itu mahu menegur Teo Nie Ching ? tentu ia suatu yang  sangat memalukan .

10. Saya menyeru terutama kepada pimpinan pemuda PAS agar mula aktif dan untuk memberi penjelasan mengenai Islam kepada semua termasuk non muslim . Islam adalah untuk semua . Islam juga adalah penyelesaian kepada masaalah yang dihadapi oleh manusia . Tidak ada sebab manusia mahu menolak Islam agama yang diwahyukan oleh Alllah swt Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri .