SHEIKH ABU AL QA3QA3 “lan nuwaki3”

100% HAMAS “Jerusalem for Muslims”

HAMAS CONVOY TO PARADISE “ALLAHU AKBAR”

Anak Muda Kena Guna ‘Bahasa Undi’ – Pak Samad

Written by Wan Kay   
Saturday, 28 February 2009 12:13
a20samad20said20063Dungun – Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

“Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.

Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

“Dia (Umno) selalu memperkecilkan ‘angkatan’ (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

“Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Samad’ mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu ‘jenayah’ kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara ‘membunuh’ bahasa dan bangsa sendiri.

“Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

“Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

“Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

“Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

“Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat.

Last Updated on Saturday, 28 February 2009 12:23

PRK Bukit Gantang, Persiapan Rapi, Calon Tak Pasti

Written by Wartawan Buletin   
Saturday, 28 February 2009 12:11
nordinjaafarBukit Gantang – Calon PAS yang akan bertanding untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang belum di pastikan, namun persiapan menghadapi ‘perang politik’ tersebut telah digerakkan dengan rapi.

Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Mohd Nordin Jaafar berkata jentera pilihanraya pelbagai peringkat telah digerakkan.

Namun, katanya, belum ada, samada Perhubungan negeri Perak atau pihak PAS Pusat yang meminta secara rasmi dari PAS Kawasan Bukit Gantang nama calon-calon utuk pilihanraya tersebut.

Walaupun begitu, beliau tidak menafikan ada pihak Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) yang meminta pihaknya meminta pihaknya menyenaraikan beberapa nama.

“Perhubungan negeri dan pihak pusat belum minta nama secara rasmi, belum hantar surat, tapi pihak JPN ada hubungi, minta kita (PAS Bukit Gantang) sedia 6 nama, 2 nama dikalangan pimpinan kawasan, 2 nama dikalangan pimpinan negeri dan 2 dikalangan pimpinan pusat,

“saya sudah pun mendapat maklumbalas dari cawangan-cawangan, ada 48 cawangan semuanya,”katanya yang ditemui Buletinonline di Markaz Air Kuning di sini, semalam.

Menurut beliau sebagaimana yang diminta oleh JPN, beliau telah pun menyenaraikan nama-nama tersebut, sebagaiaman maklumbalas yang diberikan oleh cawangan-cawangan.

Katanya seluruh 38 Unit Peti Undi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang elah pun digerakkan termasuk jentera pemuda. muslimat dan jentera di DUN-DUN.

“Pelancaran jentera pemuda telah dilaksanakan pada 19 Feb lalu, kami sediakan 500 helai T-Shirt, tetapi tidak cukup berbanding para pemuda yang datang,

“jentera parlimen dilancarkan di Markaz Bukit Cempedak oleh Menteri BesarPakatan Rakyat, YAB Dato’ Seri Nizar baru-baru ini,”katanya.

Katanya jentera bantuan dari negeri-negeri dan kawasan-kawasan dalam negeri Perak sudah mula datang dan meninjau kawasan dan membuat persiapan perlu terutamanya dari segi penginapan dan penyelarasn dengan peti-peti undi.

Menurutnya beliau yakin PAS akan menang dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang berdasarkan sokongan pada pilihanraua umum ke 12 Mac lalu dan suasana poliitik masakini.

“Peluang…..alhamduliLlah, kita yakin menang dan Bukit Gantang (parlimen) akan dapat dikekalkan dibawah PAS dan Pakatan Rakyat,

“kita meletakkan sasaran kemenangan dengan pertambah undi sekali ganda, kalau dulu arwah Ustaz Ruslan mendapat majoriti 1655 undi, kali ini kita sasarkan sehingga 3,000 undi,”katanya.

Last Updated on Saturday, 28 February 2009 12:24

Radio24 makin panas dengan slot ‘Kerusi Panas’ mulai Mac

28 Feb 2009 1:29AM

BERNAMA Radio24 akan melancarkan program baru mulai Mac 2009. Program yang dinamakan “Kerusi Panas” itu akan menampilkan personaliti pelbagai bidang sebagai tetamu termasuk politik, perniagaan, kemasyarakatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), seni dan sukan.

Ketua Pegawai Operasi stesen radio berita itu, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, setiap hari personaliti tertentu akan diletakkan di “Kerusi Panas” dan diajukan soalan-soalan yang relevan dan telus. “Kerusi Panas” akan ke udara pada slot 2:15 petang dan 6:30 petang Isnin hingga Jumaat.

Dalam pada itu, pendengar juga dijemput untuk memberikan cadangan soalan atau tetamu untuk diletakkan di “Kerusi Panas.” Cadangan soalan atau tetamu boleh dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke BERNAMA Radio24. Pendengar hanya perlu menaip R24<jarak>KERPAN<jarak>[cadangan soalan atau tetamu] di telefon bimbit mereka dan hantarkan kepada 32728.

“Objektif program ini ialah untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada personaliti tertentu untuk menjawab soalan-soalan yang sering dilontarkan oleh masyarakat,” tambah Sheikh Raffie.

Selain itu pendengar akan mendengar sendiri jawapan kepada soalan yang menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat.
 
“BERNAMA Radio24 sering mencari kelainan dalam penstrukturan programnya,” kata Sheikh Raffie. “Dalam hal ini, kami sentiasa memastikan kepuasan pendengar menjadi keutamaan, dan dalam senario politik dan ekonomi masakini, BERNAMA Radio24 berharap dapat memainkan peranan sebagai satu platform untuk menghuraikan isu sebenar sesuatu persoalan.”

Menurut Sheikh Raffie lagi, ide “Kerusi Panas”  timbul setelah beberapa personaliti sering berhadapan dengan isu kontroversi yang kadangkala tidak dapat ditepis kerana kekurangan ruang pada media lain yang berkonsepkan format tertentu.
 
Program “Kerusi Panas” akan diterajui hos berkaliber dan berpengalaman, antara lain ialah Datuk Seri Azman Ujang, Penasihat Media BERNAMA.

MB Kedah minta pengilang elak buang pekerja

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, meminta pengilang dan pelabur memikirkan kaedah terbaik untuk menangani masalah pemberhentian pekerja dalam situasi ekonomi yang dijangka semakin buruk.

Bercakap kepada pihak industri di sini hari ini, beliau berkata majikan seharusnya lebih memahami dan mengambil kira beban setiap pekerja ditengah-tengah krisis yang sedang berlaku, terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.

“Saya amat berharap pihak pengilang dan pelabur dapat mencari kaedah terbaik untuk menangani isu ini dan menjadikan langkah pemberhentian pekerja sebagai jalan penyelesaian terakhir,” katanya pada Majlis Dialog Industridan Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional, peringkat negeri.

Azizan turut menyarankan pakej ransangan ekonomi yang lebih menyeluruh diguna pakai bagi menangani serta merangsang kembali sektor asas dalam ekonomi, dan tidak hanya menumpukan kepada sektor tertentu sahaja.

“Ini berikutan kajian Persatuan Pengilang Persekutuan yang mendapati situasi ekonomi nasional akan bertambah buruk untuk tempoh enam hingga ke 12 bulan akan datang, di mana sektor asas seperti elektrik dan elektronik, kimia, plastik dan produk berasaskan petroleum akan mengalami kesan yang ketara,” katanya. – Bernama

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco perjelas penggunaan wang negeri

IPOH: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) memanggil Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, serta barisan Exco masing-masing untuk memberi penjelasan berhubung penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Mereka dikehendaki memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan Khamis ini pada jam 4 petang dan PAC boleh mengenakan arahan waran tangkap jika mereka enggan hadir.

Mobile Bulletin – 28 Feb 09

Tambah satu lagi.. penipu pula…

February 28, 2009

 


Jika mereka sendiri dah menunjukkan mereka adalah kumpulan yang melakukan perbuatan celaka yang mengundang kecelakaan kepada diri sendiri dan negara, kemudian ditegur oleh Yang Dipetua Dewan Negara sebagai kumpulan yang bodoh, kini untuk melepaskan diri mereka sanggup menjadi penipu pula.

Alkisah…

“Menceritakan kejadian tersebut, Lat berkata, 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri.

Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen.”

Itu saja yang ada di dalam tempurung kepala pemuda UMNO yang menyerang Karpal Singh apabila cuba hendak mengelak dari tekanan yang mereka hadapi kini ekoran tindakan mereka sebelum ini yang tidak memikirkan akibat dari perbuatan celaka mereka itu.

Seandainya Jawatankuasa Siasatan Aduan Karpal Singh yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Pandika Amin Mulia menjalankan siasatannya nanti dan kemudian mengulangtayangkan CCTV yang memaparkan mereka tersadai di situ sekian lama yang hanya menunggu “jamuan” tiba dengan kedatangan Karpal di perkarangan Palimen berkerusi roda, tidakkan nanti mereka ini akan boleh didakwa lagi: untuk kesalahan selanjutnya :memberikan keterangan palsu kepada sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh Parlimen?

Shahadan kata mereka lagi:

“Kami menghampirinya dan bertanya ‘mengapa anda kata Pemuda Umno celaka. Kamu jangan berselindung di sebalik kekebalan bangunan Parlimen.”

“Karpal menjawab ‘saya malas nak layan kamu, saya nak masuk dewan Parlimen’,” kata Lat lagi.

Sementara Ketua Pemuda Umno bahagian Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal yang turut hadir semalam berkata, rombongan Pemuda itu mencabar Karpal mengulangi perkataan “Pemuda Umno celaka” di luar dewan Parlimen.

Bagaimanapun, pemimpin kanan DAP itu enggan berbuat demikian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Daripada dialog itu sahaja sudah cukup untuk membuntikan bahawa sang Pemuda lah yang memulakan episod hodoh lagi jelek itu di perkarangan Parlimen tersebut.

Sesuatu perbuatan yang salah tetap salah. Sekalipun ianya cuba dibantu oleh pak-pak mertua dan pak-pak sedara yang terdiri dari mereka yang menguasai media arus perdana. Malah kekayaan berjuta tak mungkin melepaskan perbuatan yang salah untuk menghumban anda ke penjara. Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru.. kata orang tua-tua. Apa tah lagi kalau doa sekalian rakyat yang tak suka dengan perbuatan kamu yang samseng lagi hina.

Paling tidak orang akan menempelak (berdasarkan dialog itu), perangai anak muda UMNO yang tak reti bahasa. Perangai mat rempit dibawa ke tempat yang mulia, hanya kerana perangai sang menantu punya angkara.

Isy anda sudah terpijak najis yang banyak wahai sang menantu. Dan dengan najis itu nanti anda hendak bawa ke majlis perhimpunan dan nak bertanding sebagai Ketua Pemuda. Sedangkan tatkala anda melewati mereka, semua akan segera menutup hidungnya kerana tak tahan baunya yang busuk, jijik lagi hina. Memalukan paduka ayahanda mertua yang bakal bersara.

http://greenboc.blogspot.com/