Dua beradik diseterika, didera sampai patah kaki

 

ne_07_1

SITI FATIMAH meriba Noor Dea Ariana yang patah kaki bersama Noor Auni Dafina yang didakwa didera pengasuh di Port Dickson semalam.


 

PORT DICKSON – Seorang ibu tunggal tidak menduga tindakannya menghantar dua anak perempuannya kepada seorang pengasuh mengundang padah apabila kedua-dua permata hatinya itu cedera teruk dipercayai didera.

Siti Fatimah Johari, 25, memberitahu, anak sulungnya, Noor Auni Dafina, 2, mengalami kesan lebam seperti dicubit dan lebih teruk terdapat kesan melecur dan kesan koyak pada kemaluannya.

Anak keduanya, Noor Dea Ariana, 1 tahun 5 bulan, bukan sahaja terdapat kesan lebam tetapi lebih teruk apabila pemeriksaan mendapati pahanya bengkak dan kakinya pula patah.

Menurut Siti Fatimah, kejadian itu disedari pada pukul 12 malam 14 Februari lalu ketika dia mengambil anaknya di rumah pengasuh terbabit di Taman Politeknik di sini selepas pulang dari kerja.

“Memang menjadi kebiasaan saya akan memeriksa setiap inci tubuh anak saya apabila saya mengambilnya dari rumah pengasuh sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sebaik diperiksa pada malam itu, saya terkejut apabila mendapati keadaan kedua-dua anak saya berbeza sebelum saya menghantarnya dan ia amat menakutkan,’’ cerita Siti Fatimah kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Berikutan kejadian itu, dia terus membawa anaknya ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke wad kecemasan dan pakar di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada hari kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi.

Menurut Siti Fatimah, sebaik pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan Noor Auni Dafina selain melecur di bahagian luar dipercayai akibat diseterika dan lebam-lebam pada badan.

“Dea Ariana pula disahkan patah kaki dan mengalami kecederaan buku lali,’’ katanya yang masih resah dengan kejadian itu.

Ujar Siti Fatimah, selepas membuat laporan polis, anaknya dibenarkan keluar dari HTJ Rabu lalu dan akan menerima rawatan susulan semula hari ini dan 2 April.

2 Responses

  1. walahaulawalaquwataillabillahilayimyilazim……………,apabila iblis telah menguasai diri manusia sanggup melakukan apa saja mendera dan menyakiti perangai mengalahkan binatang dihutan.dimanakah hati dimanakah akal hai manusia dimanakah sifat budiman kembalilah kita kepada allah kepada kitabullah.duhai ibu kepada dua anak itu saya simpati nasib kamu nasib anak mu.

  2. Tuan pemilik blog, Saya merupakan penyelidik sosial yang sedang menjalankan kajian berkenaan isu sosial dan kes bersangkutan yang berkenaan. Sehingga saya melintas di blog ini, saya menjadi ralat. Mohon pihak tuan/wakil/selaku penulis untuk tidak menerbitkan nama sebenar mangsa atau yang bersangkutan serta memaparkan wajah jelas mangsa/ibu mangsa/yang bersangkutan. Sekiranya itu tidak dapat dilakukan, adalah lebih baik sekiranya pihak tuan tidak menerbitkan artikel ini atau membuang terus penulisan ini daripada blog tuan/puan.

Leave a comment