Kerusi Melayu/Melanau cabaran besar buat Pakatan Rakyat di Sarawak – Peguam

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri) PKR di Sarawak, Baru Bian yang juga seorang peguam mengakui kerusi Dun bagi kawasan majoriti masyarakat Melayu dan Melanau di negeri itu antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri akan datang.
Namun, pihaknya bersama komponen PR yang lain tidak akan mengaku kalah sebelum berjuang bagi memastikan Sarawak berjaya di tawan dalam pilihan raya negeri akan datang. 
Ikuti temubual erapakatan.com berhubung persiapan dan harapan parti itu menjelang pilihanraya negeri akan datang.
Erapakatan.com : Apa kebaikannya yang rakyat Sarawak perolehi jika PR diberi peluang memerintah Sarawak.
Baru Bian : Terdapat dua perkara penting yang kita tuntut bagi Sabah dan Sarawak dan perkara ini telah saya tegaskan semasa berucap di Konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) di Shah Alam (19 Disember lalu) iaitu berkaitan dengan Semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan yang ke dua ialah berkaitan hak yang lebih adil diberikan kepada negeri Sarawak dan saya amat bersetuju dengan dasar PR yang menawarkan 20 peratus daripada pendapatan Petroleum di berikan kepada Sarawak dan juga Sabah.
Selain itu, kita juga menuntut agar kerajaan persekutuan memberikan peluang yang adil kepada penduduk Sarawak untuk menyandang jawatan penting dalam dalam agensi kerajaan. Apabila kita menuntut, bukan kita tidak mahu orang semenanjung (memegang jawatan itu), tetapi lebih kepada memberi peluang yang sama adil dan rata kepada penduduk Sarawak yang berkelayakan.
Sehingga kini saya tidak faham mengapa kerajaan negeri gagal melakukannya sedangkan Sarawak juga adalah salah sebuah negeri yang bergabung dalam Malaysia. Dalam hal ini termasuklah penjawat awam di pihak keselamatan seperti askar dan polis.
Erapakatan.com : Sejauhmana isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masih relevan di Sarawak kerana pemimpin BN mendakwa isu itu walaupun dimainkan dalam pilihanraya kecil (PRK) Dun Batang Air, tetapi PR masih tidak menang.
Baru Bian : Kita telah melakukan tinjauan dan mendapati isu ini sentiasa panas kerana ia melibatkan hampir semua kaum di negeri ini dengan sebahagian besarnya masyarakat Dayak.
Berhubung dakwaan BN bahawa ia tidak relevan seperti yang berlaku di Batang Air, ia sesuatu yang berbeza kerana melibatkan banyak faktor dan antaranya ialah maklumat kita ada yang tidak sampai kepada pengundi selain kedudukan kawasan itu juga menyukarkan pergerakan kita menerangkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen.
Selain itu, pada masa yang sama jentera PR di seluruh negara terpecah tiga manakala seluruh jentera BN Sarawak berkampung di Batang Air dan semasa konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam yang lalu juga dasar PR dengan jelas menyatakan bahawa kita akan menjamin hak Tanah Adat Orang Asal yang seharusnya tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak termasuklah kerajaan BN dan beberapa syarikat kroni mereka yang merompak tanah rakyat kononnya atas nama pembangunan.
Erapakatan.com : Pemimpin BN  mendakwa tanah itu di ambil untuk membangunkan negeri Sarawak yang luas itu.
Baru Bian : Mengarut! Mereka mengambil tanah rakyat bukan untuk pembangunan rakyat tetapi untuk syarikat kroni mereka sahaja dan perkara ini telah lama berlarutan sebab itu pemimpin BN ini layak digelar ‘perompak’ yang merompak tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mereka dan kroni mereka.
Sehingga kini, masih terlalu banyak isu berkaitan NCR yang masih tertunggak dan gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri di bawah cengkaman BN.
Erapakatan.com : Beberapa hari sebelum sambutan Hari Wanita di Sarawak Disember tahun lalu, Polis telah mengishtiharkan bahawa kes rogol berkaitan kaum Penan telah selesai selain mendakwa antara sebab kes itu lambat di selesaikan kerana ahli politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tidak memberikan kerjasama.
Baru Bian : Saya cabar mereka buktikan bagaimana kes itu dikatakan sudah selesai dan kita bagi peringkat PKR sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas mengenainya dan pengishtiharan itu mungkin mempunyai agenda tertentu.
Setakat ini, kes itu masih lagi berjalan dan kita akan terus mendesak agar kes ini segera diselesaikan kerana perjuangan kita adalah perjuangan rakyat dan bukan seperti BN yang takut sehingga sanggup memangsakan rakyat sendiri demi menjaga golongan atasan tertentu.
Perlu diingat, Wadesa sendiri, meragui tindakan Polis dan kerajaan negeri yang bersubahat menutup isu itu secara tiba-tiba.
(Persatuan Wanita Desa Sarawak, ialah salah sebuah NGO yang berpusat di Sarawak yang memperjuangkan hak-hak wanita di negeri itu-erapakatan.com)
Erapakatan.com : Bagaimana persediaan PR di Sarawak setakat ini bagi menghadapi pilihanraya negeri.
Baru Bian : Kita sudah lama bersedia dan sentiasa bersedia kerana pertempuran melawan BN bukan semata-mata atas nama politik tetapi lebih kepada menyelamatkan rakyat daripada cengkaman BN.
Bagi PKR sendiri kita konsisten untuk memperkasakan organisasi diperingkat Cabang dan Ranting selain memperkemaskan jentera penerangan parti serta mengaktifkan pejabat di setiap peringkat agar sensitif dan rajin mendengar dan menyelesaikan permasalahan rakyat.
Saya sendiri akan terus menjelajah ke seluruh negara dengan langkah permulaan di Johor yang memiliki kira-kira 60,000 penduduk Sarawak yang menetap dan bekerja di sana.
Langkah ini bagi memastikan mereka mendapat penerangan yang jelas dan secara dekat seterusnya kita mengharapkan mereka pulang ke Sarawak untuk mengundi dalam pilihanraya negeri kelak.
Dari aspek pembahagian kerusi, secara asasnya kita mengambil kira tiga faktor berikut dan ini merupakan hasil perbincangan yang dipersetui bersama komponen PR di Sarawak sebelum ini. Pertama ialah kita akan mengekalkan kedudukan kerusi yang telah dipertandingkan pada pilihanraya negeri tahun 2006.
Ke dua, Perletakan seseorang calon bagi mana-mana kerusi bergantung pada sokongan rakyat di kawasan itu. Maksudnya di sini, sokongan terhadap calon itu berpandukan pengaruhnya di peringkat akar umbi dan ke tiga, kita bertekad memastikan pertandingan menentang BN  secara satu lawan satu dan ini adalah perkara yang begitu jelas yang kita telah putuskan bagi peringkat PR Sarawak.
Erapakatan.com : Kedudukan kerusi bagi majoriti pengundi Cina, dan masyarakat Dayak nampaknya memberi petunjuk meyakinkan untuk di tawan, bagaimana pula dengan kerusi bagi majoriti Melayu/Melanau?
Baru Bian : Ya, isu tanah, kemudahan prasarana, kes rogol kaum Penan, terus memeningkan BN dan ini meyakinkan kita untuk menawan kerusi luar bandar yang merupakan majoriti di Sarawak. Begitu juga dengan kerusi majoriti masyarakat Cina yang sehingga kini belum pulih dan terus menyokong Pakatan Rakyat.
Secara asasnya, kita akui cabaran untuk menawan kerusi Melayu/Malanau ini, namun kita tidak akan mengaku kalah sebelum berperang.
Kita menetapkan sekurang-kurangnya antara 7-10 kerusi itu kita mampu tawan selain mengharapkan komponen PR yang lain turut memenangi kerusi Dun yang akan mereka tandingi.
Erapakatan.com : Harapan saudara kepada seluruh pengundi di Sarawak
Baru Bian : Kita di Pakatan Rakyat menawarkan kerajaan Alternatif yang lebih baik kepada penduduk Sarawak dan menjanjikan Sarawak Baru, pemerintahan yang berintegriti, calon-calon yang bersih dan kita berharap rakyat Sarawak memberikan kita peluang sepenggal untuk membuktikan janji ini. Visi rakyat ialah visi kami. Terima Kasih.

 

Rabu, 2010 Mac 10

Gagal Tangani ‘Firaun Kecil’ Akan Akhiri Riwayat PKR: Zulkifli

Posted by RAKYAT MARHAEN
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata, riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan ‘firaun kecil’ dalam PKR gagal ditangani.
Beliau yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.
“Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti, Datuk Salahuddin Hashim…mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.
“Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi,” katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.
Zulkifli juga berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.
Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.
Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.
Sebelum itu, beliau pernah mendakwa ada kumpulan ‘firaun kecil’ dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.
Zulkifli berkata, beliau juga telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan ‘roadshow’ bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baharu.
“Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG),” katanya.
Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan ahli Parlimen yang lantang bersuara itu berkata, beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.
Zulkifli berkata, selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

 

Rakyat tiada pilihan, tukar kerajaan BN

Posted by RAKYAT MARHAEN
BANDAR JENGKA, 10 Mac: Rakyat di negara ini tidak ada pilihan selain daripada menukar kerajaan Umno/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat jika mahu melihat masalah yang dihadapi negara ini dapat diselesaikan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Bercakap dalam forum Maulidur Rasul anjuran PAS Kawasan Kuala Krau, di Dataran Masjid Lama, Bandar Jengka, malam tadi, Tuan Ibrahim menambah, adalah amat mengecewakan selama 50 tahun lebih Umno/BN diberikan kuasa oleh rakyat keadaan masyarakat semakin bertambah buruk. 
“Bukan kita suka-suka nak sebut tetapi rakyat telah memberikan peluang kepada pemerintah yang ada berkuasa selama lebih 50 tahun. Keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.  
“Kita tak boleh bayangkan bagaimana teruknya masalah sosial yang melanda negara sekarang ini. Kita ada masalah dadah yang teruk, masalah rasuah, masalah penyelewengan, anak luar nikah dan berbagai masalah yang tidak lagi mampu dikawal. Sebab itu kita nampak tak ada jalan lain melainkan rakyat kena tukar kerajaan yang ada,” katanya. 
Turut menjadi ahli panel ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Ashaari, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani sementara pengerusi forum, Ustaz Sahril Azman di hadapan kira-kira 2,000 pendengar dari kalangan warga Jengka hadir.

 

Pengumuman: Solat Sunat Istisqa’ (Mohon Hujan) di Kota Bharu (12/3/2010)

Posted by RAKYAT MARHAEN

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Bagi pihak penganjur program.

 

Hang Khianati Rakyat,Rakyat Laknat hang balik…!!

Posted by RAKYAT MARHAEN

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya – supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu – gagal ditunaikan.

 

Malah,
tambah Ahmad, Mohsin juga sudah seminggu tidak dapat dihubungi melalui talian telefon bimbitnya. “Saya hari ini pun ada SMS pada beliau. Tetapi tidak berjawab,” katanya menjelaskan tindakan lanjutnya setelah membuat amaran tersebut pada Khamis lalu – sehari selepas Mohsin mengiystiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad bagaimanapun berkata, beliau masih boleh mempertimbangkan membatalkan program tersebut walaupun dihubungi Mohsin di saat-saat akhir.


“Kalau nanti beliau SMS kata setuju (dengan syarat saya), tak perlulah buat, Tetapi macam saya kata dulu, beliau mesti iystiharkan (pendiriannya) pada orang ramai melalui media,” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS negeri.


Ahmad berkata, solat hajat itu akan diadakan di pusat pengajian agama yang diasaskannya di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak.


“Di tempat itulah beliau (Mohsin) mula-mula diperkenalkan kepada pengundi,” katanya. 

Setakat

Ahmad menjangkakan sekurang-kurangnya 600 muridnya akan turut turut serta dalam solat tersebut. Penyokong PAS dari kawasan berdekatan Bagan Serai, seperti Kuala Kangsar dan Parit Buntar, juga akan turut menyertainya, tambah beliau.

 

Anwar : Kita Pecat Ahli Parlimen Kerana Kita Berani Ambil Keputusan Yang Tepat Dan Benar

Posted by RAKYAT MARHAEN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setelah dua tahun kemenangan besar Pakatan Rakyat gagasan itu semakin teguh dan mantap dan sukar digugat walaupun diasak serta ditekan berterusan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Ini kerana rakyat berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat yang memberi kekuatan dan dorongan untuk membawa perubahan total yang diharapkan rakyat selama lebih 50 tahun di bawah Umno-BN.

Berucap di Commerce Square, Seremban malam tadi dihadapan lebih 10,000 penyokong yang tidk berganjak walaupun terpaksa mengharungi hujan lebat tanpa henti sempena majlis sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat, Anwar berkata dengan semangat jitu yang ditunjukkan rakyat Negeri Sembilan tidak mustahil Umno akan rebah di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

“Malam ini pemimpin-pemimpin Umno Negeri Sembilan tidak boleh tidur. Semangat rakyat tinggi menggunung. Berapa tinggi gunung Kilimanjoro, tinggi lagi semangat rakyat Negeri Sembilan,” ujar Anwar.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abas serta pimpinan Pakatan Rakyat pusat dan negeri.

Anwar yang berucap dengan penuh semangat berkata walaupun pelbagai tekanan dan ujian yang dihadapi Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun pentadbirannya namun sambutan rakyat terhadap KEADILAN, PAS dan DAP lebih hebat berbanding sebelum ini.

Beliau tegas menyatakan hanya pemimpin yang berjuang untuk prinsip diterima dalam Pakatan Rakyat manakala pemimpin yang berjuang untuk mendapatkan kekayaan dan projek akan disingkirkan.

“Wajah dan peta politik Malaysia sudah berubah. Kita sekarang ambil pendekatan yang jelas berdasarkan apa yang benar. Sebab itu apabila ditanya mengapa kita memilih untuk memecat Ahli Parlimen KEADILAN meskipun jumlah kita menurun, kita pecat sebab kita berani, kerana kita mengambil keputusan yang tepat dan benar serta tidak tunduk kepada mereka,” tegas Anwar lagi.

Pada masa yang sama Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulas isu integriti dan keselamatan negara membabitkan isu pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.

“Ini isu keselamatan negara kita. Sebab itu mereka (Umno) tak tahan dengan PAS, DAP dan KEADILAN sebab kita suarakan, walau hadapi risiko. Kalau kita tidak suarakan rakyat tidak akan tahu. Kalau perang, kapal selam tak boleh selam, kapal selam tak boleh naik, bermakna kalah Malaysia,” tegas Anwar.

Berhubung isu penggunaan kalimah Allah bukan sahaja KEADILAN malah PAS dituduh sebagai pro-Kristian.

Sementara di Pulau Pinang pula Ketua Menteri Lim Guan Eng dituduh merampas hak orang Melayu.

Hakikatnya kata Anwar pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang telah banyak membantu kaum Melayu di negeri itu berbanding semasa ia ditadbir Gerakan-Barisan Nasional.

“Di Pulau Pinang, Cina majoriti, kita angkat Cina. Cina yang prihatin masalah rakyat, yang ada peribadi yang baik, yang tak rampas tanah kita, Cina yang tak rasuah, itu Cina kawan kita.

“Saya tahu Lim Guan Eng tegas, bagi arahan jelas tak akan ambil saham negeri, tak ambil tanah negeri, tak ambil kontrak negeri. Tanya Menteri Besar Umno, Ketua Menteri Umno, ya memang dia kata tak ambil satu kontrak, dia ambil 14 kontrak! Mana ada pemimpin Umno yang tak ambil (rasuah).

“Kerajaan negeri semasa Umno-Gerakan perintah peruntukan untuk majlis agama setakat RM12 juta sahaja. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah peruntukan untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang meningkat daripada RM12 juta kepada RM24 juta,” tambah beliau.

Kata Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hidupnya secara sederhana turut menjadi mangsa fitnah dan tuduhan jahat pemimpin Umno.

Beliau mempersoalkan mengapa tiada siasatan dilakukan terhadap pemimpin Umno-BN yang memunggah kekayaan negara untuk diagihkan kepada kroni mereka.

“Kenapa tidak boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak. Kenapa mesti adik Najib, kenapa mesti menantu Abdullah Badawi, kenapa mesti jadi anak Mahathir, dah kaya beli kilang arak terbesar di Filipina. Ini yang kita lawan, kita lawan soal prinsip. Saya Melayu, saya tetap Melayu, saya tetap pertahankan Melayu. Tapi apa bezanya saya dengan Umno. Saya Melayu Muslim, saya pertahankan hak Melayu tetapi saya tetap pertahankan juga hak Cina dan India di negara ini,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Dalam isu Konspirasi II yang dihadapi beliau, Anwar berkata beliau tidak gentar kerana tidak bersalah melakukan perbuatan itu yang hanya merupakan satu konspirasi jahat.

“Ada orang kata orang tuduh supaya saya disiasat. Siasatlah. Saya tak marah polis siasat, saya marah kerana terlibat dalam konspirasi jahat dan fitnah orang,” kata Anwar yang turut menjelaskan fatwa Pengerusi Majlis Ulama Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi mengenai fitnah dan tohmahan yang dihadapi beliau.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan tetap menyuarakan pelbagai isu membabitkan masalah rakyatdan soal kebobrokan kerajaan di Parlimen.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan memetik kata-kata pejuang bahasa dan anak kelahiran Negeri Sembilan, Pendita Zaaba dalam buku beliau yang ditulis sekitar 1920 mengenai prinsip perubahan.

“Daripada kepercayaan yang bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar (ala Umno) kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan pemikiran (ala Pakatan Rakyat). Daripada keyakinan dan ikhtiqad yang kering dan terpesong (ala Umno) kepada ikhtiqad yang subur dan merdeka (ala Pakatan Rakyat). Daripada kezaliman pemerintahan dan kerosakan hawa nafsu (ala Umno) kepada kesolehan dan keadilan (ala Pakatan Rakyat),” tegas Anwar. -SK

PAS PERLU PERKUKUHKAN PARTI, JANGAN LAYAN PEJUANG YANG UTAMAKAN PERIBADI

Posted by RAKYAT MARHAEN
oleh KedahLama
Sejak kewujudan PAS sebagai parti altenatif dalam memperjuangkan Islam di negara ini, UMNO makin lama makin gusar dan layu dibuai mimpi-mimpi lama dan masih berasa angkuh sebagai pejuang Melayu sebenar. Hakikatnya PAS kini semakin kuat dan makin dipercayai bukan sahaja oleh orang-orang Melayu, malah kaum lain yang bermastautin di negara ini. Kebanjiran beberapa orang pemimpin dan AHli Parlimen dari PKR yang keluar parti baru-baru ini membuktikan bahawa tarbiyyah dan semangat Islam yang diperjuangkan oleh PAS semakin terserlah. PAS bergerak secara Amal Jamaie.

PAS membuat keputusan secara Syura. Ada Dewan Ulamak, ada Mursyidul Am. Ahli-ahli dididik dengan semangat juang Islam yang tinggi. Ahli-ahli PAs telah lama berkorban. Apa sahaja yang dianggap boleh membina jambatan bahagia di akhirat akan dilakukan oleh ahli-ahli PAS. Setianya ahli-ahli PAS kepada parti ibarat setianya para sahabat kepada Rasulullah SAW. Yang ini pemimpin-pemimpin PAS kena faham. Kena beri perhatian dan kena ambil berat. Jerih payah ahli bawahan bekerja dan berjuang untuk mengangkat pemimpin menjadi pemerintah perlu diberi perhatian.

Berbalik kepada kisah Zul Nordin ni, rasanya PAS tidak perlu melayan karenah beliau. Zul Nordin bukanlah orang yang faham akan organisasi. Beliau banyak mencari publisiti murahan dengan berselindung disebalik perjuangan Islam. Islam tidak galakkan umatnya perjuangkan agama secara sendirian. Islam menyeru agar perjuangkan Islam secara berjamaah. “Sesungguhnya kambing yang terlepas dari kumpulannya, akan mudah dibaham oleh serigala”.

Zul Nordin adalah manusia ego. Tidak hormat organisasi. Tidak tahu berjamaah. Tidak pandai berpolitik secara Islam. Tidak memahami sejarah Islam. Tidak faham sirah Nabi. Dari kenyataan yang beliau keluarkan menampakkan bahawa seolah-olah beliau ini boleh berjaya dan menang dalam pilihanraya jika jadi calon bebas. Beliau tidak perlu parti kerana merasakan dirinya sudah cukup kuat dan rakyat atau pengundi akan memangkahnya dalam pilihanraya. Jika itulah perasaan hatinya, adalah sangat elok beliau bergerak sendirian untuk memperjuangkan Islam. Dan sekiranya PAS menerima orang seperti ini, bermakna PAS membawa masuk penjenayah politik yang bakal menenggelamkan kapal PAS.

Orang ini akan menjadi virus dan ulat yang akan memakan kapal PAS sehingga reput dan tenggelam. Oleh itu PAS perlu tutup rapat pintunya kepada Zul Nordin. Tidak perlu banyak mengulas dan berbincang dengan nama ‘ZULKIFLI NORDIN’ kerana selagi namanya selalu disebut dan dibicarakan, beliau akan berasa bahawa dirinya itu hebat, penting dan kuat. Paling elok, semua pimpinan PAS terus diamkan diri dan jangan sembang-sembang dan keluarkan apa-apa kenyataan terhadap Zul Nordin ini. Ini kerana Zul Nordin sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Beliau hanyalah ulat gonggok yang akan jatuh dari pelepah kelapa apabila tiba musin sejuk…

ZUL KBB MP SAMPAH / GERAKAN CEMAS DENGAN MUHYIDDIN

Posted by RAKYAT MARHAEN
Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, yang disingkir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan rasis. 

“Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa. 

“Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya. 

Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008. 

Beliau berkata Gerakan agak “cemas” dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno “sentiasa terbuka” kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan rasis dalam kumpulannya.

perakkume

 

Mat Sabu Bidas Harussani, Bukti Ajen UMNO

Posted by RAKYAT MARHAEN
Yang ini cap UMNO.

“Saya labelkan Mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria) sebagai agen Umno kerana ketika Nizar Jamaluddin membuat solat hajat beliau tidak pula muncul tetapi apabila Zambry Kadir buat solat hajat mufti boleh pula muncul.

“Nampak jelas bahawa Mufti Perak tidak memainkan peranan beliau sebagai tokoh agama tetapi bermain politik. – Mohamad Sabu.

 

Leave a comment