anwar di markas utama pkr video 3

11 orang terkorban akibat bom diletakkan pada bas mini

BAGHDAD 24 Ogos – Beberapa butir bom yang diletakkan pada dua buah bas mini mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang selain 12 orang tercedera berdekatan selatan bandar Kut hari ini, menurut pegawai.

Iraq telah menjadi porak peranda akibat sering berlakunya siri pengeboman, terutama di dalam dan di sekitar ibu kota Baghdad, bandar raya utara Mosul dan di wilayah barat Anbar sejak tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari pusat bandar itu Jun lalu.

Dua sumber polis di Baghdad berkata, pada awalnya seramai 20 orang terbunuh di Kut dan 10 tercedera, namun ketua majlis perbandaran wilayah Wasit memberitahu jumlah sebenar mereka yang terbunuh adalah 11 orang dengan 12 tercedera.

Jumlah itu turut disahkan oleh polis Wasit.

“Ini adalah satu tindakan jenayah dan khianat. Kejadian ini adalah kali pertama berlaku di Wasit, yang biasanya adalah sangat sepi.

“Ini merupakan usaha untuk membawa keganasan di wilayah ini dan mewujudkan keganasan,” kata Mahmoud Abdulla, ketua majlis perbandaran wilayah.

kedua-dua bas tersebut sedang dalam perjalanan ke Kut, sebuah kawasan Shi’ite, 150 kilometer tenggara Baghdad dari Baghdad. – Reuters

Minar didapati positif menggunakan bahan terlarang

PRAGUE 25 Ogos – Pemain tenis Republik Czech, Ivo Minar diuji positif menggunakan bahan larangan ketika mewakili negaranya pada kejohanan Piala Davis, menurut agensi berita CTK.

Minar memberikan sampel ujian pada pertengahan Julai lalu selepas Czech menumpaskan Argentina pada suku akhir kejohanan tahunan tenis berpasukan lelaki kebangsaan tersebut.

Meskipun secara rasmi keputusan tersebut masih belum diputuskan, CTK berkata, bahan yang dipersoalkan tersebut adalah pseudoephedrine, satu bahan yang boleh didapati di kebanyakan kaunter perubatan.

Pemain tenis berusia 25 tahun itu bagaimanapun menyatakan protes bahawa dia tidak bersalah.

“Saya sama sekali tidak tahu telah mengambil bahan terlarang,” kata Minar dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh CTK. -AFP

Permatang Pasir : Hang Pa nak ‘Datok Seri’ ambik lee..

 

Anwar rela gelaran ‘Datuk Seri’ diambil

PERMATANG PASIR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim rela sekiranya darjah kebesaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditarik balik, berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Anwar berkata, beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran sejak dahulu lagi dan jika ada pihak mahu menarik balik boleh berbuat demikian.

Menurutnya, tindakan beliau menyokong DAP dan Pas adalah bukan untuk mendapatkan ganjaran tetapi atas dasar mahukan perubahan untuk rakyat.

“Saya menyokong bukan minta tanah, bukan minta saham…Datuk Seri pun tak, kalau nak ambil balik saya ada satu almari (pingat) Datuk.

“Saya kata kalau minta balik, tak apa bagi balik. Saya tak minta, saya tak pernah minta, tak pernah menulis surat, orang-orang Permatang Pauh tahu yang saya tidak pernah minta,” katanya ketika berucap pada ceramah di kawasan Permatang Janggus, kelmarin.

Menurutnya, beliau pernah menolak tawaran pingat kebesaran oleh Yang Dipertua Pulau Pinang atas alasan belum lagi melakukan jasa secukupnya.

“Saya beritahu pada (Datin Seri) Azizah kalau siapa minta balik, boleh ambil… Jangan serah balik, letak di pagar suruh mereka ambil balik,” katanya.

Sejak beliau dikecam sebagai pengkhianat bangsa Melayu, ada pandangan meminta agar gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditarik balik.

Isu Anwar pengkhianat bangsa Melayu juga menjadi perhatian sepanjang kempen pilihan raya Permatang Pasir.

 

ADMIN – KedahLaNie TIME

Pegawai masjid diberi kuasa tangkap orang Islam minum arak di tempat awam – Hassan Ali

SHAH ALAM: Pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di Selangor diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata surat kuasa itu diberikan dua minggu lepas.

Antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ini ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 19 Enakmen itu boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau keduakeduanya sekali.

Dr Hasan berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk tindakan lanjut.

Selain itu, Hasan berkata pegawai masjid boleh menangkap orang Islam yang meminum arak, tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama.

Orang Islam yang meminum arak di tempat awam atau kedai, boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau keduadua sekali jika sabit kesalahan.

Bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduadua sekali.BERNAMA

Selamat Mengundi Warga Pmtg Pasir!!

 
/
UNDILAH PAS


https://i0.wp.com/img.nattawat.org/images/1i4aii9s4w37xon1gdpz.jpg

Ayuhlah wahai pengundi di N11 Permatang Pasir,sama -sama lah kita keluar awal untuk menjalankan tugas sebagai rakyat yang inginkan keadilan tertegak di bumi Malaysia,ingat,fikir BULAT – BULAT,tak PAYAH TIMBANG – TIMBANG…!!!!
PAS FOR ALL…!!!!!

 

TAKBIRRRR…!!!!!!!

Ikut suka hati kepala Anwar ka Zambry Haram?

Entah apalah nasib parlimen Permatang Pauh yang sudah tiga kali dalam tempoh tak sampai 2 tahun menyaksikan pilihanraya kecil. Kecuali kes Permatang Pasir ini dengan kematian wakil rakyatnya, dua lagi iaitu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Pilihanraya kecil Penanti benar-benar merupakan pilihanraya sesuka hati kepala PKR Anwar Ibrahim untuk menukar apa saja mengikut kemahuannya.

Sepanjang berada di Permatang Pasir ini keadaannya sedikit suram dengan kedatangan Ramadan dan hujan. – http://www.zambry.com

LovePerak : fuhh…yang dia ikut sesuka hati kepala dia rampas kerusi MB Perak takpe pulak..ayat macam tak sedar diri…lanun betol…kedatangan ramadan menyebabkan suram? nak kene keluar fatwa ni!!!

Anda mungkin juga meminati:
Zambry Al-Fatwa Tak Puas Hati Dengan Nizar Lagi
Posted by Love Perak at Tuesday, August 25, 2009  , 0 comments

 

Petikan dari blog MB Haram ‘J’ :
 
PERMATANG PASIR OH PERMATANG PASIR : Sepanjang berada di Permatang Pasir ini keadaannya sedikit suram dengan kedatangan Ramadan dan hujan. – DATO’ SERI DR ZAMBRY
Sian zambry…suram betul, Ramadan tak meriah bagi zambry. Ke takde sapa dah nak sambut zambry kat permatang pasiaq?! – OM

 

Posted by Love Perak at Tuesday, August 25, 2009  , 0 comments

24 August 2009

 

https://i0.wp.com/img.nattawat.org/images/qxj3g686ehywnfydvbre.jpg
MahaJib


kahkahkah tak bleh blah btoi…

http://dinmerican.files.wordpress.com/2009/06/rosmah_mansor.jpg
Doraemon…kah kah kah…
 

Anda mungkin juga meminati:
Koleksi Gambar Politik Wajib Tengok!
Posted by Love Perak at Monday, August 24, 2009  , 0 comments

 

Ayuhlah wahai pengundi di N11 Permatang Pasir,sama -sama lah kita keluar awal untuk menjalankan tugas sebagai rakyat yang inginkan keadilan tertegak di bumi Malaysia,ingat,fikir BULAT – BULAT,tak PAYAH TIMBANG – TIMBANG…!!!!PAS FOR ALL…!!!!!

TAKBIRRRR…!!!!!!!

Biar majoriti tak kurang 5 ribu | Nizar News

Pilihan Raya Kecil: Rayuan Tok Guru buat pengundi.

Oleh TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian Ayat 5, Surah Al Bayyinah)

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan.

Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.

Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?

Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu.

Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?

Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian.

Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA.

Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis.

Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi.

Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan.

Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan.

Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

——-

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009.

detikdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali…
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE…SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Oleh: Biaqpila >>>Pada hari Selasa, Ogos 25, 2009 0 komen (Sila komen sikit..) Links to this post
Reaksi 

 

Isnin, Ogos 24, 2009


Gambar Oleh: kedaikopitepimasjid

PERMATANG PASIR, 24 Ogos – Kehangatan pilihanraya fasa terakhir ini semakin terasa dengan meriahnya ceramah-ceramah umum yang diadakan hampir di setiap kawasan. Suasana menjadi bertambah hangat apabila kedudukan lokasi tempat ceramah kedua-dua belah parti hanya sebelah-menyebelah, masing-masing ingin mempertahankan parti mereka.

Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution mengulas bahawa calon Umno-BN, Rohaizat Othman tidak mampu meraih sokongan rakyat setelah beberapa rahsia peribadi calon itu terbongkar, dan dia tidak akan mampu menjadi calon yang berkesan.

“Kita mengekalkan budaya politik baru, tidak mengasingkan antara kaum,” kata beliau lagi.

“Kita adalah politik yang menghormati setiap hak kaum, dan maki hamun itu bukan mainan politik kita. Cara politik kita hari ini adalah cara politik yang diterima rakyat,” jelas ahli parlimen Machang itu terhadap budaya maki hamun yang semakin menjadi-jadi dikalangan pimpinan politik Umno-BN.

Saifudin menegaskan lagi bahawa orang yang pecah amanah adalah orang yang khianat, dan orang yang khianat tidak boleh menjadi pemimpin. Ini berikutan terbongkarnya kes pecah amanah Rohaizat Othman terhadap anak guamnya.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Adun Hulu Kelang, Syaari Sungib. Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Permatang Pasir khususnya dan rakyat Malaysia amnya perlu menolak Umno-BN kerana kerajaan pimpinan Umno-BN adalah satu kerajaan yang zalim berdasarkan isu pemansuhan ISA yang tidak diendahkan langsung Kerajaan Persekutuan apabila dirayu oleh rakyat pada 1 Ogos lalu.

Turut berucap di pentas yang sama malam tadi ialah, bekas Menteri Kesihatan, Dato’ Chua Jui Meng dan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

prkn11penang

Beris Pak Abu kehilangan seorang warganya

Keuzurannya pernah mendapat perhatian Pas Beris Pak Abu melalui Unit Usrahnya

Al-Fatihah buat Hj Hussain Omar yang telah kembali ke rammatullah pada 24.08.2009 jam 9.05 malam akibat sakit tua.Beliau adalah antara pengasas Pas Ranting Beris Pak Abu dan Madrasah Hj Hussain yang di beri nama sempena namanya didirikan diatas tanah yang diwakafkan oleh beliau. Beliau yang berusia 91 tahun meninggalkan 7 orang anak dan berpuluh orang cucu.Menurut anak kedua allahyarham,Hj Said Hussain jenazah beliau akan dikebumikan jam 11.00 pagi esok di Tanah Perkuburan Bukit Puteri..Ambo bagi pihak Pas Beris Pak Abu mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat .

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Dicatat oleh TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Kes kredibiliti bakal wakil rakyat, bukan peribadi

PAS sehingga ke hari terakhir kempen mereka hari ini, konsisten dengan pendirian bahawa isu pecah amanah calon BN, Rohaizat Othman bukan isu peribadi sebaliknya isu kredibiliti sebagai bakal wakil rakyat.

Kes ini lebih jelas apabila bekas rakan kongsi firma Rohaizat, Yusri Ishak berkali-kali menyatakan pediriannya bahawa beliau tampil membuat penjelasan untuk membersihkan nama baik beliau dan keluarganya.

Keengganan Rohaizat dan pimpinan Umno menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan kepada YUsri membuktikan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah parti itu.Sambil menyifatkan Rohaizat sebagai orang yang tidak tahu menghargai kejujuran seorang rakan, beliau berkata Rohaizat dan pimpinan Umno tidak seharusnyamenjadikan Yusri sebagai kambing hitam.

PAS tegasnya hanya memberikan tempat untuk Yusri membuat penjelasan bagi membersihkan namanya dari tuduhan Rohaizat dan Umno.

Saya ingin menegaskan dakwaan terhadap Rohaizat tidak harus dipandang ringan kerana Majlis peguam tetap memutuskan Rohaizat yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes pecah amanah yang dilakukan.

Keputusan itu dibuat lembaga disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh ahli lembaga disiplin Umno, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.

Ini sekaligus katanya membuktikan isu ini bukan sengaja ditimbulkan PAS seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu.

Tindakan Rohaizat yang mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan juga terus menimbulkan keraguan banyak pihak.

Yusri telah menggunakan platform PAS pada Khamis dan Jumaat lalu untuk menjelaskan pendiriannya dalam isu pecah amanah Rohaizat selepas sidang medianya Khamis lalu.

Malam tadi Yusri sepatutnya muncul di pentas ceramah PAS di Kubang Semang, Permatang Pasir untuk ‘berdebat’ dengan Rohaizat. Bagaimanapun kedua-dua Yusri dan Rohaizat tidak muncul.

Posted by MahfuzOmar