Maut kena tetak lebih 10 kali

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

 

KUALA LUMPUR – “Saya hairan apabila dia langsung tidak menyahut panggilan saya ketika saya memanggilnya berkali-kali untuk membuka pagar kerana selalunya dia tidak begitu.

“Bagaimanapun, saya terperanjat apabila mendapati dia terbaring dengan beberapa kesan tetakan selepas saya masuk dengan memanjat pagar sebaik dibenarkan oleh majikan.”

Demikian cerita seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali ketika diminta mengulas mengenai rakan sekerjanya yang ditemui mati dibunuh di Jalan E1/2 Kawasan Perindustrian Taman Ehsan Kepong di sini semalam.

Katanya, dia menemui mayat Ramli Ilyas, 41, dalam keadaan terlentang di pintu utama pejabat kilang ketika masuk ke kawasan tersebut pukul 7 pagi.

Pengawal keselamatan berasal dari Kampung Sembulan Lama, Kota Kinabalu itu ditemui mati dengan lima kesan tetakan di muka, lima di belakang kepala manakala lengan kirinya pula hampir putus.

Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas mengikut syif malam iaitu dari pukul 7 malam hingga 7 pagi.

“Selalunya dia akan datang dan membuka pagar apabila mendengar saya memanggilnya untuk pertukaran syif.

“Saya kemudiannya telah menghubungi majikan sebelum dia mengarahkan saya supaya memanjat pagar untuk melihat apa yang berlaku dan saya terkejut sebaik ternampak mayatnya terlentang di atas lantai di pintu depan,” ceritanya lagi di sini semalam.

2 ditahan bakar pusat cuci kereta

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki kelmarin berhubung satu kejadian menyimbah petrol ke sebuah rumah dan pusat mencuci kereta di Taman Sri Tebrau di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi itu, pemilik premis yang membuat laporan polis mendakwa kebakaran itu dilakukan seorang jirannya bersama sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Malah, kejadian itu turut mengakibatkan seorang pekerja di pusat cuci kereta berkenaan yang merupakan warga Bangladesh cedera parah kerana melecur dari paras dada ke bawah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kedua-dua lelaki berusia 40-an itu ditahan di sini kira-kira pukul 11 malam, bagaimanapun jiran kepada mangsa belum ditemui.

“Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan api manakala gerakan mengesan jiran mangsa masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

24,937 kerja kosong PLPP


SUBRAMANIAM (tengah) merasmikan Kempen Pekerjaan Kebangsaan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur semalam.


 

KUALA LUMPUR – Berita baik kepada mereka yang masih menganggur kerana sebanyak 24,937 peluang pekerjaan daripada 80 bidang di 300 syarikat menanti mereka menerusi Program Latihan dan Penempatan Pekerja (PLPP).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, sehingga kini, daripada 34,000 peluang ditawarkan melalui PLPP, hanya kira-kira 12,000 orang sahaja yang menyertai skim tersebut.

“Jadi, saya menyeru kepada semua pencari kerja supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dan bersedia untuk mengikuti latihan bagi meningkatkan pengetahuan serta kebolehan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Pekerjaan Kebangsaan di sini semalam.

Pada majlis yang sama, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) turut mengadakan sesi temu duga terbuka bersama enam buah syarikat iaitu pasar raya Giant, Carrefour, Mydin, Bank Rakyat, Hitachi Elektronik dan Restoran Satay Kajang Haji Samuri.

Harga gula kasar, halus kekal


Ismail (dua dari kiri) melawat kilang gula Malayan Sugar Manufacturing Co. Sdn. Bhd. di Bukit Mertajam semalam.


 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan harga gula dikekalkan pada kadar RM1.45 sekilogram bagi gula kasar dan RM1.55 sekilogram bagi gula halus walaupun negara dilaporkan mengalami masalah bekalan gula.

Bagi mengatasi masalah gula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil beberapa langkah dan tindakan termasuk menawarkan ganjaran tidak melebihi RM10,000 kepada pemberi maklumat mengenai kegiatan penyelewengan gula.

Menurut kenyataan KPDNKK semalam, kerajaan juga telah mengarahkan kilang-kilang pengeluar gula supaya tidak menjual gula kepada industri yang mengeksport produk itu untuk pasaran luar negara.

Aktiviti penguatkuasaan dan kawalan di sempadan negara juga diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar dari Malaysia melalui jalan darat.

Selain itu, pemborong gula yang didapati menyelewengkan bekalan gula sehingga menimbulkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran pula bakal berhadapan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka dibatalkan.

“Langkah lain adalah melakukan pembekuan pengeluaran lesen borong gula dan pembekuan penambahan kuantiti simpanan gula kepada syarikat-syarikat pemborong berkuat kuasa serta-merta,” kata kenyataan itu.

Bapa Kartika berang, kecewa

 

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

 


KARTIKA (dua dari kanan) sebak ketika menemui wartawan selepas dia ditemani bapanya, Shukarnor (bersongkok) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar semalam.


 

SUNGAI SIPUT – Selepas ditahan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di rumahnya di Kampung Jawang di sini pada pukul 9.30 pagi semalam, Kartika Sari Dewi Shukarnor ‘dikembalikan’ semula ke pangkuan keluarganya sejam kemudian.

Itulah yang berlaku terhadap model sambilan berumur 32 tahun itu yang sepatutnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu bagi menjalani hukuman enam sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.

Tindakan pegawai yang mengetuai pasukan itu, Shafaruddin Zainal Ariffin menyerahkan semula Kartika kepada bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib hampir mencetuskan ketegangan.

Shukarnor dan beberapa ahli keluarga yang ketika itu bersiap-siap untuk ke Shah Alam bagi mengiringi Kartika terkejut apabila van yang membawa anaknya masuk semula ke halaman rumahnya.

“Saya mendapat arahan untuk memaklumkan kepada Tuan Haji (Shukarnor) bahawa kami tidak dapat melaksanakan perintah tahanan dan pelaksanaan hukuman yang sepatutnya dilaksanakan hari ini (semalam). Ini arahan pihak atasan dan saya tidak boleh mendedahkannya (pihak atasan terbabit),” kata Shafaruddin kepada Shukarnor.

Berang dengan apa yang berlaku, Shukarnor mendesak pegawai terbabit menerangkan apakah alasan penangguhan hukuman tersebut sambil meminta surat rasmi mengenai arahan itu.

Rakyat AS mahu boikot Britain?


GAMBAR fail menunjukkan kemusnahan yang berlaku akibat letupan pesawat Pan Am di Lockerbie, Scotland pada 21 Disember 1988.


 

LONDON – Perdana Menteri Britian, Gordon Brown semakin tertekan untuk mengeluarkan kenyataan setelah berdiam diri sejak seorang pengebom dari Libya yang terlibat dalam letupan pesawat Pan Am di Lockerbie dibebaskan pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemarahan kini bukan sahaja di Amerika Syarikat (AS) tetapi penduduk Britian semakin berang dengan sikap berdiam diri selepas warga Libya itu, Abdel Baset Ali Mohmed Al Megrahi dibebaskan.

Abdel Baset dihukum penjara seumur hidup kerana terlibat meletupkan pesawat Pan Am dari AS yang menyebabkan 259 orang yang menaiki pesawat itu terbunuh manakala 11 penduduk awam di Lockerbie, Sacotland turut maut pada 21 Disember 1988.

SEORANG anggota polis mengawal penunjuk perasaan yang membantah pembebasan pengebom pesawat Pan Am di Edinburgh, Scotland semalam.


 

Menteri Keadilan Scotland pada hari pembebasan Abdel Baset menyatakan ia dibuat atas dasar belas kasihan kerana Abdel Baset mengalami kanser prostat dan dijangka mempunyai tempoh tiga bulan untuk hidup.

Berikutan pembebasan itu, penduduk di AS kini digesa untuk memboikot produk Britain dan eksport ke Scotland.

Sementara itu, pihak pembangkang Britain mendesak semua rekod pertemuan peringkat menteri dan pegawai Libya berhubung rundingan pembebasan Abdel Baset didedahkan.

Sebarang usaha AS untuk memboikot produk Britain boleh menyebabkan kerugian bernilai berbilion-bilion dolar.

Pelancong AS berbelanja sehingga £2.2 bilion (RM12.76 bilion) setahun di Britain. – Agensi

Nyaris temui ajal tengok bank dirompak

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

 


KOK CHIN melihat pump gun milik pengawal keselamatan yang ditemui tidak jauh dari sebuah bank yang dirompak di Taman Puchong Prima dekat Subang Jaya semalam.


 

SUBANG JAYA – Seorang warga emas yang memperlahankan kereta selepas ternampak beberapa orang melompat dan menjerit dari sebuah bank di Jalan Prima Utama 5/3 di Taman Prima Puchong dekat sini nyaris ditembak mati.

Semasa kejadian pada pukul 1.50 petang semalam, bekas peniaga restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 63, mahu meninjau apa yang berlaku di dalam bank tersebut.

Bagaimanapun, dia yang menjenguk dari kereta ke arah bank itu terkejut ternampak seorang lelaki berdiri dari jarak 10 meter sambil mengacukan pistol ke arahnya.

“Saya terus menundukkan kepala sebelum terdengar bunyi tembakan menembusi cermin depan kereta saya.

“Selepas 30 saat baru saya dapat tegakkan badan selepas yakin tidak cedera dan lelaki itu pula mungkin telah lari,” kata beliau ketika ditemui di sini.

Sebaik bangun semula, Lim memberitahu, dia nampak lelaki itu telah menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu seorang lagi lelaki lain.

“Lelaki itu mungkin salah sangka dengan tindakan saya memperlahankan kereta… mungkin dia ingat saya mahu melanggarnya,” cerita beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, dalam kejadian itu, bank tersebut kerugian RM750,000 selepas dirompak dua lelaki memakai topi keledar dan bersenjata dua pucuk revolver.

AMK KEDAH BERBUKA PUASA DI KG PELET



Selepas menyelesaikan aktiviti edar risalah rumah ke rumah di TAMAN PENANTI,AMK KEDAH telah mengadakan proram buka puasa di BILIK GERAKKAN PKR KEDAH di KG PELET.Terima kasih juga di ucapkan kepada AJK PILIHANRAYA PKR KEDAH kerana membantu dari segi penyedian makanan dan bilik gerakkan untuk program buka puasa tersebut.

Posted by AMK KEDAH at 12:37 AM 0 comments  

Sunday, August 23, 2009

PADA 23 HB OGOS 2009 AMK KEDAH telah turun berkempen di PRK PERMATANG PASIR dengan menjalankan aktiviti edar risalah dari rumah ke rumah,edaran risalah di lakukan di TAMAN PENANTI yang mempunyai pengundi sekitar 600 orang dan majoriti kaum cina berada di situ.Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai kami di anggarkan dalam 30 orang bergerak secara berkumpulan dan berjaya menyelesaikan aktiviti tersebut dalam masa satu jam.Rata-rata penduduk yang kami temui positif dengan CALON PAS USTAZ SALLEH MAN dan mereka berpuas hati dengan pemerintahan PR di PULAU PINANG.Terima kasih kepada seluruh AMK KEDAH yang terlibat.






Posted by AMK KEDAH

Era Najib Altantuya : PAS Menang Di Permatang Pasir, Calon BN Bermasalah – Kajian Lapangan.

 
Kajian lapangan yang dibuat oleh sebuah firma kajiselidik mendapati, 64 peratus penduduk Permatang Pasir menjangka PAS akan menang dalam pilihanraya ini.

Hanya 20 peratus sahaja yang tidak bersetuju dan masih meletakkan harapan kepada Barisan Nasional, manakala 16 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang.

Kajian ini dibuat oleh Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas.

Ia berdasarkan temubual yang dibuat terhadap 200 pengundi berdaftar dan penduduk di Permatang Pasir dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan.

79 peratus respondan mereka adalah pengundi Melayu, 12 peratus (25 orang) Cina dan 9 peratus (17 orang) India.

Kawasan kajian adalah sekitar DUN Permatang Pasir yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di sembilan buah UPU (Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kg. Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat Mukim 8, Kampung Cross-Street 2 dan Permatang Tengah)•

Temubual dan observasi ini dijalankan dari 18 hingga 21 Ogos 2009 lalu.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kecenderungan dan trend pengundian terhadap jangkaan kemenangan di antara parti yang bertanding, populariti calon, dan isu-isu sama ada isu tempatan mahupun nasional yang menjadi kemungkinan mendapat tumpuan dan mempengaruhi pengundi di kawasan ini.

Menurut kajian itu, rekod bekas Adunnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman memberi kelebihan pada PAS manakala calon pilihan BN pula sangat bermasalah.

Sebilangan besar responden iaitu sebanyak 69 peratus menyatakan rekod dan kredibiliti Hamdan sangat memberikan kelebihan kepada PAS.

Ini berdasarkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Adun menunjukkan suatu reputasi kepimpinan dan prestasi yang sangat memberangsangkan sehingga membentuk satu legasi yang sukar dicari ganti.

Hanya 18 peratus sahaja responden yang tidak bersetuju dan 13 peratus selebihnya menyatakan tidak pasti.

Bagi calon Barisan Nasional, kajian dijalankan setelah calon Rohaizat Othman diumumkan sebagai calon setelah menyingkirkan empat orang calon yang lain.

Mereka adalah Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Nasir Abdullah, Naib Ketua Bahagian, Rahim Man, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh yang dikenali sebagai Cikgu Zaidi dan seorang lagi Abdul Aziz Sheikh Ahmad, Ajk Bahagian Permatang Pauh. Namun begitu, setelah kaji selidik dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 53 peratus responden menyatakan calon pilihan BN sangat bermasalah kerana rata-rata pengundi percaya bahawa Rohaizat tidak berintegriti kerana terlibat dalam isu penarikan sijil guaman sehingga terlucutnya kelayakan dan isu peribadi beliau yang dikatakan beristeri dua.

Hanya 36 peratus responden menyatakan ia bersih dan 11 peratus sahaja yang tidak pasti.

Kajian ini juga menunjukkan, dalam pilihan raya kecil pertembungan melibatkan kekuatan parti lebih dominan daripada kekuatan calon.

107 responden mencatatkan 53 peratus memilih kekuatan parti berbanding kekuatan calon yang hanya 32 peratus. Baki selebihnya iaitu 15 peratus memilih jawapan tidak pasti.

Kajian ini juga mendapati, isu calon BN yang bermasalah menenggelamkan isu nasional/parti.

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 15 penyelidik yang bertugas, para responden lebih responsif untuk memberikan pandangan berhubung dengan isu calon BN yang sangat bermasalah.

Isu peribadi yang dikaitkan dengan Rohaizat menyebabkan kepercayaan kepada beliau semakin merosot dan kredibiliti Umno-BN semakin dipertikaikan walaupun dikatakan pelbagai ‘durian runtuh’, peruntukkan yang turun dan strategi kempen yang digunapakai oleh BN akan membantu kemenangan parti itu.

Mengikut catatan kepada soalan “adakah isu-isu nasional/parti akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil kali ini?”, hanya 17 peratus tidak berpuas hati dengan tindakan DAP hina Islam, 15 peratus menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa, 16 peratus menyatakan bahawa tindakan Nik Aziz melabelkan Umno tidak masuk syurga adalah tidak wajar.

38 peratus respondan menyatakan bahawa calon BN sangat bermasalah, 6 peratus percaya kebarangkalian Hj. Salleh Man, calon PAS terlibat dengan isu penyelewengan dan hanya 8 peratus yang menyatakan kegagalan menyelesaikan isu PPSMI menunjukkan kegagalan kerajaan.

Menurut kajian ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Permatang Pasir lebih cenderung menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan amat sengit untuk merampas kerusi N11 DUN Permatang Pasir ini.

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

BERGUNAKAH: 

 

Posted by greenboc 0 comments

Nuffnang Ads
Era Najib Altantuya : Cuma 8 Pengundi Pos Di PKR Permatang Pasir

 

Proses undian pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.

Proses pengundian, yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang, melibatkan lapan pengundi iaitu tujuh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai polis.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak empat petugas SPR dan seorang pegawai polis menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Penolong Pegawai Pengurus, Masirah Che Ani berkata proses undian pos hari ini berjalan lancar dan peti undi pos ini akan dihantar ke Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) sebaik sahaja tamat tempoh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir ditetapkan esok berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai yang lalu akibat serangan jantung.

Berikutan kekosongan kerusi tersebut, Rohaizat Othman, 38, dipilih mewakili BN untuk menentang calon PAS, Mohd Salleh Man, 52.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi di mana 72.34 peratus pengundi Melayu, 25.86 peratus pengundi Cina, 1.64 peratus pengundi India dan 0.16 peratus pengundi kaum lain-lain. Bernama/MSTAR

 

 

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Mobile bulletin – 1405GMT – 24 Aug 09