Pilihanraya Kecil Permatang Pasir (kemaskini 1)

 
   20090825122216_pilihanraya%203
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjelaskan setakat jam 11 pagi tadi jumlah pengundi yang keluar mengundi mencecah 38.9 peratus.Pusat membuang undi yang dibuka jam 8 pagi tadi menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Wan Azizan Wan Ibrahim antara yang terawal membuang undi ditemani calon Pakatan Rakyat dari PAS, Mohd Salleh Man.

Crew TvAntara di Permatang Pasir melaporkan pilihanraya setakat ini berjalan lancar namun kekecohan berlaku dibeberapa pusat mengundi iaitu di Kubang Semang, Permatang Pasir dan Permatang Pauh apabila kedua- dua penyokong berperang mulut.

Di Permatang Pauh, kesatria pemuda dari UMNO Barisan Nasional hampir menimbulkan pergaduhan akibat rasa tidak puas hati yang bermula dengan perbuatan saling ejek- mengejek diantara satu sama lain.

Kami difahamkan lain- lain pusat mengundi aman tanpa sebarang insiden yang tidak dingini.

Sesuatu yang luar biasa berlaku pada pilihanraya kecil kali ini apabila menyaksikan penyokong UMNO Barisan Nasional pula yang bertakbir beramai- ramai manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat.

Sebanyak 8 pusat mengundi dengan 39 saluran mengundi telah dibuka bermula jam 8 pagi tadi dan hanya akan ditutup jam 5 petang ini.

Pilihanraya kecil kali ini menyaksikan seramai 20,290 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi.

Leave a comment