Umat Islam diseru kembalikan kegemilangan ilmu

Posted by rakyat marhaen

GOMBAK, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam agar mengembalikan kegemilangan ilmu seperti zaman pemerintahan Islam yang terdahulu.

Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan manusia pada zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi tapi gagal memanfaatkannya ke arah kebaikan.

“Agenda ilmu perlu kembali dan dikembalikan untuk memartabatkan umat Islam. Hari ini kita melihat banyak orang yang berilmu tapi gagal dalam hidup. Mereka ada ilmu, tahu, faham, mengerti, macam orientalis barat, alim dalam bidang Islam tapi menentang Islam.

“Ulama-ulama yang jahat, ilmunya ada tapi iman dan akhlak tidak dibina dengan cara yang baik, tidak istiqamah dalam hidup. Contohnya, golongan berilmu dalam bidang sains dan teknologi, mencipta alat-alat yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata. Sebabnya kerana ilmu tidak berasaskan kepada kewajipan khilafah dan kewajipan amanah yang ditetapkan oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar petang semalam.

Ujar Abdul Hadi, asas segala ilmu yang dipelajari oleh manusia terdapat dalam Al-Quran, iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

“Islam telah berjaya memerintah negara yang besar. Di timur, sampai ke rantau Asia Tengah, di Baratnya Sepanyol, di utaranya, Asia Tengah hingga ke Moscow, di selatan, Afrika Tengah.

“Pada zaman yang belum wujud kecanggihan ilmu seperti zaman ini, tetapi asas-asas ilmu dalam segala bidang sudah wujud di dalam Al-Quran. Apa sahaja ilmu yang lahir di kalangan manusia asasnya adalah di dalam al-Quran, sama ada ilmu yang dapat memberi manfaat dalam hubungan dengan Allah, dengan manusia, dengan segala benda yang ada di muka bumi, termasuk ilmu yang diharamkan, seperti ilmu sihir, ada dalam al-Quran,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Abu Bakar Chik dan Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah

Abdul Hadi petang tadi turut mengambil kesempatan meninjau tapak KUIZM yang pembinaannya sedang giat dijalankan.

Turut bersama, Pengarah Syarikat A One Pro Construction, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan pembinaan KUIZM, Mohd Idris Kassim.

Pembinaannya dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan akan mula mengambil pelajar sulung pada Julai depan.

Raba Bontot kata AS dah tak sokong Anwar

Posted by rakyat marhaen

Jamaludin terangkan kes liwat Anwar kepada AS

KUALA LUMPUR 14 Mac – Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, beliau telah menerangkan kedudukan sebenar kes liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan AS. Beliau memberitahu kerajaan AS bahawa kes liwat yang dihadapi Anwar dengan bekas pembantunya itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia dan perkara itu diterima. Menurutnya, jika dalam kes liwat terdahulu bekas Naib Presiden AS, Al-Gore datang ke Malaysia, tetapi kali ini tiada kedengaran sokongan daripada kerajaan AS terhadap Anwar. “Kita lihat kuasa besar itu nampak kepimpinan Malaysia telah berubah. Suasana dahulu dan sekarang berbeza dan kes Anwar yang dahulu juga berbeza dengan kes sekarang. “Dahulu tidak ada orang yang menerangkan keadaan sebenar kepada kerajaan AS, hanya suara-suara satu pihak yang didengar tetapi sekarang ini mereka mahu mendengar daripada pihak kita,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, Kuang dekat sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukor Idrus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang dan rakan-rakan dari parti komponen Barisan Nasional (BN). Jamaludin menjelaskan perkara itu berhubung kenyataan Anwar yang mendakwa mendapat sokongan daripada Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berhubung kes liwat yang sedang dihadapinya. Beliau yakin kepimpinan dan rakyat AS sudah menganalisis semua fakta dan menilai kes Anwar kerana sehingga kini tiada kedengaran suara-suara kerajaan AS berhubung kes itu berbanding dahulu. Dalam perkembangan lain Jamaludin berkata, dasar keterbukaan Presiden AS, Barack Obama dengan negara-negara Islam telah membuka peluang yang besar kepada Malaysia untuk mengeratkan kembali hubungan dengan negara itu. Katanya, pelantikan beliau sebagai Duta Malaysia ke AS adalah bagi menjalin hubungan baru dan mahu membaiki kedudukan perdagangan yang kini jatuh di tempat ke-14, berbanding ke-10 sebelum ini. Beliau menambah, sekiranya Malaysia hendak maju, produk eksport perlu ditambah dan dalam masa yang sama menarik lebih banyak pelabur datang ke negara ini. Menurut Jamaludin, China, Jepun dan Korea Selatan menjadi negara maju kerana berjaya menembusi pasaran AS dan kerana itu Malaysia juga perlu berbuat demikian. Jelasnya, Malaysia perlu mengeksport produk pertanian, makanan halal, perkhidmatan kewangan dan perbankan Islam yang kesemuanya mempunyai potensi besar di AS. Beliau juga memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga diberi penghormatan oleh Obama untuk menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear Global pada 13 April ini kerana mahu mendengar suara Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya. Mengenai dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam peletakan jawatan dan tindakan beberapa pemimpin PKR keluar daripada parti itu Jamaludin berkata, hal itu jelas tiada kena mengena dengannya. – Utusan * Pegawai Amerika mana yang terima tu… 3 laporan perubatan tidak dapat mengesahkan kemasukan ke dubur Saiful tetapi pendakwaan terus juga dibuat. Jangan jadi badut di US la… 
 

Siti Zubaidah, 11, Masih Suci

Posted by rakyat marhaen
Lelaki itu (Sudin ‘Ajaib’) memaksa anak saya tidur sambil menarik seluarnya tapi Siti Zubaidah menendang,” kata Siti Sarnan Mat Ali, 42, menceritakan pengalaman pahit dilalui anaknya, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, selepas dilarikan lelaki terbabit yang dinikahkan bapa kandungnya dalam kejadian 19 Februari lalu.

Menurut Siti Sarnan, dia bersyukur kerana kehormatan anaknya masih terpelihara walaupun dilarikan selama 23 hari sebelum ditemui semula kira-kira jam 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan Taman Samudera Jaya, Batu Caves, Jumaat lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki 41 tahun itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap anaknya yang masih mentah atas ‘tiket perkahwinan’ kononnya mengikut sunnah Nabi.

“Bagaimanapun, saya lega kerana anak tidak diapa-apakan. Saya mahu dia bebas dan menjalani kehidupan normal dengan memperoleh pelajaran yang cukup demi masa depannya.

“Selepas kes ini selesai, saya akan mendaftarkan anak saya, Siti Nur Zubaidah ke sekolah menengah Arab di Tanah Merah dengan dijaga bapa saudaranya untuk mencapai cita-citanya menjadi pendidik,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Siti Zubaidah dikahwinkan ayahnya dengan rakan jemaah tabligh sebelum dilarikan `suaminya” selepas mengambil kanak-kanak berkenaan di rumahnya di Kampung Jelawang, dekat Dabong 20 Februari lalu.

Sementara itu, Siti Sarnan hanya berharap tuntutan mufarakah dibuat terhadap anak perempuannya dengan lelaki terbabit dapat diselesaikan segera bagi membolehkan Siti Zubaidah menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Katanya, dia lega apabila Siti Zubaidah semakin pulih daripada trauma berbanding sebelum ini.

“Saya bersyukur Siti Zubaidah semakin pulih daripada trauma berbanding sebelum ini yang tidak bermaya dan separuh sedar.

“Sebelum ini, dia tak mahu menceritakan apa yang berlaku ke atasnya tapi kini dia sudah boleh menceritakan semuanya dan sudah lalu makan,” katanya. Katanya, dia difahamkan anaknya diletakkan di bawah jagaan isteri ketiga lelaki terbabit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur.

“Mereka dikatakan sempat bersiar-siar di Kuala Terengganu sebelum bertolak ke Kuala Lumpur tanpa disedari Siti Zubaidah.

“Ketika berada di sana Siti Zubaidah dijaga oleh isteri lelaki berkenaan yang menjaganya dengan baik tapi ia tidak mampu memujuk hati anak perempuan saya untuk terus tinggal di sana,” katanya. -hmetro

 

Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia

Posted by RAKYAT MARHAEN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

“Orang kata “Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?”. Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti,” kata Anwar.

“Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini – sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman,” tambah beliau.

“Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi,” tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

“Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel,” jelas Anwar.

“Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit,” tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

“Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan,” kata Anwar.

“Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita,” katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

“Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO,” kata Anwar.

“Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah,” tegas beliau. -TVS

Leave a comment