Jangan pandang remeh kelahiran luar nikah di Malaysia

DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah 257,000 sijil kelahiran dari 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa.

Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari, baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2007 kepada 16,541 dalam 2008 dan 17,303 pada 2009.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman, DPPWP bimbang dan kecewa di atas peningkatan jumlah dan berpandangan, kes kelahiran anak luar nikah ini berpunca dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang keterlaluan.

Budaya hedonisme dan candu hiburan, berpeleseran, bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada terjebaknya remaja kepada aktiviti perzinaan.

DPPWP mempersoalkan mengapa dalam keadaan kes kelahiran dan pembuangan bayi semakin meningkat ini, kerajaan membenarkan pusat hiburan beroperasi tanpa kawalan dengan pelbagai aktiviti maksiat berlaku seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, arak, dadah, dan pelacuran.

Selain itu, penganjuran konsert hiburan yang terlalu banyak turut menyumbang kepada gejala kelahiran anak luar nikah. persoalannya mengapa kerajaan sanggup membenarkan penganjuran konsert berlangsung tanpa kawalan yang ketat.

Apakah kerajaan mampu menjamin keselamatan anak-anak gadis dari dinodai dan digoda oleh remaja-remaja lelaki sebaya dengannya. Apakah kerajaan mampu memantau setiap pergerakan remaja dan kemana mereka pergi setelah tamat menonton konsert.

Tambahan pula, dengan ledakan maklumat melalui internet dan telefon bimbit yang tiada had meloloskan segala kemungkaran dengan mudah untuk diakses.

DPPWP bimbang kemungkaran dan maksiat sangat mudah diperolehi melalui internet dan telefon bimbit sehingga ke setiap rumah di Malaysia.

Penekanan terhadap tarbiyah dan pendidikan agama yang longgar menyemarakkan lagi faktor kelahiran anak luar nikah. Sistem pendidikan negara hari ini gagal membentuk peribadi dan syakhsiyah remaja untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah dan bagaimana masyarakat boleh mengharapkan generasi akan datang menjadi insan yang baik dan bebas dari maksiat sedangkan generasi yang lahir pada hari ini ramai lagi yang jahil dan buta agama?

DPPWP berharap semua pihak memainkan peranan dalam memastikan angka kelahiran anak luar nikah dapat dibendung. Kerajaan perlu membendung gejala maksiat hingga ke akar umbi dengan tidak membenarkan lagi pusat hiburan beroperasi dalam negara walau apa alasan sekalipun dan konsert hiburan yang lagha dan melalaikan tidak wajar diadakan sama sekali walau di mana pun.

Kerajaan juga perlu melakukan sesuatu dalam menyekat penyebaran maksiat melalui internet dan telefon bimbit. Penekan tarbiyah dan pendidikan agama sangat penting bagi memastikan pelajar tahu hukum halal dan haram serta segala aspek yang berkaitan dengan ruhiyyah.

Ibu bapa pula perlu berperanan dalam memastikan pendidikan dan pergaulan anak-anak terjaga dan tidak membiarkan anak mereka bergaul bebas tanpa kawalan serta memastikan anak mereka menurup aurat.

DPPWP juga beerharap masyarakat turut bersama memainkan peranan dalam memastikan gejala zina dapat dihentikan.

Institusi masjid, pusat komuniti, kempen kesedaran, kumpulan pencegah maksiat, kem-kem motivasi adalah usaha yang baik bagi membantu membendung budaya zina dan kelahiran anak luar nikah dari berleluasa.

Posted by Siasah

Himpunan tak nak judi 3 julai 2010.-terkini

Latihan Polling Agent Counting Agent(PACA) Siri 1 Berjaya

Posted by pas-miri in Monday, June 28, 2010

AlhamduliLLAH,menjelang pilihanraya Negeri Sarawak yang kian hampir,petugas PAS Miri telah mengadakan latihan PACA Siri 1 pada hujung minggu lalu;khas memberikan simulasi dan panduan menjadi agen PAS selaku PACA di PRK DUN kelak di Pejabat PAS Kawasan Miri Jalan Bintang.

Latihan yang diketuai Saudara Hafizan merangkumi keperluan Pilihanraya seperti Borang 13&14 dan etika serta peraturan yang telah digazetkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. 20 petugas dari Dewan Pemuda PAS Miri dan Dewan Muslimat telah hadir.Sebelum ini;konvensyen IT dan Pilihanraya telah diadakan pada awal Mac sebagai persiapan awal dari sudut IT dan Sistem Pilihanraya.

Selain itu juga ;Exco Pemuda DPP ;Ustaz Ibn Ali yang turut hadir telah menyuntik semangat kepada seluruh petugas dalam menghadapi Pilihanraya mendatang.Sementara itu dalam perkembangan berkaitan ;PAS Kawasan Miri telah menubuhkan 3 lagi Cawangan PAS iaitu Senadin,Pujut dan Piasau. bagi maklumat lanjut boleh hubungi M Azwan(0133603290-PAS Senadin), Hj Abdullah 0199156610(PAS-Piasau) dan Khairulnizam 019-2742648(PAS Pujut) .

Dalam perkembangan lain;YDP PAS Miri;Tuan Haji Jofri menganggap habuan 2 Billion oleh TPM semasa lawatan ke Sarawak sekadar janji manis politik menjelang Pilihanraya;tapi beliau yakin rakyat Sarawak sudah bijak menilai tindakan ini. PAS Miri yakin katanya semangat Sibu bakal menggugat BN menjelang PRK DUN kali ini. PAS bersama rakan rakan Pakatan ;tambahnya lagi ,semakin kuat solidariti ;ditambah pula kejayaan SNAP dalam keputusan Mahkamah baru baru ini pasti menjadi pemangkin kebangkitan rakyat di bumi kenyalang.

Ketua Kaum Diugut

PAS Bintulu menyelar sikap pemimpin kerajaan negeri Sarawak yang mengamalkan budaya mengugut rakyat. Rakyat sering diugut dan dipaksa untuk tidak menyokong Pakatan Rakyat. Sikap yang jelas tidak bertamadun ini menunjukkan bahawa para pemimpin BN Sarawak tidak berfikiran terbuka malahan mahu menyekat kebebasan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.
 
Melalui laporan FMT, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Hubungan Masyarakat, Michael Manyin memberi amaran kepada para Ketua Kaum agar tidak menyokong pembangkang. Laporan tersebut menyebut bahawa Michael Manyin berkata:“Race leaders (ketua kaum) are government agents who help in localised community development.

“We will terminate immediately the services of leaders who support the opposition in the coming state election because it is a serious breach of understanding and an act of defiance against the government,”

PAS Bintulu ingin mengingatkan Michael Manyin bahawa Ketua Kaum bukanlah semata-mata agen kerajaan seperti didakwa, tetapi adalah pemegang amanah untuk menjaga kebajikan kaum dan penduduk yang diketuai oleh mereka. Sikap memilikpartikan kerajaan adalah sikap yang telah diamalkan oleh BN sejak sekian lama hinggakan rakyat melihat bahawa kerajaan adalah BN dan BN adalah kerajaan.

Membohongi dan memperbodohkan rakyat sebegitu adalah salah satu cara yang digunakan BN untuk kekal berkuasa demi mengaut keuntungan peribadi. Pemimpin BN menanamkan di minda rakyat bahawa pembangkang adalah “kejahatan” dan kerajaan adalah “kebaikan”. Maka menyokong pembangkang adalah menyokong “kejahatan” manakala menyokong kerajaan adalah menyokong “kebaikan”. Ini dilakukan secara membuta-tuli tanpa dilandaskan kepada nilai-nilai moral dan kemanusiaan sejagat yang boleh diterima akal.

PAS Bintulu menyarankan kepada Ketua Kaum agar dapat memainkan peranan dengan bijak dan berkesan agar tidak tertipu dengan propaganda dan dakyah jahat BN.

Contoh mudah adalah langkah kerajaan memberikan lesen judi sukan kepada satu syarikat baru-baru ini. Secara moralnya, dunia bersetuju bahawa judi bukanlah perkara yang membawa kebaikan mutlak malahan banyak membawa kepada kerosakan dalam masyarakat. Dalam hal ini, adakah jika Ketua Kaum membantah tindakan kerajaan memberi lesen judi merupakan satu kesalahan dan dilihat sebagai menyokong pembangkang? Sedangkan Ketua Kaum menyedari akibat buruk yang boleh disebabkan oleh judi kepada kaum yang diketuainya dan atas dasar itulah Ketua Kaum perlu membantah pemberian lesen judi tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan kerajaan.

Ketua Kaum perlu berpendirian tegas menegakkan kebenaran dalam semua keadaan. Jika tindakan dan polisi kerajaan menindas dan merugikan rakyat, maka perkara tersebut perlu dibantah dan disuarakan. Sebaliknya jika tindakan dan polisi kerajaan menguntungkan dan memberi kebaikan kepada rakyat, maka sokongan perlu diberikan. Itulah sikap profesional seorang pemimpin yang sangat jarang didapati dikalangan pemimpin BN.

PAS Bintulu memberi amaran kepada BN agar tidak terus mengugut dan meperbodohkan rakyat. PAS bersama-sama dengan rakan Pakatan Rakyat bertekad akan terus memberi penerangan dan pendidikan kepada rakyat Sarawak agar rakyat sedar akan kejahatan dan sikap mementingkan diri pemimpin BN dan seterusnya menolak BN dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang.

Posted by Abi Aisyah

 

 

Pelancaran Kempen Tak Nak Judi 3 Julai 2010 -must see!

Gelora gadis sunti


 

NADIA, 11 (bukan nama sebenar), ketagihan seks selepas diperkosa oleh seorang lelaki berusia 30-an yang menawarkan untuk menghantarnya pulang dari sekolah akhir tahun lepas.

Selepas insiden tersebut, Nadia mengakui perlakuannya mula berubah. Dia semakin aktif mencari kenalan siber khususnya lelaki dan gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan sama ada di sekolah mahupun di kawasan kejiranan tempat dia tinggal.

Gelora nafsunya tidak dapat dikawal apabila ada di kalangan rakan siber yang baru dikenalinya mengajaknya berjumpa dan melakukan hubungan seks.

Kenikmatan yang diperoleh daripada pengalaman lalu menjadikan Nadia tidak berfikir panjang.

“Saya mahu rasa apa yang saya pernah rasa dahulu. Ia adalah keseronokan yang sukar digambarkan,” ujarnya yang ditemui Jurnal di sebuah rumah perlindungan di ibu kota minggu ini.

Menyambung kisah hidup kanak-kanak ini, selepas berjumpa dengan lelaki belasan tahun yang baru dikenalinya di alam siber, boleh dikatakan setiap minggu mereka bertemu.

Dua bulan selepas berkenalan, mereka mula menjalin hubungan seks. Lokasinya boleh jadi di mana saja, sama ada di rumah lelaki terbabit mahupun di dalam kereta.

Nadia terus hanyut apabila ketagihannya memuncak selepas mencapai akil baligh pada usia 11 tahun.

Bahkan, dia akui pernah melayan sembilan lelaki dalam satu masa.

PELAJAR perempuan yang bermasalah seperti kerap ponteng berisiko tinggi untuk terjebak dalam kancah seks.

 


 

Tersisih

“Saya hamil hasil daripada hubungan seks rambang itu. Sebelum ini, saya hanya menganggapnya sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

“Saya tidak sangka dan tidak tahu perbuatan itu boleh menyebabkan saya mengandung,” katanya yang memiliki tubuh seakan pelajar sekolah menengah.

Ditanya punca jalan hidupnya tercorak begitu, mudah sahaja jawapan kanak-kanak ini.

“Saya sering berasa tersisih apabila berada dalam keluarga. Saya hanya dua beradik dan adik lelaki baru berusia empat tahun.

“Sebelum ada adik, saya tinggal dengan nenek kerana emak dan ayah sibuk bekerja. Selepas nenek meninggal, saya tinggal dengan mereka ketika berumur sembilan tahun.

“Emak dan ayah selalu melebih-lebihkan adik saya. Saya tertekan apabila selalu diminta mengalah dan diherdik walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Sebab itu saya lebih suka keluar dengan rakan-rakan selepas waktu sekolah. Mak dan ayah tak tahu sebab mereka bekerja hingga lewat petang,” katanya yang kini hamil empat bulan.

Kisah Nadia adalah sesuatu yang mengejutkan bagi insan semudanya.

Gejala seks bawah umur khususnya budak sekolah rendah dilihat semakin membimbangkan dengan wujudnya kes-kes ekstrem seperti ini.

Aib

Jika sebelum ini kita sering membaca kes-kes perlakuan seks di kalangan kanak-kanak disebabkan menjadi mangsa rogol atau penderaan seksual, namun kini keadaan semakin berubah.

Golongan yang masih mentah ini sudah terdedah untuk terlibat secara sukarela dalam kancah seks bawah umur.

Pada 26 Jun lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan, sehingga April tahun ini, ia telah menerima sebanyak 111 laporan kehamilan di kalangan remaja berbanding 131 kes sepanjang tahun lepas.

Angka itu turut menunjukkan peningkatan kerana pada tahun 2008, hanya 107 kes remaja hamil bawah umur dilaporkan.

Dua hari kemudian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengeluarkan statistik perangkaan kes-kes penderaan fizikal, cabul kehormatan dan rogol melibatkan kanak-kanak. Bagi tahun ini, dari Januari hingga Jun, sebanyak 2,193 kes telah dilaporkan.

Statistik tersebut dilihat meningkat dua kali ganda daripada 2,236 kes pada tahun 2005 dan 5,744 kes pada tahun 2008.

“Jika ada yang terkejut melihat statistik ini, percayalah, ia hanya sebahagian kecil daripada angka sebenar.

“Banyak kes yang tidak dilaporkan kerana keluarga selalu menganggap ia sesuatu yang memalukan apatah lagi jika perlakuan itu mengakibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan,” ujar Ketua Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong.

Tambah beliau, ramai remaja yang terlibat dalam kancah ini enggan ke depan apatah lagi memikirkan rasa takut dan aib yang perlu ditanggung sekiranya perbuatan mereka diketahui keluarga dan masyarakat.

MICHAEL CHONG

 

“Mereka hilang arah dan sebahagiannya memilih untuk lari dari rumah atau menghadapi konflik secara sendirian.

“Apabila berada dalam keadaan terdesak, mereka bijak berlakon supaya semuanya kelihatan seperti biasa. Malah, ada di kalangan mereka, khususnya yang terjebak dalam seks bawah umur mampu menyembunyikan kehamilan itu daripada keluarga dan masyarakat,” ujarnya yang mengendalikan tiga kes jenayah seksual tahun ini.

Kehamilan di kalangan remaja boleh terjadi atas beberapa sebab.

“Dalam beberapa kes yang saya kendalikan, ramai gadis mengakui mereka melakukannya secara sukarela kerana yakin dengan cinta selain janji manis teman lelaki yang akan bertanggungjawab.

“Bagi kes yang disyaki terdapat unsur paksaan atau rogol, saya akan melaporkannya kepada polis,” ujarnya yang juga Penasihat dan Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ragut masa depan

Minggu lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina di Pulau Pinang melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun melahirkan seorang bayi lelaki hasil mengadakan hubungan seks dengan remaja 14 tahun yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Biarpun pihak berkuasa enggan mengesahkan perkara tersebut, masyarakat tidak boleh menganggapnya sebagai warna-warni kehidupan sahaja sebaliknya sesuatu perlu dilakukan untuk mengelak perkara seperti itu daripada terus berleluasa.

Sementara itu, wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Youssouf Mohammad Oomar memberitahu, kehamilan pada awal usia remaja berpotensi meragut masa depan mereka.

“Terpaksa berdepan dengan pandangan serong masyarakat, kehamilan luar nikah akan menjadi beban emosi dan psikologi kepada mereka.

“Keadaan lebih buruk jika mereka memikirkan tiada pilihan lain kecuali menggugurkan kandungan secara haram yang boleh mengancam nyawa atau melahirkan anak tersebut,” katanya.

REMAJA yang hamil luar nikah cenderung untuk melakukan pengguguran haram bagi mengelak keluarga menerima aib.

 


 

Tambah Youssouf, selain peluang menyambung pelajaran semakin menipis, mereka juga berdepan risiko kesihatan hasil hubungan kelamin yang tidak selamat hingga mengakibatkan kehamilan.

“Secara jelas, kehamilan di kalangan kanak-kanak adalah berpunca daripada aktiviti seksual tanpa sebarang perlindungan sama ada secara sukarela atau tidak.

“Selain mengandung yang dianggap sebagai isu pokok, masalah kesihatan yang lain perlu diambil kira.

“Mereka mungkin terdedah kepada risiko jangkitan penyakit seperti HIV atau penyakit kelamin yang lain,” ujarnya.

230 maut lori minyak meletup di Congo


SEORANG wanita membawa keluar anaknya dari kawasan kejadian letupan sebuah lori tangki minyak di wilayah Sud Kivu kelmarin.


 

KINSHASA – Sekurang-kurangnya 230 orang dikhuatiri maut dan 190 lagi cedera apabila sebuah lori tangki membawa muatan penuh minyak meletup dan membakar sebuah perkampungan terpencil di wilayah Sud Kivu, timur Congo lewat kelmarin.

Menteri Komunikasi, Mende Omalanga berkata, nahas berlaku apabila lori dari Tanzania yang dipandu laju itu terbabas ketika cuba memotong sebuah bas di Sange dekat sempadan Congo-Burundi kira-kira pukul 6 petang Jumaat (11 malam waktu Malaysia kelmarin).

Kebanyakan mangsa ketika itu sedang menonton perlawanan Piala Dunia 2010 antara Belanda dengan Brazil dan mereka dipercayai terbunuh apabila disambar api semasa mencuri limpahan minyak yang tumpah dari lori berkenaan.

“Ramai mangsa ialah kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri ketika lori itu meletup dan semasa pihak polis tiba, puluhan mayat bergelimpangan di kawasan kemalangan,” kata pegawai Palang Merah wilayah tersebut, Leonard Zigade.

Sekumpulan anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kebetulan berada dekat kampung itu turut membantu membawa mangsa terselamat ke beberapa buah hospital dengan tiga buah helikopter. – Agensi

Peruntukan tambahan , adakah PRU ke 13 sudah sangat hampir ?

Oleh Drs. Khalil Idham Lim.

Kerajaan menyediakan pertambahan peruntukan RM500,000 untuk kawasan pilihan raya, tetapi menafikan ia menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut, demikian seperti yang disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini.

Namun kenyataan nya bahawa tambahan peruntukan itu diberikan kerana kerajaan mempunyai lebihan dana amat saya ragui. bayangkan dalam keadaan banyak kementerian sedang menghadapi kekangan peruntukan yang susut kesan dari susutnya bajet 2010 tiba-tiba Nazri mengatakan kerajaan ada lebihan wang.

Berikutan terdapat 222 kawasan parlimen, maka peruntukan tambahan tersebut berjumlah RM111 juta. Peruntukan itu pastinya melibatkan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dinafikan kuasa untuk menyalurkan sendiri peruntukan itu tetapi diagihkan oleh BN walaupun ternyata mereka telah ditolak oleh rakyat di kawasan itu.

Nazri juga telah menyangkal dakwaan bahawa tambahan peruntukan itu menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut dan mengatakan peruntukan itu diberi setiap tahun.

Contonya peruntukan untuk pendidikan pada pelanjawan 2010 adalah berjumlah 30 billion, sedangkan peruntukan pada belanjawan 2009 iaitu 31 billion. Pengurangan 1 billion daripada 31 bilion, ialah hanya 3.2 peratus. namun realiti yang kita dengar dari warga pendidik banyak perkara yang kena potong sehiingga ada yang lebih 40 pratus.

Contohnya tuntutan perjalanan dikurangkan dari 70 sen sekilometer kepada cuma 20 sen sahaja. Had tuntutan sebulan tidak lebih dari RM 40 ringgit sahaja.

Itu sekadar contoh dari sekian banyak rungutan yang membuktikan kerajaan sudah betul-betul miskin . malah kita sudah percaya dengan kenyataan Idris Jala bahawa Malaysia akan bengkrap pada tahun 2019.

Kerana itu saya juga cenderung mengatakan bahawa peruntukan tambahan ini adalah peruntukan “ada udang disebalik batu” yang Nazri yang tahu sebabnya.

Ataupun benar bahawa PRU ke 13 sudah sangat hampir ?

Karnival Masjid Al Azim, Pandan Indah 3 Julai 2010.

 

 

 

Bersama YB Dato’ Dr Hasan Mohd. Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

Posted by DFK

2 pemain Islam dalam separuh akhir Piala Dunia 2010.

Malam tadi Jerman kalahkan Argentina 4-0. Walaupun tidak ada lagi negara Islam yang tinggal dalam Piala Dunia di Afrika Selatan tetapi 2 pemain Jerman yang beraksi malam tadi adalah Muslim – Mesut Ozil (keturunan Turki) dan Sami Khedira (keturunan Arab Tunisia).

Posted by DFK