Bagaimana Taib Memperolehi Mega-Juta Dari Projek-Projek Empangan Hidronya – Didedahkan!

Posted Monday, April 2nd, 2012

This post is also available in: EnglishIban

Jika anda cuba mengesan wangnya, tujuan sebenar di sebalik projek-projek mega hasil cetusan idea Taib kelihatan lebih jelas.
Kini kami boleh mendedahkan bagaimana Ketua Menteri itu mempastikan supaya anaknya, Mahmud Abu Bekir Taib, berjaya mendapat kontrak membina empangan hidro elektrik di Murum!

Dan seterusnya kami dapat menunjukkan bagai mana Abu Bekir telah berusaha mendapatkan kontrak yang lebih besar setelah empangan itu dapat membekalkan tenaga elektrik kepada para pelanggan di kawasan perindustrian SCORE nanti.

Aspek utama kegiatan perniagaan keluarga mereka adalah syarikat Sarawak Cable Bhd milik Abu Bekir yang memegang saham terbesar dalam pelaburan itu.

Kontrak Empangan Murum bernilai RM99 juta!

Kontrak yang lumayan itu, dianugerahkan oleh Sarawak Energy Bhd, untuk membina kabel transmisi elektrik dari Murum, merupakan ‘habuan’ bagi si pembida kontrak itu. Penerima anugerah kontrak yang diiklankan itu adalah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang mengatakan mereka adalah sebahagian dari syarikat Sarawak Energy, Leader Universal Holdings Bhd dan Central Paragon Sdn Bhd. Namun analisa kami telah mendapati pewaris sebenar kontrak-kontrak negeri yang dianugerahkan kepada Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd tidak lain dan tidak bukan, Mahmud Abu Bekir Taib, menerusi syarikatnya, Sarawak Cable Bhd.

Dan, Universal Cable telah sebenarnya mendapat banyak kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dari Sarawak Energy, yang 65% dari keseluruhan pegangannya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan dikawal oleh pengerusi mereka Abdul Hamid Sepawi, sepupu dan proksi perniagaan Taib.

Maka, apakah maksud Universal Cable yang mengakui diri mereka merupakan anak syarikat kepada tiga lagi syarikat penting, Sarawak Energy, Leader Universal Holdings dan Central Paragon? Kami dapat membuktikan bahawa Universal Cable sebenarnya dimiliki oleh Sarawak Cable.

Sekarang kami tahu bahawa pewaris sebenar kontrak-kontrak itu adalah Sarawak Cable, maka, marilah kita teliti pemilik sebenar Sarawak Cable. Sementara Sarawak Energy, Leader Universal dan Central Paragon memegang saham-saham, kita mendapati pemegang utama saham-saham adalah Pengerusi syarikat itu, Abu Bekir, anak Ketua Menteri Sarawak. Abu Bekir juga merupakan pemegang 52% saham dalam Central Paragon!

Sebenarnya dengan pemerolehan-pemerolehan dan portfolio pegangan saham-saham secara tidak langsung dalam syarikat itu, pegangan Abu Bekir dalam Sarawak Cable Bhd mencecah 42%, seperti yang dilaporkan oleh Bursa Malaysia (MSE).

Satu set undang-undang untuk kita dan satu set lagi untuk Taib

Pemilikan saham sebanyak 42% telah melanggari peraturan dalam bursa di mana seorang pemegang (termasuk pengerusi sesebuah syarikat itu) tidak dibenarkan memegang saham-saham syarikat awam melebihi 33%

Namun, seperti yang telah dilaporkan, Abu Bekir telah melakukan beberapa pemewakilan di pihak pentadbir bursa di KL untuk mendapatkan pengecualian bagi kesnya itu!
Ini telah meletakkan pemegang biasa saham-saham itu dalam keadaan kurang perlindungan, tetapi ianya telah menjelaskan kenapa agensi-agensi negeri yang dikawal oleh Taib, seperti Sarawak Energy, didapati condong ke belakang untuk menganugerahkan kontrak-kontrak kepada Sarawak Cable dan anak-anak syarikat mereka seperti Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd!

Sarawak Cable sedang mengharapkan kontrak-kontrak berbilion-bilion ringgit

Nampaknya keluarga Taib telah membangunkan Sarawak Cable menjadi sebuah syarikat berada pada kedudukan yang penting untuk mendapatkan projek-projek infrastruktur yang mewah-mewah yang ada kaitan dengan rancangan-rancangan hidro elektrik dan juga SCORE mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya pernah dipetik sebagai berkata secara angkuh bahawa dia cukup yakin Sarawak Cable akan seterusnya mendapat projek pemasangan kabel utama 500kV Bunuk-Kuching, iaitu conduit tenaga elektrik utama untuk projek SCORE, yang bernilai RM3 bilion! Dengan adanya keluarga Taib berada dalam tampuk pemerintahan kerajaan seperti sekarang, keyakinan seperti itu terjamin! Namun, janganlah kita membayangkan bahawa kemahiran Abu Bekir dalam soal perniagaan dan kejuruteraan elektrik sememangnya menjadi asas kepengerusiannya dan dominasi pegangan saham-sahamnya menjadikan kita risau.

Bekas seorang pelajar biasa ini akan pasti mengejutkan kenalan barunya jika didapati dia boleh menukar sebuah fius, apa lagi mengetuai sebuah projek infrastruktur bervoltan tinggi!

Sebenarnya syarikat Central Paragon milik Abu Bekir telah berusaha memasuki perniagaan syarikat Universal Cable (UCS Sarawa0) dalam tahun 2008, dengan disokong secara istimewa anak syarikat SESCO, iaitu Sarawak Energy Bhd.

Syarikat vendor, Leader Universal Holdings telah sanggup menerima perjanjian saham setelah menyertai pelancaran di Bursa Malaysia bagi mendapatkan kontrak yang baik, memandangkan hubungan ‘istimewa’ rakan-rakan niaga mereka. Pada bulan Februari 2009 syarikat itu telah dijenamakan semula kepada Sarawak Cable, dan sebulan sebelum pengapungannya, iaitu pada bulan September 2009, Abu Bekir dan rakan niaganya dalam Central Paragon, Yek Siew Long, telah dilantik terus sebagai pengarah-pengarah.

Sejurus selepas dilancarkan dalam bursa, Sarawak Cable mengeluarkan beberapa juta saham lagi, kebanyakannya telah diserahkan kepada Pengerusi baru syarikat itu, Abu Bekir!

Sawarja Timur

Dan Sarawak Cable bersama pemilik dorminannya Abu Bekir Taib telah secara berterusan menyerap-masuk lebih banyak lagi syarikat, tahniah kepada keputusan aneh Sarawak Energy yang telah menganugerahkan aset-aset negeri.

Dalam tahun 2010 Sarawak Energy ‘telah menjual’ anak syarikat pembuatannya Sawarja Timur berbentuk wang tunai dan juga saham-saham pada nilai RM1.20 sesaham. Sarawak Cable telah mengeluarkan modal berjumlah RM16 juta dan kemudian beroleh peningkatan pulangan sebanyak RM3 juta, tahniah pada pemerolehan sedemikian. Pada masa perjanjian dibuat, syarikat itu telah melobi untuk mendapatkan kedudukan dalam projek SCORE Ketua Menteri itu:

“Dengan pelaksanaan SCORE … dan peluang-peluang dalam sector utility di Malaysia Timur, masa depan gabungan ini adalah cerah” [Sawarja Timur]
Kini Sarawak Cable milik Abu Bekir sudah bersedia untuk memiliki baki 25% saham-saham dalam Sawarja Timur. Maka, lihatlah betapa indahnya semua kontrak yang diterima oleh Sawarja Timur dari Sarawak Energy:

Kontrak-kontrak lumayan yang diterima oleh Sawarja Timur membawa makna, bahawa sekali lagi keuntungan diswastakan ke dalam saku Abu Bekir Taib sendiri!
Taib sentiasa mempastikan agar apa jua peluang mengaut untung yang ada dari projek SCORE-nya dan rancangan pembinaan 12 buah empangan lagi akan menguntungkan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh keluarganya dan seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank mereka di luar negara!
Apakah manfaatnya kepada orang Sarawak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: