Menteri Luar Negara Malaysia Dinamakan Dalam Siasatan SPRM Ke Atas Kes Rasuah Pembalakan Di Sabah – PENDEDAHAN KEBANGSAAN!

Posted Sunday, April 8th, 2012

This post is also available in: EnglishIban

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dokumen-dokumen yang diperolehi dari Sarawak Report, membuktikan Menteri Luar Negara Malaysia Anifah Aman, merupakan pewaris rahsia lesen pembalakan yang lumayan yang mengeksploitasi Hutan Simpanan di Sabah.
Konsesi-konsesi itu diperolehinya dari saudaranya sendiri, Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.
Dokumen-dokumen itu membentuk sebahagian dari siasatan utama oleh SPRM ke atas rasuah pembalakan, setelah seorang agen dan wakil kepada Musa Aman, Michael Chia, ditangkap ketika cuba menyeludup keluar SG$16 juta dari Hong Kong pada tahun 2008.
Kini kami boleh mendedahkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan para penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri Sabah telah secara berahsuah menganugerahkan lesen-lesen pembalakan di negeri Sabah bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya sendiri.
Namun, siasatan itu telah disekat pada peringkat tertinggi dan segala penemuan dalam siasatan itu telah dirahsiakan, sehingga kini.
Menurut pemberi maklumat kami, saudara dan juga penduduk Sabah, selaku seorang Peguam Negara, Abdul Gani Bin Patail, telah menghalang dakwaan dijalankan dan PM Najib Razak pula telah membuta tuli pada skandal itu.
Hutan Simpan telah ditebang oleh Musa Aman

Menurut salah satu dari dokumen-dokumen yang ada pada kami adalah senarai dua konsesi utama dan perjanjian pembelian dengan Yayasan Sabah untuk membalak. Pewaris-pewaris yang dinamakan dalam senarai itu adalah Anifah Aman dan anak saudaranya, Hairul Aman. Pengurus Jabatan Hutan dalam Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong, dinamakan sebagai seorang yang mengesahkan perjanjian-perjanjian itu.

Dari salah sebuah dokumen itu menunjukkan satu set urusniaga dilakukan menerusi syarikat Aktif Syabas Sdn Bhd. Syarikat itu telah dibenarkan untuk menebang 4,336 hektar kayu balak dalam blok YS (Yayasan Sabah) 1/02 dan seterusnya memungut ‘lebihan kayu balak’ di dalam kawasan konsesi yang diusahakan oleh Benta Wawasan BW2/001(1), sebuah kawasan hutan seluas 3,000 hektar.

Namun, perjanjian yang lain, yang dibuat dengan syarikat Para Era Sdn Bhd telah membenarkan pemegang konsesi membalak 2,000 hektar hutan dara di Hutan Simpan Pinangah.
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh SPRM, pihak-pihak di sebalik perjanjian-perjanjian itu adalah Anifah Aman dan anak saudaranya Hairul, turut dinamakan dalam dokumen itu.
Justeru itu kesemua lesen itu dianugerahkan sebaik sahaja saudara Anifah Aman, iaitu Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah dalam Yayasan Sabah pada 2003.
Sedihnya, menerusi maklumat yang kami perolehi kayu balak dari Hutan Simpan itu telah habis ditebang menjelang 2007, walaupun terdapat larangan menebang kayu melebihi ukur lilit 60cm.
Maklumat dari SPRM itu telah menyokong aduan-aduan dari dalam industri itu sendiri yang mengatakan Musa Aman telah mengubah pembalakan berasuah di Sabah kepada pemusnahan secara berskala besar ke atas hutan-hutan di negeri itu.
Kaul Gani Patail

Tiada satupun dokumen awam behubung syarikat-syarikat itu mengaitkan nama Anifah Aman sebagai pewaris.
Namun, pemberi maklumat kami mendakwa bahawa penggunaan wakil-wakil dalam sesebuah syarikat merupakan suatu piawaian dalam industri pembalakan Sabah dan siasatan-siasatan SPRM selama beberapa bulan telah memutuskan bahawa Menteri Luar Negara adalah pewaris sebenar konsesi-konsesi itu.
Namun, kesimpulan yang dibuat oleh SPRM telah tidak pernah diuji dalam mahkamah, kerana Peguam Negara, Abdul Gani bin Patail, yang berasal dari Lahad Datu Sabah merupakan saudara-mara terdekat kepada keluarga Musa Aman, enggan meneruskan kes itu.

Pada kes-kes ini, di mana terdapat percanggahan kepentingan tugas dan tanggungjawab, seseorang pegawai tertinggi undang-undang harus menggunakan kuasanya tanpa berbelah bahagi dan pilih-kasih. Namun, Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya menghalang perbicaraan ke atas rasuah yang terbesar di Sabah diteruskan, yang melibatkan saudara maranya sendiri.

Abdul Gani Patail, yang telah memperolehi ijazah perundangan kelas ketiga di University Malaya, tidak pernah dianggap sebagai salah satu tokoh perundangan terbaik di Malaysia, namun atas alasan-alasan politik, dia telah dinaikkan pangkat ke tahap penghakiman tertinggi.
Para pengkritik menganggap Gani Patail cuma sebagai ‘budak suruhan’ BN, dilantik semata-mata untuk menjaga kepentingan ahli-ahli politik BN yang dibelengu rasuah.
Dengan nama Malaysia yang kini menduduki tempat teratas dalam liga pengaliran keluar dana-dana secara haram di peringkat antarabangsa, banyak pihak telah menyalahkan Gani Patail sebagai penghalang siasatan-siasatan ke atas kes-kes rasuah peringkat tinggi, maka sikapnya itu telah membenarkan ahli-ahli politik BN terus mengalirkan keluar kekayaan negara.
Kehilangan secara tragik Hutan Simpan di Sabah

Sementara itu, siasatan kami telah mendapati bahawa nilai komersil kehilangan kawasan Hutan Simpan Pianagah telah menguntungkan Para Era Sdn Bhd.
Di bawah lesen itu, kawasan hutan yang tinggi nilai bio-diversitinya harus dibalak secara terpilih..
Namun menurut pemberi maklumat kami, hanya sekitar 20% baki konsesi kayu balak 2,000 hektar telah dilaporkan dan dicukai oleh pihak-pihak berkuasa.
Namun keseluruhan kawasan itu telah diterangkan, setelah skandal bermisteri itu diketahui, melibatkan pembalakan haram tetapi kemudiannya digugurkan oleh SPRM.
Pada tajuk utama dalam akhbar tempatan dalam 2007, terdapat 20 buah lori balak telah ditahan dan 5,000 kayu balak bernilai jutaan ringgit telah dirampas oleh SPRM dalam suatu serbuan ke atas para pekerja yang membalak di kawasan stelah mereka dikatakan bekerja tanpa lesen. Ianya merupakan salah sebuah serbuan yang terbesar ke atas pembalakan haram di seluruh Malaysia. Akibat pembalakan haram seperti itu, kemusnahan hutan simpan telah menjadi suatu malapetaka yang tidak dapat dibaiki lagi.

Namun, setelah serbuan-serbuan itu dilakukan dan dijanjikan siasatan, tetapi akhirnya pihak-pihak berkuasa tidak pernah melakukan sebarang tangkapan! Pada mulanya setelah berjanji untuk memberikan kerjasama untuk memburu siapa sebenarnya mendalangi pembalakan haram itu, pegawai Jabatan Hutan Sabah, Sam Manan kemudiannya mengesahkan bahawa para pembalak itu sebenarnya mempunyai lesen membalak yang sah.
Ini adalah kerana, walaupun kawasan pembalakan yang luas, tetapi sebahagian kecil sahaja yang diisytiharkan!
Percanggahan-percanggahan ini tidak pernah diperjelaskan oleh SPRM yang telah berputus asa untuk mendakwa kes yang diketengahkan.
Ianya telah membiarkan banyak kemusykilan tidak terjawab. Terutamanya, terdapat suatu rekod rasuah terkemuka berkaitan konsesi pembalakan yang diperolehi menerusi pintu belakang untuk membalak di kawasan mereka sendiri, bagi mengelakkan cukai dan larangan-larangan penerangan hutan tanpa kawalan.
Maka, jika mereka ditangkap menerangkan hutan walaupun mempunyai lesen, kenapa pula syarikat berkenaan dan Jabatan Hutan masih ragu-ragu mengenai apa yang berlaku pada kawasan yang telah dimusnahkan?
Jenayah yang bernilai puluhan juta ringgit

Sesiapa yang mendapat manfaat dari kemusnahan kawasan Pinangah pastinya akan meraih puluhan juta ringgit.
Pakar perhutanan mendapati bahawa satu hektar hutan dara mampu membekalkan 100 meter padu kayu. Para pemegang lesen diharuskan membayar RM55 kepada Yayasan Sabah (negeri Sabah) dan RM95 kepada Jabatan Hutan bagi setiap meter padu yang ditebang, menjadikan jumlahnya RM150 dalam bentuk cukai.
Jumlah ini sepatutnya mampu dijelaskan oleh mana-mana pemegang lesen pembalakan yang telah mengaut keuntungan RM30 juta setelah mereka menerangkan hutan dara seluas 2,000 hektar.
Namun, kerana keseluruhan kawasan itu telah diterang tetapi hanya sedikit sahaja yang diisytiharkan, adalah dianggarkan sebanyak 200,000 meter padu kayu balak telah diambil tanpa membayar RM150 semeter padu dalam bentuk cukai! Ini bermana sejumlah RM30 juta cukai telah dielakkan.
Keuntungan bermisteri
Justeru itu, seseorang telah mengaut keuntungan sebanyak RM60 juta dari konsesi pembalakan itu, pasti juga mengaut dua kali ganda banyaknya dari anggaran RM30 juta jika pembalakan itu dicukai.
Dan mereka telahpun memusnahkan sebuah lanskap di sepanjang proses pembalakan itu dan menafikan dana bagi orang Sabah.
Namun, kerana kegagalan untuk menamatkan siasatan dan mendakwa kes itu, kita tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka yang bertanggungjawab itu adalah benar-benar pembalak haram, atau ada kaitannya dengan pemegang konsesi pembalakan yang sebenarnya.
Dan, kerana SPRM telah dihalang untuk meneruskan siasatan mereka ke atas kes berkenaan, kita juga tidak pasti sama ada lesen itu boleh dikaitkan secara rasuah dengan Menteri Luar Negara Malaysia Anifah Aman, iaitu saudara kepada Ketua Menteri Sabah.

Menurut bukti-bukti berdokumen yang ada pada kami, para penyiasat dalam SPRM percaya terdapatnya kaitan berasuah dan Anifah Aman merupakan pewarisnya.
Terdapat banyak persoalan yang belum terjawab ke atas sebahagian dari skandal-skandal terburuk di Malaysia. Mujurlah Sarawak Report menyimpan banyak bukti berkaitan yang sering menghalang siasatan-siasatan SPRM, yang pasti akan mereka dedahkan suatu hari nanti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: