PRK BUKIT GANTANG : MALAM TERAKHIR PAS MASIH DI DEPAN

Sumber dari berbagai pihak merumuskan bahawa PAS masih berada di depan dan dijangka menang pada pengundian Parlimen Bukit Gantang esok.

Sumber risikan dari pihak-pihak tertentu memberikan angka berikut. PAS mendahului di DUN Kuala Sepetang dengan undi majoriti 3,000 undi dan DUN Changkat Jering dengan 1,500 undi. Manakala BN masih berada selesa mengatasi PAS di DUN Trong dengan 800 undi. Jika dijumlahkan kesemuanya PAS dijangka menang dengan majoriti kira-kira 2,500 undi.

Namun perkara ini masih boleh berubah di saat-saat akhir jika berlaku sesuatu yang luar biasa dari pukul 12.00 malam hingga 7.00 pagi esok. Sela masa ini adalah masa kritikal yang perlu dipastikan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti sabotaj, penipuan dan ugutan.

Selain itu esok beberapa perkara penting juga mesti diawasi antara penipuan semasa pengundian seperti pengundi hantu, undi dua kali, penipuan semasa pengiraan undi dan penjumlahan undi.

Petugas PR mesti sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa juga kemungkinan sehingga peti undi ditutup pada jam 5.00 petang dan setelah keputusan diumumkan barulah semuanya selesai.

Saya mohon maaf kepada semua petugas PAS di Bukit Gantang dan memohon keampunan dari Allah kerana tidak dapat berada di saf hadapan pada kempen PRK kali ini. Saya hanya sempat bersama kalian selama 3 hari sahaja. Saya doakan perjuangan ISLAM dan RAKYAT dikurniakan kemenangan oleh Allah S.W.T.

Amin.

Hikayat Sembah Derhaka

Bekas perajurit bersama PAS

CHANGKAT JERING, 6 April : Bekas anggota perajurit mencadangkan agar ditubuhkan satu Kelab Penyokong PAS Bekas Perajurit yang akan dianggotai oleh bekas-bekas perajurit. Ini adalah satu cadangan awal oleh para bekas perajurit ini semasa satu perjumpaan diadakan di restoran Pa Buah di sini.

Seorang bekas perajurit yang dikatakan paling tua, Hj Hassan Hj Mohd Din yang juga dikenali sebagai Pak Teh pula merupakan antara orang yang terawal merasa keperitan ditahan di bawah akta ISA. Beliau yang kini berusia 86 tahun merupakan bekas anggota API (Angkatan Pemuda Insaf) iaitu satu gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau kemudiannya menyertai tentera sebaik sahaja dibebaskan dari ISA.

Beliau menyatakan bahawa API jauh lebih dahulu berjuang untuk kemerdekaan negara. Umno yang ditubuhkan selepas itu pada mulanya hanya melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’ tanpa ada usaha ke arah kemerdekaan negara. Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana apa yang diceritakan di dalam buku sejarah sekarang hanyalah berkenaan dengan Umno. Kisah sebenar gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan sengaja disembunyikan oleh Umno daripada pengetahuan generasi baru.

Seorang lagi bekas anggota tentera yang ditemui ialah pakcik Abd Wahab Ismail. Beliau merupakan salah seorang anggota tentera terawal yang menyertai angkatan tentera negara ini. Beliau terus aktif di dalam PAS sebaik sahaja bersara dari tentera pada tahun 1978. Pada waktu itu, tidak ramai yang mahu bersama PAS.

Beliau pernah diamanahkan sebagai calon di kawasan Rembau. Semasa penamaan, hanya 20 orang penyokong PAS yang mengiringi beliau. Namun, semangat beliau tidak pernah luntur dengan segala ancaman dan tohmahan yang dilemparkan. Beliau terus gigih berjuang bersama PAS sehingga ke hari ini. Beliau yang kini berusia 71 tahun masih terus bersemangat untuk turun ke Bukit Gantang untuk memberi sokongan padu kepada calon PAS, Dato’ Seri Mohd Nizar.

Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Nizar merupakan seorang calon yang beliau hormati. Dato’ Seri Nizar mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan dihormati. Seharusnya beliau menjadi calon pilihan para pengundi di Bukit Gantang pada 7 April nanti.

Najib bohong! Projek ‘Mee Segera’ berleluasa di Bukit Selambau

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberitahu tidak akan adakan’Projek Mee Segera’ dalam pilihanraya kecil, namun ia adalah satu pembohongan semata-mata.
Tinjauan mendapati projek seperti bantuan Sekolah Kebangsaan Tamil, penurapan tar, pembesaran longkang, ekspo dan sebagainya kini makin menjadi-jadi tambahan lagi menjelang tarikh yang menentukan kalah menang calon Barisan Nasional (BN), Dato’ S. Ganesan.

Paling ketara ialah sewaktu lawatan rumah ke rumah dan minum petang bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kampung Air Mendidih pada dua hari lepas.Hujan lebat tidak menghalang beberapa pekerja menurap tar di kampung yang dihuni kaum India itu sedangkan sebelum ini sudah mempunyai tar yang sempurna.Tiba-tiba sahaja apabila mendapat tahu kehadiran Dr. Wan Azizah, BN cepat-cepat memperuntukan sebahagian kewangan kononnya memberi kemudahan kepada penduduk yang telah berikrar memberi sokongan padu pada calon Pakatan Rakyat yang mewakili KeADILan, S. Manikumar.

Begitu juga ketika Harakahdaily menyusul Kampung Sungkap Para yang terletak beberapa kilometer daripada jalan utama menuju ke Pekan Bukit Selambau.Peristiwa yang sama juga berlaku di mana kelihatan beberapa buah lori mengangkut tar berulang alik serta kedengaran deruan enjin jentera mengelek tar sebagai habuan untuk rakyat.

Bukan itu sahaja Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat merasuah golongan India apabila mengistiharkan bantuan RM350 ribu kepada sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil tiga hari selepas hari penamaan calon pada 29 Mac lalu.Najib yang sewaktu itu masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga melaksanakan projek berkenaan apabila mengistiharkan bantuan pada seluruh Sekolah Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya.

Tindakan Najib itu bermakna, beliau sendiri melanggari apa yang dilafazkan sebelum hari penamaan calon di ketiga-tiga Dun termasuk di Batang Ai di Sarawak.Memang telah diduga apa yang diucapkan hanya mainan politik sahaja kerana bila keadaan tersepit BN tidak boleh duduk diam mereka akan melakukan pencemaran politik yang direka sendiri.

Itulah yang dikatakan Umno dan BN. Mereka tetap melakukan rasuah politik semata-mata untuk mencapai kemenangan bagi memulihkan semula semangat ahli dan penyokong mereka yang banyak terjun ke lautan luas sebelum kapal yang dinaiki tenggelam sendirian.

Tambahan lagi untuk memulihkan sokongan takkala Najib dilantik menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang hanya berjawatan Ahli Parlimen Kepala Batas bersama isteri tercinta Tun Jean Abdullah

Awas!! UMNO mungkin timbulkan kekecohan

BUKIT GANTANG, 6 April – Suasana di sekitar kawasan Bukit Gantang semakin tegang dikala hari mengundi semakin hampir. Semalam telah berlaku kekecohan di Kampung Jahar dan di sekitar kawasan Air Kuning, yang menyebabkan kecederaan petugas PAS.

Pengarah pilihan raya PAS Pusat, Mustafa Ali mendapat maklumat daripada kalangan UMNO sendiri bahawa akan ada usaha untuk menimbulkan suasana rusuhan di malam hari pengundian. Ini dilakukan bagi menakutkan pengundi-pengundi terutamanya orang-orang India dan cina.

Menurut beliau, suasana ini ditimbulkan kerana BN berada dalam keadaan terdesak dan mereka menyedari bahawa mereka berada terkebelakang daripada PAS sekarang ini. Selain itu pengundi-pengundi Cina dan India kini menyebelahi PAS menyebabkan mereka lebih terdesak.

Oleh yang demikian, beliau telah meminta supaya polis menyiasat perkara tersebut. “Jika polis menjalankan tugas dengan baik ini takkan berlaku” katanya.

Mustafa juga mengharapkan UMNO bertanding secara gentlemen dan UMNO/BN tidak melakukan perkara-perkara yang diluar batasan, selain meminta para petugas PAS bekerja dengan sabar dan tidak melayan provokasi UMNO.

Mustafa juga mengandaikan peratusan keluar mengundi akan bertambah sekiranya kedua-dua pihak (Pakatan Rakyat dan BN) terus bekerja keras untuk meramaikan pengundi. Berdasarkan peratusan pada pilihan raya umum yang lepas, beliau meramalkan peratusan keluar mengundi tidak akan lebih daripada 75%.

Pada pilihan raya lepas peratusan keluar mengundi ialah lebih kurang 72.65%. Roslan Shahrom memenangi parlimen Bukit Gantang dengan mendapat 20,015 undi mengalahkan Abd Azim Mohd Zabidi, 18,449 undi dan Mohganan A/L P. Manikam, 872 undi.

Contoh Kertas Undi PRK N.25 Bukit Selambau

N25 Bukit Selambau : TERKINI..!!!!!!!!-malaysiakini

TERKINI : Ramai remaja menaiki padat 20 buah van dengan membawa kayu & objek seperti tongkat daripada Kulim menghala ke Bukit Selambau…Di harap para petugas bersiap sedia sebarang provokasi berlaku.Hubingi pimpinan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini

!!” MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH “”!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
” LAWAN TETAP LAWAN…!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT…!!! “

MENJAWAB ISU “KOR MING PERSENDA AL QURAN”

Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.

Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.

Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”. Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.

Mereka juga pernah mengatakan “Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?…”. Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan “Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut…”

Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina…”. Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? “Ibu tunggal boleh melacur..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?

Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang “tersilap” membaca al Quran.

Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!

Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.

Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?

Kebanyakan mereka “sengaja” membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!

Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?

Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Jangan biar Nizar kalah

PRK P059 BUKIT GANTANG (58): Rayuan buat pengundi – Nizar

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.

Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Pois dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin
Calon Pas P059 Bukit Gantang