Suami polis tidak setuju isteri meronda malam

 

MERUJUK kepada surat bertajuk Polis wanita risau tergoda dalam kereta peronda bertarikh 17 April 2009, saya merasa terpanggil untuk memberi pandangan berhubung perkara itu.

Ini kerana isteri saya juga seorang anggota polis yang melakukan kerja-kerja rondaan bit dan kereta peronda. Saya berpendapat tugas itu lebih sesuai dilakukan oleh anggota lelaki berbanding wanita.

Saya berikan contoh, isteri saya meronda dengan anggota lelaki mulai pukul 1 pagi hingga 7 pagi atau pukul 7 malam hingga 1 pagi. Pada saya adalah amat tidak wajar seorang anggota wanita bekerja dengan anggota lelaki. Apatah lagi sekiranya anggota polis wanita itu baru sahaja melahirkan anak?

Pada pendapat saya, kereta peronda adalah barisan hadapan PDRM dan merekalah yang akan sampai dahulu di tempat berlakunya kejadian jenayah berisiko tinggi.

Jadi adalah tidak wajar meletakkan anggota polis wanita di barisan itu, yang diketahui mereka mempunyai kelemahan tertentu.

Saya merayu pihak PDRM khususnya di daerah Seremban dapat memberikan tugas lain yang difikirkan lebih sesuai kepada anggota wanita.

SUAMI TAK RELA

Seremban

 

Golongan mana yang masih menyokong UMNO

Ketagih Datin jutawan

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammadmainpix2
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Ketagih dibelai Datin yang menyimpannya menyebabkan seorang lelaki tampan sanggup membelasah suami wanita terbabit apabila hubungan sulit mereka terbongkar.

Kejadian itu berlaku apabila Datin berstatus jutawan berkenaan dipercayai memberitahu gigolo terbabit mengenai amaran diberikan suaminya berusia awal 50-an itu.

Bukan itu saja, tindakan ganas lelaki terbabit menyebabkan mangsa yang juga seorang kakitangan pengurusan bergelar Datuk di sebuah syarikat swasta cedera dan dirawat beberapa hari di sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.

Suami Datin terbabit yang menghidu kegiatan isterinya membela gigolo 30-an itu memberi amaran supaya hubungan terlarang itu ditamatkan.
Lelaki itu dipercayai mengamalkan ilmu hitam bagi memerangkap Datin terbabit apabila isterinya menemui pelbagai tangkal dan ubat kuat seks termasuk minyak ular tedung dalam simpanannya.
Wartawan Harian Metro mendapat maklumat mengenai kegiatan lelaki terbabit melalui pendedahan isterinya yang mahu dikenali sebagai Khadijah, 30-an.

Menurut Khadijah, dia menyedari suaminya gemar menonton video lucah sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk apabila suami mula melakukan aksi lucah di rumah tanpa menyedari perbuatan itu dilihat anak perempuan yang semakin takut mendekati bapa sendiri.

“Walaupun suami gemar menggunakan ubat kuat seks termasuk minyak ular tedung, tetapi apa yang pelik, tubuh saya langsung tidak disentuh lebih setahun.

“Sebaik menyedari sikap pelik suami, saya menjalankan siasatan dan mendapati suami menggunakan ilmu hitam untuk memikat wanita.

“Ia terbongkar apabila saya menemui bukan saja ubat kuat, tapi tangkal penguat alat sulit lelaki dalam simpanan suami menyebabkan curiga dan mahu membongkar rahsia yang cuba disembunyikannya,” katanya yang juga seorang kakitangan eksekutif di sebuah universiti di sini.

Bagi membongkar kegiatan suami, Khadijah yang lebih 13 tahun mendirikan rumah tangga, berkata dia mengupah penyiasat persendirian bagi mengesan aktiviti harian suami termasuk mengenal pasti wanita yang menjadikan suaminya sebagai ‘alat permainan’.

Biarpun suami seorang yang warak dan tidak meninggalkan solat lima waktu, pembongkaran kegiatan tidak bermoral suaminya itu mengejutkan.

“Hasilnya, saya mendapati suami menjalinkan hubung sulit dengan seorang Datin kaya dan boleh dikategorikan sebagai jutawan.

“Selain menginap di kawasan elit, Datin terbabit mempunyai beberapa kenderaan mewah termasuk BMW dan Mercedes bercermin gelap bagi memudahkan mereka keluar dan masuk hotel tanpa disedari kenalan,” katanya yang sudah memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah sejak beberapa bulan lalu.

Khadijah berkata, hubungan intim pasangan itu semakin hangat apabila suami Datin berkenaan menghidu hubungan sulit mereka yang kerap melepaskan nafsu di hotel terkenal di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, bagi mempertahankan hubungan itu, lelaki terbabit pernah membelasah suami Datin berkenaan sehingga terpaksa dirawat di sebuah pusat perubatan.

Menyedari tindakan ganas suaminya, kata Khadijah, Datuk terbabit terpaksa merelakan isterinya menjalin hubungan sulit walaupun kedua-duanya masih tinggal sebumbung.

“Rentetan cerita berkenaan, saya mula mengesyaki semua ubat dan tangkal yang ditemui dalam simpanan suami bertujuan menguatkan alat sulit untuk memberikan layanan seks terhadap Datin itu,” katanya yang mempunyai lima anak berusia tujuh hingga 14 tahun.

Kemuncak kegiatan suami terbongkar apabila Khadijah memberikan bukti hasil siasatannya kepada suami.

Bagaimanapun, suaminya menafikan semua bukti itu walaupun dia cuba mendapatkan penjelasan termasuk penggunaan tangkal bagi menguatkan kemaluan lelaki dan hubungan sulit dengan Datin terbabit.

“Saya menunjukkan tangkal yang saya temui selain bukti hubungan suami dengan Datin itu menyebabkan dia tidak keruan sebelum menumbuk menyebabkan hidung saya berdarah.

“Bagi mengelak kejadian buruk, saya mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis dan meninggalkan rumah sehingga sekarang,” katanya yang kini menetap buat sementara di rumah ibu bapa, sejak beberapa bulan lalu.

Kini, lebih dibimbangkan, Khadijah berkata, seorang anak perempuan berusia 12 tahun tinggal bersama suami.

Malah, dia sudah lebih enam bulan tidak dapat berhubung dengan anak perempuannya itu selepas suami memindahkannya ke sekolah lain.

“Apabila memikirkan sikap dan penyakit ‘gila seks’ suami menyebabkan hati saya luluh untuk mendapatkan segera anak saya dengan menggunakan mahkamah.

“Walaupun cuba melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan anak secepat mungkin, prosedur mahkamah menyebabkan kes sering tertangguh,” katanya yang sudah membelanjakan lebih RM10,000 bagi membawa kes tuntutan fasakh dan tuntutan anak ke mahkamah.

Tanpa berselindung mahu kes itu diselesaikan segera, Khadijah berkata, dia sering menitiskan air mata apabila memikirkan nasib anak perempuannya itu yang tinggal bersama suami.

Kaum Dayak kurang ‘pintar’ berpolitik

SRI AMAN 20 April – Kaum Dayak di kawasan luar bandar masih kurang faktor ‘kepintaran’ dalam politik menyebabkan mereka mudah dimanipulasikan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik masing-masing.

Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Jemut Masing berkata, ini menyebabkan kaum Dayak berpecah-belah daripada segi politik.

Menurutnya, kelemahan daripada segi ilmu pendidikan selama ini menyebabkan mereka tidak sehati dan sejiwa dan politik yang sama demi menaikkan status pembangunan kaum Dayak.

”Untuk menyatukan kaum Dayak dalam satu hala tuju politik yang sama, masyarakat Dayak yang berpendidikan tinggi harus turun padang untuk menaik taraf pendidikan penduduk kaum itu di luar bandar,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Makan Malam Hari Easter anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Bukit Begunan di sini semalam.

Bagaimanapun, Masing yang juga Presiden PRS memberitahu, beliau kesal sekiranya wujud kumpulan kaum Dayak berpendidikan tinggi yang sengaja menghasut golongan penduduk rumah panjang untuk menentang segala dasar kerajaan.

Katanya, ini menyebabkan ‘penyatuan politik’ kaum itu semakin rapuh dan akibatnya kaum Dayak akan terus ketinggalan daripada segi pembangunan.

”Saya berharap kaum Dayak di negeri ini dapat berjuang dalam sebuah hala tuju politik yang sama demi membolehkan mereka menikmati faedah pembangunan seiring dengan kaum-kaum lain di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengulas tindakan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, beliau menyifatkannya sebagai satu gimik politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, PKR sengaja mahu menguji sejauh mana sokongan penduduk terhadap parti berkenaan menerusi perletakkan jawatan Fairus sebagai ADUN Penanti mulai 17 April lalu yang akan menjurus kepada pilihan raya kecil selepas itu.

100 juta saham percuma

 

mh_01_1

NAJIB Tun Razak meletakkan replika nanas emas sebagai simbolik kepada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Johor Bahru, semalam. Upacara itu disaksikan (dari kiri), Ahmad Sarji Abdul Hamid, Muhyiddin Yassin, Abdul Ghani Othman dan Hamad Kama Piah Che Othman.– Utusan / ishak rahmad


 

JOHOR BAHRU 20 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan percuma 100 juta unit Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara ini.

Peruntukan yang dibuat melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Peruntukan itu tidak termasuk penambahan unit ASW dan juga Amanah Saham Malaysia (ASM), kesemuanya berjumlah 5.33 bilion unit yang turut diumumkan hari ini.

Daripada jumlah itu, 3.33 bilion unit adalah ASM yang mula dijual esok dan dua bilion unit ASW 2020 boleh dilanggani mulai 27 April ini. Kedua-dua dana berkenaan ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.

ASM dan ASW 2020 merupakan dana ekuiti pendapatan yang dibuka jualannya kepada rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.

Pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-10 di Padang Plaza Angsana, dekat sini hari ini.

Najib berkata, tawaran jualan unit baru ASM dan ASW 2020, terhad kepada pelaburan maksimum 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun untuk memastikan penyertaan yang saksama.

Bagi penawaran ASW 2020 percuma, beliau berkata, lebih 20,000 orang daripada pelbagai kaum akan menerima faedah.

‘‘Saya berharap penawaran unit-

unit baru (ASW 2020 dan ASM) akan memberi lebih peluang kepada seluruh masyarakat Malaysia bersama-sama membuat pelaburan untuk masa depan kewangan yang lebih terjamin,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri diiringi oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.

‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.

Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.

ASM pertama kali dilancarkan pada April 2000 dengan dana permulaan dua bilion unit dan pertambahan unit baru akan menjadikan saiz keseluruhan dana tersebut berjumlah 10.95 bilion unit, ASW 2020 yang dilancarkan pada Ogos 1996 kini bersaiz 12.42 bilion.

Pelaksanaan had pelaburan maksimum bagi ASM berkuatkuasa sepanjang tempoh tawaran bermula 21 April sehingga 27 Julai 2009, tertakluk kepada unit-unit yang masih ada untuk dilanggan dan bagi unit-unit ASW 2020, had pelaburannya adalah sepanjang tempoh tujuh hari bekerja mulai 27 April ini.

PNB dalam kenyataannya di sini menyebut, sebanyak 50 peratus daripada unit baru ASM itu diperuntukkan untuk pelabur bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan lain-lain kaum (lima peratus).

Pecahan langganan itu berdasarkan peratusan penduduk mengikut kaum.

Langganan ASW 2020 pula masih mengikut peruntukkan kuota 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus bukan bumiputera.

Kaunter-kaunter Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan Pos Malaysia akan mula menjual dana-dana tersebut mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala agen-agen Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank beroperasi pada pukul 9.15 pagi hingga 4 petang.

ZAMBRY PEROLEHI PERINTAH YANG TIDAK LAKU

Oleh: Hanipa Maydin

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

“A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority.”

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah ‘certiorari’ iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah ‘certiorari’ dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah ‘certiorari’ iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah ‘certiorari’ dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: “So what!”

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah ‘certiorari’ dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah ‘certiorari’ dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah ‘certiorari’ dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

“The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts.”

(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apaapa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.– tajdid_

Monday, April 20, 2009

MAJLIS MERAIKAN KEMENANGAN BK. GANTANG MERIAH

Ribuan rakyat dari seluruh lapisan masyarakat menghadiri Majlis Jamuan Kesyukuran kemenangan PAS di Bukit Gantang semalam. Majlis tersebut diadakan di Dataran Tuan Guru Nik Abd. Aziz Simpang. Enam ekor lembu dengan tambahan 300 ekor ayam langsai dijamu oleh orang ramai. Walau bagaimanapun orang ramai tetap puas hati dengan majlis yang sederhana dan tidak membazir tetapi meriah. YB Dato’ Seri Hj Nizar yang kehadirannya ditunggu orang ramai sejak pukul 12.00 tengahari muncul kira-kira jam 2.45 petang. Beliau hadir bersama isteri dan beberapa ADUN PR yang lain setelah selesai menghadiri majlis jamuan di raja di Istana Bukit Chandan sempena Majlis Ulangtahun Keputeraan Tuanku Sultan Perak yang ke 81.

Orang ramai turut diserikan dan terhibur dengan persembahan Dikir Barat dari Kelantan, persembahan Tabla dari orang India, persembahan Tarian Singa dari orang Cina dan persembahan nasyid dari Juara Akademi Nasyid Malaysia.

Sebelah malamnya ceramah perdana turut diadakan di Markaz PAS Bukit Cempedak yang dihadiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Al Fadhil Ust. Ahmad Awang, YB Datuk Ngeh Ko Ham, YB Kesavan dan juga YB Hj Nizar sendiri.


























cina islam blog

Muktamar Pas 2009; suatu transformasi akan berlaku!

 

Ustaz Haji Idris Mohammad Al Haqqani

Bagi ahli-ahli Parti Islam Se Malaysia (PAS), tahun 2009 adalah merupakan tahun yang penting bagi kalendar ahli PAS kerana pada tahun ini perwakilan akan membuat pilihan mereka secara demokrasi yang sihat untuk memilih pemimpin baru bagi PAS.

Muktamar yang akan dilansungkan pada bulan Jun ini bertempat di Stadium Malawati Shah Alam Selangor akan menjadi medan untuk bermuhasabah secara jujur dan telus bagi mengkaji keupayaan PAS untuk terus kekal relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

Slogan “PAS untuk semua” yang diketengahkan pada Pilihanraya Umum tahun lalu akan terus dipraktikkan bukan sahaja sebagai slogan pilihanraya bahkan dalam polisi kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah secara kolektif dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Di samping melakukan muhabah dan post mortem untuk mempertahankan survival parti sebagai parti politik dan dalam masa yang sama sebagai sebuah gerakan Islam yang diiktiraf di peringkat global, muktamar yang akan berlansung ini juga akan memilih pemimpin-pemimpin baru yang diyakini sebagai sebuah team yang akan berhadapan dengan pilihanraya umum yang dijangkakan akan diadakan dalam tempoh setahun Najib Razak menjadi PM.

Cakap-cakap di peringkat grassroot parti, majoriti ahli-ahli PAS nampaknya mahukan supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sebagai Presiden parti yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memimpin PAS dalam menjana arus perubahan politik nasional dalam PRU yang akan datang.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula, ahli-ahli parti mahukan supaya Haji Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Bang Mat diberikan peluang untuk memegang amanah tersebut yang dalam masa yang sama menjadi seorang Timbalan Presiden yang berkesan kepada Presiden parti. Ianya ibarat Tok Guru Haji Hadi kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor suatu ketika dahulu.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden pula, ahli-ahli akan terus mengekalkan Haji Husam Musa di samping mengangkat muka baru termasuk Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Prof Dr Mahfuz Muhamad.

Haji Husam yang mempunyai rekod dan prestasi yang baik dalam parti dan kerajaan negeri Kelantan dilihat akan terus kekal manakala Haji Nizar pula bintangnya yang semakin cerah berikutan krisis perlembagaan dan politik di Perak dan Prof Dr Mahfuz Muhamad mewakili ulama profesional yang ketika ini memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau adalah bekas Profesor Syariah Universiti Malaya.

Ustaz Haji Ahmad Awang yang ketika ini menjawat sebagai Naib Presiden difahamkan akan mengubah haluan untuk memimpin Dewan Ulama PAS Pusat dalam usaha untuk memperkasa Dewan Ulama mendepani pelbagai cabaran dan isu syariah ketika ini.

Manakala rata-rata ahli akar umbi pemuda PAS mahukan supaya Dr Mujahid Yusuf Rawa memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat bagi berhadapan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang baru iaitu Saudara Khairy Jamaludin Abu Bakar. Dr Mujahid tidak asing lagi bagi Dewan Pemuda PAS kerana beliau pernah menjadi Exco Dewan tersebut selama beberapa penggal. Dengan latar belakang pendidikan beliau sehingga ke peringkat doktor falsafah, beliau diyakini mampu bersemuka dan berdebat dengan Sdr Khairy yang berkelulusan Oxford di samping meningkatkan lagi tahap sokongan pengundi muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi Dewan Muslimat PAS Pusat yang setiap kali pemilihan tidak pernah sunyi daripada pertandingan itu difahamkan akan berlaku pertembungan bagi jawatan Ketua Muslimat pada kali ini di antara penjawat sekarang dengan Dr Siti Mariah Mahmud yang pernah bertanding sebagai Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lepas.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat pula, antara yang akan diketengahkan adalah gandingan muka lama dan baru antaranya ialah Sdr Salahudin Ayub, Ustaz Muhamad Daud Iraqi, Dr Hatta Ramli, Sdr Anuar Tahir, Ustaz Azizan Abdul Razak, Haji Mahfuz Omar, Ir Khalid Samad, Sdr Ann Wan Seng, Ustaz Ismail Kamus, Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Sdr Kamarudin Jaafar, Ustaz Idris Ahmad, Sdr Anuar Tan, Dr Syed Azman Nawawi, Ustaz Taib Azzamudin dan beberapa orang lagi.

Adalah sesuatu yang perlu dipertegaskankan di sini bahawa tohmahan yang dilakukan oleh beberapa media massa dan penulis politik upahan pihak tertentu yang mendakwa bahawa pertembungan dalam PAS kali ini adalah di antara pro Pakatan Rakyat dengan Pro Muqabalah atau di antara Pro Liberal dengan Ustaz Ulama adalah mainan jahat mereka kerana seperti mana yang telah diperjelaskan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa di dalam PAS tidak ada sama sekali Team A atau Team B.

Sesungguhnya di dalam PAS sekiranya terdapat sesuatu perbezaan pendapat atau percanggahan ijtihad ianya adalah suatu rahmat yang tidak sesekali akan membawa kepada perpecahan kepada PAS itu sendiri. Ianya adalah kerana ahli-ahli PAS telah dipadukan dengan wehdatul fikri demi memastikan tertegaknya di Malaysia sebuah negara yang disifatkan oleh al Quran sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur!

24 Rabiulakhir 1430 bersamaan dengan
20 April 2009
idris.haqqani@gmail.com

 
Baca Seterusnya…

BN TARIK DIRI SEPERTIMANA ROM MENARIK DIRI DARI PERANG TABUK

 

Dr Fikrah

Berita semalam (19 April) telah menyiarkan bahawa Barisan Nasional telah menarik diri dari bertanding di kawasan Penanti, Pulau Pinang. Kenapa ya? Tidak mengapa, mungkin Barisan Nasional mempunyai strateginya yang tertentu, tetapi, mungkin juga mereka sudah berputus asa. Atau adakah kemungkinan Najib dirasuah oleh Pakatan Rakyat supaya tidak bertanding? Inilah tanggapan yang lucu, dan tidak perlu difikirkan rasionalnya.

Tetapi, walaubagaimanapun, saya tertarik untuk menceritakan Sirah Nabi Muhammad SAW, yang menunjukkan perkara yang sama. Memang tidak dinafikan, musuh-musuh Allah SWT pernah menarik diri daripada menyertai peperangan bersama Muslimin, walaupun pada mulanya mereka gah untuk menunjukkan kehebatan mereka. Mungkin ia sedikit sebanyak boleh dilihat pada apa yang terjadi hari ini di Pulau Pinang.

Perang Tabuk telah berlaku selepas pembukaan Kota Mekah. Umat Islam ketika itu sudah berduyun-duyun memeluk Agama Islam dan Islam dapat berkembang dengan baik di Mekah. Mekah telah pun menjadi pusat pemerintahan Nabi Muhammad SAW, walaupun pada mulanya Madinah. Perang Tabuk berlaku susulan daripada Perang Mu’tah.

Perang Mu’tah tercetus akibat daripada pembunuhan al Harits bin Umair, seorang utusan daripada Nabi Muhammad SAW kepada Pemerintah Busra. Al Harits telah dihalang oleh Syurabil bin Amru al Ghassani, seorang Gabenor Kaisar di Wilayah Balqa, Syam. Beliau telah menangkap al Harits, mengikatnya kemudian memancung lehernya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW, Rasulullah SAW mengisytiharkan perang terhadap Rom yang merupakan kuasa besar ketika itu. Di dalam Perang Mu’tah, ramai umat Islam terbunuh, dan pimpinan-pimpinan hebat orang Islam turut sama terbunuh. Begitu juga dengan tentera Rom sendiri.

Tentera Rom melihat bahawa kerajaan Nabi Muhammad SAW di Kota Mekah itu sangat memberi ancaman kepada Rom. Mereka bimbangkan kuasa kerajaan Islam akan menyaingi mereka. Manakala di pihak Islam pula, misi untuk menuntut bela terhadap pembunuhan utusan dan beberapa tentera Islam dilihat masih gagal.

Lalu, setelah menerima berita bahawa Rom sedang membuat persiapan untuk menentang Islam, maka Nabi Muhammad SAW pun segera meminta supaya semua orang Islam bersiap untuk bertempur sekali lagi dengan mereka. Orang Arab sendiri mengetahui bahawa tentera Rom adalah kuasa besar, dan banyak membantai tentera Islam semasa Mu’tah.

Di Malaysia pula, Barisan Nasional sudah lama menggunakan taktik kotor untuk menentang PAS setelah mereka melihat beberapa ulama’ “membahayakan” mereka. Dahulu mereka melihat PAS bakal menjadi penyaing mereka, lalu mereka telah mengadakan sekatan-sekatan lebih awal supaya dapat menghapuskan PAS. Mereka menangkap ulama’-ulama’ dan menyumbat di dalam ISA, tidak membenarkan mereka bercakap di siaran, dan sebagainya.

Berbalik kepada Perang Tabuk. Setelah kedua-dua pihak membuat persiapan, lalu masing-masing menuju ke Tabuk untuk berperang di sana. Di Malaysia hari ini, masing-masing sedang menuju ke mana-mana Dun yang kosong untuk menguatkan jentera masing-masing.

Tabuk adalah kawasan yang begitu jauh dengan Mekah, dan persiapan ketenteraan Islam agak kurang. Umat Islam yang keluar menuju ke Tabuk, seramai 30 000 orang, dan menyebabkan kelengkapan perang berkurangan. Seekor unta ditunggangi oleh 18 orang secara bergilir, dan unta-unta tersebut ada yang disembelih di pertengahan jalan, sebagai bekalan.

Berbeza dengan tentera Rom. Mereka mempunyai kelengkapan yang cukup, seperti baju besi, kuda dan sebagainya. Manakala Islam pula, terpaksa menuju ke Tabuk yang sangat jauh kedudukannya dari Kota Mekah. Sekiranya diukur dengan akal, kita akan berkata “agak susah bagi Islam untuk menang kerana mereka terpaksa berjalan jauh dalam keadaan kekurangan bekalan. Apabila sampai, sudah pasti ada di kalangan Islam yang lemah”….

Inilah ukuran akal kita. Sama sahaja sekiranya kita mengatakan “PAS terpaksa mengutip dana daripada sumbangan ahli-ahli mereka. PAS payah untuk mendapat permit ceramah untuk menguatkan kedudukan…” Ini juga ukuran mata kita. Tetapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

Ketika Baginda SAW sampai di Tabuk, mereka berpusat di kawasan berhampiran. Mereka bersiap sedia di situ untuk menentang Rom. Baginda sempat memberi ucapan kepada tentera Islam supaya tidak melihat kepada material semata-mata. PAS hari ini juga diingatkan supaya tidak berjuang untuk merebut material seperti duit, pangkat dan sebagainya.

Setelah mendengar berita ketibaan tentera Islam, Kerajaan Rom agak takut. Mereka takut disebabkan takjub dengan kesungguhan umat Islam. Sudah lah berjalan kaki berbatu-batu, kekurangan makanan, kelengkapan perang tidak mencukupi, tetapi masih sanggup menentang Kerajaan Rom, yang besar itu.

Mereka tidak berani untuk mara ke hadapan kerana bimbang bertembung dengan Islam. Lalu mereka berpecah-pecah ke sempadan negeri. Mereka merasakan bahawa menarik diri itu lebih menyelamatkan keadaan mereka daripada ribuan tentera mereka terbunuh. Seorang pimpinan Rom datang berjumpa Rasulullah SAW untuk memeterai perjanjian (tidak berperang) dan bersetuju untuk mebayar jizyah.

Di Malaysia juga berlaku perkara yang sama. Barisan Nasional telah menarik diri daripada peperangan pilihanraya Penanti. Apakah sebabnya? Adakah mereka takut dengan kesungguhan PAS atau mereka tidak ingin untuk melihat PR mengamuk lagi di Penanti sepertimana yang berlaku di Bukit Gantang? Mungkin juga mereka tidak ingin melihat kemenangan PR di Penanti sebagai satu “menang mewah”.

Salam Perjuangan.

 
Baca Seterusnya…

Saintis berusia 100 tahun tetap gigih.

 

ROM, 19 April – Pemenang anugerah Hadiah Nobel, saintis Rita Levi Montalcini berkata, walaupun usianya 100 tahun tetapi mindanya kini lebih tajam berbanding ketika berumur 20 tahun.

Levi Montalcini yang turut berkhidmat sebagai senator seumur hidup di Itali meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 Rabu lalu, dan beliau berucap sempena majlis penghormatan terhadapnya oleh Institut Penyelidikan Otak Eropah, semalam.

Beliau berkongsi hadiah Nobel perubatan 1986 dengan rakyat Amerika Syarikat, Stanley Cohen kerana menemui mekanisme mengawal pertumbuhan sel dan organ.

“Dalam usia 100 tahun ini, saya memiliki minda yang hebat berbanding ketika saya berumur 20 tahun, terima kasih kepada pengalaman,” katanya pada majlis tersebut.

Dilahirkan di Turin, Levi Montalcini mengenang semula bagaimana undang-undang anti-Yahudi pada 1930-an di bawah pemerintahan rejim Benito Mussolini Fascist memaksanya keluar daripada universiti dan membuat penyelidikan di makmal dalam bilik tidurnya di rumah.

“Saya tidak takut saat-saat sukar itu, semua yang terbaik datang daripada mereka.

“Saya patut berterima kasih kepada Mussolini kerana mengisytiharkan saya sebagai bangsa yang rendah. Ini mendorong saya kepada kerja yang menggembirakan, tetapi malangnya bukan di universiti tetapi di dalam bilik tidur,” ujar saintis itu. – AP/Sirajuddin Abbas

 
Baca Seterusnya…

SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker

Sivakumar berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker,

Sivakumar berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker

 

SUK Perak berat sebelah, permainkan kuasa Speaker

…Teras merasa sangat kecewa dengan gelagat SUK yang nampak jelas bertindak secara sangat berat sebelah dan tidak menghormati kuasa Speaker yang maseh sah di sisi undang-undang.

 

Beliau mempersoalkan niat sebenarnya SUK itu Perak untuk terus bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan Eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.

 

“Alasan Sivakumar selaku Speaker Dewan untuk terus mempertahankan kuasanya adalah wajar.

 

“Beliau berhak menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker,” kata Azmi.

 

Katanya, dengan mengarah Setiausaha DUN untuk mengeluarkan notis persidangan DUN tanpa pengetahuan dan persetujuan Speaker membawa implikasi bahawa suatu penghinaan terhadap institusi DUN telah dilakukan oleh SUK.

 

Teras katanya, mendesak agar pihak SUK tidak berperanan sebagai alat kepada pihak tertentu yang gelojoh untuk merampas kuasa secara tidak bermoral di negeri Perak.

Golongan Melayu Yang Masih Menyokong UMNO/BN

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/penyokongpas1.JPGKemaman – Tsunami politik hanya berjaya merubah enam wilayah di Semenanjung Malaysia dan gagal menembusi negeri-negeri yang mempunyai ramai penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun Pakatan Rakyat menang empat dari lima pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu, golongan pengundi masih yang menyokong UMNO tidak berganjak.

Analisa keputusan pilihanraya umum ke 12 dan lima pilihanraya kecil menunjukkan peubahan ketara dikalangan masyarakat Cina dan India namun sebaiknya kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad telah menyenaraikan 16 golongan yang masih menyokong UMNO.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/symbolvideo.gif

Menurutnya golongan yang pertama adalah rakyat Malaysia yang masih tidak terdedah dengan maklumat dan kurang kemudahan dan tinggal jauh di kawasan pedalaman.

“Sebab itu Kuala (Terengganu) kita menang, Permatang (Pauh) kita menang, Bukit (Gantang dan Selambau) kita menang, (tapi) Batang Ai masih dalam kawalan (UMNO/BN),”katanya dalam Majlis Ceramah Penerangan yang diadakan di bandar Chukai, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata golongan nasionalis Melayu ‘totok’ merupakan golongan kedua yang menjadi pengundi tegar UMNO.

Katanya, golongan tersebut hanya memperjuangkan bangsa semata-mata seperti allahyarham Tun Ghafar Baba dan beberapa tokoh veteran UMNO yang lain.

Ustaz Idris turut mengkategorikan beberapa kelompok lain yang masih menyokong UMNO seperti dibawah;

  1. Orang yang mempunyai kepentingan, berniaga dengan kontrak kerajaan.
  2. Golongan pengampuhttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/penyokongpas.JPG
  3. Ustaz-ustaz ‘dollar and cents’
  4. Orang yang jarang pergi ke surau
  5. Orang yang tidak minat mempelajari agama
  6. Golongan anti agama
  7. Golongan Perasuah
  8. Orang yang miskin dan jahil
  9. Orang yang mempunyai jiwa yang kerdil
  10. Orang yang keras hati
  11. Golongan yang duduk dalam zon selesa
  12. Orang yang longgar pegangan agama
  13. Golongan yang jauh dengan ulama’
  14. Golongan yang suka memisahkan kehidupan dunia dan akhirat


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Pusat Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang DiPertua PAS Kemaman Hj Ismail Harun dan Pengerusi MTD Chukai Haji Hanafiah Ramli.

Sabah&Sarawak: NGO diarah senarai barang wajar dikurangkan harga

Oleh Norma Mullie
bhnews@bharian.com

Borang siap diisi boleh dihantar untuk tindakan lanjut

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta dua badan bukan kerajaan (NGO) di Kapit menyediakan senarai barangan yang perlu dikurangkan harga ekoran jaminan kerajaan untuk menanggung kos pengangkutan ke bandar itu tidak lama lagi.

Mereka yang mendapat borang masing-masing minggu lalu perlu menyerahkan senarai kepada KPDNHEP selewat-lewatnya Jumaat ini bagi membolehkan laporan lengkap mengenainya dihantar kepada menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri pada 30 April ini.

Usaha itu ekoran keputusan kerajaan untuk menanggung kos pengangkutan 50 barangan keperluan dalam usaha menurunkan harga barangan runcit di Kapit yang dikatakan jauh lebih mahal berbanding kawasan lain selama ini.

Ketua cawangan KPDNHEP Kapit, Dorcas Sidi, berkata kementerian sudah mempunyai 13 senarai barangan kawalan yang dicadang untuk diturunkan harga, manakala bakinya ditentukan NGO dan orang ramai.

Beliau berkata, barang kawalan dalam senarai kementerian termasuk gula, gandum, tepung pulut, telur, bawang, garam dan minyak masak.

NGO berkenaan termasuk Persatuan Ibu Tunggal Kapit dan Dewan Perniagaan Cina Bersatu.

“Kita berharap senarai baki 37 barangan lagi akan dikenal pasti menjelang minggu depan,” katanya kepada Berita Harian.

Kira-kira 150,000 penduduk Kapit dijangka menikmati taraf kehidupan yang lebih baik ekoran keputusan kementerian berkenaan.

Antara barang yang akan diturunkan harga dan diselaraskan seperti di bandar lain di Sarawak ialah Gas Cecair Asli (LPG) yang berharga RM33 di Kapit. Harga barunya RM24.50 bagi setong 14 kilogram.

Difahamkan harga barang itu mencecah RM50.00 di sesetengah kawasan di Kapit, termasuk Nanga Entawau.

Dorcas berkata, orang ramai diminta membuat aduan ke talian 084-797466 sekiranya terdapat peniaga yang menjual barang pada harga terlalu tinggi di kawasan itu.

Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam tempoh lima hari.

MUTAKHIR Hari pertama DUN Pulau Pinang kecoh

GEORGETOWN: Isu keselamatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini menggamatkan hari pertama persidangan dewan apabila pihak kerajaan negeri dan pembangkang masing-masing mahu mengutarakan pandangan mereka.

Keadaan kecoh bermula ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo mengutarakan soalan pada sesi soal jawab mengenai tahap keselamatan ketika persidangan DUN berlangsung.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, yang juga Adun Bagan Jermal ketika menjawab soalan Jagdeep berkata kawalan keselamatan dinaik taraf dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mewujudkan pos pengawal bagi menjalankan pemeriksaan terhadap orang awam yang ingin memasuki dewan.

“Selain itu anggota polis juga akan ditambah dan kita juga menghadkan pemberian pas kepada tetamu di dewan,” katanya pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Jagdeep kemudiannya meminta Lim menjelaskan adakah penambahan anggota keselamatan dapat memastikan keselamatan anggota DUN terjamin.

Lim memberi jaminan bahawa insiden kekecohan Dewan Rakyat tidak akan berlaku pada sidang DUN Pulau Pinang kerana menurutnya rakyat Pulau Pinang bersopan santun.

Ketika Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) bangun untuk meminta penjelasan, R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) mencelah dan meminta Azhar supaya jangan berceramah sebaliknya terus bertanyakan soalan.

“Kita bukan hendak dengar ceramah, jangan buang masa. Tanya soalan,” katanya sambil mendesak Azhar bertanya soalan tanpa membuang masa.

“Punca kerana mulut. Mulut kena jaga. Jangan cakap sesedap rasa, jangan maki orang. Jangan timbulkan kemarahan orang,” katanya.

Speaker DUN, Abdul Halim Hussain kemudiannya meminta Azhar terus mengemukakan soalan dan meminta Rayer dan Jagdeep duduk.

Azhar kemudiannya terus bertanya soalan: “Bolehkah kita guna dalam dewan perkataan yang kasar dan memaki orang dalam dewan? Bolehkah menggunakan kebebasan dewan untuk memaki orang?”

“Kita ada buku Peraturan Mesyuarat DUN. Sesiapa yang melanggar peraturan ini akan diambil tindakan,” kata Lim menjawab soalan Azhar. – Bernama