Lagi Panas! Memorandum ADUN mengenai salah laku MB Terengganu

Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak - Rasol

memo1

memo2

 

memo31

memo4

Memorandum ADUN mengenai salah laku MB Terengganu

MAMPAT pagi tadi menerima kiriman sepucuk surat yang sekali lagi di kirimkan ke pintu pejabat MAMPAT. Apabila dibuka, kami dapati ianya adalah satu salinan Laporan Tingkahlaku YAB Dato’ MB. DI sini MAMPAT tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, sekadar mengeluarkannya di dalam blog kami sebagai tanggungjawab sosial. Harapan MAMPAT, kepada yang dituduh, mungkin boleh menjawab segala tomahan yang diberikan. Terima kasih kepada yang memberikan maklumat ini. Wassalam…


Today’s Dayaks are thinking Dayaks: SDNU

 

Today's Dayaks are thinking Dayaks

Today’s Dayaks are thinking Dayaks

 

Click on the image to enlarge.

<!– –>

Can Dayak liberalize “Change” in Sarawak?

Written by gkm2020

Dayak Must Build A New Spirit of Change

When Barack Obama was pronounced the winner of the 2008 US Presidential Election, the world was energized with a new spirit of Change. It is the first time in my life that I have seen a political figure become such a celebrity!

But Batang Ai Dayaks had sold their spirit. Our spirit too has also been buried along with negative growth for the last 45 years since the Independence Day including 35 years under the Taib’s regimental government. And I still think the Dayaks will never Change. Read more

<!– –>

media

cina islam

21 April 2009

Benarkah Speaker Perak bohong ?

 

Mulai semalam (20 April) mulalah episod baru dalam pertikain mengenai sidang DUN Perak yang direncanakan pada 17 Mei akan datang apabila serangan oleh pihak tertentu yang tidak didedahkan identitinya dengan mendakwa Speaker DUN Perak, V. Sivakumar bebohong tidak tahu mengenai tarikh sidang yang telah ditentukan itu.

Saya rasa bertanggung jawab untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya bagi membuktikan bahawa Sivakumar memang tidak tahu menahu mengenai tarikh sidang yang telah ditetapkan tanpa berbincang dan memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

Sehari sebelum surat panggilan sidang dihantar ( Khamis/16 April ) kepada semua ADUN saya telah dimaklumkan oleh pihak tertentu bahawa perkenan telah diperolihi dari Sultan Perak dan pemanggil itu memaklumkan kepada saya tarikh yang diperkenan ialah 7Mei.

Saya tidak terkejut dengan makluman itu disebabkan beberapa hari sebelum itu saya sudah dimaklumkan mengenai permohonan dari MB Kudeta dari pihak Istana bagi mendapatkan tarikh sidang. Sebab itu apa bila ditanya oleh wartawan harakah dalam temubual seperti yang disiarkan dalam edisi terkini, saya dengan yakin mengatakan sidang akan diadakan sebelum 13 Mei.

Selepas menerima panggilan tersebut saya terus menghubungi Speaker dan memaklumkan tarikh telah ditentukan oleh MB kudeta dan mendapat perkenan pihak Istana dan beliau sangat terkejut kerana beliau tidak tahu menahu mengenainya. Saya semacam menenangkan beliau dan berharap dia tetap dipanggil untuk proses memanggil semua adun kerana surat panggilan mesti dikeluarkan atas nama Setiausaha DUN setelah mendapat arahan Speaker.

Pagi Jumaat (17 April) saya menerima panggilan dari pejabat Bahagian Majlis yang diketuai oleh Hj. Abdullah Antong Sabri bertanyakan bagaimana hendak menyampaikan surat panggilan kepada ADUN dengan kadar segera. Kebetulan saya berada di Kawasan DUN Titi Serong dan telah memberi komitmen berkhutbah di Masjid Tebuk Haji Musa dalam DUN Titi Serong.

Dari perbincangan itu saya faham surat mesti sampai kepada kami pada hari berkenaan juga. Akhirnya saya bersetuju untuk dihantar sekali ke pejabat ADUN Selingsing di Bagan Serai.

Keesokannya saya mendapat maklumat bahawa surat untuk ADUN DAP semuanya dikirim ke Pejabat DAP yang letaknya tidak berapa jauh dari pejabat SUK.

Kerana perbincangan dalam talipon atas dasar untuk memastikan kami ADUN Pakatan Rakyat boleh menerima surat yang dihantar itu saya tidak pun bertanya adakah speaker telah di maklumkan.

Ternyata hak speaker untuk menentukan dan mengarahkan surat panggilan sidang dinafikan, surat yang kami terima adalah bukan datangnya dari arahan Speaker. Saya mempertahankan dia perlu datang dari arahan Speaker bukan atas semangat Pakatan Rakyat, tetapi atas nama institusi Speaker yang mesti dihormati tetapi telah dicabuli.

Surat panggilan beredar diwaktu pagi jumaat 17 April, sebelah petang sesudah jumaat baru Speaker dimaklumkan dengan rasmi, apa sudah jadi ? Surat panggilan kanduri telah dicetak dan diedar, ayah pengantin terkejut besar dia tidak diajak berbincang.

Persoalannya sekarang saya mendapati BN terlalu ghairah untuk bersidang setelah Mahkamah Perwekutuan memutus kan bahawa hukuman menggantung Zambry selama 18 bulan dan 6 Exconya selama 12 bulan kononnya tidak sah. Sebelumnya mahkamah yang sama menyatakan SPR yang berhak menentukan kekosongan DUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.

Mereka merasakan korum untuk BN sudah cukup, sedangkan mereka tidak mendapat kepastian dan perintah mahkamah supaya Speaker tidak dapat menghalang mereka masuk dewan, atau mereka akan dihalau keluar dari dewan dan macam-macam lagi kuasa Speaker yang sebenarnya tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagan Persekutuan perkara 72.

Terkejut besar bila Speaker membalas balik bola tanggung yang di hantar oleh Zambry, simpati kepada pakatan Rakyat dan Speaker makin bertambah, lalu tidak ada jawapan yang paling sesuai dengan mengatakan Speaker bohong.

 
Baca Seterusnya…

Pembangkang gagal bawa usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka

 

MELAKA: Pembangkang gagal dalam percubaan membawa usul undi tidak percaya ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Usul itu ditolak oleh Speaker Dewan, Datuk Othman Muhamad pagi tadi.

Semalam, Ketua Pembangkang di DUN, Goh Leong San (DAP-Kesidang) memfailkan notis berkenaan untuk memanggil satu DUN tergempar bagi membincangkan usul berkenaan Mohd Ali.

Ketua Menteri Melaka itu didakwa kurang berintegriti sambil pembangkang mendakwa mereka sudah hilang kepercayaan ke atasnya.

Bagaimanapun, Othman berkata beliau menolak usul berkenaan kerana tidak memenuhi tiga kriteria utama untuk dibahaskan.

Walaupun usul berkenaan menyentuh isu yang khusus tetapi tidak memenuhi dua kriteria yang lain iaitu tidak perlu disegerakan dan bukan menyentuh kepentingan publik memandangkan ia telah pun diselesaikan oleh Umno.

Mohd. Ali telah dilucutkan kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kira-kira seminggu sebelum pemilihan hujung bulan lalu. mstar.

 
Baca Seterusnya…

No 2: Husam, Azizan calon popular di Kedah

 

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak disebut-sebut antara tokoh popular yang bakal mendapat pencalonan terbanyak dari PAS kawasan di Kedah bagi jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkemungkinan menolak pencalonan tersebut kerana mahu menumpukan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri dan PAS negeri.

Seorang pemimpin akar umbi PAS memberitahu Malaysiakini, penyandang jawatan itu sekarang, Nasharuddin Md Isa tidak lagi popular di negeri itu kerana didakwa “tidak banyak membantu presiden” menjalankan tugasnya.

Setiausaha PAS kawasan Alor Setar, Adnan Saad berkata, tindakan Nasharuddin yang cenderung mengadakan kerjasama dengan Umno atau ‘pro-muqabalah’ dilihat menimbulkan perasaan tidak selesa di peringkat akar umbi di negeri itu.

Sehubungan itu, tambah beliau, Husam sebagai tokoh dari kem alternatif dilihat semakin mendapat sokongan.

Persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu – pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) – yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama – Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama – bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan.

Mahfuz dicalon naib

Mengulas lanjut pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Adnan berkata, Azizan pula dilihat tidak tergolong dalam mana-mana kem.

Menurut beliau lagi, Mohamad Sabu pula dijangka dicalon mengekalkan jawatan naib presiden sebagai “jalan tengah” bagi mendamaikan kedua kumpulan berkenaan.

Untuk jawatan naib presiden pula, Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dijangka dicalonkan.

Adnan berkata, pencalonan Mahfuz dilihat agak menarik kerana dikatakan kepimpinannya diterima kedua-dua pihak – sama ada kumpulan pro-muqabalah ataupun kumpulan Erdogan.

“Beliau dijangka mendapat sokongan besar,” tambahnya.

Menurut pemerhatiannya, Adnan berkata, PAS Jerlun dan Padang Terap dipercayai penyokong kuat Husam manakala di Kuala Kedah pula, masih 50-50. Alor Star pula dijangka mencalonkan Mohamad Sabu.

‘Mahu wakil Kedah’

Difahamkan, semua PAS kawasan di Kedah akan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan jawatan presiden.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kedah, Muhamad Yusof Husin ketika dihubungi Malaysiakini yakin Abdul Hadi akan mendapat pencalonan 100 peratus dari Kedah.

Beliau yang ahli Dewan Negara itu menegaskan bahawa PAS Kedah “tidak ada masalah” dengan kepimpinan sedia ada.

“Mereka cuma mahukan seorang wakil Kedah dalam kepimpinan peringkat tertinggi PAS pusat,” katanya, sambil mengakui Mahfuz merupakan calon pilihan hampir keseluruhan kawasan di Kedah untuk bertanding jawatan naib presiden..

Setakat ini, hanya tiga daripada 15 PAS kawasan di Kedah – Sungai Petani, Baling dan Kuala Kedah — yang telah mengadakan menyuarat agung masing-masing.

Ketiga-tiga kawasan tersebut bagaimanapun tidak membuat sebarang pencalonan untuk jawatan tertinggi parti, sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing bagi membuat keputusan. Malaysiakini.

 
Baca Seterusnya…

Semua jawatan utama PAS Kota Bharu menang tanpa bertanding

 

KOTA BHARU, 21 April: PAS kawasan Kota Bharu menunjukkan jalan terbaik apabila kesemua sembilan pemegang jawatan utamanya tidak dipertandingkan dalam mesyuarat agung mereka baru-baru ini.

Sembilan jawatan itu adalah Yang Dipertua, timbalan YDP, naib YDP, Ketua Urusan Ulamak, Ketua Pemuda, naib Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan naib Ketua Muslimat PAS kawasan itu.

PAS kawasan itu juga memecahkan tradisi sekali apabila menjemput Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan pemimpin PAS merasmikan mesyuarat agung mereka.

“Ini adalah lambang setia kawan kita apabila berkawan dengan lain-lain parti, kita tidak ada niat serong dan kita melihat pemimpin parti komponen juga adalah pemimpin kita,” kata YDP PAS kawasan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada Siasah.

Sebelum ini, katanya, PAS kawasan pimpinan beliau juga pernah memecah tradisi apabila menjemput pemimpin Muslimat Pusat (Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali) untuk merasmikan mesyuarat agung mereka.

Selain merasmikan mesyuarat, Khalid juga bersama Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang memberikan ceramah bersama dengan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malamnya.

“Ini lambang perpaduan dalam PR iaitu gabungan tiga negeri, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang,” kata Wan Rahim lagi. Siasahdaily.

 
Baca Seterusnya…

Terima kasih dengan sumbangan mangsa ribut.

 

Saya berterima kasih dengan sumbangan pengunjung blog ini kepada magsa ribut yang beritanya disiarkan dalam blog ini. Hanya Allah jua yang mampu membalas jasa baik penyumbang yang budiman .

Adapun jumlah sumbangan yang diterima ialah :

1. Akaun Maybank – RM 880.00 (RM lapan ratus lapan puluh)
2. Akaun Bank Islam – RM 200.00 (RM dua ratus)
Jumlah – RM 1080.00

Perbelanjaan bantuan kepada mangsa seperti berikut :

1. Sumbangan dalam bentuk wang tunai – RM 1300
2. Sumbangan dalam bentuk makanan – RM 1047 .85
Jumlah – RM 2347.85

 
Baca Seterusnya…

Turmoil in Dayak longhouses ~ Malaysiakini

Taken from: http://www.malaysiakini.com/news/102716

The politicalisation of Dayak institutions have caused a major split in the Iban community, claimed Nicholas Mujah, secretary-general of Sarawak Dayak Iban Association (Sadia).

“The politicalisation of (the posts of) tuai rumah (longhouse chiefs) and penghulu – who these days are being appointed by politicians or political parties – is causing a big split in the longhouses,”
said Mujah .
“Previously, the selection of tuai rumah and penghulu was by the people, for the people and of the people. Unless Iban customs are upheld, there will be no unity (in the community).
”Mujah was responding to comments by Parti Rakyat Sarawak president James Masing who had said that politics within the Dayak community, particularly in the rural areas, has been “fluid until now because there is lack of the smart factor”.

Masing said this is evident among the rural Dayaks whose political stand is seldom firm. He urged educated and intellectual Dayaks to help educate the members of the community, so that they are not manipulated by others.
He claimed that some Dayaks intellectuals are going to the longhouses to incite the people to reject government policies, adding that their campaign of hatred has caused the Dayaks to be further fragmented in politics.
Mujah responded: “I am happy that Masing has realised the weaknesses of the Dayak leaders. The most important thing is that Masing and his group of Dayak leaders can rectify these weaknesses and go back to basics to learn from history.
“I refer in particular to the land (code) amendment in 2000. Despite knowing that the amendment would disadvantage the Dayaks, none of the Dayak legislators dared to oppose it or even felt concerned.”
Mujah rejected Masing’s accusation that Dayak intellectuals are inciting the people to turn against the government.
“I do not agree. I can say that these Dayak intellectuals are only advising their parents not to be cheated another time,” he said.
People confused
Commenting on the same issue, Sarawak Dayak National Union publicity officer John Anthony Brian said the rural people are confused as they cannot distinguish truth from propaganda.They did not know who to trust as some politicians do not tell the whole truth, he said. And because of conflicting statements, the people tend to be sceptical.

Citing the Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Salcra) as an example, Brain said certain politicians have claimed that Salcra provides many benefits to those participating in the land schemes. However, many have received only RM8 per day or very small dividends per year, he claimed.

Brian, who runs the Dayak Baru.com website, said: “The Dayaks want to see things happen in their area and want the government to deliver its promises. They have heard so many promises. As far as the people of Batang Ai are concerned, they have kicked the ball back to the government (to deliver its pledge of development projects).”
Lawyer and politician Baru Bian said the notion of being politically ‘smart’ is a subjective one.“I don’t think I subscribe to political smartness for the sake of political survival. I prefer correctness. But anyway (Masing) is wrong – as if Dayak leaders are not smart. They are!” he added.

 

media

kelab greenboc

 

Tindakan Umno dan Barisan Nasional merampas kuasa dengan menumbangkan kerajaan sah pilihan rakyat daripada Pakatan Rakyat Perak 5 Februari lalu mempunyai implikasi politik yang amat mendalam ke atas negeri itu yang berlarutan sehingga kini tanpa nampak penyelesaian yang telus walaupun tanda-tanda ke arah tersebut semakin nyata.

Apa pun Umno dan BN berjaya mendalangi kerja kotor mereka melalui penderhakaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat iaitu ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat, dan ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Foong.

Seorang lagi, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR beberapa hari sebelum rampasan kuasa kerajaan negeri Perak menyertai semula Umno.

Beberapa hari lalu ADUN Penanti daripada PKR, Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan secara mengejut walaupun sudah dijangka sejak beliau melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang 8 April lalu.

Dengan serta merta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan Fairus itu sebagai “political ploy” atau permainan politik dan mengumumkan pada masa yang sama kemungkinan BN tidak menyertaikan pilihan raya kecil yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari demi mengelakkan pembaziran.

Lain pula nada beliau apabila tiga ADUN dari Perak melompat dari Pakatan Rakyat untuk menjadi wakil bebas tetapi menyatakan sokongan terhadap BN.

Beliau berkata itu adalah hak ketiga-tiga ADUN tersebut serta Datuk Nasaruddin untuk memilih parti mana yang mereka sokong.

Jadi apakah persamaan yang dimiliki oleh kesemua ahli politik ini dan pula perbezaan antara tindakan Fairus, Jamaluddin, Osman, Hee dan Nasaruddin?

Berbeza dengan Fairus yang secara terhormat meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan juga ADUN Penanti, Jamaluddin, Osman, Hee dan Nasaruddin atau akronimnya J.O.H.N. meninggalkan parti mereka melalui cara yang dianggap rakyat sebagai hina, tidak berprinsip, tidak bermaruah dan mudah di beli dengan wang ringgit dan tarikan material.

Walaupun Fairus sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang beliau memilih untuk menyelamatkan imej dan masa depan parti serta nama baik beliau dan keluarga dengan melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan.

Alasan yang diberi pula adalah suatu yang munasabah iaitu untuk menyambung pelajaran pasca siswazahnya serta memberi tumpuan kepada keluarga.

Beliau tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah selagi SPRM belum selesai menjalankan siasatan dan pendakwaan belum dibuat terhadap beliau.

Sebenarnya Fairus mempunyai banyak opsyen – sekiranya mahu kekayaan melimpah ruah melalui tawaran wang ringgit dan projek beliau boleh terus melompat ke Umno atau menjadi ADUN Bebas atau mengumumkan keluar parti.

Namun beliau memilih jalan yang lebih payah tetapi tetapi kaya dengan nilai moral, integriti dan maruah yang tinggi.

Tindakan Fairus hanya membangkitkan kemarahan Umno dan BN bukannya kemarahan rakyat.

Umno dan BN marah kerana mereka tidak mampu lagi berhadapan dengan satu lagi kekalahan yang memalukan setelah dihukum rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Bagi Umno dan BN kekalahan di Penanti sekiranya mereka bersetuju bertanding bererti kepimpinan Najib dan gagasan BN ditolak secara mutlak oleh rakyat Semenanjung Malaysia.

Dengan kenyataan Najib bahawa BN mungkin tidak bertanding di Penanti sudah cukup meghadiahkan kekalahan moral kepada Umno dan BN dan kemenangan hakiki kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimana pula dengan tindakan J.O.H.N.?

Saga politik Perak dikatakan bermula dengan misteri kehilangan mereka bertiga.

Jamaluddin dan Osman menghilang diri atau dihilangkan sejak 26 Januari dan membuat deklarasi pada 3 Mach bahawa mereka kini berstatus ADUN Bebas.

Pada masa yang sama Hee juga dilaporkan hilang apabila gagal menghadiri satu majlis anjuran DAP lantas mencetuskan khabar angin beliau telah melompat parti.

Tindakan Hee agak mengecewakan kerana gagasan Pakatan Rakyat sahajalah yang sanggup meletakkan Hee pada kedudukan yang tinggi bukan sahaja sebagai ADUN malah lebih daripada itu apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang pertama di Malaysia.

Begitu juga dengan nasib Datuk Nasaruddin yang sungguh bagai dikata beliau meninggalkan Umnno kerana tidak tahan dengan kepimpinan yang disaluti rasuah dan menyatakan Umno menuju kepada kehancuran disebabkan itu.

Lebih kurang seminggu menyertai parti barunya, PKR, beliau dilaporkan menyertai semua parti yang dicercanya sebelum itu.

Pada 4 Februari seperti yang dijangka rakyat Perak keempat-empat ADUN tersebut muncul di Sri satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib.

Najib tanpa segan silu di atas perbuatan yang dilakukan dengan politik kotor yang diamalkan dengan membeli, merasuah, mengugut dan menculik ADUN-ADUN tersebut lantas mengumumkan bahawa mereka kini memberi sokongan padu kepada BN.

Melihat kepada dua senario antara apa yang dilakukan oleh Fairus dan apa yang rancangkan oleh kumpulan J.O.H.N. nyata perbezaannya adalah antara langit dengan bumi – antara prinsip dan sifat tamak haloba, kesetiaan dan penderhakaan, politik pro-rakyat dan politik kedurjanaan.

Fairus melakukan apa yang dilakukan demi parti dan rakyat – supaya parti selamat dan terus utuh dan memulangkan mandat kepada rakyat agar memilih pemimpin yang terbaik bagi mereka.

J.O.H.N. pula memilih periuk nasi mereka yang mendahului kehendak, kepentingan dan aspirasi rakyat. – TVA

 

Artikel Penuh


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Persidangan DUN Melaka kecoh

 

Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari kedua, hari ini, kecoh kira-kira setengah jam apabila wakil rakyat pembangkang cuba mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

Usul itu cuba dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San, sebaik persidangan disambung semula kira-kira jam 11.35 pagi selepas berhenti rehat.

Menurut Goh, usul tergembar itu berbunyi “Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mengarahkan suatu undi tidak percaya diadakan terhadap Ketua Menteri Melaka pada persidangan yang berlangsung pada 20 hingga 23 April 2009, kerana penglibatan beliau dalam politik wang semasa pemilihan parti menunjukkan perbuatannya yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak menyenangkan telah menyebabkan rakyat Melaka kehilangan keyakinan serta meragui integriti terhadapnya”.

Bagaimanapun, cadangannya itu ditolak Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah membabitkan sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang.

Dalam kekecohan yang kelihatan hampir tidak terkawal itu, pelbagai isu termasuk mesyuarat bawah pokok di Perak dan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dibangkitkan.

Kekecohan itu hanya selesai selepas Speaker meminta Mohd Ali meneruskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, kira-kira jam 12.12 tengah hari.

Pada 17 Mac lepas, Pengerusi Lembaga Disiplin Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan tindakan melarang Mohd Ali, yang ketika itu Naib Presiden Umno, bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas lembaga itu mendapati beliau bersalah melanggar Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno.

Rayuan Mohd Ali untuk mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin itu turut ditolak oleh Panel Rayuan Umno pada 20 Mac.

Keputusan yang diumumkan oleh Othman telah menimbulkan rasa tidak puas hati Goh dan empat lagi anggota DUN dari DAP dengan mereka mendesak Othman membenarkan usul tergempar itu dikemukakan dan dibahaskan pada persidangan itu.

Dalam masa sama, anggota dewan dari Barisan Nasional yang menjadi penyokong kerajaan mendesak Speaker menolak usul tergempar itu.

Sambil mengarahkan semua anggota dewan bertenang dalam “perang mulut” kirakira 20 minit itu, Othman berkata:

“Saya telah tolak usul ini awalawal lagi kerana Yang Berhormat dari Kesidang (Goh) membuat tuduhan, dia kata Ketua Menteri terlibat dengan politik wang, cuba baca kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen (beliau) tak pernah sebut politik wang hanya etika parti,” katanya.

Othman kemudiannya meminta Mohd Ali mengemukakan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob kerana sudi menyampaikan ucapan perasmian pembukaan persidangan dewan itu, semalam.

Mohd Ali berkata DAP mengemukakan usul tergempar itu kerana mahu mendapat publisiti murahan.

“Kalau saya nak sebut DAP kerja rasuah pun banyak juga tapi itu hal DAP kita tak nak campur.

“Saya tidak terlibat dengan rasuah pun dalam Umno. Ini saya telah sebutkan tetapi Jawatankuasa Disiplin telah menyatakan saya bersalah dan tidak boleh bertanding (jawatan Timbalan Presiden Umno), jadi saya akurlah dengan keputusan parti saya. Ini tidak ada kaitan dengan DAP,” kata Mohd Ali.

 

Artikel Penuh

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

UMNO BN Hipokrit Konon Jimat Duit Rakyat

 

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri di atas sikap hipokrit yang dipamerkan beliau kononnya mahu menyelamatkan wang rakyat jika Umno/Barisan Nasional membuat keputusan tidak bertanding di kerusi dewan undangan negeri Penanti.

Kerusi tersebut kosong berikutan perletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin 16 April lalu.

“Alasan yang diberi Datuk Sri Najib kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat. Gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihanraya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta.

“Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera,” tulis beliau dalam blognya, anwaribrahimblog.com

Tegas Datuk Seri Anwar sikpa hipokrit yang ditunjukkan Perdana Menteri bukanlah cara memulihkan ekonomi yang dilanda kegawatan kini.

“Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara.

“Saya tertanya-tanya apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?,” tanya Ketua Pembangkang itu.

Beliau merujuk kepada pembayaran komisen bernilai EURO114.96 juta (RM510 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd berkaitan pembelian kapal selam Scorpene.

Datuk Seri Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan berkata bayaran EURO114.96 juta kepada syarikat tersebut bukanlah sebagai komisen, tetapi sebagai bayaran kepada perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Cherbourg, Perancis dan Cartegana Sepanyol serta pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Berkenaan isu calon DUN Penanti beliau memberi keyakinan kepada pengundi wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya.

“Maka seandainya Datuk Sri Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calun,” ujar beliau lagi – TVAntara

 

Artikel Penuh


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

UMNO Grik Edar Pil Ecstacy, Tajol Rosli Perlu Jelaskan..

 

PAGI ini saya buka e-mail saya, terdapat berita ini..

Jumaat lepas (10/4)…empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa. Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12/4/09 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut. Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Grik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan. Maka dengan itu..polis Grik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand. -sumber berita dari: Rambo

Nampaknya, demi menjaga kehormatan dan nama baik UMNO, Ketua UMNO Bahagian Grik, DS Tajol Rosli kena jelaskan segera, sekurang-kurangnya menafikan berita ini, kalau benar-benar tidak berlaku. – ibn hasyim


 

Artikel Penuh

1 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

Waran Tangkap Ke Atas Mohd Sabu Dibatalkan

 

Mahkamah Majistret Jawi Seberang Perai Selatan Pulau Pinang membatalkan waran tangkap ke atas Naib Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bersama sembilan yang lain pagi ini.

Majistret Nor Ashikin Mokhtar membatalkan waran tanpkap itu setelah berpuashati penjelasan daripada peguambela selain dari kehadiran Mohd Sabu dan sembilan yang lain di mahkamah pagi tadi.

Semalam Mahkamah Majistert Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan pengikutnya kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini berhubung tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas tahun lalu.

Mohamad Sabu, 53, dan sembilan penyokongnya Zamarul Aini Abdul Malek, 37; Zainal Azrun Zainal Abidin, 35; Abdul Rahim Mat Ariff, 58; Md Lazim Osman, 50; Mohd Biyamin Ishak, 44; Fauzi Saharat, 44; Abdul Razak Ramli, 42; Mohd Subri Mohd Said, 42; dan Mohamad Salleh, 47; didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pemimpin PAS itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran plaza tol Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada kira-kira pukul 7.45 malam, 9 Disember 2007


 

Ringkasan…

Mahathir Bersedia Mengepalai Jentera UMNO BN Di Penanti

 

Mengapa tidak BN melatakkan Dr. Mahathir sahaja sebagai calon? Sementara itu, Pakatan pula bolehlah meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon.

Jadikan Penanti sebagai medan “Mahathir vs Anwar”.

“Ketua Umum Umno” lawan Ketua Umum PKR.

Amacam? Ada berani?

Jika Khairy boleh ditukar dari pengundi Lembah Pantai menjadi pengundi Rembau dalam masa seminggu, takkan tak boleh “adjust”kan untuk “Tun” kot.

Ramai yang tertanya-tanya, bila pula S.Ganesan yang sebelum ini mengundi di Lunas bertukar menjadi pengundi di Bukit Selambau sekaligus menghalalkan beliau menjadi calon di DUN tersebut?

Jika semua ini boleh dilakukan, tak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan untuk memastikan Dr. Mahathir layak menjadi calon BN di DUN Penanti. – AminIskandar


Dr M wants to lead BN against Anwar in Penanti

KUALA LUMPUR, April 20 – Tun Dr Mahathir Mohamad is prepared to lead Barisan Nasional’s (BN) machinery for the Penanti by-election as his supporters continue to pile pressure on Umno president Datuk Seri Najib Razak to abandon his idea of skipping the expected vote in Penang.

The former prime minister believes he can defeat PKR in the stronghold of his arch-enemy Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penanti lies within Anwar’s Permatang Pauh parliamentary constituency.

And this message has been communicated by Dr Mahathir’s supporters to various BN leaders.

Yesterday, Dr Mahathir urged Najib to call off the idea of skipping the Penanti vote just a day after the new prime minister floated the idea.

Dr Mahathir argued that to concede defeat to the opposition would be a sign of weakness.

But The Malaysian Insider understands that so far, Najib and most BN leaders still think that it is counter-productive to contest the by-election in Penang.

Last week, PKR’s Fairus Khairuddin, who also resigned as Penang’s deputy chief minister amid graft allegations, resigned as Penanti assemblyman and paved the way for a by-election.

With even some in the PR camp concerned with election fatigue – Penanti will be the fifth poll since last year’s general elections – Najib began attacking the opposition for what he claimed was a waste of money in abusing the polls process for political mileage.

But PR leaders have hit back by accusing BN of cowardice.

Dr Mahathir’s remarks suggest that he fears BN and Umno may be stuck with that tag if they skipped the by-elections.

The Malaysian Insider understands that Dr Mahathir believes Anwar should not be given a free victory anywhere in the country.

The act of giving a walkover to Anwar, he feels, will have a demoralising effect on the Umno troops.

Dr Mahathir’s public remarks have, however, placed Najib in a predicament.

Accede to Dr Mahathir and he runs the risk of being labelled as being under the thumb of the former PM.

If he stands his ground, he risks getting the same kind of treatment Tun Abdullah Badawi received from Dr Mahathir, who contributed to his downfall through his unrelenting attacks on the administration.

It is understood, however, that the BN leaders are behind the Prime Minister on this issue. – Malaysianinsider

 

Artikel Penuh

2 comments:

View Comments/Post a Comment

Ringkasan…

SPR Perlu Berhenti Menjadi Kuda Tunggangan UMNO BN

 

Badan Pemantau Pilihanraya Malaysian for Free & Fair Election atau MAFREL dan gabungan Pilihanraya Bersih & Adil atau BERSIH, menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihanraya untuk meminda undang-undang menghalang wakil rakyat dari “berhenti” atau “diberhentikan” sebagai melampaui bidang kuasanya.

BERSIH berkata perletakan jawatan wakil rakyat adalah lumrah dan SPR sebaliknya harus menumpukan perhatian kepada reformasi sistem pilihanraya seperti mengemaskini daftar pengundi dan perlaksanaan dakwat kekal dan bukan mencampuri urusan parti politik.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.

Kata Wan Ahmad sudah tiba masanya peruntukan undang-undang sedia ada dikaji semula bagi mengatasi budaya sengaja mengosongkan kerusi yang disandang disebabkan oleh faktor calon sendiri, masalah dalam parti ataupun semata-mata untuk menguji populariti seseorang dapat dielakkan.

Bercakap seperti seolah-olah beliau seorang perdana menteri, situasi politik sudah berubah dan tidak harus dibiarkan ada pihak yang menyalahgunakan kekurangan lunas perundangan ini untuk sengaja menyebabkan kekosongan.

Ramai penganalisis politik berpendapat bahawa kenyataan Wan Ahmad berkenaan adalah sebagai satu kenyataan yang condong kepada membela parti kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa semata-mata kerana kejadian Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Bukit Selambau dan Penanti dari Pakatan Rakyat meletakkan jawatan.

Sebelum ini SPR dibidas kerana mahu menghadkan parti-parti politik daripada membawa penyokong yang terlalu ramai pada hari penamaan calon dan hari pengundian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut serta menyifatkan langkah mengehadkan kehadiran jumlah penyokong calon-calon yang bertanding adalah tidak praktikal.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, syor sedemikian adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana sesebuah parti politik yang terlibat juga sukar untuk menyekat kahadiran ahli dan penyokong mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga disaran mengadakan persidangan meja bulat membabitkan kesemua parti politik negara ini untuk memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang pilihan raya.

“SPR mesti memperlihatkan kebebasan, tidak berat sebelah dan profesionalisme serta mengadakan persidangan meja bulat yang disertai semua parti untuk memperkenalkan pembaharuan terhadap undang-undang pilihan raya dan sistem pemilihan bagi membolehkan rakyat bangga dengan sistem pilihan raya yang bebas, bersih dan adil,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Nizar dedah perbincangan dengan Sultan

By Anwar Ibrahim

Dari : Malaysiakini

Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Ianya terkandung dalam satu afidavit yang difailkan oleh menteri besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.

Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN – Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) – yang telah “meletak jawatan”.

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran “Innallaha maa Sobirin”(sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan

suara perak blog

Kamarudin Jaffar Cadang Saman


Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ kamarudin Jaffar bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar-belitkan kenyataan beliau berkaitan peristiwa demonstrasi di Thailand dan kaitannya dengan perkembangan politik di Perak.

Beliau menegaskan tindakan tegas seumpama itu perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada pihak yang menyalah-tafsirkan kenyataan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat selepas ini.

“Saya sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar-belitkan kenyataan saya.”

“Apa yang saya lakukan ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi kejadian seumpama ini berulang,” tegas beliau.

Kamarudin Jaffar menegaskan kejadian di Pattaya tidak melibatkan pertumpahan darah dan beliau hanya mengingatkan supaya kejadian itu diambil iktibar pihak berkuasa di negara ini.

“PAS tidak pernah mengarahkan atau menyeru rakyat negara ini agar melakukan rusuhan seperti mana yang digambarkan oleh media pro-UMNO,” jelas beliau.

Kamarudin mengingatkan bahawa jika DUN Perak tidak dibubarkan, bukan mustahil rakyat negeri itu akan bangkit meluahkan rasa tidak puas hati.

* Dato Seri Dr Zambry mendakwa pandangan Kamarudin bertujuan mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

Perintah-perintah Tetap 10(2)


Menurut Perintah-perintah Tetap 10(2),Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, Mesyuarat Dewan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiap-tiap enam bulan sekali supaya tempoh enam bulan tidak melewati di antara persidangan terakhir di dalam satu penggal dan persidangan pertama di dalam penggal yang berikutnya.

Apakah yang anda faham daripada perintah-perintah tetap 10(2) ini?

Drs Mohd Khalid Idham: Berilah Hak Kepada Rakyat

Menurut ADUN Titi Serong, YB Drs Mohd Khalid Idham Lim, menikut amalan konvensyen negeri-negeri di Eropah DUN sendiri akan terbubar jika tidak ada persidangan selama 6bulan.

“Tetapi amalan ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Cuma di Malaysia paling kurang DUN kena bersidang dalam 6 bulan. Walau bagaimanapun kerajaan Zambry kena bersidang juga sebelum 13 Mei ini.” katanya.

“…..biarpun adanya persidangan pada bulan Mei nanti, jalan yang paling baik ada berilah hak kepada rakyat untuk membuat pilihanraya,” katanya.

Harakah
20-23 April 2009

Most Dangerous Frog in The World


The poison dart frog of South America, scientific name Phyllobates terribilis, is arguably the most dangerous animal in the world. To a laboratory mouse the frog’s skin secretions are more than 400 times as toxic as the venom of a king cobra.

What are the most dangerous frogs in Malaysia?

Speaker Menghadiri Majlis Kesyukuran Kemenangan Bukit Gantang

Speaker Perak menghadiri Majlis Kesyukuran Kemenangan Bukit Gantang lebih kurang jam 3petang pada 19 April 2009. Setelah menghadiri Majlis Hari Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Dato Seri Nizar, Speaker dan ahli-ahli Dewan Negeri Pakatan Rakyat yang lain menghadiri majlis kesyukuran tersebut. Beribu-ribu penyokong pakatan rakyat menghadiri majlis tersebut. Dalam ucapannya, YB V.Sivakumar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi Bukit Gantang yang telah membawa kepada kemenangan Rakyat. Speaker juga menegaskan bahawa satu-satunya jalan penyelesaian untuk krisis Negeri Perak ialah melalui pembubaran Dewan Negeri Perak. Rakyat perlu menentukan masa depan Negeri Perak.

LIM KIT SIANG : END ALL “POLITICAL GAMES”

Najib’s talk of the Penanti by-election as against “the spirit of the Constitution” and his disapproval of “political games” are most artful and artificial as he had been the practitioner of the most divisive “political games” in recent history – the two-and-a-half-month-long political and constitutional stalemate in Perak as a
result of the undemocratic, unethical, illegal and constitutional power grab orchestrated by him in early February, producing two Mentris Besar, two Perak Assembly secretaries and one Democracy Tree!

It is utterly hypocritical to talk about “the spirit of the Constitution” on the one hand while on the other,precipitating the unethical, undemocratic and illegal power grab in Perak, based on the defection and disloyalty of three Assembly members who have gone into hiding and dared not appear publicly in the past 10 weeks because of their guilty conscience! Although Najib talks glibly about “too much politicking in our country when we should instead be concentrating on restoring the economy and ensuring the country’s future”, Umno politicking is going on unchecked as evident from the worsening of the Trengganu Umno crisis with 10 Umno State Assemblymen increasing to 17 (including Exco members) who want to topple Terengganu Mentri Besar, Datuk Ahmad Said.

This is why all talk of the Barisan Nasional not contesting Penanti by-election because it is against the spirit of the Constitution and a waste of public funds are most unconvincing unless Najib is prepared to end all “political games” and undo the worst case of “too much politicking” by dissolving the Perak State Assembly to allow Perakians to elect the government of their choice.

Far from winding down , the Perak political and constitutional stalemate is heading towards a new confrontation. Although the Federal Court decision on Thursday purportedly to declare that the Perak Speaker V. Sivakumar’s decision on Feb. 18, 2009 to suspend the usurper Mentri Besar Datuk Zambry Abdul Kadiar by 18 months and his six executive councillors by 12 months were invalid, the Federal Court declined to issue another declaration sought that the Tree State Assembly on March 3 and its resolution tosuspend Zambry and the six exco members were also invalid.

As such Zamry and his six exco members remain suspended from the Perak State Assembly!If Najib is sincere and serious in wanting all Malaysians to “fight economics” and stop “fight politics” in theface of the worst global economic recession in a century, let him meet Pakatan Rakyat leaders to work out a political understanding to end all “political games” during this period, covering not only Penanti by-election but also the undemocratic, unethical, illegal and unconstitutional power grab in Perak!


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 21 April 2009

Buktikan Bahawa Rundingan Dibuat Sebelum Notis Dikeluarkan

Saya akan membuktikan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn adalah tidak berasas. Beliau membuat kenyataan bahawa Speaker Negeri Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya. Tidak ada sesiapa yang memberi nasihat kepada saya, kecuali peguam-peguam saya berkaitan dengan hal-hal undang-undang. Ini adalah satu tomahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya. Saya memberi amaran kepada beliau supaya jangan campurtangan dalam kerja-kerja saya sebagai Speaker Negeri Perak. Saya bukannya budak kecil dan tidak berpendidikan. Saya tahu apa saya buat. Pihak lain tidak perlu ‘mencuci otak’ atau mempengaruhi saya.

Saya menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat Perak. Saya juga mahu kemuliaan Dewan Negeri Perak tidak dicemari oleh mana-mana pihak kerana persaingan politik. Saya tunduk kepada demokrasi dan keadilan.

Menurut Datuk Chang, saya akan membuat satu keputusan dan kemudiannya saya akan mengubah keputusan itu selepas betemu dengan pemimpin-pemimpin DAP. Dalam kata lain, beliau menuduh saya sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian. Ini adalah satu kenyataan yang berbau fitnah.

Berkaitan dengan isu notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan tanpa berunding dengan saya, saya mencabar Setiausaha Dewan untuk membuat kenyataan akhbar tentang apa yang benar-benar berlaku. Saya akan membuktikan beliau salah jika beliau mengikut telunjuk mana-mana pihak dan mengatakan rundingan telah dibuat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan notis persidangan.

Saya juga mempunyai banyak bukti-bukti bahawa notis dikeluarkan tanpa berunding dengan saya. Saya bersedia untuk menyahut cabaran daripada Setiausaha Dewan jika beliau cuba menafikan kenyataan saya. Saya menegaskan lagi bahawa saya tidak dirunding oleh mana-mana pihak tentang penetapan tarikh persidangan dan saya juga tidak memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut. Semuanya dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya diabaikan sama sekali dalam soal ini.

Selepas membuat kesilapan besar, sekarang usaha-usaha dibuat untuk memperkecilkan dan memalukan saya. Ini merupakan satu strategi untuk menjatuhkan akhlak peribadi saya.

V.Sivakumar
Yang Dipertua
Dewan Negeri Perak

4 Jawatan EXCO Perak Masih Kosong!!


Apabial Dr Zambry melantik barisan EXCOnya, beliau meninggalkan 4 kekosongan jawatan EXCO. Hanya 6 yang dilantik. Apakah muslihatnya? Mungkinkah katak-katak yang melompat dijanjikan dengan jawatan EXCO! Jawatan-jawatan itu masih kosong sehingga hari ini. Kita akan tahu tidak lama lagi, apakah muslihat atau janji-janji yang diberikan kepada mereka. Kita juga akan tahu kenapa katak-katak ini melompat. Mungkinkah ADUN-ADUN BN juga akan teraniaya daripada tindakan Dr Zambry.

Isu Pembalakan: Saman RM63 Juta Oleh Seruan Gemilang Makmur, MB Pahang Mohon Tangguh Perintah Buat Bayaran Untuk Syarikat Terbabit

KUANTAN [6.30 pm] – Satu permohonan akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, esok bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memerintahkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob, membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat berhubung kegagalan mematuhi kontrak konsesi balak. Ini disahkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mat Zara’Ai Alias, ketika dihubungi hari ini. Mahkamah Tinggi Kuantan semalam mengarahkan Adnan melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan Pahang. Dalam satu sidang media di sini, hari ini, Adnan berkata bayaran itu tidak dapat dilunaskan kerana kes itu belum diselesaikan. Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah Mahkamah Persekutuan membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas kerajaan negeri gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000. Adnan berkata, kes kerajaan negeri itu ditolak atas sebab teknikal dan kerajaan negeri tidak berpeluang membentangkan kes dengan sewajarnya. “Kita sudah memfailkan permohonan baru pada 22 Disember tahun lalu dan ini akan didengar Jumaat ini,” katanya. Adnan menjelaskan kes saman itu membabitkan syarikat pembalakan dengan kerajaan negeri dan bukan dirinya seorang kerana laporan yang disiarkan media menggambarkan seolah-olah saman itu adalah antara beliau dan syarikat terbabit.

[Kerajaan Negeri Pahang disyorkan mengadakan pertemuan dengan pihak Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd bagi menyelesaikan kes ini secara rundingan. Jika tidak jumlah tersebut akan bertambah dari masa ke semasa berdasarkan faedah 8% sebulan yang dikenakan. Keputusan sudah pun dibuat oleh Mahkamah dan harus dipatuhi. Jika tidak rakyat akan nampak pemimpin kerajaan “menghina mahkamah”. Soal siapa yang terlibat tidak penting dalam hal ini, kerena kes itu melibatkan UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang. Maka itu, Dato’ Seri Adnan Yaakob haruslah mengambil serius akan perkara ini serta tidak lagi mendengar pandangan penasihat beliau yang menganggap isu ini remeh temeh. Kami khuatir banyak lagi agensi kerajaan negeri yang bakal disita jika keputusan ini tidak dipatuhi. Sebelum ini sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Astana Golf & Country Club telah disita gara-gara gagal membayar hutang sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank. Apakah akan berlaku lagu kes seperti itu selepas ini. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kedua-dua pihak duduk bersama dan berbincang di meja rundingan].

Eksklusif: Mangsa Liwat, Saiful Bukhari Azlan Dedahkan Gambar Foto Video Pertemuan Khas Bapanya Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim !!


Inilah gambar foto video pertemuan Anwar dengan bapa Si Saiful itu
Benarkah Ketua Umur Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mengadakan pertemuan dengan bapa kepada “Mangsa Liwat” Saiful Bukhari Azlan pada 8 Jun 2008 yang lalu?. Perkara ini didedahkan oleh Saiful dalam blognya atas tajuk “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi” yang diposting semalam. Sebagai bukti satu video telah diambil menggunakan telefon bimbit bapanya itu di rumah Anwar di Segambut, sebelum berlepas ke “Ceramah Harga Minyak Naik ” di AU2, Keramat pada 8 Jun 2008. Menurut Saiful itu adalah pertemuan pertama bapa bersama Anwar. Ternyata bapanya cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi penyokong kepada Anwar sejak tahun 1998 untuk bertemu pemimpin itu telah beliau realisasikan pada hari tersebut (foto). Dikesempatan itu juga, bapanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar kerana memberikan beliau peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah Anwar lakukan kepada anaknya sendiri. Demikianlah petikan tulisan yang dapat kami kutip dari blog Saiful. Persoalanya sekarang, apakah benar rakaman video pertemuan itu dan kenapa baru sekarang mahu didedahkan kepada umum. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Dalam masa yang sama, Saiful juga dikatakan telah mengatakan kejadian liwatnya dengan Anwar juga telah dirakamkan dengan menggunakan kamera video. Beliau kononnya akan menggunaka video itu sebagai bahan bukti ketika kes tersebut bermula Julai nanti. Apapun sama-sama kita nantikan perkembangan terkini kes Saiful Bukhari dan Anwar ini.

[Ramai juga yang menghubungi kami dan bertanyakan tentang perkembangan terkini kes saman Saiful Bukhari Azlan terhadap Blog Pahang Daily Online ini. Kami sendiri kurang pasti tentang perkara ini, kerana apa yang kami difahamkan krew kami di Kuantan ketika itu telah disiasat selama lebih 8 jam oleh pihak polis dari Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Beberapa buah Hardisk PC sebuah Cyber Cafe juga telah dirampas sebagai bahan bukti. Namun hingga ke saat ini tiada maklumat yang diterima, malah laporan polis yang dibuat oleh blogger Cucumatkilau terhadap Saiful juga tidak diketahui infonya. Apapun kami agak terkilan kerana krew kami di Kuantan tidak sempat untuk berjumpa, berbincang dan beramah mesra dengan Anwar berhubung kes ini semasa beliau hadir ke Kuantan baru-baru ini].

Gempar: Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka Kecoh Bila Ketua Pembangkang Kemukakan Usul Tidak Percaya Kepada Ketua Menteri Ali Rustam !

MELAKA [4.45 pm]Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari kedua, hari ini, kecoh kira-kira setengah jam apabila wakil rakyat pembangkang cuba mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, atas dakwaan terbabit dengan politik wang. Usul itu cuba dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San (foto), sebaik persidangan disambung semula kira-kira jam 11.35 pagi selepas berhenti rehat. Bagaimanapun, cadangannya itu ditolak Speaker DUN, Othman Mohamad. Susulan itu, berlaku pertikaman lidah membabitkan sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang. Dalam kekecohan yang kelihatan hampir tidak terkawal itu, pelbagai isu termasuk mesyuarat bawah pokok di Perak dan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dibangkitkan. Kekecohan itu hanya selesai selepas Speaker meminta Mohd Ali meneruskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. Terdahulu, ucapan juga tertangguh dua kali, selepas Ketua Menteri turut terjebak dalam insiden itu. Mohd Ali berkata DAP mengemukakan usul tergempar itu kerana mahu mendapat publisiti murahan. “Kalau saya nak sebut DAP kerja rasuah pun banyak juga tapi itu hal DAP kita tak nak campur.”Saya tidak terlibat dengan rasuah pun dalam Umno. Ini saya telah sebutkan tetapi Jawatankuasa Disiplin telah menyatakan saya bersalah dan tidak boleh bertanding (jawatan Timbalan Presiden Umno), jadi saya akurlah dengan keputusan parti saya. Ini tidak ada kaitan dengan DAP,” katanya. Kami sungguh pelik mendengar jawapan dari Ali Rustam itu, dia yang didapati bersalah tiba-tiba tuduh DAP pula rasuah. Katanya tiada kaitan dengan politik wang, maka itu kenapa tiga orang agennya digantung keahlian selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang. Soalnya disini, wang siapa yang dibawa oleh agen-agen Ali Rustam itu kalau bukan wang dari poket beliau sendiri. Nampar benar Ali Ketam ini sudah mula melatah dan cakap melalut-lalut kerana takut hilang kuasa. Tunggulah pilihanraya umum ke-13 akan datang, biar rakyat Melaka sendiri yang menjatuhkan beliau.

[Jika beginilah senario yang berlaku dalam sidang DUN negeri Melaka, sebelum itu di Terengganu dan Pulau Pinang. Apakah pula akan terjadi bila sidang DUN negeri Perak diadakan awal Mei nanti. Kami dapat menjangkakan adengan yang lebih panas dan menggemparkan pasti akan berlaku. Tambahan pula sejak merampasa kuasa di Perak, inilah kali pertama sidang DUN bakal diadakan oleh BN. Sebelum ini sidang DUN tergempar terpaksa diadakan di bawah pokok seteleh pintu pagar menghala ke DUN Perak di tutup dan dikawal ketat oleh pihak polis. Namun, sesuatu yang menarik ialah di Terengganu, kerana ADUN BN sendiri dituduh akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar negeri itu baru-baru ini. Tidak sabar rasanya untuk kita melihat satu lagi undi tidak percaya bakal bergema di sidang DUN Perak nanti. Apakah tiga calon bebas yang keluar dari Pakatan Rakyat itu nanti sanggup berhadapan semula dengan rakan-rakan mereka. Atau mungkinkah mereka akan menyokong Pakatan Rakyat sekiranya undi tidak percaya terhadap MB itu diadakan. Apa akan terjadi kepada Kerajaan Negeri Perak selepas ini agaknya, jika mereka tiba-tiba menyokong Pakatan Rakyat].

Eksklusif: Kesilapan Teknikal Tarikh Perbicaraan, Terkini Mahkamah Menarik Balik Waran Tangkap Terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu

NIBONG TEBAL [4.30 pm] – Berpunca daripada satu “kesilapan teknikal”, Mahkamah Majistert Jawi hari ini membatalkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya yang gagal menghadiri perbicaraan di mahkamah itu semalam. Majistret Nur Ashikin Mokhtar, mengeluarkan perintah itu selepas Yusnita Yusoff, peguam yang mewakili kesemua tertuduh, memohon supaya waran itu tidak dikeluarkan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tarikh perbicaraan. Yusnita memberitahu mahkamah bahawa kesilapan itu kerana pihak pembelaan menjangkakan kes itu tidak akan berjalan memandangkan Majistret Mohd Izham Ali yang mengendalikannya sedang berkursus Timbalan Pendakwa Raya, Mukhriz Mat Rus tidak membantah permohonan peguam bela itu. Kesemua tertuduh hadir di mahkamah hari ini. Nur Ashikin, Majistret dari Mahkamah Butterworth yang menggantikan Mohd Izham dalam prosiding itu, kemudian menetapkan 28 hingga 30 September sebagai tarikh baru perbicaraan. Semalam, majistret itu memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya kerana mereka tidak menghadiri hari pertama perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari itu. Lima peguam mereka diketuai Asmuni Awi juga tidak kelihatan. Mohamad, 53, serta Zamarul Aini Abdul Malek, 37, Zainal Azrun Zainal Abidin, 35, Abdul Rahim Mat Ariff, 58, Md Lazim Osman, 50, Mohd Biyamin Ishak, 44, Fauzi Saharat, 44, Abdul Razak Ramli, 42, Mohd Subri Mohd Said, 42, dan Mohamad Salleh, 47, didakwa menghalang Superintendan Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur, terhadap pemimpin PAS itu. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007. Mereka didakwa menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan dengan kesalahan tersebut

[Sebenarnya kes yang berlaku kepada Naib Presiden PAS ini adalah isu kecil yang tidak harus diperbesarkan. Mereka menggambarkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Mat Sabu itu adalah satu perkara besar yang mahi diheboh-hebohkan. Sedangkan banyak lagi isu-isu mahkamah dan waran tangkap harus dikeluarkan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang tidak hadir ke mahkamah yang sepatutnya di”sapina” sebagai saksi utama tidak dilakukan. Mahkamah sudah menjadikan undang-undang sebagai alat permainan untuk menakut-nakutkan rakyat. Jika ada kuasa maka undang-undang akan dijual beli dengan harga-harga tertentu. Mungkinkah dek kerena mereka terpengaruh dan terikut-ikut dengan adengan filem Tamil dan Hindustan sebenarnya].

 

Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Kontroversi: Isu Pilihanraya Kecil DUN Penanti, Shahidan Sarankan BN Wajar Letak Calon Jikalau Mahu Sekali Lagi Di Malukan Oleh Hamba Rakyat

ARAU [4.25 pm] – Mantan Menteri Besar Perlis dan kini merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu, Shahidan Kassim (foto) hari ini menegaskan Barisan Nasional (BN) wajar sertai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang, dengan meletakkan peningkatan jumlah undi sebagai sasaran utama. Shahidan berkata, BN boleh sertai pilihan raya kecil DUN Penanti, tetapi dengan syarat jangan meletakkan harapan untuk menang sebagai sasaran utama, sebaliknya untuk peningkatan undi. Bagi beliau, peningkatan undi di DUN Penanti boleh dianggap sebagai satu kemenangan kepada parti kerana mampu mengurangkan ‘mood’ serta sokongan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kenyataan Shahidan itu bermakna keadaan iklim di kawasan Penanti yang tidak berpihak kepada BN, peningkatan jumlah undi sudah lebih daripada memadai dan jika itu dapat diteruskan, tidak mustahil BN mungkin dapat bertahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. “Malah, dengan sasaran peningkatan undi itu juga, moral jentera dan pekerja BN bukan saja dapat dikekalkan, malah ditingkatkan dan mereka juga tidak kecewa sekali pun tewas. Sebaliknya, mereka senang hati kerana parti semakin menuju kemenangan,” katanya. Kenyataan Shahidan ini umpama orang yang kecewa gamaknya. Ternyata UMNO dan BN begitu takut untuk bertempur dengan Pakatan Rakyat di Penanti, walhal mereka ada segala kelengkapan yang wajar digunakan sebagai senjata. Dengan SPR, SPRM, Polis, RTM, TV3, JASA, KEMAS dan sebagainya maka kenapa BN harus takut kepada bayang-bayang sendiri. Belum bertempur di medan perang, mereka sudah gentar dan tidak yakin. Apakah ini ciri-ciri pejuang bangsa yang kononnya melaung-laungkan “langkah mayat kami dulu jika orang Melayu mahu diapa-apakan”, jika mahu bertempur secara “gentleman” di Pilihanraya Kecil DUN Penanti itupun mereka takut dan gentar.

[Kami yakin ketakutan yang amat sangat kepada UMNO dan Barisan Nasional di Penanti ini ialah kerana kegagalan mereka melaksanakan apa yang dijanjikan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas. Semasa itu, Perdana Menteri Najib Razak juga ada bersumpah dalam sebuah masjid kononnya beliau tidak kenal wanita Monggolia yang bernama Altantunya Sharibuu. Beliau juga berjanji semua masjid dalam kawasan itu akan diberikan sumbangan sebanyak RM500,000 manakala bagi surau-surau pula akan diberikan sumbangan sebanyak RM100,000 tiap-tiap satu. Nah, sekarang mungkin semua ini tidak dilaksanakan selepas mereka kalah dalam pilihanraya itu ditangan Anwar Ibrahim. Senjata ini telah digunakan oleh Pakatan Rakyat ketika di Terengganu dulu. Maka kini, masanya sudah tiba untuk rakyat di Penanti sendiri yang mendengar ucapan Najib itu untuk membuktikan serta menjatuhkan hukuman apakah benar UMNO dan BN sekadar berjanji semata-mata bagi memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Bila mereka ditakdirkan kalah dalam pilihanraya itu, maka “batang hidung pun rakyat tidak nampak” lagi selepas itu].

Suara Hati Rakyat Di Bumi Pahang Darul Makmur

Hentikan Projek Premis Kekal Atas Tanah TOL

INDERA MAHKOTA Kerajaan Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta Majlis Perbandaran Kuantan diharap dapat mengambil tindakan segera untuk memberhentikan pembinaan bangunan kekal atas tanah tol yang kini sudah 90% siap di Taman Pasdec Makmur (belakang 7eleven, Tunas Manja) dekat sini. Pembinaan yang jelas melanggar syarat dan akta tanah, disamping pengambilan tanah secara “tidak terhormat” daripada penduduk tempatan amatlah mengecewakan. Malah, pembinaan itu jelas sekali menunjukkan pihak berkenaan tidak takut kepada undang-undang. Ini bermakna, mereka sudah menyelesaikan masalah terbabit menerusi “jalan belakang” menyebabkan tiadanya tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa. Kami sekali lagi merayu Kerajaan Negeri Pahang mengambil perhatian perkara ini. Jika tidak satu laporan polis akan dibuat oleh penduduk tempatan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang projek ini dari diteruskan. Kami sungguh hairan dengan sikap pihak berkuasa yang “menutup sebelah mata” tanpa mengambil apa-apa tindakan semata-mata kerana individu terbabit bergelar “Dato” serta mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin politik setempat. Banyangkan jika tindakan ini dilakukan oleh rakyat biasa, sudah pasti begitu pantas seperti kilat mereka akan bertindak meroboh serta mengenakan tindakan kepada mereka. Justeru itu, kami akan berusaha untuk membongkar penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kes pembinaan bangunan terbabit jika tiada tindakan segera diambil.

[Kami difahamkan, pihak pemaju perumahan terbabit telah menyerahkan tanah tersebut kepada jawatankuasa penduduk untuk dimajukan sebagai kemudahan awam seperti surau, dewan orang ramai atau sebagainya. Malah, surau dan jawatankuasa penduduk juga telah membuat permohonan terhadap tanah terbabit. Namun, atas tindakan licik individu yang bergelar “Dato” menerusi kroninya yang turut berada dalam jawatankuasa penduduk taman berkenaan, maka fail permohonan di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan telah dipotong “ikut jalan belakang”. Fail permohonan penduduk dibiarkan sebaliknya fail individu terbabit pula yang diproses. Semua ini berlaku dengan kerjasama jahat antara “Dato” terbabit dengan bekas Settlement Officer (SO) yang dpercayai telah bertukar ke jabatan lain, mungkin setelah projek ini selesai diuruskan. Tindakan beliau itu juga tidak berani ditegur apatah lagi untuk disergah oleh Pegawai Daerah Kuantan sendiri].

Jabatan Agama Perlu Tegas Hapuskan Maksiat

KUANTAN – Pihak Jabatan Agama Islam diminta lebih telus dan bertanggungjawab untuk memantau kegiatan dan operasi maksiat di bandar ini. Ramai umat Islam yang merungut melihat senario yang berlaku, seolah-olah apa yang diwar-warkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara “Islam Hadhari” selama ini hanyalah omongan kosong semata-mata. Ini kerana kegiatan maksiat yang sukar dibendung dan masih lagi berlaku disana-sini jelas sekali menggambarkan bahawa negara kita tidak layak untuk dikatakan sebuah negara Islam sebenarnya. Bayangkan jika ada ulama-ulamak tersohor negara datang dan melihat segala fenomena yang berlaku ini. Bukankah mereka akan terkejut dengan imej Malaysia kononnya sebuah negara Islam. Begitu juga di Pahang, malah di bandar Kuantan sendiri. Kegiatan maksiat masih terus berleluasa seolah-olah tiada pemantauan lansgung oleh piha Jabatan Agama Islam sendiri. Kami cuba meninjau ke beberapa lokasi yang sering dikunjungi oleh orang Melayu untuk mendapatkan hiburan sambil meneguk minuman keras “air setan” dan berfoya-foya dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di bandar ini. Ternyata lokasi seperti Jalan Wong Ah Jang yang menempatkan begitu banyak pub, disko, dangdut, karaoke itu masih menjadi tumpuan ramai orang Melayu. Malah tambah menyedihkan pekerja yang terlibat seperti pelayan tetamu, GRO serta lain-lainya juga Melayu yang kononnya beragama Islam. Soalnya, lesen premis terbabit diluluskan oleh orang Islam itu sendiri. Maka itu, siapakah yang harus dipersalahkan?. Kami juga meninjau lokasi hiburan terkenal seperti Swing, Coco Loco serta lain-lainnya. Ternyata majoriti pengunjung adalah remaja Melayu yang beragama Islam. Kemudian kami melalui jalan di belakang Courts Mammoth, Jalan Pasar, Jalan Hj.Abd Aziz serta sekitarnya, dipenuhi pula dengan ponda-pondan Mak Nyah yang sedang menawarkan perkhidmatan seks mereka. Bukankah mereka ini jelas melakukan kegiatan maksiat dan pelacuran. Maka itu, apakah pihak Jabatan Agama Islam wajar “menonton” sahaja adengan ini dan tidak berkuasa untuk membenterasnya. Jika beginilah keadaannya, maka benarlah telahan pihak tertentu dulu bahawa Kuantan sudah layak digelarkan “Hatyai Pantai Timur”.

[Dengan senario yang berlaku, maka tidak syak lagi kini kegiatan pelacuran dan maksiat semakin kritikal di Kuantan. Apakah tindakan yang harus diambil agaknya. Wajarkah pihak terbabit mengatakan mereka tidak mampu menggunakan kuasa dan tangan untuk menghalang. Maka hanya dapat menggunakan hati untuk membenci aktiviti itu?. Sedangkan mereka kini berkuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam atau sekurang-kurangnya mengeluarkan arahan supaya menutup premis terbabit. Kenapa harus takut dengan dunia, jika percaya kepada akhirat. Justeru itulah agaknya Kerajaan Negeri Pahang sering ditimpa musibah yang berterusan. Tambahan pula semua pusat hiburan dan maksiat terkenal terletak di negeri ini iaitu Genting Highlands, Pulau Tioman, Cherating dan sebagainya].

Kakitangan Kontrak Di Arahkan Letak Jawatan

KUANTAN – Pihak kami amat bersimpati dengan satu isu panas yang sedang diperkatakan oleh ramai kakitangan Kerajaan Negeri Pahang sekarang ini. Nampaknya, selepas ini ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan kontrak di Wisma Sri Pahang dekat sini bakal diarahkan berhenti secara terhormat. Ini berikutan pihak kerajaan negeri sudah tidak mampu lagi untuk membuat bayaran gaji serta elaun mereka berikutan kantung kerajaan yang semakin tipis. Susulan itu, mereka diarahkan supaya meletakkan jawatan bagi mengelakkan kerajaan negeri terpaksa memanggung ganti rugi. Ini menyebabkan ramai kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun amat terharu dan kecewa dengan tindakan tersebut. Pihak kami akan menjalankan penyiasan tentang kes ini untuk didedahkan secara lebih terperinci lagi selepas ini. Justeru itu kerajaan negeri diharap dapat menyelesaikan masalah rakyat ini untuk kebaikan bersama. Kakitangan kerajaan yang sudah bekerja kontrak lebih 15 tahun adalah aset besar kepada negeri ini. Jika perkhidmatann mereka ditamatkan, apakah akan terjadi kepada masa depan mereka kelak. Satu pendekatan yang lebih realistik harus diambil bai menyelesaikan kemelut yang melanda ini hendaknya. Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob (foto) diharap dapat mengambil tindakan atas perkara ini. Jika tidak ditangani dengan betul isu ini, sudah pasti semua mereka akan bertindak menyokong dan berkempen untuk pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

[Kami menyeru mana-mana kakitangan kerajaan Pahang yang terlibat dengan kes ini akan dapat memberikan maklumat terperinci untuk pembelaan. Kami akan merahsiakan segala maklumat sulit yang berkaitan demi menjaga kepentingan semua pihak. Sila emailkan kepada pahangdaily@yahoo.com untuk memudahakan segala urusan].

Masalah Air Di Kawasan Felda Makin Parah

MARANKerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pekalan Air Negeri (JBA) diseru dan diharap dapat menyelesaikan masalah air yang sudah lebih 30 tahun membelenggu masyarakat Felda di seluruh negeri ini. Mengikut maklumat yang diterima, masalah air itu kini dilihat semakin parah apabila semakin banyak penempatan dan pembangunan baru dilaksanakan sekitar kawasan terbabit. Isu ini pernah didedahkan oleh TV3 beberapa tahun yang lalu. Namun jawapannya tetap sama “kos baik pulih tinggi”,”kerajaan tidak berduit” serta macam-macam lagi alasan yang sudah tidak terdaya lagi untuk diterima oleh masyarakat kawasan Felda di negeri ini. Tinjauan kami mendapati kawasan penempatan Felda yang paling serius dan “parah” menghadapi masalah ini ialah Gugusan Wilayah Mempaga dan Gugusan Wilayah Jengka. Malah keadaaan semakin kronik setiap kali musim perayaan serta kenduri kendara. Kami cuba menjalankan siasatan perkara ini di sekitar kawasan Felda Jengka 6 dan Jengka 7 baru-baru ini. Ternyata masalah air ini sudah sebati dan mereka sendiri sudah tidak mampun lagi untuk percaya kepada janji-janji kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bagi menyelesaikan masalah tersebut. Anehnya, setiap kali musim pilihanraya mereka tetap memangkah “dacing”. Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Sikap “benci tapi mahu” ini wajar dikikis dari minda rakyat sebenarnya. Exco Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat peneroka Felda iaitu Dato’ Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) diseru mengambil perhatian dan tindakan perkara ini. Jangann sekadar berjanji manis dengan peneroka setiap kali musim pilihanraya semata-mata untuk membeli undi. Ingatlah, negeri Pahang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Jika tiada peruntukan, pinjam dari kerajaan pusat. Lainlah negeri ini ditadbir oleh pembangkang. Bahkan, kami juga difahamkan Felda sendiri mempunyai banyak peruntukan dan dana jika mereka benar-benar mahu membantu rakyat. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa membela rakyat inilah yang menyebabkan masalah ini terus berlarutan sejak sekian lama.

[Justeru itu, tanpa alasan lagi rakyat Pahang terutamannya warga Felda diseru memberi amaran kepada pihak terbabit kali ini. Jika mahu undi mereka, masalah air ini harus diatasi dengan segera. Kami tahu kos pembinaan agak tinggi, namun ia boleh dilakukan mengikut fasa-fasa tertentu. Jika Pahang boleh menjual air ke Selangor, kenapa tidak rakyat Pahang dibela dulu daripada terus menanggung derita dengan masalah air ini. Loji air yang tidak mampu beroperasi dengan baik serta saluran paip jenis lama yang sudah berkarat dipercayai menjadi faktor utama permasalahan ini terus berlarutan sejak dulu, kini dan selamanya].

Eksklusif: Mukhriz Mahathir Gila Meroyan Dan Geram Dengan Sikap Pembangkang Serta Mahu SPR Hukum ADUN Pembangkang Letak Jawatan

Akibat terlalu takut untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi, maka para pemimpin UMNO dan BN semakin hari semakin meracau dan “gila meroyan”. Terbaru, calon Ketua Pemuda UMNO yang tewas kepada Khairy Jamaluddin iaitu Mukhriz Mahathir (foto) menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh. Ahli Parlimen Jerlun itu berkata perbuatan meletak jawatan di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi ‘trend’ bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian. Perbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti yang bertanding. “Apa (hukuman) yang dianggap wajar, terpulanglah kepada SPR. “ katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selepas merasmikan satu bengkel usahawan wanita hari ini. Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti yang dikosongkan Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mukhriz berkata, beliau setuju dengan bapanya,Mahathir, supaya Barisan Nasional (BN) bertanding dalam pilihan raya kecil di situ walaupun BN sedang memikirkan untuk tidak meletakkan calon kerana membantah tindakan penyandang kerusi itu melepaskannya tanpa alasan yang kukuh. “Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihan raya kecil,” katanya

[Nampak benar pemimpin UMNO terlalu takut dan gusar dengan pilihanraya sebenarnya. Jika Mukhriz geram dengan tindakan pembangkang, maka pemuda UMNO juga boleh geram dengan beliau sendiri kerana dilantik jadi menteri biarpun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Begitu juga rakyat yang geram kerana rampasan kuasa yang berlaku di Perak tidak mengikut prosedur yang betul. Lebih elok meletakkan jawatan daripada melompat ke parti UMNO sebenarnya. Jika Mukhriz mahu SPR kenakan tindakan kerana letak jawatan, maka beliau juga wajar arahkan SPR kenakan tindakan kepada ADUN yang melompat. Adakan pilihanraya kecil jika ADUN terbabit melompat parti. Inilah keadilan namanya. Jangan bila kena orang lain awak nak mengamuk, tapi bila kena batang hidung sendiri awak diamkan sahaja serta bersetuju dengan apa yang berlaku di depan mata. Fairuz letak jawatan kerana bermaruah. Ini kerana beliau menghadapi kes dan tindakan mahkamah. Demi maruah beliau lepaskan jawatan, bukan seperti pemimpin UMNO yang tidak bermaruah. Sudah dipersalahkan oleh Lembaga Displin UMNO tetapi masih mahu kekalkan jawatan seperti Ali Rustam (Melaka), Khairy Jamaladdin (Pemuda UMNO), Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) serta lain-lain pemimpin mereka].

Eksklusif: Arahan Potongan Gaji Untuk Beli Polisi Insuran, Ramai Kakitangan Felda Merungut Dan Tidak Berpuas Hati Tindakan Pihak Terbabit Itu!

Sebelum ini kami pernah membongkarkan isu-isu tentang Felda, termasuk beberapa penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pihak atasan badan itu. Pendedahan kami telah menarik perhatian ramai warga Felda termasuk juga pihak pengurusan di tanah rancangan itu sendiri. Banyak pihak yang amat bersetuju dan berpuas hati atas segala pembongkaran yang dibuat itu, malah tidak kurang juga yang mahu supaya satu memorandum khas dibuat bagi mendesak satu siasatan terperinci dilakukan terhadap mereka yang terbabit itu. Kami hanya mendedahkan dan segala tindakan susulan haruslah dilakukan oleh pihak berkenaan sendiri, sama ada mahu membuat laporan polis atau mendesak pihak atasan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebenarnya banyak lagi masalah Felda yang wajar diberi keutamaan dan harus didedahkan untuk makluman rakyat jelata. Sebelum ini Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK) telah berjaya membongkarkan banyak penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan Felda itu sendiri. Biarpun ia dinafikan oleh sebahagian daripanya, namun hakikatnya adalah tetap sama. Felda kini lebih banyak menindas masyarakat peneroka daripada mahu menolong mereka. Bukti jelas dapat dilihat apabila kewujudan Felda Plantations telah menyebabkan ramai peneroka kini terpaksa menjadi “buruh upahan”, sama standard dengan buruh Indonesia dan Bangladesh yang ditempatkan dilokasi terbabit.

Matlamat Felda tersasar, diawal penubuhannya Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak dulu berhasrat untuk membantu rakyat terutamanya orang-orang Melayu mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Lantaran itulah diperuntukan tanah seluas 10 ekar kepada setiap peneroka. Namun Felda Plantations telah menggagalkan usaha itu bila tiada lagi tanah-tanah rancangan yang dibuka seperti konsep asalnya dulu. Kini mereka mula terasa rugi untuk memberi geran hakmilik kepada para peneroka terbabit. Akhirnya jadilah peneroka itu seperti “buruh ladang” yang membanting tulang empat kerat siang dan malam “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Namun selepas 30 tahun di situ, segala tanah, rumah dan ladang yang mereka usaha tetap tidak menjadi hak milik mereka dan jauh sekali berbeza dengan konsep Felda yang asal dulu. Banyak kes-kes penganiayaan berlaku dikalangan peneroka terbabit termasuk pengurusan Felda yang berkerja ditanah-tanah rancangan itu sendiri selama ini. Tekanan demi tekanan yang berlaku ini menyebabkan pegawai Felda terbabit juga kecewa dan mahukan pembelaan. Apalah gunanya mereka bekerja dengan gaji yang tidak setimpal lagi berbanding kerja yang terpaksa dilakukan. Mereka menghadapi berbagai tekanan demi tekanan yang pastinya amat menyiksa diri, namun dek kerana faktor ekonomi mereka terpaksa jua mengharungi segala cabaran dan rintangan yang mendatang. Inilah hakikatnya yang berlaku sejak sekian lama. Felda hanya banyak membela pihak-pihak atasan yang berkepentingan. Perlantikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru-baru ini diharap dapat memberi harapan baru kepada sebahagian besar masyarakat Felda.

Namun, apakah segalanya akan berubah? Atau ceritanya tetap sama?. Felda telah banyak membazirkan wang untuk kepentingan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. Melaksanakan berbagai agenda untuk kepentingan peribadi masing-masing tanpa mengambil kira kudrat orang bawahan terutamanya para peneroka itu sendiri. Banyak tindakan yang dibuat kini dilihat lebih kepada “kepentingan diri sendiri” tanpa mahu memikirkan masalah orang lain. Jika selam ini para peneroka itu sendiri menjadi mangsa, kini kami difahamkan warga kerja atau pihak pengurusan Felda pula yang ditekan secara bertubi-tubi supaya mengikut kehendak dan kepuasan pihak atasan yang berkepentingan. Terbaru, para pekerja dan pegawai Felda di seluruh negara diarahkan menandatangani satu surat persetujuan untuk pemotongan gaji bagi membeli polisi insuran dengan sebuah agensi Insurans. Tindakan ini dipercayai dilakukan oleh pegawai atasan yang berkepentingan tanpa merujuk kepada lembaga pengurusan Felda Holdings tu sendiri. Langkah ini dipercayai didalangi oleh pihak atasan yang mahu mengaut keuntungan hasil daripada penjualan polisi insurans terbabit. Mereka memaksa kakitangan Felda menandatangani arahan persetujuan itu, tanpa kebenaran yang sah daripada Felda sendiri. Potongan sebanyak RM20 akan dilakukan kepada semua kakitangan Felda kononnnya bagi mendapatkan kemudahan polisi insurans kelompok yang dimaksudkan. Ini bermakna setahun sebanyak RM240 setahun akan dipotong dari gaji kakitangan Felda. Biarpun jumlahnya tidak sebesar mana, namun ramai yang sudah mempunyai komitmen masing-masing. Ini amatlah tidak adil sebenarnya. Ramai kakitangan Felda yang merungut dan tidak bersetuju dengan senario ini. Mereka mengganggap tindakan tersebut adalah bermotifkan peribadi, kerana tiada pekeliling khas yang telah dikeluarkan oleh pihak Felda untuk tujuan tersebut. Langkah ini mungkin diambil oleh individu tertentu yang kemungkinan besar menjual polisi bagi pihak kroni-kroninya. Bayangkan jika dipaksa lebih 100 ribu kakitangan Felda berbuat demikian, bukankah individu terbabit akan mendapat keuntungan yang lumayan shasil insentif yang ditawarkan oleh syarikat insurans itu.

[Mendesak untuk memotong gaji bagi membeli insuran itu adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula, ramai dikalangan kakitangan Felda itu sendiri kini sudah mempunyai dua tiga polisi insurans masing-masing yang terpaksa dibayar setiap bulan. Maka itulah perkara ini perlu disiasat oleh pihak atasan sendiri, siapakah dalang yang terlibat dengan isu ini. Kemungkinan besar ia membabitkan pihak pengurusan atasan kerana arahan itu dikeluarkan tanpa surat pekeliling yang sah untuk mereka berbuat demikian. Ramai kakitangan Felda yang tidak mahu menandatangani surat kebenaran memotong gaji tersebut, memandang mereka suami isteri sudah mempunyai polisi insuran masing-masing. Inilah bukit penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi yang kini banyak berlaku dalam Felda. Justeru itu adalah diharapkan perkara ini dapat di siasat, sebelum lebih banyak isu akan didedahkan].