Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad Said Semakin Serius?

Written by Editor   
Sunday, 12 April 2009 23:27

idrisatauahmad1Kuala Terengganu – Pendedahan media tentang adanya usaha untuk membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said kelmarin, dikatakan telah sampai ke Putrajaya.

Empat wakil rakyat BN hari ini dimaklumkan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Mereka dipercayai bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka, dalam usaha menyelesaikan ‘krisis keyakinan’ yang semakin serius.

Krisis bermula lebih setahun lalu apabila Ahmad yang juga ADUN Kijal di lantik menjadi Menteri Besar ‘merampas’ kedudukan yang sepatutnya menjadi milik Dato’ Seri Idris Jusoh selaku pengerusi BN negeri ketika itu.

Perlantikan secara luar kebiasaan Ahmad hampir-hampir mencetuskan krisis perlembagaan apabila UMNO menentang pemilihan Ahmad yang diperkenan oleh pihak istana.

Kumpulan yang menyokong Idris, diketuai bekas Exco kerajaan Dato’ Rosol Wahid merasa kecewa, membantah dan mengugut untuk membawa usul undi tidak percaya kedalam sidang Dewan Undangan Negeri. (Gambar – Rosol menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana Terengganu Mac tahun lalu)

Bagaimana pun, Rosol yang dihubungi media semalam menafikan beliau masih cenderung untuk membawa usul tersebut.

“Tak ada… tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

“Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar,” katanya kepada mStar Online.


Namun begitu beliau tidak menjamin yang rakan-rakan seangkatannya, ADUN BN lain tidak membawa usul tersebut.

“Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada,” katanya.

Semalam dalam mengulas perkembangan terbaru negeri Terengganu itu, Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman menyarankan supaya Ahmad Said membubarkan DUN lebih awal bagi menghadapi krisis keyakinan yang sedang melanda pentadbirannya.

Tindakan pentadbiran Ahmad membuat pertukaran beramai-ramai penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri telah menghilangkan keyakinan mereka kepada Ahmad yang juga pengerusi perhubungan UMNO Terengganu.

Walaupun pelbagai pihak dalam UMNO Terengganu cuba menutup isu perpecahan dan wujudnya ‘dua bahtera dengan dua nakhoda’, kini, ia kelihatan semakin jelas.

Ahmad, walaupun ‘bermulut manis’ dengan pihak media, namun kerap menyindir segala projek yang dilaksanakan oleh Idris sebelum ini.

Lihat Klip Video

Last Updated on Monday, 13 April 2009 00:31

Peluk ya Nabil!!! Tok One Rais mana?

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.

“Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang,” kata Nabil selepas majlis tersebut berakhir.

Nabil bagaimanapun sedar perlakuannya itu pasti akan menimbulkan satu kontroversi.“Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah.

-mStar Online-

 

saudarabaharu berkata:

Inilah realiti kehidupan kebanyakkan anak muda zaman sekarang. Ikut sedap dia jer… Tak mustahil sedikit masa lagi, mereka akan raikan ‘kejayaan’ sebegini dengan bercumbuan pulak… Ala-ala Hollywood…Bollywood…Malayawood…

Apa dia semua ni…mengarut…kurang ajar…tak reti malu… dan pelbagai lagi ungkapan yang mungkin kita dengar dan ucap. Ini satu pencapaian sistem pendidikan sebenarnya. Dan, ini mungkin satu pencapaian yang dibanggakan oleh tv-tv di negara kita. Dan… Inilah pencapaian pemimpin yang bertanggungjawab di dalam bidang penyiaran.

Ini yang ditonjol secara live… Yang di belakang tabir kita tak tau… Lagi teruk kut…

Pak menteri…oooo…pak menteri…senyap lagi ka…bukan satu ni je tau…hang kena lepak seharian di taman-taman, pasaraya, panggung wayang, pusat2 hiburan…tak dan kut seharian. Suka hati hang la..yang penting, budaya pergaulan bebas muda-mudi ni setel. Itu baru dinamakan kejayaan! Bukan sekadar menghentam pembangkang sahaja kat tv tuuuu… Gunakan tv tu betui-betui… Didik, ajar, bimbing…

Tak perlu sebut satu2 lah…kan kau menteri…kalau aku sebut semua, baik aku ambik tempat kau jadi menteri…tapi bukan menteri ‘BeEnd’ la kut…

 

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

[Al-Israa’, 17:32]

siasah

Konflik Thai: Saya tak sesuai jadi orang tengah, kata Nik Aziz

Oleh Salma Husin

MACHANG, 13 April: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menolak cadangan untuk melantik beliau sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di Thailand khususnya di selatan negara itu.
Menurutnya, beliau tidak layak berbuat demikian kerana mudah ‘lembut hati’ dengan sesiapa sahaja, termasuk soal rundingan berkenaan. Katanya, keadaan itu akan merumitkan soal rundingan.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencadangkan Menteri Besar itu sebagai orang ketiga dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara terbabit.
Sebelum ini, pegawai dari negara tersebut berkali-kali meminta pandangannya bagaimana cara yang perlu dibuat untuk menyelesaikan konflik di negara terbabit.
“Saya kata pada dia (wakil kerajaan Thai) berunding antara pihak kerajaan dengan kumpulan yang dianggap pemberontak, manakala berunding ni pula tidak boleh secara terus, sebaliknya melalui orang tengah.
“Sebagai contoh masaalah yang berlaku di Filipina dengan Moro dahulu dilantik Malaysia, Israel dengan Hamas sekarang ini dilantik Mesir, begitu juga dalam kes kemelut di Thailand yang perlu ada orang tengah untuk berbuat demikian,”ujarnya lagi.
Menurutnya, kaedah perundingan untuk menyelesaikan kemelut tersebut merupakan cara yang betul bagi mengelakkan keadaan yang tidak terkawal terus berlaku.
Sambungnya lagi, apabila beliau menyebut perlunya ada orang ketiga dalam menyelesaikan masaalah itu, pegawai terbabit terus bertanya lagi padanya siapa.
Namun, tambah Nik Aziz, itu pandai-pandailah mencari mereka yang sesuai.

Penduduk Bukit Lanjan mahu Eli kekal

Oleh Hamdan MS

KUALA LUMPUR, 12 April: Kira-kira 200 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah berkumpul di Dewan MBPJ Bandar Utama 3 bagi memberikan tanda sokongan kepada wakil rakyat mereka yang juga Anggota Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Program yang bermula jam 1.00 tengahari itu dimulakan dengan ucapan para pemimpin NGO yang pernah sama-sama terbabit di dalam akitivi dan pernah berjuang bersama Elizabeth Wong.
Mereka menganggap bahawa Elizabeth tidak semestinya meletak jawatan dan berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengekalkan Elizabeth sebagai Exco Kerajaan Negeri dan menolak perletakan jawatan oleh beliau.
Selain daripada itu, mereka juga berharap agar mesej mereka dapat difahami oleh Elizabeth sendiri.
Mereka juga membidas pihak yang cuba menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan menggunakan taktik yang membabitkan hal peribadi.
Jelas mereka lagi Bukit Lanjan tidak seperti Bukit Gantang, Perak. Pengundi di Bulit Lanjan tidak mahu pilihan raya kecil dilakukan sekali lagi di tempat mereka.
“Elizabeth telah bertugas dengan baik dan tidak pernah menghampakan kami,” jelas salah seorang yang hadir di Dewan itu.
Peserta majlis tersebut sangat berharap agar Elizabeth dapat bersama mereka semula.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, ahli Suara Rakyat Malaysia dan juga aktivis yang lain.
Mereka juga berasa hampa kerana Elizabeth tidak muncul di majlis tersebut yang diserikan dengan tarian naga dan pembebasan puluhan burung yang melambangkan erti kebebasan.

Sunday, April 12, 2009

Kerajaan BN tidak prihatin kebajikan rakyat

PULAU PINANG, 13 April: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Pusat yang ada sekarang sebagai sebuah kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Menurut beliau lagi kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan BN dan Umno yang tidak memberi pembelaan kepada rakyat yang memerlukan.
“Adalah menjadi harapan kepada Pakatan Rakyat(PR) untuk memerintah negara bagi memberi pembelaan kepada rakyat.
“Jika dilihat di negeri-negeri yang diperintah oleh PR banyak pembaharuan dan reformasi yang telah dilakukan tetapi tidak mendapat pendedahan daripada media arus perdana yang dikuasai oleh BN dan Umno.
“Pemberian bekalan air percuma di Selangor dan sumbangan warga emas yang meninggal RM2500 tidak dipaparkan oleh mereka walaupun apa yang diaksanakan oleh PR ini tidak pernah dilakukan oleh BN dan Umno semasa mereka memerintah dahulu.
“Mereka takut sekiranya pendedahan maklumat pembaharuan ini akan menggugat mereka..Inilah ketakutan yang sedang menghantui kepimpinan BN dan Umno sekarang ini,” katanya.
Menurut Anwar lagi PR akan memastikan dalam pilihan raya umum yang ke 13 nanti penguasaan kerajaan Pusat adalah menjadi agenda utama untuk dijadikan realiti bagi membuat perubahan kepada negara.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan penubuhan cawangan baru PKR di kawasan perumahan rakyat Ampang Jajar, Permatang Pauh baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut Anwar menerima borang keahlian penubuhan cawangan baru daripada ketua cawangan Larosli Ismail. (gambar atas)

Saturday, April 11, 2009

Bubarkan Dun Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 April: Ekoran desas desus yang semakin kencang usul tidak percaya akan dikemukakan kepada Menteri Besar Terengganu oleh Adun BN sendiri, Adun PAS mencadangkan agar MB Terengganu itu, Datuk Ahmad Said membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Adun PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya berkata, langkah itu adalah yang terbaik untuk negeri Terengganu agar krisis perlembagaan tidak berlaku sebagaimana berlaku di Perak.
Difahamkan, empat pemimpin Umno Terengganu sedang berusaha untuk mendapatkan lampu hijau dari Putrajaya terhadap usaha mereka itu.
Hari ini, sidang Dun Terengganu bermula denga majlis perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Kaji ISA hanya janji kosong Najib

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Apr 13, 09 | 1:17:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Johor Bahru menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA supaya mereka dapat dibicara di mahkamah.

Iklan
 
   
   

“Kami mengutuk segala cara yang memperalatkan tahanan sebagai aset politik atau mendapat faedah politik daripadanya.

“Kami berasa sangat dukacita bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengumum melepaskan 13 tahanan ISA, tetapi bukannya semua tahanan ISA.” kata kenyataan Suaram Johor Bahru hari ini.

Selain itu, Suaram JB kesal dengan kenyataan Najib yang hanya mahu mengkaji semula akta ISA.

Sedangkan akta itu sepatutnya dimansuhkan kerana ia hanyalah alat politik untuk menjaga survival politik BN sahaja yang pastinya tidak akan dimansuhkan, katanya.

Walhal sejak pilihan raya umum lalu, keinginan perubahan di kalangan rakyat begitu kuat agar ISA itu dimansuhkan, katanya.

Sehingga 10 Disember 2008, masih terdapat 46 orang yang ditahan di bawah ISA.Mereka termasuklah 16 orang dari Jemaah Islamiyah, 13 orang ahli Darul Islam, 10 orang yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen, lima pimpinan HINDRAF, dan dua orang lagi merupakan perisik dari luar Negara.

Suaram JB berpendapat bahawa, Najib hanya mengumum untuk membuat kajian semula terhadap akta ISA bukannya memansuhkan ISA.

Ia jelas menunjukkan kerajaan BN masih berniat untuk terus menggunakan akta ini sebagai alat untuk menindas kalangan rakyat, katanya.

Najib tidak memberitahu secara teliti tentang pelan yang lebih teliti dan objektif tinjauan tersebut, kata Suaram JB.

“Ini menunjukan niat kerajaan BN hanyalah mermotif politik untuk memujuk rakyat, bukannya betul-betul berhasrat untuk berubah.

“Mengikut rekod BN yang selalu memberikan janjian-janjian kosong, kita yakin bahawa BN tidak akan membuat sebarang tindakan untuk memansuhkan akta ISA,” katanya.

Sehubungan itu Suaram JB menyeru bahawa rakyat haruslah terus menyokong tuntuatan GMI untuk memansuhkan akta ISA yang zalim.

Rakyat perlu memberi tekanan terhadap kerajaan untuk memansuhkan ISA sehinggalah akta zalim ini betul-betul dimansuhkan, katanya./wann_

MEMBAYANGKAN KABINET BAYANGAN

Akhbar The Star melaporkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang akan menubuhkan kabinet bayangan (shadow cabinet). Kabinet bayangan adalah sesuatu yang biasa di negara-negara Komanwel seperti UK, Australia dan Kanada. Di Westminster sebagai contoh, kabinet bayangan berfungsi mewujudkan imbangan (check and balance) kepada dasar-dasar dan perundangan (legislation) kerajaan.

Bagaimanapun, John Lee, kolumnis Malaysian Insider menulis bahawa Anwar telah berjanji untuk mewujudkan kabinet bayangan ini sejak setahun lepas. Ada yang berkata bahawa kabinet bayangan ini bukanlah dalam bentuk individu, tetapi dalam bentuk jawatankuasa yang memantau potfolio seseorang menteri.

Kalau jawatankuasa, itu bukanlah kabinet bayangan. Kabinet bayangan haruslah merupakan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang diberikan tugas untuk “memantau” seorang menteri. Klik di sini untuk melihat contoh kabinet bayangan UK dan latarbelakang ahli-ahli kabinet tersebut.

Saya mengalu-alukan penubuhan kabinet ini dan menyifatkannya sebagai satu langkah positif. Atas semangat itulah maka ia harus disegerakan. Selain dapat menjadi bayangan kepada kabinet sedia ada, ia juga dapat mewujudkan “kabinet alternatif” seperti yang disebutkan oleh pembangkang apabila mereka mengkritik kabinet yang diumumkan oleh Najib.

Sekiranya pembangkang mengatakan kabinet Najib tidak menepati ciri-ciri kabinet rakyat, maka eloklah Anwar memberikan alternatif kepada mereka untuk melihat kabinet yang dirasakan lebih baik. Itu adalah suatu permintaan yang cukup munasabah.

Namun, saya fikir mewujudkan kabinet bayangan bukanlah mudah. Implikasi kesilapan menamakan seseorang sebagai anggota kabinet bayangan boleh mengurangkan keyakinan rakyat kepada pembangkang dan inilah yang cuba dielakkan oleh Anwar.

Rakyat tentunya ingin melihat di potfolio manakah Dato’ Seri Abd Hadi Awang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Lim Kit Siang akan diletakkan. Begitu jugalah, adakah Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang tidak fasih berbahasa Melayu itu akan dilantik sebagai anggota kabinet bayangan? Rakyat bukan saja akan memerhatikan, tetapi juga menilai siapakah yang akan masuk dan terkeluar dari senarai kabinet bayangan tersebut.

Selain itu, rakyat juga ingin melihat bagaimanakah komposisi bangsa, gender dan geografi kabinet bayangan itu. Bukan setakat itu, nanti tentu ada yang akan mengkritik agihan kerusi kabinet bayangan — parti manakah yang mendapat lebih, parti manakah yang mendapat kurang. Adakah kesemua parti-parti politik akan mendapat jumlah kerusi yang sama rata?

Sementara saya memahami kekangan tersebut, saya fikir ialah adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh mana-mana pemimpin politik. Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, saya yakin Anwar memahami pertimbangan-pertimbangan itu yang harus diambilkira. Dengan keyakinan itulah maka saya mengharapkan Anwar dapat menamakan kabinet bayangan itu bagi membawa politik baru di Malaysia.

Tentunya lebih baik sekiranya anggota kabinet bayangan itu dapat bermuafakat dengan rakan mereka yang memegang jawatan kabinet sebenar. Saya cukup yakin perkongsian kerjasama ini akan menguntungkan rakyat yang ingin melihat politik Malaysia beralih dari politik pertentangan kepada politik kerjasama (collaboration).

Persoalannya ialah, bilakah kabinet bayangan ini akan diumumkan?

Isteri pendam gelora

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammadmainpix1
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa menolak 10 lamaran untuk berumah tangga dalam tempoh tujuh tahun proses permohonan cerai fasakh saya di mahkamah rendah syariah.

“Malah, keinginan berkahwin itu tidak kesampaian apabila kes permohonan cerai yang dibenarkan pada 2007 itu tersekat di mahkamah apabila bekas suami meminta mahkamah lebih tinggi mengkaji semula keputusan itu,” kata ibu tunggal yang mahu dikenali Aisyah, 35, semalam.

Aisyah mengaku mulanya gembira apabila permohonan cerai fasakh terbabit dibenarkan mahkamah selepas menanti lebih tujuh tahun ibarat terlepas beban yang begitu besar.

Kini, menurutnya, dia terpaksa menunggu lagi disebabkan bekas suaminya mengemukakan rayuan terhadap keputusan membenarkan permohonan cerai fasakh terbabit.Dia yang juga anak seorang ahli perniagaan, berkata pihak mahkamah perlu mempertimbang mempercepatkan proses perceraiannya dengan bekas suami kerana jika kes berkenaan dilewatkan penyelesaiannya, bukan saja mengecewakan dirinya, bahkan keluarga.“Jangan biarkan saya teraniaya…saya sudah menunggu tujuh tahun dan kini, ditambah dua tahun lagi disebabkan rayuan terbabit.

“Saya sudah tidak tahan lagi ditohmah pihak tertentu walaupun hakikatnya masalah itu boleh diselesaikan secepat mungkin,” katanya yang meminta jangan dia dibiarkan umpama gantung tak bertali.

Aisyah yang mempunyai anak seorang lelaki dan perempuan, berkata dia menghadapi pelbagai tekanan sepanjang menunggu kes permohonan cerai fasakh itu selesai, termasuk peguam tarik diri dan menanggung kos yang tinggi.

Bukan untuk menunjuk, Aisyah berkata, lelaki yang menawarkan diri untuk menyuntingnya kebanyakan di kalangan orang berpendidikan dan bekerjaya baik.

Katanya, semua lamaran terbabit terpaksa ditolak kerana tidak mahu mereka menanti proses permohonan cerai fasakh itu selesai.

“Ada antara menyatakan sanggup membantu menyelesaikan masalah terbabit, tetapi saya tidak bersedia menerima tawaran itu walaupun mereka jujur untuk berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro.

Dia turut mendakwa pernah menulis surat meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan surat cerainya.

Tetapi, menurutnya, Jais menyatakan ia hanya boleh menawarkan peguam berikutan kes permohonan cerai fasakh itu masih di mahkamah.

Aisyah yang juga bekas seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan, berkata tempoh sembilan tahun sebagai ibu tunggal menjadi pengalaman perit terpaksa ditanggung hingga meninggalkan kerjaya diminati bagi memberikan tumpuan kepada anak.

“Saya nak bebas dan tolong lepaskan saya kerana tidak sanggup lagi menanggung siksaan ini. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ibu bapa serta adik beradik memberikan sokongan untuk saya terus berjuang mendapatkan hak di mahkamah walaupun begitu lama masa diambil,” katanya.

Aisyah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada usia 23 tahun ketika menuntut di universiti pada 1997.

Gerakan, MCA rebuke DPM over ‘ungrateful Chinese voters’

By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, April 13 — Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin continues to draw criticism over his recent comments that Chinese voters were ungrateful for not voting for BN even though the government had assisted the community, with the latest rebukes coming from Umno’s partners in the Barisan Nasional (BN) .

Of the two component parties in the ruling coalition that issued a response to Muyhiddin’s comments however, it was Gerakan that saw its senior leadership speaking out while the task of doing so at MCA was left to the party’s information and communication bureau.

MCA’s response however, was remarkable in that it hit out hard against Umno’s perceived arrogance and listed down an exhaustive list of grievances harboured by the Chinese and even other non-Malay communities.

Gerakan Deputy President Datuk Chang Ko Youn said he disagreed with Muhyiddin and that BN’s conventional practice of doling out allocations during elections no longer works as voters want problems to be attended to continuously.

“The more substantive issues of corruption, abuse of power and equity in national leadership and government delivery system must be dealt with first, only then will the voters who deserted the BN be ready to return,” Chang said.

Muyhiddin had said in an interview published in Mingguan Malaysia yesterday that the BN felt deceived by Chinese voters in the recent by-election in Bukit Gantang and that the voters should have been grateful for help given to Chinese schools and that the non-Malays see themselves as kingmakers in the current scenario where the Malay vote is split between three Malay based political parties — Umno, PAS and PKR.

In a separate interview in Utusan Malaysia published on April 10, the deputy prime minister said that the drop in support from the Chinese community was as if they did not appreciate what the BN has done for them.

The BN strategy of having separate campaigns for different ethnic communities was also criticised by Chang who urged the ruling Umno-led coalition to move away from ethno-centric campaigning and instead adopt cohesive, universal messages that appeal to all Malaysians.

He added that emphasis must be given to the prime minister’s slogan of One Malaysia, which emphasises mutual trust and respect among the different ethnic communities.

“The focus of uniting Malaysia under the One Malaysia ‘People First, Performance Now’ agenda is a winner because it promotes fairness and equity, and gives real meaning to the Barisan Nasional struggle,” he said.

Lee Wei Kiat, the head of the MCA information and communication bureau said that MCA “takes exception” to the deputy prime minister’s remarks and laid out a laundry list of issues that he believes have caused Chinese voters to turn away from the BN.

Issues such as abuse of the New Economic Policy (NEP), a largely mono-ethnic civil service, religious conversion issues, misuse of the ISA and “mob rule” tactics that disrupted civilised dialogue and forums were among the frustrations faced by the Chinese community, said Lee.

Touching on Umno’s arrogance, Lee said that acts such as waving the keris amid fiery speeches during the 2006 Umno party assembly and recent statements that Umno was the sole political party responsible for the nation’s independence, both committed by now defence minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, was still a sore point with the non-Malays.

“The image of the brandishing of the keris amidst talks of ‘bathing in blood’ which alluded to a civil war against a conjured enemy of another community still remains unforgivable,” said Lee.

“Moreover, convenient amnesia at the recently concluded Umno general assembly where an Umno supreme council leader obliterated the contributions of non-Malays towards independence asserting that Merdeka was forged by Umno and the Malay Rulers and nobody else, also fuelled dissatisfaction among the non-Malay communities.”

Hishammuddin has publicly denied that he had excluded the involvement of the MCA and the MIC in the process of attaining Malaysia’s independence. He has also said that the use of the Keris during the assembly will be discontinued.

He also pointed out that Umno was not able to convince the Malays to vote in sufficient numbers in order to ensure a BN victory in the Bukit Gantang and Bukit Selambau by-elections even though these two constituencies are Malay majority polling districts.

Lee also noted the astonishing change of sentiment in the Chinese community toward the Islamist party PAS, which is now part of the opposition Pakatan Rakyat coalition, within the space of two general elections.

“In 2004, the Chinese overwhelmingly rejected PAS’s Islamist agenda of a theocratic state based on hudud and qisas which wreaked of amputating limbs, public lashing and requiring four men of good conduct to witness a rape before an alleged rapist was found guilty and gave the mandate to BN,” said Lee.

“In 2008, corruption, cronyism, perceived judicial bias, racial and religious discrimination and intolerance led the multiracial rakyat particularly those on the peninsular to favour the opposition.”

He said that if BN wanted to win back support, it would have to overhaul government policies so that every Malaysian citizen is accorded equality, which according to Lee, is guaranteed under Article 8 of the Federal Constitution.

“Malaysian citizens have the right to a decent life, free of bigotry, with the adoption of meritocracy and access to equal development where aid is delivered on the basis of need and not racial hegemony,” he said.

Lee’s comments are unlikely to be looked on favourably by his partners in Umno however.

The dominant party in the BN coalition feels that it has sacrificed a lot for its coalition partners which nevertheless, have failed to deliver the votes from their respective ethnic communities.

Many in Umno feel that MCA should not make demands until it delivers the votes.

Foreign Minister and senior Umno member, Datuk Seri Dr Rais Yatim was reported to have remarked that MCA should not request for a second deputy prime minister post when the party is weak and unable to attract the majority of Chinese voters.

He said this in reference to MCA deputy secretary-general Datuk Loke Yuen Yow’s proposal for the creation of the posts of Chinese deputy prime minister and Chinese Barisan Naional (BN) deputy chairman.

Islamic sukuk ‘a step-sister of conventional bonds’

DUBAI, April 13 — Some US$10-15 billion (RM36-54 billion) of Islamic sukuk have been shelved since the onset of the financial crisis because the specialised debt instruments became a replica of conventional bonds, a banker said today.

New issuance of sukuk, commonly known as Islamic bonds, completely dried up because Islamic banks were structuring them incorrectly from the start, said Sohail Zubairi, chief executive officer of Dubai Islamic Bank DISB.DU unit Dar al-Sharia, which advises on how to structure Islamic products.

“We lost at least US$10-15 billion since the onset of the crisis, I’m talking about 2008 second half,” Zubairi told the Reuters Islamic Banking and Finance Summit in Dubai.

Zubairi said companies looking to issue sukuk had been approaching banks with a proposed sum of money they wanted to raise, say US$1 billion, and soliciting bids — much like they would do if they were seeking to issue conventional bonds.

Instead, authentic sukuk issues should involve the company targeting investors first with a business proposal and inviting them to invest in the company or project. The company would also say how much it expected to generate from the project and the size of a potential return, payable regularly.

“Sukuk collapsed because the starting point was conventional. If the starting point would have been correct, I’m sure we would still have been up and running,” Zubairi said.

“The sukuk that were done, I’m sorry to say, were a step-sister of conventional bonds,” he said. “If sukuk were done in the correct manner I think today people will be running to sukuk.”

Demand for investments and financial services that comply with Islamic law has been growing as Muslims seek what they see as more ethical ways to investment their money. Islam bans receiving interest, as well as investing in companies dealing in alcohol or gambling.

The sukuk market is unlikely to rebound until bonds do as it is so intertwined, Zubairi added. — Reuters

media

semerak loni

KOLEKSI GAMBAR PRK BUKIT GANTANG

PRK BUKIT GANTANG

PRK BUKIT GANTANG

 

PRK BUKIT GANTANG

PRK BUKIT GANTANG

 

PRK BUKIT GANTANG

PRK BUKIT GANTANG

 

PRK BUKIT GANTANG

PRK BUKIT GANTANG

Posted by: wanhassan | April 12, 2009

JEMPUTAN MAKAN SAMBIL MENDERMA

Jemputan Makan Sambil Menderma Pembangunan Masjid :

Tempat : Pondok Ad Diniah Al Falahiah, Kg Dalam Huma, Sungai Petai,P.Puteh,Kelantan

Tarikh : Sabtu 18 . 4. 2009 / 22 rabiul akhir 1430H

Masa : 10 pagi – 6.00 petang

Akaun Bank :  03090020445572 BIMB PASIR PUTEH

KETERANGAN LANJUT :019-9516364/013-9745161

“MENDERMA UNTUK HARI AKHIRAT”

JEMPUTAN MAKAN SAMBIL DERMA PONDOK AD-DINIAH

JEMPUTAN MAKAN SAMBIL DERMA PONDOK AD-DINIAH

 

Posted by: wanhassan | April 12, 2009

LAGI GAMBAR PRK

 

img_2776

Posted by: wanhassan | April 12, 2009

KOLEKSI FOTO SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA BATANG AI

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK

FOTO PRK BATANG AI SARAWAK