Najib perlu ambil teladan apa yang berlaku di Pattaya

KUALA LUMPUR, 12 Apr (Hrkh) – PAS menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.

Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

“Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.

“Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera,” tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.

Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.

Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.

Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.

Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.

Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan. – mns_

BN kalah kerana Mahathir?

Umno tak salah apabila kalah, baik di Bukit Selambau atau Bukit Gantang. Yang salah, yang buat hal, yang menunjuk pandai, yang nak tunjuk juara ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, pengasas Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Ternyata matematiknya sangat lemah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Beliau sudah tidak bijak lagi bermatematik berbanding kebencian dan kepura-puraan rakyat terhadapnya.

Mungkin ada orang bertanya, kenapa mesti dihempuk ke atas kepala Dr Mahathir sedangkan beliau baru masuk Umno kali kedua? (Nak tergelak, bagaimana seorang negarawan boleh masuk keluar parti, macam keluar masuk panggung wayang).

Jawab kita: Yalah, kerana itulah BN kalah di dua bukit walaupun menang di satu batang. Pada hari penamaan calon saya bertemu dengan beberapa penganalisis politik, baik dari universiti tersohor mahupun kaki ‘cokia’ yang selalu tepat bacaan mereka.

Semua berkata, PAS dan KeADILan atau Pakatan Rakyat agak sukar untuk mengambil kembali dua kawasan ini. Dan memang pun begitu apabila ditokok pula oleh “bengong dan bahlolnya” sesetengah pengundi Melayu di kampung apabila mereka menerima ‘mee segera’ atau pembangunan ‘sandwich’ dari kerajaan BN.

Lain daripada pengundi Cina di bandar dan pekan. “Potong lancau pun kami tak akan sokong,” kata seorang Cina di Kuala Sepetang. Dalam keadaan kelam-kabut, hempas-pulas, pujuk rayu dan graf BN (Umno) naik menyacak selepas pemilihan agung Umno, selepas Dato’ Sri Najib Razak diisytihar menjadi Perdana Menteri, selepas Tun Abdullah BAdawi begitu mengalah, dengan senyumnya, tiba-tiba munculnegarawan yang dianggap hebat muncul di atas pentas perhimpunan.

Esoknya dibuat pengumuman yang beliau akan rujuk kembali ke Umno, parti yang dianggapnya hancai di bawah pimpinan Abdullah. Maka dengan bangga pula diumum akan turun ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau, yang seolah-olah beliau memberitahu bahawa dengan turunnya, maka apa parti pun akan kalah kerana baginya selain dari Umno, semuanya haprak, malah Umno sendiri haprak ketika dia membebel di zaman Abdullah.

Siapa yang mendakwa kehebatan Dr Mahathir ini? Siapa yang menganggap beliau hebat selepas masuk Umno kali kedua dan siapa yang mendesak agar turun ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Jawapannya, tak seorang pun suruh dan tak secalit tahi pun yang minta. Bukan kerana memikirkan badan sudah sedikit melengkong, pungkur tirus dan mata sudah terbeliak dek kepikunan melampau tetapi kerana usia seperti itu dianggap sudah memasuki gapura ‘nyanyuk’dan menunggu waktu hujung asar seperti kata Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS dulu.

Simpul kata, maksud tersirat ialah ‘come back’ beliau bukanlah dikehendaki sesiapa, termasuk Umno sendiri. Tetapi oleh kerana kepimpinan Umno terdiri dari orang yang tidak mahu melukakan hati ‘negarawan’ mereka, maka tak ada siapa pun yang tergamak berkata: “Tun, tak payahlah … rehat saja di rumah. Elok saja ke misjid, bersandar di tiang dengan tok guru baca bab fardu ain dan fardu kifayah, atau berzikir bertahmid. Tak manis balik ke dalam politik kerana balik dalam keadaan begini nanti orang kata gila talak tak tentu pasal.

“Tetapi oleh kerana tidak ada kesedaran, dikuasai perasaan ego dan menganggap orang lain bodoh, tak layak, tak sesuai maka dengan gagah-gagah Dr Mahathir menapak juga naik ke pentas dalam keadaan menjerut tali pinggang hingga habis lubang.

Saya di antara ratusan orang yang bersesak-sesak di dewan LKIM Sungai Patani pada 6 April. Tapi saya terfikir, begitukah seorang negarawan berdiri di atas pentas, menghentam orang lain begitu rupa dengan lagu lama, lirik basi, nada garau dan memek muka yang menggambarkan bahawa dalam sepanjang hidup manusia yang dihentamnya, tak sebutir pun kebajikan dilakukan.

Malah manusia yang suka ‘punggung’ ini bagi beliau bukan layak menjadi pemimpin. Wauuu, ramailah yang bertepuk. Anehnya mereka tidak tahu kenapa mereka bertepuk, seperti sedemikian ramai yang datang, tidak tahu kenapa mereka disuruh datang.

Maka gahlah dalam media, Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno, mencebur diri dan sedia membantu memenangi BN. Ada seorang pengundi India di Bukit Selambau jerkah kepada saya; “Tuan, apa itu logikkah? Itu batang sendiri pun tarak berfungsi, mau jaga batang lain ka?”

Saya jerkah pengundi itu: “Poorrraaahhhh!” Malang dan sayang sekali, Dr Mahathir tidak pernah membaca reaksi rakyat, sama seperti beliau tidak pernah membaca kemarahan rakyat ketika beliau menjadi perdana menteri dulu.

Selepas itu saya tidak tahu lagi di mana Dr Mahathir turun berkempen bagi membantu BN pulih, mengeliat kembali. Dan saya adalah di antara orang yang sangat bimbang kekalahan PAS dan KeADILan kerana sekali pandang orang Melayu sudah terpengaruh dengan Dr Mahathir.

Bukankah Dr Mahathir, Perdana Menteri selama 21 tahun, yang membuat segala pembangunan, yang memberi wawasan dan di ekor kuasa beliau, satu pembunuhan dibuat terhadap roh bahasa, dengan menginggeriskan matematik dan sains sehingga anak-anak Melayu terkial-kial dalam bilik peperiksaan.

Anehnya, graf bacaan politik pun berubah. Penganalisis politik sebaik-baik Dr Mahathir turun pentas, bukan melihat bagaimana mengah dan penatnya negarawan yang syok menghentam pembangkang tetapi memberi andaian, graf politik sokong BN sudah naik memuncak.

Maka radio dan TV, akhbar perdana juga memuji-muji Dr Mahathir yang sanggup naik pentas, walaupun lagu lama dinyanyikan, walaupun lirik basi divokalkan, walaupun lenggok-lenggang macam boria kalah nombor lapan, kononnya peratus sokongan kepada BN mendadak naik dan pembangkang menurun kepada 35 peratus.

Malang, tak seorang pun penganalisis meletak tapak tangan di dada pengundi, di ubun-ubun rakyat dua kawasan untuk mengetahui keadaan gelora perasaan. Tak seorang pun bertanya rakyat yang sudah mula diajar dengan kebangkitan dan kesedaran baru, apa pendapat apabila Dr Mahathir kembali ke dalam Umno?

Maka, malam pengiraan undi, sebaik-baik saja keputusan di buat, saya di antara ribuan yang tersepit di tengah-tengah orang ramai, basah kuyup hampir pecah telinga apabila dijerit kiri dan kanan, sesuatu yang saya tidak sangka.”Padan muka Mahathir!”

“Haaa, baru dia raseee!”

“Apa, dia ingat dia masih berpengaruh!”

“Ini semua kerana Mahathir!” Dan tanpa ingin berbohong atau membuat fitnah, saya dengan jujur dan ikhlas, tidak dapat menahan kesal apabila berulang kali menganggap kemenangan PAS dan kekalahan BN di Bukit Gantang adalah kerana Dr Mahathir.

Ternyata anggapan sebahagian ramai yang bersesak-sesak keluar malam itu menyesali kembalinya Dr Mahathir dan kemenangan PAS malam itu seperti mahu mengajar BN dan memberi ingatan bahawa Dr Mahathir tidak menguntungkan BN lagi.

Di sepanjang jalan pulang dalam bandar Taiping, orang-orang Cina berdiri di kaki lima, mengangkat tangan dan menjerit-jerit: “Itu Mahathir punya pasallah! Itu Mahathir punya pasallah!” Lalu dalam perjalanan pulang bersama lima orang kawan, saya menyimpulkan bahawa kembalinya ke dalam Umno di saat-saat terakhir, bererti beliau mencipta kebencian bertaraf nasional kepada dirinya sendiri.

Rakyat sudah bijak menilai. Ada beberapa sebab. Di antaranya kerana seorang negarawan yang sepatutnya berada di ruang masjid, beramal bakti dengan amal makruf nahi mungkar tidak sepatutnya berdiri di atas pentas menghentam lawannya begitu keras.

Kedua, dengan lagak sebagai orang yang tidak pernah mengakui kelebihan orang, beliau berlakon menunjuk betapa Abdullah Badawi sesen pun tidak berguna baginya, sedangkan Abdullah juga ada orangnya.

Ketiga, beliau menyuluh dengan cermin kelabu, sedang yang disuluhnya tidak tahu apakah rakyat masih sukakan beliau. Maka kerana ini, saya menyimpulkan, kekalahan BN di dua bukit adalah kerana Dr Mahathir mula masuk campur.

Dan kehancuran bukan saja kekalahan dalam pilihan raya, malah kepada Umno sendiri jika kepimpinan Umno sekarang tidak ‘hubaya-hubaya’ dengan permainan, percaturan politik tua Dr Mahathir ini.

Siapa pun akan mengakui, kembali Dr Mahathir ke dalam Umno tidak memberi apa-apa terhadap kestabilan politik dan laba yang baik atas nama membina negara tetapi tentulah ada satu agenda tertentu yang tidak memberi untung kepada rakyat.

Terus terang saya sangat kesal kerana Dr Mahathir kembali secara mendadak sehingga menyebabkan saya menjadi kesal pula apabila mendengar tohmah dan ejekan rakyat terhadapnya. Beliau merendah martabatnya sendiri. Tapi malangnya “come on” beliau memusnahkan kepercayaan saya terhadap negarawan yang pintar, apa lagi apabila memikirkan sekian ribu anak bangsanya terkial-kial dengan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun sangat gembira bilamana 7 April malam, ketika sedang menunggu keputusan tiga pilihan raya kecil. Baru saya sedar sungguh-sungguh bagaimana rakyat membenci mantan perdana menteri kelima ini._

Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati

KOTA BHARU, 12 April (Hrkh) – Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’, vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS.

KOTA BHARU, 12 April (Hrkh) – Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’, vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS.

Katanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,” ujarnya.

Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.

“Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat,” ujarnya lagi.

Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir. – mns_

Perbicaraan kes Pasti ditangguh lagi

MELAKA, 12 April (Hrkh) – Tindakan Mahkamah ke atas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Melaka oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terus berlarutan tanpa kesudahan apabila Mahkamah Persekutuan sekali lagi menangguhkan perbicaraan ke atas Pasti Al�Kautsar, Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ariffin Zakaria menetapkan tarikh perbicaraan berikutnya pada 29 September 2009 setelah bersetuju bahawa kes ini perlu dihakimi oleh 5 orang hakim.

Menurut Peguambela Pasti, Muhamad Burok, timbul persoalan di sini sama ada mahkamah majistret boleh menghakimi kes berkaitan agama Islam atau tidak adalah wajib dijawab oleh mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

“Kita telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa berkemungkinan hakim bukan Islam akan membicarakan dan memutuskan kes ini sekiranya kes syariah didengar oleh mahkamah sivil.

“Isu yang timbul adalah sama ada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan sama ada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil itu sah,” kata beliau.

Ariffin Zakaria juga menyifatkan bahawa hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia.

Mohd Nor selaku defendant telah dituduh menyelenggarakan Pasti Al-Kautsar tanpa mendaftarkannya kepada JAIM pada tahun 2005 dan telah didakwa di bawah Enakmen 51 Pengawalan Sekolah�sekolah Agama Islam Melaka (2002).

Sekiranya didapati bersalah beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 iaitu didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Tinggi Melaka sebelum ini, menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Antara yang hadir pada perbicaraan tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puat bin Bedol dan Ahli Jawaatankuasanya serta wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil. – mns_

Kerajaan sokong guru YIK lanjut pelajaran – Dato’ Mohd Amar

NILAM PURI, 12 April (Hrkh) – Dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), guru-guru yang berkhidmat di YIK amat digalakkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang perguruan di universiti tempatan, demikian menurut Pengerusi Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Dato�Mohd Amar Nik Abdullah ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (PGSABK) di Nilam Puri kali ke-19.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan YIK, Haji Zakaria Muhammad dan Yang Dipertua PGSABK, Wan Jusoh Wan Mamat.

Mohd Amar juga berkata, pihak kerajaan pernah menyediakan sejumlah RM100 ribu bagi memberi galakkan kepada kakitangan YIK untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

“Saya berharap semua guru di YIK akan merebut peluang untuk belajar dan mendapatkan diploma pendidikan demi masa depan mereka di samping meningkatkan mutu pengajaran di sekolah,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, PGSABK ini menjadi sebuah persatuan penggerak kepada dasar pendidikan kelolaan YIK dan dapat meningkatkan mutu disiplin guru sekolah.

Di majlis tersebut juga, Mohd Amar menyelar segelintir guru di sekolah YIK yang melanggar etika profesion guru seperti merokok di hadapan pelajar, sentiasa meninggalkan kelas, datang lewat ke sekolah dan sebagainya.

“Saya amat malu kerana sering mendengar sungutan dari orang ramai yang mengatakan terdapat segelintir guru sekolah agama yang bersikap seperti mereka yang tiada pendidikan asas agama dan ini amat tidak sesuai guru sebegini berada di sekolah YIK dan saya sering membuat lawatan mengejut ke sekolah dan memang ada mereka yang bersikap sedemikian,” katanya lagi.

“Kerajaan memandang serius tentang kesedaran orang ramai dari negeri luar yang sanggup menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan di sekolah YIK walaupun sekolah YIK mempunyai serba kekurangan kemudahan asas dalam pelbagai aspek seperti bangunan, kemudahan pembelajaran dan tahap pendidikan guru sendiri yang masih ramai lagi tidak mempunyai diploma pendidikan, mereka tetap yakin dengan prestasi YIK yang melahirkan mereka yang mempunyai pendidikan agama.

“Kita seharusnya menghargai semangat orang luar dari Kelantan ini dan sewajarnya guru-guru menunjukkan disiplin yang sebaik mungkin,” katanya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua PGSABK, Wan Jusoh Wan Mamat berkata persatuan yang disertai oleh guru-guru di sekolah YIK ini amat berharap agar YIK dapat menubuhkan sebuah pusat sumber bagi guru-guru membuat rujukan, di samping itu persatuan juga berharap kerajaan dapat membuka semula pinjaman di bawah Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) kepada guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. – mns_

Ali Rustam tak hadir ke mahkamah

MELAKA, 12 April (Hrkh) – Saman malu ke atas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam ditangguhkan sekali lagi sehingga 7 dan 8 september depan apabila peguam defendan memaklumkan bahawa Ali gagal menghadirkan diri kerana kurang sihat.

Plaintif, Abdul Hamid Mustapah, 49, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern (kini Hospital Putra) mengemukakan saman malu sebanyak RM10 juta ke atas Ali Rustam kerana memfitnah beliau.

Abdul Hamid diwakili peguam Noraida Md Noor dari Tetuan Putchucheary Firoz & Mai, manakala Ali Rustam diwakili Lee Hishammudin Allen & Gledhill memohon penangguhan tersebut di hadapan hakim Dato’ Wira Moktarudin Baki di Mahkamah Tinggi Melaka, di sini.

Menurut Abdul Hamid, bahawa beliau memberi peluang terakhir kepada defendan kerana sebelum ini perbicaraan yang dijalankan pada 30 dan 31 Julai lalu turut tertangguh.

Sebaliknya, Ali Rustam dalam kenyataan medianya mengatakan dia tidak tahu dan tiada orang yang memberitahunya tentang kes saman itu ketika ditanya kenapa beliau gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan saman malu itu.

Antara lain plaintif mendakwa Ali memfitnahnya membuat penipuan mengenai akaun hospital terbabit dan enggan memberi rawatan kepada isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini, Dato’ Ahmad Roslie Johari.

Ini menyebabkan reputasinya terjejas teruk selain membawa makna beliau bertindak dengan cara yang tidak beretika dan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua sebuah organisasi milik kerajaan. – mns_

Adun BN tidak percayai MB Terengganu?

KEMAMAN, 12 April (Hrkh) – Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakyat Terengganu sejak hampir empat bulan lalu kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato� Ahmad Said semakin menjadi kenyataan.

Justeru, satu amaran ‘keras’ terpaksa dikeluarkan oleh MB Terengganu tersebut terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang berhasrat berbuat demikian.

Dato’ Ahmad berkata mana-mana di kalangan Adun BN Terengganu yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya akan berdepan dengan tindakan disiplin termasuk dipecat.

“Ya, jika usul itu datang dari pihak pembangkang (PAS) kami (BN) dalam kerajaan akan menolaknya. Tetapi jika, ia (usul) dibawa (kemukakan) oleh wakil rakyat Barisan Nasional, dia (Adun) akan dipecat, itu biasalah.

“Jika usul (undi tidak percaya) itu dapat sokongan, kita (saya) akan bubar dewan (Dun Terengganu) itu sahaja. Kita (BN) terpaksa menerimanya kalau dia nak (hendak) buat..apa nak kata,” tegasnya ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, di Bukit Takal, 11 April lalu.

Dato’ Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah satu perkara yang serius.

Selain itu, mengulas ‘khabar angin’ yang sama akan berlaku perubahan jawatan beberapa Menteri Besar termasuk di Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato� Ahmad Said enggan mengulas lanjut.

Beliau menjelaskan tidak mengetahui apa-apa tentang hal ‘khabar angin’ (cadangan) bakal berlaku pertukaran Menteri Besar tersebut dan terserah kepada Tuanku.

“Itu (tukar Menteri Besar) saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya dengan Tuanku sendirilah,” ujarnya dengan menyelar pihak media yang sering kali menggembar-gemburkan isu yang tidak sahih dan ‘khabar angin’.

Khabar angin di negeri ini semakin kuat mengatakan terdapat usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Adun Barisan Nasional (BN) pro-mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Usul tersebut dikatakan akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bermula Isnin (13 April) ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman. – mns_

Katakan TIDAK Pada Berak dan Kencingan Politik

Ketika ini keADILan hanya mempunyai dua Adun Melayu iaitu Sungai Bakap, Maktar Shafee dan Adun Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim.Bagaimanapun, parti itu dijangka memilih untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti, bagi memberikan pilihan calon ketiga sebagai calon pengganti Fairus. { sini }

Sebelum kalian mahu percaya dengan cakap-cakap politik seperti di atas, biar Harimau ceritakan dahulu kronologi ringkas tahap kepercayaan Harimau pada pengamal politik yang merudum secara mendadak. Mengimbas 11 tahun lalu, tatkala muka DSAI terpampang di dada-dada akhbar disebabkan pemecatan beliau oleh Tun Mahathir, boleh dikatakan semua rakan sekerja Harimau amat marah dengan Tun Mahathir dan menjangkakan bahawa Tun Mahathir akan jatuh jika berlaku gerakan reformasi besar-besaran.

Nasib baik kami berada di Seremban, jika tidak, memang kami juga turut berarak di jalanan. Bukannya kami ini taksub dengan DSAI, cuma rasa kasihan dan simpati yang melaut menyelubungi hari-hari kami selepas itu. Mungkin, ada yang berlarutan sehingga hari ini.

Serba salah juga memang melekat di sanubari kerana pada masa yang sama, kami juga sayangkan Tun Mahathir dan parti UMNO. Apapun, kami sedar bahawa kami hanya orang bawah yang tidak kan mampu mengubah apa-apa apatahlagi bersuara.

Di era Tun Mahathir, kami amat menyampah dengan parti PAS apatahlagi dengan parti DAP. Hanya disebabkan amarah dan rasa tidak-puas-hati, Harakah sudah menjadi santapan pengganti Utusan Malaysia. Ceramah PAS sering kami dekati. Wow! Dasyat betul rasa menyampah kami pada Tun Mahathir dan UMNO ketika itu.

Tapi, pengalaman kena kencing dari pengamal-pengamal politik telah mengubah persepsi dan pandangan yang mana ia amat berbeza jika dibandingkan sekarang dengan 11 tahun yang lalu. Kenapa ya? Antara sebabnya adalah:

* label Mr. Clean yang ada pada Pak Lah semacam telah menipu kami kerana kami dikhabarkan anak beranak nya sahaja yang mentekedarah projek-projek Mega dan tender-tender kerajaan. Clean apakejadahnya itu?
* Kami dikencing haring-pering pada tarikh peralihan kuasa 16 September yang lalu sehinggakan rakan Harimau menangguhkan penggantungan potret Tun Abdullah di pejabatnya hanya kerana percaya DSAI akan jadi PM (rakan Harimau tu memang bangang…hehe). Ada DSAI minta maaf? Haram.
* Pemimpin yang “bersih” di akhbar tetapi kotor peribadi yang berlambak-lambak di Malaysia.
* Pengamal Rasuah Politik masih diangkat dan diagung-agungkan. Paling baru, di Pemilihan UMNO yang lalu. Jahanam.

Ikhtibarnya, biar perkara yang dijanji dan di war-warkan itu benar-benar berlaku barulah rakyat akan percaya. Orang bawah tidak rela kepala dikencing dan diberakkan apatahlagi dari orang yang sama. Orang bawah sudah faham bahawa lidah orang politik bercabang 8.

Barulah kami faham kenapa Nik Aziz tak rela PAS bergabung dengan UMNO. Beliau tak nak kena berak 2 kali kot? Wallahualam.

Coretan Harimau-Menaip Pada jam 8:53 PM

okongan terhadap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tetap diteruskan oleh persatuan-persatuan penduduk Bukit Lanjan, serta badan-badan bukan kerajaan. Bertempat di Dewan Serbaguna BU3 di Bandar Utama menyeru Elizabeth Wong mengambil tempatnya semula sebagai wakil rakyat mereka. Mereka yakin dan terus menggesa Pakatan rakyat dan kerajaan negeri Selangor supaya mendahulukan hasrat warga Bukit Lanjan di dalam timbangtara masa hadapan kareer politik Elizabeth Wong. Beliau terkenal sebagai aktivis alam sekitar dan sangat tegas dalam usaha melindungi alam semula jadi dan perkhidmatan beliau masih diperlukan di dalam memperjuangkan isu-isu tersebut. Elizabeth Wong menjadi mangsa kepada penyebaran gambar aib dan kini telah diberikan cuti oleh Menteri Besar Selangor setelah siasatan polis selesai. Kerajaan negeri Selangor meletakkan sehingga 15 April sebagai tarikh akhir untuk menentukan status Elizabeth Wong sebagai ADUN dan exco negeri Selangor. Diantara pilihan yang ada di tangan kerajaan negeri ialah menerima perletakan jawatan Elizabeth sebagai ADUN dan exco Selangor, menerima perletakan jawatan sebagai exco dan mengekalkan beliau sebagai DUN Bukit Lanjan atau menolak perletakan jawatan Elizabeth. Perhimpunan yang juga menyaksikan kehadiran ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim yang telah turut menyatakan sokongan kepada Elizabeth. Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menyerahkan kepada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan membabitkan isu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Elizabeth Wong. Sultan Sharafuddin menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit baginda bertitah yang baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Dato’ Menteri Besar dalam hal itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis. Selain melibatkan kedudukan Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dalam politik, Mohamad Munir berkata sebagai Sultan, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik. “Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya,” katanya. Beliau berkata Sultan Selangor turut menyatakan rasa bimbang dan dukacita baginda dengan perkembangan akhir-akhir ini di mana perbuatan menceroboh hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. “Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai,” katanya.

sokongan terhadap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tetap diteruskan oleh persatuan-persatuan penduduk Bukit Lanjan, serta badan-badan bukan kerajaan.

Bertempat di Dewan Serbaguna BU3 di Bandar Utama menyeru Elizabeth Wong mengambil tempatnya semula sebagai wakil rakyat mereka. Mereka yakin dan terus menggesa Pakatan rakyat dan kerajaan negeri Selangor supaya mendahulukan hasrat warga Bukit Lanjan di dalam timbangtara masa hadapan kareer politik Elizabeth Wong.

Beliau terkenal sebagai aktivis alam sekitar dan sangat tegas dalam usaha melindungi alam semula jadi dan perkhidmatan beliau masih diperlukan di dalam memperjuangkan isu-isu tersebut.

Elizabeth Wong menjadi mangsa kepada penyebaran gambar aib dan kini telah diberikan cuti oleh Menteri Besar Selangor setelah siasatan polis selesai. Kerajaan negeri Selangor meletakkan sehingga 15 April sebagai tarikh akhir untuk menentukan status Elizabeth Wong sebagai ADUN dan exco negeri Selangor.

Diantara pilihan yang ada di tangan kerajaan negeri ialah menerima perletakan jawatan Elizabeth sebagai ADUN dan exco Selangor, menerima perletakan jawatan sebagai exco dan mengekalkan beliau sebagai DUN Bukit Lanjan atau menolak perletakan jawatan Elizabeth.

Perhimpunan yang juga menyaksikan kehadiran ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim yang telah turut menyatakan sokongan kepada Elizabeth.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menyerahkan kepada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan membabitkan isu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Elizabeth Wong.

Sultan Sharafuddin menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit baginda bertitah yang baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Dato’ Menteri Besar dalam hal itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Selain melibatkan kedudukan Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dalam politik, Mohamad Munir berkata sebagai Sultan, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

“Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya,” katanya.

Beliau berkata Sultan Selangor turut menyatakan rasa bimbang dan dukacita baginda dengan perkembangan akhir-akhir ini di mana perbuatan menceroboh hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang.

“Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai,” katanya.

UMNO BN Palu Rentak Lama, Mainkan Isu Perkauman – Anwar


Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan UMNO – Barisan Nasional yang sehingga kini masih memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan rakyat.

Slogan yang dicanang BN bunyinya hebat, ‘Mohon Restu Rakyat’ kononnya mengutamakan suara rakyat tetapi ini jelas omongan kosong semata- mata.

Sebaliknya serangan saraf isu perkauman disemarakkan dalam kempen pilihan raya kecil baru-baru ini bertujuan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

“Bukan sahaja ugutan, tetapi suatu propaganda yang sangat bahaya dan sangat jahat setelah 51 tahun kita merdeka. Kita masih main sentimen kaum yang melampau.” ujar Datuk Seri Anwar.

Datuk Seri Anwar yakin agenda yang didokong gagasan Pakatan Rakyat makin diterima rakyat dan terbukti ideologi serta wawasannya realistik dan berpijak di bumi nyata.

Kemenangan calon Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang membuktikan rakyat sekali lagi memberi mandat kepada gagasan itu untuk memacu dan mengemudi perubahan yang di impikan mereka.

“Sebab Dun Perak very intelligent. Amat bijak. Berani. Dan Tun Perak yang selamatkan kerajaan Negeri Melaka. So, Datuk Seri Nizar is our model bendahara Negeri Perak. ”

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu adalah mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa. “Kita nak hantar satu mesej yang jelas kepada PM yang baru bahawa rakyat perak tidak suka pada rampasan kuasa.” kata Datuk Seri Nizar.

Beliau berucap pada majlis ‘Malam Kembalikan Hak Rakyat’ yang dihadiri ribuan penyokong daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang itu juga mendesak agar pembubaran dewan undangan negeri Perak diadakan secepat mungkin untuk menamatkan kemelut politik negeri itu yang sehingga kini tidak berkesudahan.

– tvantara