Konsert Jom Heboh Dulu Haram Kini Berada Di Perak

Kami sungguh terkejut dengan tindakan Kerajaan BN Perak pimpinan MB Zambry Kadir yang membenarkan penganjuran “Konsert Jom Heboh TV3” diadakan di negeri itu.

Program yang diadakan selama dua hari hingga esok itu secara jelas telah melanggar keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia pada 30 Julai 2004. Majlis Mufti secara jelas memutuskan bahawa program tersebut adalah “haram” kerana ia jelas melalaikan dan menggalakkan maksiat dikalangan golongan muda.

Malah di Kuantan sahaja lebih 20 pasangan telah ditangkap kerana berkhalwat dalam hotel murahan di bandar itu ketika program tersebut berlangsung baru-baru ini. Program kali ini yang berlangsung di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut jelas sekali telah melanggar ketetapan itu. Apakah ini balasannya selepas UMNO dan BN mengambil alih kuasa di negeri Perak agaknya. Soalnya sekarang kenapa ia diadakan tanpa mendapatkan khidmat nasihat Mufti Perak sendiri iaitu Dato’ Seri Haji Harussani Zakaria.Soalnya sekarang, mana hilangnya Mufti Perak yang cukup kontroversi ini sekarang. Kenapakah tiada langsung ulasan beliau tentang perkara ini, atau apakah beliau telah ditutup mulutnya rapat-rapat dari masuk campur dalam hal ehlwal pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru ini. Kami agak musykil jika Mufti Perak itu tidak dimaklumkan perkara ini. Bukankah beliau antara Mufti yang telah mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan pengharaman tersebut dulu. Ketika itu nama Jom Heboh ialah Sure Heboh. Ia ditukarkan oleh pihak TV3 bagi mengelirukan rakyat, kononnya yang diharamkan adalah “Sure” dan bukannya “Jom”. Soalnya sekarang kenapakah juga ia diadakan dalam sebuah pengkalan tentera. Apakah ini imej yang mahu digambarkan, bayangkan jika musuh membuat tindakan ketika acara itu sedang berlangsung. Siapakah yang harus disalahkan sekarang?. Malah, membawa hiburan yang melalaikan ke dalam sebuah kem angkatan tentera juga bolehlah dianggap satu tindakan yang biadap dan mencemarkan nama baik angkatan tentera sebenarnya.

Sumber : Pahangdaily
http://addin77.blogspot.com

Leave a comment