Penduduk Sebuyau kecewa 2 tahun tiada masjid

Nazri Abdullah
BATANG LUPAR, 8 April: Penduduk Kampung Hulu Sebuyau bagai putus harapan setelah dua tahun menantikan masjid baru menggantikan masjid lama di Pekan Sebuyau yang telah runtuh bulan Ramadhan 2009 lalu.

Seorang penduduk kampung, yang hanya mahu dikenali sebagai Muiz berkata, beliau bersama penduduk kampung telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun sama namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.

“Kita kumpul lebih 500 tandatangan, kita serah bersama surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu dia datang untuk satu majlis ke Sarawak,” katanya.

Surat tersebut, ujarnya dibuat selepas dicadangkan Mufti Sarawak sendiri selepas satu perbincangan diadakan di sini.

Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam di sini terpaksa bersesak untuk solat Jumaat yang dipindahkan ke sebuah surau kecil, Surau Darul Kurnia di Jalan Sawmill, di sini.

Surau tersebut yang hanya mampu memuatkan 150 orang itu terpaksa menampung lebih 700 orang jemaah di sini.

Kemudahan di surau ini juga sangat terhad dengan hanya satu pili air sahaja dan dua buah kolah kecil untuk mengambil wuduk.

Malah pili sama terpaksa diguna bergilir dengan penduduk sekitar untuk mendapatkan air bersih bagi keperluan harian mereka.

Muiz yang juga bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah sekolah di sini berkata, Najib dalam jawapan kepada surat mereka itu memaklumkan perkara itu dalam perhatian, namun apa yang dikesalkan sehingga kini belum ada apa-apa tindakan.

“Masjid ini sangat penting buat penduduk di sini, apatah lagi untuk solat Jumaat.

“Setiap kali solat Jumaat, sebahagian penduduk terpaksa pergi ke masjid kampung bersebelahan yang jaraknya lebih 10 kilometer,” tambahnya kesal.

Bagaimanapun kata Muiz, harapan mereka kini hampir mustahil, apabila tanah tapak bekas masjid lama kini telah diguna untuk membina laluan ke pekan Sebuyau.

Beliau juga mendapat maklumat, masjid tersebut tidak akan dibina malah beliau kini dituduh agen pembangkang di sini.

Akibat tindakan menghantar surat itu juga, dan ditambah campurtangan wakil rakyat BN di sini, beliau kini mendakwa namanya disenarai hitam oleh pentadbiran sekolah dan kemungkinan ditukar ke sekolah lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: