pemudabesut

1. Debat , bahas , wacana dan diskusi adalah asas pendekatan Pemuda PAS untuk menyelesaikan apa jua masaalah dan isu yang berbangkit .

2. Dewan pemuda PAS bersedia untuk bertemu atau berhadapan dengan siapa sahaja dalam usaha mencari dan menegakkan kebenaran termasuk berhadapan dengan Pergerakan pemuda UMNO.

3. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS sewaktu dibawah kepimpinan kekanda saya Yb. Salahudin Ayub pernah merintis jalan bertemu dan mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk berbincang , berbahas dan berdebat mengenai isu seperti ISA dan PPMSI . Rujuk dan klik di sini :
[ video klip cabaran debat salahudin vs Khairy dalam satu kenyataan media bersama ]

4. Isunya ialah medan untuk berhujjah justeru Islam sangat menggalakkan kita berhujjah dalam mencari kebenaran demikian juga berhujjah dalam menumpaskan kebathilan . Medan untuk berhujjah terlalu luas . Letaklah apa nama sekalipun cuma Pemuda PAS kali ini memilih Wacana Ilmiah sebagai mewujudkan medan untuk berhujjah .
6. Sebelum ini saya sendiri telah berkali – kali mencabar Khairy Jamaludin berdebat tetapi malang beliau tidak pernah menyahutnya .
Pertama : Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam ? [ klik ]
Kedua : Benarkah UMNO yang Memperjuangkan Kemerdekaan negara ?
Ketiga : Siapakah penderhaka Sultan ? [ klik ]
7. Kali ini saya tukar . Saya guna Wacana Ilmiah kelihatan lunak pada bahasa atau kalimah tetapi membawa maksud yang sama iaitu membuka medan berhujjah dan saya harap Khairy Jamaludin menerima pelawaan ini setelah ia berkali – kali menolak cabaran debat daripada saya .
5. Apa yang pasti ialah kita diajar menggunakan Quwwatul Mantiq [ kekuatan hujjah ] bukan Mantiqul Quwwah [ Hujjah kekuatan ] . Justeru itu saya sangat komited dengan usaha bertemu dan berhujjah walau atas nama apa sekalipun demi saya menegakkan kebenaran dan menumpaskan kebathilan . Ya Allah berikanlah daku kekuatan .
ها توا برهانكم إن كنتم صادقين
Sila kemukakan hujjah kamu jika sekiranya kamu benar !

Oleh : Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasrudin Tantawi
Read more…

Posted by pemudabesut at 1:59 PM 0 comments Links to this post

Tertuduh yang diikat jamin semalam, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli akan digantung pengajian di Universiti Malaya.

Kenyataan dikeluarkan oleh penasihat undang-undang Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Puan Thanavathi K. Krisnan petang semalam.

Walaubagaimanapun, tidak terdapat apa-apa kenyataan bertulis dikeluarkan lagi oleh beliau.

Ibu bapa tertuduh telahpun menghantar surat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber pentadbiran universiti berkenaan kemungkinan rayuan tersebut diterima agak tipis.

Timbalan Naib Canselor, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris gagal dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau dipercayai menghadiri beberapa mesyuarat tertutup di Putrajaya semalam.

Keputusan tersebut juga boleh dipengaruhi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda. Pindaan terbaru itu menyebut sebarang kesalahan di dalam universiti tidak boleh dibawa kepada penahanan polis. Keputusan juga tertakluk kepada Mahkamah Universiti.

Hakim bagi Mahkamah Universiti, Prof Madya Dr. Ruzman Md. Noor walaubagaimanapun tidak dapat dihubungi dalam minggu ini.

Terdahulu, pemerhati kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) semalam menyifatkan situasi kes dan tingkahlaku polis boleh dipertikai dari pelbagai sudut.

Pertikaian termasuk dakwaan pertama yang hanya melibatkan Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tetapi dibawah tahanan semalam seminggu.

Kesalahan tersebut juga tidak boleh dibawa kepada polis tetapi tertakluk kepada bidang kuasa pengawal keselamatan dan Mahkamah Universiti.-mahasiswakini

Read more…

Posted by pemudabesut

Leave a comment