Korban 30% berbaloi bila dapat diskaun 20%…!!

Seronoknya dapat diskaun

1. Diskaun 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009

2. Potongan diskaun 50 peratus kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

Saya percaya ramai orang Umno yang bertepuk sakan dapat diskaun. Ada 20 peratus dan ada 50 peratus.

Tak rugi sikit pun mereka kehilangan 30 peratus. Hanya Datuk A Kadir Jasin yang marah-marah bila dia mempersoalkan, wajarkah dikorbankan DEB kerana undi minoriti? Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat dasar ekonomi yang dibuat Najib tak membantu sesiapa pun.

Berbaloi sungguh potong 30 peratus kuota Melayu bila digantikan dengan 20 peratus diskaun tol!

Tak kisah mana pi pun RM253.6 bilion…
 

1. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

2. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

Tak kisah mana pi pun RM253.6 duit Petronas. Biasa la, rakyat mesti memberi sebelum menerima. Apa nak kisah tabur-tabur RM253.6 bilion – rumah yang disewa dah boleh beli, dapat pulak lagi RM150 juta la, RM15 juta la… Tak payahlah kertas putih fasal RM253.6 bilion tu!

Woo!! 3 ribu permit teksi woi!!

1. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

Yang penting bagi permit. Peduli apa kadar insurans terlalu tinggi, peduli apa orang tua umur 61 tahun menjadi pemandu kereta sewa sejak lebih 20 tahun lalu yang mengeluh kerana keadaan amat membebankan. Janji keluar permit teksi lepas tu sure heboh sikit. Penerusan sikap “rakyat pasti seronok, dia orang bodoh! Tak susah mana pemimpin nak tipu”.

Alahai pemandu teksi

Musa Hassan, apa macam?

1. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

Ya ka? Najib tak tau ka “no Malaysian will be convinced that he is serious about fighting crime unless he appoints a new IGP”? Bagaimana pula mereka yang rasuah dalam kerajaan Najib?

52 tahun perintah Malaysia hampa buat apa?

1. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

2. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

Daripada tahun 1996 lagi dok cakap fasal the most modern paperless government. Tiba-tiba, cakap fasal pendaftaran lewat dan masalah kewarganegaraan rakyat. Ah, wajah sebenar kerajaan Barisan Nasional!

Baru nak baiki jalan untuk rakyat, pemimpin dah lama bina istana

1. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

Pi baca sendirilah pendedahan Ronnie Klassen tentang istana ahli-ahli politik Sabah. Siapa menyamun tanah rakyat di Sabah? Mengapa orang mendakwa ramai pegawai polis berminat menjadi Ketua Polis Sarawak? Ada apa di sana? Mengapa ada dakwaan bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia?

Carrot and stick

1. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

Untungnya pakai motosikal baru! Kereta tua kena bayar lebih sikit tak pa! Tak kisah, dah ada pool system. Apa nak kisah tiap-tiap kali nak baharui cukai jalan kena check kat Puspakom dan kena bayar berkali-kali. Apa nak kisah premium tambahan.

Sebelah tangan pegang karot, sebelah lagi pegang kayu. Karot yang diberi tak sebanyak mana. Tetapi, kayu yang membantai menggila merata-rata.

Bagaimana nasib pelabur amanah saham yang rugi?

1. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Apa jadi dengan kira-kira 17,921 orang Melayu yang kerugian ribuan malahan puluhan ribu ringgit akibat melabur dalam Amanah Saham Johor? Tu baru sebut ASJ, belum lagi yang lain.

Nah ambik, ambik! 1Malaysia ni!

Berkaitan:
11 ‘hadiah rakyat’ (Mingguan Malaysia 12/7/09)

Nukilan Dari Blog – Penarik Beca

 

:: Balik Semula ::

 

ADMIN – KedahLaNie TIME – 8:31 PM 0 Komen Anda

Kakitangan Kerajaan di kerah ke JITRA utk Program Bersama NAJIB Esok

Najib di Alor Setar : Kerahan kakitangan kerajaan

Esok 13 Julai, Tuanku Sultan Kedah dijadual akan merasmikan Bangunan Kerajaan Persekutuan Muadzam Shah di Anak Bukit, Alor Setar.
 
Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia juga akan hadir di dalam majlis tersebut.
 
Namun disebelah petangnya jam dua, Najib dijangka akan bertemu dengan orang ramai di Dewan Wawasan Jitra.
 
Menurut maklumat yang diterima, kakitangan kerajaan telah dikerah untuk menghadirinya bagi meramaikan lagi majlis.

http://alkerohi.blogspot.com

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 7:15 PM 0 Komen Anda

SEMPENA 100 HARI NAJIB – SETAKAT TARAF HANDSET RM78 JE???

 

oleh Mohd Zaki Yaman
bypass308.blogspot.com

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Beliau berkata, perbelanjaan besar untuk mendapatkan barangan yang berjenama ada kalanya bukan sahaja tidak berbaloi malah suatu pembaziran.
 
“Ia seakan-akan satu budaya iaitu sanggup berbelanja besar hanya kerana dari mana barangan itu dibuat, bukan kerana kualitinya. Semua itu perlu diubah. Kerajaan mahu rakyat mencintai dan yakin terhadap produk tempatan kerana ia terbukti berkualiti sehingga menembusi pasaran luar negara yang menetapkan piawaian tinggi.

betul tu, gua support cakap lu, tapi lepas baca sikit lagi bawah, rupanya lu cakap sedap macam tu hanya nak kempen jual telefon bimbit cap Najib yang diiklankan sebagai CSL i-100. lu kata ia sempena kasi ingat itu 100 hari Najib jadi PM.

lu punya iklan memang bagus, ini telefon bimbit termurah di dunia CSL i-100 keluaran CSL Group of Companies (CSL Group), harga murah giler, RM78 sahaja. jangkaan lu lah, berapa agaknya boleh terjual dalam masa sari dua nih? boleh kira kontena kot..maklumlah murah, lu pun tak pakai akallah, buat benda murah macam tu untuk dilinkkan dengan rakyat, jatuh standard PM weh.

jagalah stand Najib, dia sekarang PM, takkan nak bagi semangat kat dia dengan jual telefon RM78. DS Che Wil, lu pun jangan awal sangat dok puji barangan yang lu jual tu elok, belum test lagi kat market. gua cuma takut banyak yang masuk workshop berbanding yang terjual, atau nak bagi free kat orang pun depa kena fikir nak ke tak…hehehe….lu sendiri lah pakai dulu sebagai hormat kepada Najib, maka fon lu yang jenis komunikator tu lu kasi pusakalah sama gua..

gua nak cadang kan juga sama tuan Menteri, kalau nak buat benda yang ada sabit menyabit dengan bos lu, nak peringati 100 hari kah, 200, 300, atau apa saja memorial item, lu kena kasi dulu barangan tu sesuai ke tak, sejauh mana kualiti dia, fungsinya ok tak, bateri dia ok tak, atau pun apa kelebihan benda tu dengan yang ada di pasaran.

ni hanya sebab murah dan barangan tempatan lalu lu kaitkan dengan PM, kalau dijadikan cerita, fon tu banyak masalah, bateri tak tahan…takke orang akan kata lembabnya telefon nih macam PM…siapa yang susah ? lu jugak yang susah sebab lu gali lubang untuk orang hentam PM….

kalau nak bodek pun…juallah senjata api ke submerine ke buatan Malaysia yang harga dia offer giler lebioh murah dari German, Us, China….baru nampak ada standard dan sama taraf dengan kedudukan PM….ini handphone RM78….pooorrahhhh……

 

:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME – 6:46 PM 0 Komen Anda

11 HADIAH UNTUK RAKYAT – APA LAGI PEMBANGKANG NAK KATA ?

 

catatan UMNO Cawangan Gombak Selatan

Najib Umum 11 Berita Gembira – APA PULAK POINT PEMBANGKANG KALI INI?

Majlis sambutan 100 hari Najib bersama rakyat yang diadakan di Pusat Konvensyen,KLCC pagi Sabtu berlangsung dalam suasana lebih merakyat.Tiada kompang dan bunga manggar manakala para menteri kabinet duduk dicelah-celah para hadirin yang penuh sesak dalam dewan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya membuat 11 pengumuman yang mengembirakan rakyat berbagai lapisan kaum.Beliau juga istihar zaman kerajaan serba tahu segalanya sudah berakhir.Katanya kini kerajaan akan mendapatkan pandangan rakyat dalam segala keputusan yang hendak dibuat.

Antara 11 pengumuman berkenaan ialah kerajaan akan mengambil langkah drastik untuk memerangi rasuah dan jenayah.Pengumuman terperinci mengenai langkah-langkah berkenaan akan dibuat hujung bulan ini.

Bagi penguna lebuh raya ,Najib umum mulai 1 September ini mereka yang bayar tol lebih 80 kali sebulan akan dapat diskaun 20 peratus.Ini katanya adalah langkah sementara kerana kajian kadar tol ambil masa untuk siap.

Satu tabung saham amanah baru dikenali sebagai Amanah Saham 1 Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi.Ia memperuntukkan 10 billion unit saham. Berita gembira bagi anak muda.Najib umum kadar yuran belajar lesen memandu motosikal ‘ kapcai’ B2 iaitu 250cc kebawah akan dikurangkan dari RM500 hingga RM70 sekarang kepada RM211 sahaja.

Untuk kemudahan pemilikan rumah,beliau umum sebanyak 44,000 unit rumah perumahan rakyat DBKL akan dibuka untuk dibeli kepada para penyewanya sekarang.

Bagi penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan,kadar lesen mereka akan dikurangkan 50 peratus berkuatkuasa sertamerta.Perdana Menteri harap negeri-negeri lain akan ikut langkah Wilayah Persekutuan.

Lain-lain ialah kerajaan menambah 3,000 lagi permit teksi yang permohonannya diluluskan dalam masa tiga bulan akan datang.Permohonan pendaftaran kelahiran dipermudahkan di Sabah dan Sarawak.Pembinaan jalan ditambah di Sabah dan Sarawak.

Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta disediakan untuk usahawan muda kaum India.

Jutaan Terima Kasih buat Presiden UMNO ini ikhlas dari UMNO Cawangan Gombak Selatan. Kini kami hanya menanti apa point pembangkang mengenai perkara ini. Pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim akan sentiasa mencari idea untuk menghentam Datuk Seri Najib walaupun ianya mendatangkan manfaat kepada rakyat.

 



:: Balik Semula ::

ADMIN – KedahLaNie TIME

Leave a comment