Nasrudin Hassan’s Photos – Persiapan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS

Mohd Nizam’s Photos – Ijtima’ Tarbawi

Kuliah Ustaz Tn. Ibrahim Tn. Man

Dungun

Mahkamah Persekutusan Akan Umum Keputusan Rayuan Anwar Memperolehi Kenyataan Saksi Kes Liwat Termasuk Saiful Sendiri Di Dengar 8 Okt Ini


PUTRAJAYA, 30 Sept [4.00 pm] – Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan kenyataan saksi termasuk saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 8 Oktober ini. Peguam S.N.Nair, yang mewakili ketua pembangkang itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh keputusan itu oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persektuan, Jumirah Marjuki, hari ini. Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan, menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Anwar mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu dan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu menolak permohonan beliau untuk memberikannya dokumen-dokumen tersebut. Anwar mahukan semua kenyataan kerana beliau mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan Saiful yang diperoleh semasa perbicaraan, dan pertuduhan liwat untuk menganiaya beliau (Anwar), yang boleh membawa kepada kemungkinan kredibiliti Saiful di cabar. Anwar mendakwa bahawa saksi utama itu, Saiful telah memberikan keterangan bahawa dakwaan liwat itu berlaku tanpa persetujuannya, tetapi Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, persetubuhan dengan persetujuan. Anwar didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondomonium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada petang, 26 Jun 2008 yang lalu.

[Rakyat masih menaruh kepercayaan supaya adanya hakim-hakim yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kes Anwar ini. Jika pun beliau bersalah, kenapa pihak pendakwaraya perlu takut untuk dia mendapatkan salinan keterangan saksi termasuk si Saiful sendiri agaknya. Bukankah dalam mana-mana perbicaraa tertuduh ada hak untuk mendapatkan dokumen tersebut bagi tujuan pembelaan. Kenapa mahu dijalankan satu perbicaraan yang jelas berat sebelah seperti ini?. Jika ini keadaannya, kita takut nanti rakyat akan percaya bahawa dalam kes ini Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa konspirasi dan bukannya Saiful Bukhari Azlan yang menjadi mangsa. Ini kerana mereka hairan kenapa Anwar dihalang mendapatkan segala salinan dokumen terbabit. Bukankah mereka masih ada salinan asal untuk digunakan sekiranya salinan pada Anwar dipinda oleh peguamnya. Apakah ini bermakna pihak pendakwaraya sendiri yang mahu meminda-minda fakta pada dokumen tersebut bagi diselaraskan dengan skrip yang telah dirancang itu agaknya?. Lantaran itulah mereka terlalu takut jika pada Anwar ada salinan dokumen berkenaan. Ia akan menyukarkan tugas untuk meminda fakta tersebut agaknya].

Mazlan dedah penyelewengan Felda

Penjelasan kes Felda Sungai Koyan

Khalid tak percaya Azmin ingin jatuhkannnya

October 01, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim

SHAH ALAM, 1 Okt — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak percaya bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu menjatuhkannya seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pemimpin PKR semalam mengenai perkara itu, beliau berkata : “Kita tidak boleh terima berita itu terutama tentang kesahihannya. Saya tidak percaya yang Azmin lakukan perkara itu.”

Khalid berkata walaupun wujud banyak perbezaan pendapat dalam PKR, parti itu mencari jalan penyelesaian terbaik dengan cara yang tertib dan teratur melalui perbincangan oleh Biro Politik PKR.

Ketika diminta mengulas mengenai persediaan bagi pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuainya pada Ahad ini selepas berlaku kekecohan pada pemilihan di beberapa cabang parti tersebut baru-baru ini, Abdul Khalid berkata beliau telah meminta pasukan sukarelawan dari cabang itu untuk membuat beberapa persediaan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. — Bernama

Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu

Hadapi PRK Galas dengan kekuatan sendiri


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Okt: PAS mesti bersedia menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya kecil Galas dengan kekuatan sendiri, kata Naib Presiden PAS yang juga pengarah pilihan raya itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Atas dasar itu, isu samada Tengku  Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas atau tidak, tidak berbangkit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim adalah pengarah pilihan raya ini secara automatik bagi PAS kerana parti itu telah membuat pendekatan tetap untuk menghadapi sebarang pilihan raya kecil.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam majlis hari raya Harakahdaily semalam.

Melaui pendekatan itu, seorang naib presiden PAS akan menjadi pengarah pilihan raya kecil untuk kawasan masing-masing. Datuk Mahfuz Omar menjadi pengarah jika berlaku di utara, Salahudin Ayub di selatan dan Tuan Ibrahim di timur.

Sebelum ini, Mahfuz menjadi pengarah pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Salahudin menjadi pengarah dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagi Tuan Ibrahim, isu Ku Li  menjadi topik utama media kini, hanyalah satu percaturan peribadi beliau, dan berdasarkan beberapa tindakan mutakhir beliau yang dilihat tidak lagi menjadi pengikut setia BN.

Ini ekoran pendirian beliau dalam isu royalti minyak Kelantan, isu rasuah, perancangan ekonomi negara dan keyakinan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mentadbir negara.

Walaubagaimanapun bertolak di atas beberapa kenyataan Ku Li bahawa beliau tetap akan bersama UMNO dan akan kekal bersama UMNO,  PAS mestilah berusaha untuk menyusun kekuatan parti bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRK kali ini, kata Tuan Ibrahim.

“PAS menyedari pengaruh dan kekuatan Ku Li dalam kawasan Gua Musang, tetapi ini bukan bermakna beliau terlalu kebal untuk ditewaskan. Pengalaman PRU ke 12, dengan kejayaan PAS menawan DUN Galas dari BN adalah petanda bahawa pengaruh beliau semakin berkurangan, dan pengundi bertambah matang dalam membuat pilihan,” katanya.

Menurut beliau, dalam PRK kali ini, PAS memerlukan satu pendekatan baru dalam gerak kerja pilihanraya kecil kali ini.

Oleh kerana calon PAS hanya mendapat kemenangan tipis 636 dalam PRU lalu, maka tumpuan semua parti politik ialah bagi  menarik pengundi atas pagar yang akan menjadi penentu kepada keputusan yang akan berlaku, katanya.

Dengan status pengundi bercampur, di mana pengundi dari kalangan masyarakat Asli dan Cina dilihat penting, maka tumpuan tentulah diberi kepada golongan ini; dan pengalaman PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun mampu dijadikan daya penarik bagi mendapatkan sokongan mereka, tambahnya.

Bagi beliau, faktor calon mengatasi parti yang berlaku di DUN Manik Urai serta kegagalan tokoh luar mencorakkan mood dan sentimen pengundi dilihat masih menjadi fokus gerak kerja parti yang bertanding.

Lantaran itu, katanya, pemilihan calon kali ini teramat penting kerana pengundi di kawasan Galas  akan merasai kehadiran wakil rakyat selepas berakhirnya PRK.

Mereka tentulah tidak ingin mendapat seorang wakil rakyat yang hanya menunjukkan muka apabila memerlukan undi, tetapi ghaib selepas diumumkan sebagai pemenang.

“Budaya masyarakat Kelantan yang suka bergelumang dengan pimpinan dilihat antara elemen penting kenapa mereka memilih YB Arwah Che Hashim dalam PRU lalu,” katanya.

Apa yang menarik juga ialah kepesatan pembangunan Bandar Gua Musang dilihat antara kejayaan kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Keghairahan untuk membangunkan kawasan ini antara kerajaan negeri di bawah PAS dan Kesedar diterajui kerajaan Pusat akan menceriakan lagi PRK kali ini.

Apapun PAS dengan seluruh jentera parti di seluruh negara telah bersedia membantu bagi mengekalkan kemenangan di DUN Galas, bagi mengalaskan kemenangan di sana, katanya.

Laksanakan NKPA serentak dengan NKEA


KPRU
Kerajaan telah menggariskan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bersama-sama dengan 131 Projek Permulaan (EPP) serta 60 peluang perniagaan sempena Hari Terbuka Program Transformsi Ekonomi (ETP) di PWTC. Melalui ETP, kerajaan berhasrat menarik keseluruhan jumlah pelaburan swasta sebanyak USD266 bilion dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dan turut menyumbang kepada 60% jumlah pelaburan berjumlah USD444 bilion.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin menekankan bahawa selepas krisis kewangan Asia 1997-98, pelaburan swasta di Malaysia turut menjadi lumpuh dan lembap. Jumlah pelaburan swasta dari tahun 2005 hingga 2010 adalah sebanyak RM410 bilion, ataupun secara purata berjumlah RM68 bilion setahun sahaja. Aspirasi ETP untuk melonjakkan jumlah pelaburan swasta ke tahap RM120 bilion setahun merupakan satu cabaran besar.

Untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, selain daripada dasar pembangunan ekonomi, Kerajaan Najib harus melaksanakan langkah perubahan dan pembaharuan dalam bidang politik secara serentak supaya perkara ini dapat menjana impak yang mampu melipatgandakan usaha peningkatan pelaburan dan daya saing negara. Dengan itu, KPRU menggariskan 5 Bidang Politik Utama Negara (NKPA) sebagai langkah perintis bagi mewujudkan suasana pembangunan ekonomi dan pelaburan yang kondusif di Malaysia.

NKPA 1: Pembaharuan Proses Penyediaan Belanjawan Negara

Seperti yang dihuraikan dalam kenyataan KPRU bertajuk “Buktikan KPI Kerajaan dengan Pembentangan Laporan Penilaian Separuh Penggal Belanjawan Negara 2010”, negara yang tidak mempunyai proses penyediaan belanjawan telus dan terbuka lazimnya merupakan negara berpendapatan rendah. Kebanyakan negara dalam golongan tersebut adalah negara yang banyak bergantung kepada pendapatan hasil minyak atau pinjaman luar negara yang mempunyai samada institusi demokrasi yang lemah ataupun diperintah oleh regim kukuh besi. Maka, sebagai langkah pertama membuktikan kepercayaan dan keazaman kerajaan hari ini terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik, kerajaan wajar menjadi teladan dengan memperbaharui proses penyediaan Belanjawan Negara.

NKPA 2: Pembaharuan PDRM Melalui Penubuhan IPCMC

Sebelum persaraan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, kenyataan beliau bahawa terdapat sesetengah pihak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menjadi kejutan ramai. Tambahan pula, penahanan kartunis Zunar baru-baru ini sekali lagi membuktikan sikap tidak professional agensi polis di Malaysia. Beliau bukan sahaja direman melebihi 24 jam, dibawa ke 7 balai polis sebelum mengambil keterangan, malah haknya untuk diwakili peguam juga dinafikan. Pada masa yang sama, jumlah kes kematian dalam tahanan dan penyalahgunaan kuasa polis juga menunjukkan tren peningkatan yang membimbangkan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan rakyat berasa tidak selamat meskipun kerajaan memberikan statistik kadar jenayah yang memaparkan gambaran penurunan.

Sehingga hari ini, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis masih belum dilaksanakan. Malahan, cadangan tersebut turut digantikan dengan versi mini yang digelar Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) dan kemudian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang sememangnya jelas tidak dapat meyakinkan orang ramai.

Sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula cadangan penubuhan IPCMC bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap badan penguatkuasaan dan juga taraf keselamatan negara ini.

NKPA 3: Pembaharuan Institusi Parlimen

Kepentingan dan kedaulatan Parlimen sebagai badan perundangan di Malaysia dilihat sama sekali tidak diberikan perhatian sewajarnya sebelum ini. Peranan pembangkang sebagai kuasa semak dan imbang (check and balance) juga tidak ditiikberatkan dan diinstitusikan dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Langkah pembaharuan terhadap institusi parlimen dapat memberikan gambaran  kepada pelabur dan orang ramai bahawa kerajaan Malaysia mengambil berat terhadap cabang perundangan, fungsi pembangkang sebagai kuasa semak dan imbang, dan juga representasi suara rakyat yang terbanyak. Malahan, amalan persidangan dewan di Malaysia sekarang ini pun tidak memberikan ruang yang berpatutan kepada peranan semak imbang untuk berfungsi dengan baik.

Oleh yang demikian, beberapa inisiatif wajar dilaksanakan untuk menonjolkan imej Malaysia sebagai negara maju yang dapat menjalankan urusan kerajaan secara demokratik dan matang. Antaranya termasuk:

·         melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) dari kalangan pembangkang;

·         menubuhkan jawatankuasa pilihan dalam bidang-bidang tertentu;

·         menginstitusikan peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen tanpa mengira partisan;

·         memberikan ruang kepada pembentangan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa (private members’ bill).

NKPA 4: Pembaharuan Badan Kehakiman

Selepas siasatan inkuiri dibuat oleh Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam, bukan sahaja tiada pihak yang dikenakan tindakan, malah dua bekas ketua hakim negara bersama peguam Datuk VK Lingam yang terlibat dalam kes tersebut berjaya mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya tersebut.

Perkara ini telah menyebabkan imej institusi kehakiman Malaysia sekali lagi terhakis lebih-lebih lagi apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya yang bernama Saiful Bukhari. Proses pembicaraan yang kurang telus dan penuh dengan kecurigaan itu telah menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur, orang awam dan masyarakat antarabangsa. Perkara ini telah dikenal pasti oleh Jutawan British Richard Branson dengan menyatakan bahawa perbicaraan tersebut telah menjadi ’duri dalam daging’ dan  menjejaskan keyakinan pelabur.

Perkembangan peristiwa-peristiwa yang disebut di atas seolah-olah memberikan gambaran kepada pelabur dan rakyat bahawa kerajaan tidak dapat, bahkan tidak berniat melakukan sebarang perubahan  untuk memperbaiki imej badan kehakiman di negara ini. Oleh sebab itu, untuk memulihkan keyakinan pelabur dan rakyat, kerajaan wajar menggariskan beberapa langkah tambahan bagi memantapkan sistem kehakiman negara kita. Penguatkuasaan akta-akta seperti Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim yang merupakan legasi di zaman Abdullah Badawi sudah tidak lagi memadai.

NKPA 5: Pembaharuan Sistem Pilhanraya

Hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 4 juta senarai warga Malaysia berkelayakan mengundi yang masih belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Pada masa yang sama, terdapat lebih kurang 750 ribu warga Malaysia yang sedang bekerja/bermastautin di luar negara yang tidak dapat mengundi dalam pilihanraya lalu.

Bagi memulihkan sistem semak dan imbang, kerajaan wajar meneliti kelemahan sistem dan pentadbiran pilihanraya yang sedia ada. Pendaftaran menjadi pengundi secara automatik, mengadakan mekanisma mengundi bagi warga Malaysia di luar negara, rombakan sistem undi pos yang kurang telus, peranan media semasa pilihanraya umum dan langkah-langkah lain haruslah disemak dan dilaksanakan secara berperingkat.

Adalah tidak munasabah sama sekali jika kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menjalankan kajian dan menubuhkan makmal untuk Program NKEA dan Progam Transformasi Kerajaan (GTP), tetapi enggan mengakui bahawa pembaharuan institusi politik adalah sama, jika tidak lebih penting daripada inisiatif pembaharuan ekonomi. Selain dari NKRA dan NKEA, rakyat seluruhnya juga ingin melihat Bidang Politik Utama Negara, ataupun NKPA dilaksanakan secara serentak. KPRU bersependapat dengan penekanan kerajaan terhadap prinsip ketelusan, inklusif dan mengutamakan pencapaian. Pelaksanaan kelima-lima NKPA tersebut akan menjadi langkah perintis memulihkan keyakinan pelabur, membangunkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Ronnie Liu bersuara kembali


Harakahdaily
SHAH ALAM, 1 Okt: Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu satu nama panas sejak kebelakangan ini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai isu dan menjadi sasaran pelbagai pihak.

Sejak dua bulan lalu, beliau menutup mulut dan tidak mahu diwawancara oleh mana-mana media. Namun beliau sedia di wawancara oleh akhbar politik, Siasah baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, pelbagai perkara dicerita oleh beliau yang berkaitan dengan pelbagai isu yang menghantui beliau sendiri dan juga DAP di Selangor.

Antaranya isu beliau didakwa sebagai tauke di belakang banyaknya rumah urut dan spa lahir di Selangor sekarang ini.

Ronie juga dikaitkan dengan kegiatan samseng dan ada yang mendakwa kongsi gelap menjadikan pejabat beliau sebagai tapak aktiviti mereka.

Juga dihalakan kepada beliau adalah isu kawasan yang beliau wakili iaitu Dun Pandamaran di Selangor serta hubungan beliau dengan bekas pegawai khasnya di sana.

Dalam wawancara ini, Ronie menjawab semua tuduhan itu dengan tegas dan jelas.

“Saya rasa Barisan Nasional atau Umno sudah tahu, sekiranya mereka tidak kacau kita, dan kita dapat terus berkhidmat membangunkan negeri Selangor seperti hala tuju yang kita ada sekarang ini, mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya yang akan datang.

“Dahulu kita semuanya tidak ada kerajaan, tetapi apabila peluang (mandat) sudah diberi, kita sudah merakyatkan ekonomi Selangor, cara kita mentakbir bersih tanpa penyelewengan, tiada menyalahgunakan kuasa,” tegas Ronie dipermulaan wawancara lebih satu jam di pejabatnya itu.

Ikuti laporan penuh wawancara ini dalam Siasah yang kini berada di pasaran.