Ceramah DAP Anti Islam, Polis Di Kawal Oleh Umno. -video

Dua laporan polis dibuat terhadap ceramah anjuran Umno Besut yang bertajuk DAP Anti Islam, tetapi polis tidak mengambil tindakan kerana polis dikawal oleh Umno

Umno Lahirkan Pemimpin Rosak Aqidah Sanggup Bunuh Diri-“Bagi orang Islam, membunuh diri satu dosa yang amat besar,”terang Dato’ Seri Nizar, -isu panas(video)

Menurutnya satu kejadian bunuh diri telah berlaku pada minggu pertama bulan Ramadhan yang melibatkan bekas ADUN Umno dan Naib Ketua Wanita Umno. “Bagi orang Islam, membunuh diri satu dosa yang amat besar,”terang Dato’ Seri Nizar, yang menambah Umno melahirkan pemimpin yang rosak aqidah dan sanggup bunuh diri.

DAP Anti islam; Satu Fitnah dan Dusta.

Sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu anti Islam, tentulah semua ahli dan pimpinan DAP telah dimasukkan ke dalam penjara kerana Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.

Zanhafiz Hashim’s Photos – October 9, 2010

Orenji Ren Oren’s Photos – Wall Photos-NEWS from sabah.Latest prk batu sapi

PRK Batu Sapi sudah pasti akan dilangsungkan tak lama lagi. Nak tak nak, BN kena berhadapan dengan siri PRK yang ke -13 kerana mengikut perlembagaan, PRK perlu diadakan 60 hari selepas Speaker Dewan laporkan kekosongan luar jangka iaitu kematian mengejut ahli Parlimen. Ini peruntukkan Perkara 54 tersebut.
Dalam PRU 2008, calon BN, Edmund Chong Ket Wah (BN) telah mendapat 9,479 undi dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Win (Bebas) yang mendapat 5,771 undi. Majoritinya adalah 3,708 undi. Apa yang menariknya ialah saingan sengit dalam antara BN dan PR serta Bebas dalam 2 buah dun di dalam Parlimen ini. Iaitu Dun Karamunting dan Dun Sekong.
Walaupun kedua-dua dun itu dimenangi oleh BN, tapi dun Karamunting nyaris-nyaris dimenangi pembangkang jika tiada pertandingan 4 penjuru. Jika dicampur undi yang diperolehi oleh PKR, DAP dan Bebas iaitu sebanyak 3,716 undi, jelas bahawa BN hanya menang majoriti tipis sahaja iaitu 1,455 undi (5,171 (BN) – 3,716). Lagipun kerusi itu menyaksikan sebanyak 53.08% pengundi Cina. Sesuatu yang menggusarkan BN akhir-akhir ini.
Dan jika diikutkan bagi kerusi Parlimen, jelas bahawa Pembangkan atau bebas sepatutnya mendapat 6040, bukannya 5,771. 6,040 adalah diperolehi daripada jumlah semua undi yang PR dapat di dua kerusi dun di bawah Parlimen Batu Sapi (Sekong (2,324) tambah dengan Karamunting (3,716). Jadi majority hanyalah 3,439, bukannya 3,708 yang diperolehi oleh BN dalam PRU 2008. Majoriti 3 ribu bukan mustahil untuk PR kejar kerana ikut pengalaman di Sibu, pada awalnya PR pun kalah dengan majoriti 2 ribu lebih sebelum menang dengan majoriti 6 ratus lebih. Lagipun pada PRU 2008, hanya 61.45% pengundi atau 15,980 daripada 26,004 pengundi sahaja keluar mengundi. Maknanya 10,024 yang tak kuar mengundi. Ini angka yang mengejutkan. Satu lagi adalah berkaitan dengan komposisi pengundi. Jelas bahawa kaum bumiputera adalah pengundi majoriti iaitu sebanyak 60.14%, diikuti kaum cina sebanyak 37.21%. Tapi dilihat pada peratusan kaum Cina yang hamper 40 peratus ini, tak mustahil PR boleh lakukan kejutan.
Janganlah SPR jadi bodoh piang, buat hari pengundian waktu bekerja sudahlah. Lagi kurang rasanya peratusan mengundi. Jadi tak mustahil untuk PR dapat undi daripada mereka yang tak keluar mengundi ini. Ditambah dengan isu-isu tempatan dan nasional, maka tak mustahil PR boleh capai kemenangan sepertimana di Sibu. Cuma calon dan isu sahaja yang penting untuk PR rampas kerusi Parlimen ini. Dan calon BEBAS perlu berkompromi dengan PR untuk tumbangkan BN. Sama ada calon PKR atau DAP, perlulah dilihat aspek moral dan ketelusan. Rasanya calon DAP lebih layak untuk bertanding kerusi ini kerana sudah pasti BN akan letakkan calon berbangsa Cina dalam PRK nanti, sama bangsa seperti mendiang. Jadi mungkin tsunami di Sibu akan beralih pula ke Batu Sapi..mudah-mudahan.. Ruang untuk Pakatan Rakyat menggegarkan Kubu Be eNd..

Tian Chua: The Value Of Pakatan Is Not Just About Sharing Seats In The Parliament

Mayat bayi ditemui ditanam di bawah pokok ceri di Shah Alam

October 09, 2010

SHAH ALAM, 9 Okt – Mayat seorang bayi perempuan ditemui  oleh beberapa orang penduduk di bawah satu timbunan tanah di bawah pohon ceri di kawasan tanah rezab Kg Baru Hicom Seksyen 26 di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan  penemuan itu.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku  Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

“Siasatan awal polis mempercayai bayi yang cukup sifat itu sudah mati antara empat lima hari lalu tetapi kita perlu menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui waktu sebenar kematiannya,” katanya.

Sehubungan dengan penemuan itu, polis kini sedang menjalankan siasatan dari segenap aspek bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam  kejadian ini, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai  yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 03-55102220 bagi membantu siasatan. – Bernama

Tunku Abdul Aziz: Public Confidence Has Disappeared (video must see!)Tentang gejala rasuah daLAM NEGARA MALAYSIA…

Kelantan akan beri 2,000 geran tanah kepada peneroka

October 09, 2010

GUA MUSANG, 9 Okt – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

“Kelantan merupakan negeri pertama memberi kelulusan hak milik kepada peneroka individu di tanah rancangan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pemuda PAS Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Markas PAS Gua Musang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua tanah rancangan Felda itu bukan dalam kawasan DUN Galas tetapi kerajaan negeri berhak memberi geran hak milik kerana mereka telah menjelaskan semua hutangnya.

Ditanya mengenai pemilihan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas, Husam berkata memang sudah ada calon dan perwatakannya sama seperti bekas penyandang, Allahyarham Che Hashim Sulaima.

“Pemilihan calon akan diputuskan dalam sedikit masa lagi,” kata Husam, yang juga Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Kelantan.

Katanya parti itu yakin akan mendapat sokongan masyarakat Cina, India dan Orang Asli di kawasan itu bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim, 45, dari PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 Nov ini. – Bernama

Wanita MCA masih dilema isu skandal seks presiden

October 09, 2010

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Sesi perbahasan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA kali ke-35 hari ini hangat apabila skandal seks yang melibatkan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dibangkitkan oleh anggota perwakilan.

Seorang perwakilan dari Pahang, Khiew Yuh Jiuan, mendakwa kebanyakan anggota parti itu berasa malu kerana mempunyai seorang pemimpin tertinggi yang mempunyai “masalah moral”.

Beliau turut menyifatkan perjuangan parti itu sebagai gagal berhubung perkara itu yang menyebabkan ramai anggota tidak dapat menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pelbagai perkara.

“Bila kami mahu menyampaikan pandangan, orang lain akan menyerang parti ini dengan mudah melalui skandal seks presiden. Sebagai ahli, kami terpaksa berdiam diri sahaja. Presiden (Dr Chua), bolehkah kepimpinan anda membantu memperkembangkan MCA?” katanya.

Kata-kata itu kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan mesyuarat di Hotel Berjaya Times Square di sini.

Speaker Ooi Siew Kim pula berkata ucapan Khiew itu jelas merupakan suara hati anggota dari peringkat akar umbi kepada pucuk pimpinan parti.

Pada Januari 2008, Dr Chua melepaskan jawatannya dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

Dr Chua dipilih menerajui MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 28 Mac lepas selepas menewaskan dua orang bekas presiden iaitu Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Tan Sri Ong Ka Ting.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, bekas Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun kemudiannya bertindak melepaskan semua jawatan dalam parti serta dalam Kabinet bagi mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika Dr Chua menjadi Presiden MCA.

Ketika gilirannya berbahas, Naib Ketua Senator Heng Seai Kie pula berharap agar para perwakilan dapat menerima pucuk pimpinan parti yang telah dipilih dengan hati terbuka agar krisis dalaman tidak berterusan.

Beliau yakin bahawa parti itu masih mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik negara walaupun ramai anggota yang tidak dapat menerima keputusan pemilihan pada Mac lepas. – Bernama