Warta Selangor – 11.10.2010-VIDEO TERKINI….

Press Conference: Khalid Ibrahim Khalid To Run For PKR No 2

KU LI boleh bersama TGNA dan PR dalam menuntut hak wang royalti. TAPI?????

KU LI boleh bersama TGNA dan PR dalam menuntut hak wang royalti yang di ubah kepada wang ehsan supaya di kembalikan kepada rakyat dan kerajaan Kelantan. Tapi di GALAS nanti apa KU LI nak spin isu ni kepada pengundi2 di sana?

Mtd Kota Lama’s Photos -Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah…

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah…

Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Parlimen: Seramai 17 Ahli Parlimen Telah Keluar Dewan, Tidak Puas Hati Banyak Soalan Di Tolak Termasuk Yang Menyentuh Soal 1Malaysia Najib


KUALA LUMPUR 11 Okt [7.00 pm] – Tidak puas hati apabila beberapa soalan untuk pertanyaan jawab lisan mereka ditolak, seramai 17 Ahli Parlimen daripada parti pembangkang dan Bebas bangkit mempersoalkan perkara itu menyebabkan persidangan Dewan Rakyat tertunda hampir 45 minit. Mereka terdiri daripada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Prof Dr. P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Gwo Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok), Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Wong Hong Leng (DAP-Sibu) dan M. Monagaran (DAP-Telok Intan). Kesemua mereka menuntut penjelasan mengenai soalan-soalan yang dikemukakan, iaitu secara purata antara satu hingga empat soalan bagi setiap ahli Parlimen ditolak. Isu itu berbangkit selepas selesai majlis bertakafur bagi menghormati kematian Datuk Edmund Chong Ket Wah (PBS-Batu Sapi) apabila Karpal Singh mengemukakan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) bagi mempersoalkan tindakan Parlimen menolak soalannya yang menyentuh mengenai Gagasan 1Malaysia.

[Sesuatu yang amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara Malaysia yang kononnya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Apalah erti persidangan jika banyak soalan panas yang enggan dijawab oleh pemimpin kerajaan. Malah lebih perit lagi bila mana Speaker Dewan Rakyat sering digunakan untuk menghalang ahli parlimen bertanyakan soalan tersebut kepada pihak kerajaan. Kenapa takut dan berselindung disebalik speaker?. Keputusan Speaker juga jelas menunjukkan beliau mengikut kehendak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang “gusar” andainya mereka gagal menjawab soalan tersebut dan dihentam bertalu-talu oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Jika inilah keadaannya parlimen kita, maka tiada gunanya diadakan persidangan itu].

Ibrahim Ali accused of disrespect for late Chong

Dua Orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim Dan Amizuddin Ahmat Di Panggil Ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Untuk Siasatan Kes Rahimi Rabu Ini


KUALA LUMPUR, 11 Okt [2.15 pm] -Dua orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim dan Amizuddin Ahmat telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu ini (13 Okt). Difahamkan ia berkaitan dengan siasatan kes pendedahan bekas Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim, Rahimi Osman (foto). Mereka telah menerima panggilan daripada Supritendan Meor, bagu tujuan melengkapkan siasatan tersebut. Selepas Rahimi membuat laporan polis pada 6 Oktober 2010 di Balai Polis Klang, dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa dan Saiful Izham Ramli, nama Amizuddin Ahmat (Din Binjai) dan Zulikifli Ibrahim juga disebut kerana mereka berdualah yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam ketika itu. Menurut kenyataan Amizuddin menerusi blongnya Sharpshooter “Pada mulanya Supritendan Meor mahu berjumpa kami di IPD Perda Bukit Mertajam pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 jam 10 pagi tetapi oleh kerana kami berdua akan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut maka akhirnya kami berdua akan dipanggil untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 5 petang”, katanya. “Kelmarin peguam Anwar puan Latheefa telah hubungi saya dan beritahu beliau dan Saiful Izham Ramli telah dipanggil oleh Polis Bukit Aman pada Selasa (12 Oktober) untuk beri keterangan”, tambah beliau.


Dua Exco AMK yang bakal disiasat oleh polis kes Rahimi
Amizuddin Ahmat (kiri) dan Zulkifli Ibrahim (kanan)

Menurut Amizuddin lagi, pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang menyiapkan saman terhadap Rahimi dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini. “Sebab itu saya tangguh sementara kisah sebenar tentang Rahimi sebab kami berdua akan menjadi saksi dalam kes saman terhadap Rahimi di Mahkamah. Saya dan Zulkifli adalah Exco AMK dan kami akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bukit pada jam 5 petang pada hari Rabu ini. Berani kerana benar….kami tahu Rahimi sebenarnya berbohong dan berusaha membersihkan nama Najib dan Rosmah dan dalang sebenar dalam isu Rahimi adalah Senator Raja Sesumpah” kata Amizuddin lagi. Sementara itu Zulkifili pula menyatakan beliau bersetuju untuk memberi kerjasama kepada pihak polis, tetapi bagaimana dengan laporan polis yang dibuat oleh tokoh-tokoh keadilan terhadap pimpinan negara sebelum ini. “Apakah ianya secepat ini siasatan dijalankan oleh polis? Keadilan dalam siasatan polis perlu kerana kes yang dilaporkan untuk kepentingan rakyat termasuk isu perkauman yang libatkan Nasir Safar dulu”, kata Zulkifli.

[Memang benar dan cukup menghairankan kita, apabila pihak polis begitu “pantas macam kilat” untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Rahimi Osman. Sedangkan banyak laporan yang dibuat oleh pemimpin Pakatnan Rakyat hanya dipandang sepi dan di “bakulsampah”kan oleh mereka. Apakah ini namanya polis bertindak “adil dan telus”, walhal ternyata dan amat jelas mereka masih bersikap “double standard” biarpun mengatakan integiriti telah meningkat. Apapun kita ucapkan syabas kepada Zul dan Din Binjai atas kerjasama yang akan diberikan itu. Soalnya apakah polis akan meenerima keterangan tersebut, jika ia tidak berpihak kepada Rahimi?. Sebagai makluman, Zulkifli Ibrahim juga kabarnya menawarkan diri sebagai Calon Exco AMK Pusat dalam Pemilihan 2010 ini. Beliau yang baru berumur 31 tahun dan berasal dari Nibung Tebal Pulau Pinang itu adalah merupakan Bekas Pengarah Syarikat Swasta, Bekas Setiausaha Politik Goh Kheng Huat (Bekas MP DAP Nibong Tebal), Pembantu Khas Exco Pertanian,Industri Asas Tani,Tebatan Banjir & Masyarakat Luar Bandar Pulau Pinang dan merupakan salah seorang Pengusaha Ladang Jagong Di Kedah. Justeru itu, anak muda AMK diseru menyokong beliau untuk diangkat sekali lagi dalam kepimpinan AMK selepas ini. Difahamkan beliau berada dalam barisan depan “Team Chegubard” yang menawarkan diri sebagai Calon Ketua AMK itu].

Settlers threaten to camp outside Felda HQ -video.

Dewan Rakyat Menolak Usul Pengetua Rasis Yang Di Kemukan Oleh Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur)


KUALA LUMPUR 11 Okt [2.20 pm] – Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bagi membahaskan isu seorang pengetua dari Kulaijaya, Johor dan seorang guru dari Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman pada Ogos lepas. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) dengan alasan ia tidak perlu disegerakan. “Saya difahamkan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah memulakan siasatan terhadap dua penjawat awam ini, justeru itu ia tidak perlu disegerakan, usul ini ditolak melalui Peraturan Mesyuarat 18 (2),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Sementara itu Lim usul untuk membahaskan kes dua pengetua di Johor dan Kedah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka telah dihantar pada 8 Oktober lalu. Beliau berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan didakwa gagal bertindak. Menurutnya juga, ia merupakan tamparan kepada PM Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi gagasan 1Malaysia.

[Seperti biasa, Speaker Dewan Rakyat akan menolak apa jua usul panas yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang di Parlimen biar pun ia untuk kepentingan awam. Apalah gunanya 1Malaysia, jika isu sebegini dianggap tidak penting kepada kerajaan. Sedangkan dalam masa yang sama mereka mewar-warkan kononnya mahu wujudkan perpaduan antara kaum di negara ini. Hakikatnya, mereka tergamak membiarkan mana-mana pemimpin yang bertindak rasis tanpa berani membuat sebarang tindakan. Bukankah aneh, Menteri Pelajaran tidak dapat berbuat apa-apa atas insiden itu. Malah, Perdana Menteri sendiri gagal untuk mengambil tindakan atas apa yang telah dilakukan oleh pengetua berkenaan. Jika beginilah caranya, maka jelas sekali kuasa yang ada hanya layak untuk pemimpin pembangkan sahaja tetapi tidak untuk pemimpin UMNO BN atau kakitangan kerajaan yang menyokong aspirasi mereka itu sebenarnya].

Panas: Konsert Rock “Red On Black” Di Kuantan, Andai UMNO BN Ikhlas Perjuangkan Islam Maka MB Di Gesa Gunakan Kuasa Halang Program Ini !


KUANTAN, 11 Okt [11.10 am] – Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini, mahu Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob (foto) bertindak segera untuk menghalang sebuah konsert rock yang bakal diadakan di Stadium Darul Makmur pada 15 Oktober ini. Konsert yang dipercayai akan menampilkan lagenda rock tanahair yang terdiri daripada Kumpulan Wings, Search dan Ella itu dinamakan “Konsert Red On Black” bakal berlangsung selama dua jam pada hari berkenaan. Konsert anjuran Awie Entertaiment Sdn Bhd dan Red On Black Sdn Bhd itu menawarkan tiket berharga RM57 untuk dibeli oleh peminat mereka. Kononnya konsert itu diadakan di Kuantan bagi mengenangkan Pahang kurang acara hiburan berbentuk konsert berskala besar. Malah menurut Awie, mereka memilih Stadium Darul Makmur, untuk menjayakan konsert tersebut agar peminat di bahagian Timur dapat bersama-sama menikmatinya. Ini kononya kerana mereka mendapati konsert Double Trouble yang lepas, kurang sekali penyertaan daripada peminat dari Pantai Timur. Justeru itu, ramai umat Islam di bandar ini kecewa dan terkilan kenapa konsert tersebut begitu mudah untuk diluluskan oleh pihak Majlis Tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan), tanpa merujuk kepada pihak jabatan agama Islam di negeri ini. Malah, selaku Exco Agama Islam Negeri, Adnan perlu memainkan peranan untuk menghalang konsert tersebut. Tidak ada langsung ilmu dan manfaat yang boleh diperolehi menerusi konsert berkenaan. Apa yang pasti ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan dan maksiat semata-mata. Dikala umat Islam terutamanya generasi muda hari ini yang semakin parah akidahnya, maka penganjuran acara ini wajar dihalang segera.


Inilah poster iklan konsert Red On Black yang hangat diperkatakan itu

[Sudah cukuplah dengan program Jom Heboh TV3 serta acara-acara lain yang diadakan sebelum ini. Tindakan membiarkan penganjuran konsert berkenaan sebenarnya tidak mendatangkan sebarang makna untuk mempertingkatkan jatidiri dan akidah umat Islam itu sendiri. Apa yang pasti, mengikut kebiasaannya konsert seperti itu akan mengundang maksiat dan membawa keruntuhan kepada akhlak muda-mudi sebenarnya. Tiga perkara yang perlu dijawab oleh MB Pahang itu ialah apakah konsert tersebut akan membawa anak-anak Malayu lebih beriman dan bertakwa kepada Allah?. Keduanya, apakah konsert tersebut akan mendidik manusia ke jalan yang lurus dan membawa kebaikan dan ketiganya apakah ini caranya untuk menerap dan membentuk generasi muda ke arah cintakan agama, bangsa dan negara?. Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh orang Islam itu lebih “berhati-hati” dalam membenarkan sesuatu acara yang lebih cenderung ke arah maksiat seperti itu. Malah, kita khuatir perkara lain seperti minum arak, pergaulan bebas, pergaduhan dan lebih parah lagi perzinaan akan berlaku pada malam konsert tersebut. Justeru itu, diharapkan agar pihak jabatan agama Islam bersama kerajaan negeri menarik balik kebenaran penganjuran tersebut demi agama, bangsa dan negara tercinta. Tidak ada faedahnya, memberikan hiburan demi hiburan kepada generasi muda yang sememangnya sudah tersasar daripada keperibadian muslim itu sendiri sebenarnya. Jika UMNO itu benar-benar ikhlas perjuangkan Islam, Menteri Besar Pahang perlu membuat tindakan segera untuk batalkan konsert maksiat seeprti ini !!].