PAS tetap tanding di Galas, soal Ku Li tak sentuh

TERKINI @ 10:23:53 PM 03-10-2010
October 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Okt — PAS membuat keputusan muktamad akan meletakan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong selepas penyandangnya dari parti itu meninggal dunia Isnin lalu.

Pendirian ini dicapai pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat PAS di sini, petang tadi.

PAS juga melantik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Fatah Harun sebagai pengarah operasi manakala Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah strategi.

“Mesyuarat tadi ada membincangkan soal pilihan raya kecil Galas, kami sudah mengambil keputusan akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Galas,” kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kata beliau, mesyuarat hari ini tidak menyentuh soal cakap-cakap bahawa Umno-BN akan menurunkan Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 Oktober lepas akibat barah usus.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Rabu ini.

Mahfuz juga berkata pihaknya juga tidak membincangkan soal calon pada mesyuarat hari ini.

“Lagipun kawasan Gua Musang dan negeri belum membincangkan soal calon, ia belum diangkat ke peringkat negeri.

“Perkara itu akan dibincangkan selepas kemudian. Tarikh pelancaran jentera dan pengumuman nama calon akan diputuskan oleh jawatankuasa jentera pilihan raya yang dibentuk,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan isu soal calon tidak disentuh hari ini.

Mengenai saranan kemungkinan Tengku Razaleigh akan diturunkan oleh Umno-BN, Tuan Ibrahim menjelaskan pihaknya juga tidak menyentuh soalan itu, lagi pun Ahli Parlimen Gua Musang itu sendiri tidak mengatakan apa-apa.

“Kami hanya bincang soal pembentukan jawatankuasa operasi dan induk… soal Ku Li bukan agenda mesyuarat,” katanya lagi.

Kata Tuan Ibrahim, satu mesyuarat khas akan diadakan kemudian untuk membincangkan soal calon khususnya selepas tarikh pilihan raya kecil diputuskan.

Cuepacs mohon bonus bagi 1.2 juta penjawat awam-Asyik Nak merayu saje ,kesian harga barang makin naik gaji tak naik-naik… (Inilah pemerintahan umno bn!!)

October 03, 2010

PUTRAJAYA, 3 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa), tahun ini.

Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.

“Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 [juta] penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.

“Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam,” katanya.

Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.

Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini. — Bernama

AlFatihah – Bekas wartawan Watan dan pemilik majalah Detik Meninggal Dunia

Oleh Paktam
Webmaster DetikDaily

Kira- kira jam 6.10 ptg tadi, Ahmad Lutfi Othman, memberitahu   seorang rakan karibnya  iaitu Saudara Samsuri roslan, bekas wartawan Watan dan pemilik majalah Detik pada 15hb September lalu telah di serang serangan angin ahmar telah pun meninggalkan dunia ,kira kira jam 6.00 ptg tadi di Hospital Pantai, Bangsar.

Berita tersebut telah disampaikan oleh anak beliau kepada Ahmad Lutfi Othman  Samsuri .Sementara itu, Ahmad Lutfi Othman Dan juga pihak Detikdaily  merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Samsuri roslan di atas pemergian Almarhum.Moga tabah menghadapi dugaan ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah,”

Jenazah beliau akan dikebumikan pada esok jam 9 pagi, bagi rakan – rakan yang ingin ziarahi jenazah beliau ,boleh la datang di No 8, Jalan Restu 2, Taman Seri Puteri ,Meru . Depan Masjid Meru.

Berita Yang Lalu

Bekas wartawan Watan dan pemilik majalah Detik terlantar di ICU Hospital Ipoh

Jam 3.30 petang 15 September,saya  terima sms dari Ahmad Lutfi Othman,memberitahu seorang rakan karib iaitu Saudara Samsuri roslan, bekas wartawan Watan dan pemilik majalah Detik(Majalah Detik tersebut telah diharamkan oleh KDN ), yang kini terlantar di ICU Hospital Ipoh, ekoran serangan angin ahmar. Samsuri belum sedar sepenuhnya lagi. Terpaksa menjalani pembedahan di kepala … semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..Marilah kita sama- sama kita mendoakan kesejahteraan kesihatan beliau..Amin.

Detikdaily Versi internet ini diambil sempena nama Majalah Detik tersebut ,iaitu setelah Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dan menyekat dari Majalah Detik diterbit.

Semalam,Ahmad Lutfi Othman, Pengerusi KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen ) menziarahi Saudara Samsuri Roslan  dan beliau juga turut memberi sumbangan kepada keluarga beliau

Marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan kesihatan beliau,moga beliau cepat sembuh..

Sarawak in election mood, all eyes on Taib

Fri, 01 Oct 2010 22:17

KUALA LUMPUR: Talk is rife in Sarawak that the state assembly will be dissolved as early as this month for the state election even though the assembly’s term only expires in July next year.

It intensified after Chief Minister Abdul Taib Mahmud confirmed last Saturday that he was willing to lead the state Barisan Nasional (BN) and government for another term.

Taib, 74, made the announcement to a crowd of over 7,000 people who comprised state Cabinet ministers, BN supporters and members of NGOs upon his return from an overseas trip.

A day later, he told reporters he was likely to defend his Balingian state seat — another indication that things are gearing up towards the 10th state election.

The two announcements immediately sparked talk that his next announcement would be the dissolution of the state assembly as many political analysts believe that the two announcements are the clearest indication that the election is getting nearer.

Sarawak BN secretary-general Stephen Rundi said in an interview that the BN election machinery was already into “full gear” while election-related courses and training had been completed.

“The first wave of the roadshow is already on and we will continue with the roadshow until the election is called. We are prepared anytime Pehin Seri (Taib) wants to call the election,” he said.

Since his return from the short trip overseas last week, Taib has been actively travelling throughout the state, almost on a daily basis, which is seen as part of the roadshow to meet the people through various events.

Two-thirds majority

Rundi said that in terms of seat allocation, the BN leadership is likely to stick to the previous formula, with Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) getting 35 seats, Sarawak United People’s Party (SUPP) 19, Parti Rakyat Sarawak (PRS) nine and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) eight.

In the last election, PBB won all 35 seats it contested, SUPP 11, PRS eight and SPDP eight of the 71 at stake.

“I believe the seat allocation will be the same. It is up to the leadership to decide. In terms of chances, I believe we can maintain our two-thirds majority. However, in certain constituencies, we have to work hard,” he said.

Another sign that the state election may be getting nearer is that to date, there is no indication whether the last session of the year’s state assembly sitting scheduled for the end of November will be held.

Many state assemblymen said they have yet to receive notice of the sitting even though there was a report saying that it could be held at the end of October or early November for the state budget. The last sitting of the Sarawak state assembly was from May 17 to 26.

This has prompted some opposition leaders in the state into believing that the “election is round the corner” and could be called as early as next month.

“Election is coming. October or November is a very likely date,” said Sarawak DAP chairman Wong Ho Leng.

“The signs have grown very hot of late. Everywhere you go, people are talking about it and it does look very soon, possibly by November,” Sarawak PKR chief Baru Bian said.

Some politicians from Sarawak, particularly MPs, are worried that if the election is called either this month or the next they would have to shuttle between the state and Parliament sessions during the campaign period.

Taib’s beard

The Dewan Rakyat will sit again from Oct 11 and, during this sitting, several important events such as the tabling of the 2011 Budget will take place.

Even though Umno does not have any official presence in Sarawak, its general assembly from Oct 19 to 24 will still be keenly watched before the BN convention on Nov 28.

Therefore, some political watchers believe that the state assembly would be dissolved either towards the end of October and the election called before Aidiladha, which falls on Nov 17.

However, others say that it will be held after Aidiladha as the 218 divisions of PKR are scheduled to hold direct voting to elect its national leaders on weekends from Oct 29 to Nov 21, and Parliament sitting will limit their leaders’ movement.

But PKR vice-president Azmin Ali has said that the party’s first direct election will not be postponed even if the Sarawak state assembly were to be dissolved at that time.

However, there are some politicians who believe the state election will only be called after March 26, 2011 — exactly 30 years after Taib became the chief minister. He took office on March 26, 1981, replacing his uncle Rahman Yaakub.

Some Sarawakians, however, are observing Taib’s beard as they believe the date of the election will be determined by the length of his beard. They say that once it reaches a certain length, he will be looking for inspiration for the election date. He is still sporting the beard, but it is trim.

There are also those who believe that nine is Taib’s special number but the long-serving chief minister has so far offered only a teasing clue to the media — by saying that the election will take place on a Saturday.

Being a veteran politician, Taib knows fully well that the media as well as politicians will always be thrilled with the clue he has presented them.

For all the guessing and clues, one fact remains — nobody knows for sure when the election will be until the state assembly is dissolved.

– Bernama

Taib: BN will win with ‘comfortable majority’ -Are your sure!!!!!

Thu, 30 Sep 2010 21:57

KUCHING: Sarawak Chief Minister Taib Mahmud is confident that the state Barisan Nasional (BN) will win with a “comfortable majority” in the upcoming state election.

However, when asked by reporters to quantify it, Taib, who is also state BN chairman, said, “Count the Bumiputera-majority seats.

“With the people’s support, I believe we will have quite a comfortable majority, but I will be very sad if we form the next government without strong Chinese representation,” he said at an Aidilfitri celebration, here, today.

More than 3,000 people, largely Chinese, attended the gathering and his address was translated into Mandarin.

The Aidilfitri gathering was held at a hotel in conjunction with the opening of a new RM61.5 million dual carriageway from Stutong to the Sama Jaya Industrial Zone and Kuching International Airport.

When asked by reporters if the Chinese would reject the Sarawak United People’s Party (SUPP), one of the state BN component parties, in the coming state election, Taib said: “I don’t know. It’s up to the Chinese to decide.”

There are 71 seats in the state legislative assembly, out of which 56 are Bumiputera-majority seats and the other 15, Chinese-majority.

In the 2006 state election, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), the backbone of Sarawak BN, contested 35 seats, SUPP 19, Parti Rakyat Sarawak (PRS) nine and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) eight.

PBB won all 35 seats, SUPP 11, PRS eight and SPDP eight.

SUPP failed to retain eight seats, incluing four Chinese-majority seats — Pending, Batu Lintang, Padungan (all in Kuching), and Bukit Assek (Sibu). The three mixed constituencies it lost were Kota Sentosa (Kuching), Meradong (Bintangor), Kidurong (Bintulu). It also lost the predominantly-Iban seat of Engkilili (Sri Aman).

Taib appealed to the Chinese community to have a strong representation in the government to have a greater say.

He said every race in the state should be represented in the government as the government would always find ways to help the people to progress.

He urged the Chinese to think deeply over what would happen in future if they have no representatives in the government.

“Do you want to be the tormentors of the government or be part of the government?” he said.

Taib also said that his first pledge when he was sworn in as chief minister was to be a chief minister for all races in the state.

– Bernama

Taib the lone political dinosaur after Samy’s exit

Sat, 02 Oct 2010 06:00

By Joe Fernandez

COMMENT Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud is on the verge of claiming the dubious distinction of being the lone dinosaur in Malaysian politics. This follows the decision by MIC president S Samy Vellu to throw in the towel come January, that is, several months before his previously announced exit in August/September next year.

It appears that Samy Vellu is hedging his bets. He will step down in January as pledged this time if it looks like the general election is going to be held anytime soon. He would not want to go through another humiliation at the ballot box.

However, if the general election will only be held in another two years’ time as one school of thought holds, Samy Vellu may well drag out his exit until August/September as initially planned or even later. He has previously broken all promises to quit. The fact that he didn’t put a quit date for January is telling. That shows that he’s still thinking whether to quit or wangle his way out again. Anything can happen between now and January. Even a week, they say, is a long time in politics.

In any case, whether Samy Vellu stays or goes is no longer of any consequence. Both MIC and Samy Vellu are history. Samy Vellu may well go in January. It really doesn’t matter one bit. Too little, too late.

With Samy Vellu out of the way, the spotlight will fall on Taib as the public marvels at his utter shamelessness in wanting to still cling on to office after three decades of squatting on the people. Already, Taib’s long stay in power has denied two generations the right to rule themselves.

Taib clinging on to power is no longer about the people but all about himself, his family, relatives and cronies. He will have a busy time at least until at least 2015, a year before the state election, to re-figure his business and political empire for him to rule from behind the scenes. By that time, he will be 79 years old. The next state election is due by the middle of next year.

Taib knows that he would fare even worse at the next state election vis-à-vis 2006 but in his words, he’s confident of returning to power yet again based purely on the 56 Bumiputera state seats. He seems to have written off the 15 Chinese state seats in a worst-case scenario. He’s reconciled to heading a purely Bumiputera government. This will be a dubious first in Malaysia.

Counting on Sarawak Malays

Taib’s confidence, despite widespread allegations of rampant corruption, stems from the belief that the Melanau, both Muslim and Christian, will not desert a fellow Melanau. He can count on the support of the Sarawak Malays who have long been persuaded that not to stick with Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) is to risk losing the chief minister’s post and Muslim political control of Sarawak.

The overwhelmingly rural illiteracy-plagued Iban community, the largest in Sarawak, has yet to demonstrate any degree of political maturity so far. They can be expected to go along with the pemerintah (government or party in power). The naïve Ibans think that going against the “government” would be like going against their own “father and mother”, and hence unthinkable. The opposition parties are seen as traitors, trouble-makers, anti-national elements, big talkers, and as Taib has depicted them in recent days, big fat “liars for whom the government can do no right”.

Taib benefits hugely, in political terms, from the prevailing slave mind-set in Iban country. This is where the core of Taib’s political support resides. Taib, being a Melanau, also appeals to them as a fellow Dayak. It’s difficult to persuade them on his corruption, especially when he pawns them off with a fistful of ringgit, cheap moonshine and wild boar at every election.

The Sarawak Malays have been known to rebel before as in 1987. Dubbed the “Ming Court Affair”, after the hotel along Jalan Ampang in Kuala Lumpur, the majority of Sarawak state assemblymen gathered to vote Taib out. Unfortunately, they got Abdul Rahman Ya’kub – Taib’s predecessor and maternal uncle – to lead them and he tipped off his nephew who quickly dissolved the state assembly for snap polls.

The Ibans and Sarawak Malays, besides the Melanau and Chinese, came to Taib’s rescue and the plotters were either left in the political cold for many years or eliminated one by one “for their treachery”.

Poetic justice

Taib can no longer take the Bidayuh and Orang Ulu for granted. This is where he’s going to lose seats besides the Chinese areas. Some Malay areas may go as well if Taib doesn’t win them by razor-thin margins.

All in all, Taib can count himself extremely lucky if he can still manage a two-thirds majority in the state assembly but no one is betting on this as yet.

The opposition alliance, Pakatan Rakyat, has already made an unprecedented promise to the electorate, that is, to return all land stolen by “the politicians, the state government and big companies from Peninsular Malaysia” to the people.

The second promise is to trace and return the ill-gotten gains of the politicians “to the public treasury”. This would be a massive undertaking involving forensic accounting, Interpol, foreign governments and the United Nations. The role of the Malaysian Anti-Corruption Commission can be discounted.

The third promise is to return political autonomy to Sarawak as pledged under the 1963 Malaysia Agreement.

It would be interesting to see how Taib manages to cope with the opposition onslaught.

So far, he has had a relatively easy time until 2006, winning by default in the absence of an organised opposition. The last outing was just for starters. Henceforth, it’s going to get increasingly tougher for Taib. Eventually, like Samy Vellu, he will not go out in a good way but in disgrace. That would be poetic justice!

Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya


Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 3 Okt: “Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya,” itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya.

Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.

“Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum,” tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi.

Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi.

Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian.

“Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga,” katanya.

Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah.

“Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu,  wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan,” jelasnya.

Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen.

Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.

Ijtimak Tarbawi 2

Album Hari Kedua Ijtimak Tarbawi DPPP Peringkat Kebangsaan

Tarbiah agenda paling penting jemaah Islam


Hazayani Zakaria
MARANG, 3 Okt: Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.

Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.

Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.

“Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam,” kata Azman di majlis penutup ijtima’ di Masjid Rusila.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.

DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usram sebagai asas kepada segala gerak kerja parti.

Selain itu, program ijtima’ akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.

DPPP turut mengulangi pendirian mereka sebelum ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Menurut Azman juga, DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.

Azman dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemuda dan pemudi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.

Kehadiran peserta yang mencecah 5,000 orang disifatkan sebagai kejayaan awal DPPP dalam memobilisasi seluruh pemuda ke setiap program dan gerak kerja.

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program.

“Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini,” katanya.

Beliau turut memberitahu, ijtima’ pemuda pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan.

%d bloggers like this: