Tiada bonus kerana kos besar – PM

16/10/2010 3:46pm

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

“Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan… kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

“Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam,” kata beliau berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini. – Bernama

Ribuan Saksikan RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor 2

 

Posted on Friday, October 15 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Respon Image Hosted by ImageShack.usCeramah ini membuktikan UMNO perlu di selamatkan. Walaupon di sebut VIP sebagai para Pahlawan umno yang hadir pada malam itu namun, kehadiran penonton membuktikan UMNO masih sakit , dan perlu di selamatkan . Walaupon bajet Najib di sifat kan gerombolan amat ‘kenyangkan tembolok’ dan ‘Istimewa’ namun masih dipandang sinis sebahagian warga Subang.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Lokasi Padang Subang Perdana.

RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor .

Datuk Satim Diman
Lokman Adam
Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa.
Datok Mat Bushro

Kehadiran para gerombolan dengan jentera berpasukan bukan lah penduduk Subang secara sahnya. 😉

Jangkaan kehadiran 150 orang termasuk yang menyorok di celah-celah pokok, dan di depan pentas lori .

 P/S Respon kepada Noh Omar 

Selamatkan S’gor 2 jawab ‘sodomy tour’ Anwar

Umno Selangor akan mengadakan siri jelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) untuk pusingan kedua, antaranya bagi menjawab kenyataan Datuk Seri Anwar di luar negara yang didakwa mencerca sistem pemerintahan negara.

Timbalan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar berkata antara perkara yang akan diketengahkan, antaranya berhubung “isu peribadi dan moral” pemimpin Pakatan Rakyat, dakwaan penyelewengan wakil rakyatnya serta urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.

 

 

 “Antara itu yang mutakhir yang jelas mengguris perasaan rakyat Selangor ialah isu Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan ‘sodomy tour’ hingga ke Eropah baru-baru (ini) yang menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat Selangor.

“Penghinaan dan cercaan ketua pembangkang ini di media-media antarabangsa terhadap sistem pemerintahan di negara ini juga akan merugikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling maju di negara ini,” kata Noh (kiri).

Kenyataan Anwar mengenai Malaysia di luar negara sering dianggap memburukkan imej negara, tertamanya oleh oleh pemimpin BN.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam dilaporkan berkata beliau kesal dengan hasil wanwacara Anwar dengan TVOne di Indonesia kelmarin.

Menurut Bernama, semasa diwancara stesen televisyen republik itu, Anwar didakwa berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sekiranya beliau menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, Umno negeri itu melancarkan SSDE kali pertama yang melibatkan 19 program di 19 bahagian Umno di negeri itu bermula 23 Julai lalu, antaranya berkisar isu perlombongan pasir.

Dalam satu kenyataan hari ini, Noh berkata program itu akan bermula esok di Subang Perdana dengan disertai Setiausaha Umno negeri Datuk Satim Diman, dua bekas pemimpin Pemuda PKR (AMK) – Senator Ezam Mohd Nor dan Lokman Nor Adam – dan seorang ustaz Ahmad Najib.

 

 

 Sementara pada 16 Oktober (Sabtu) pula, majlis penerangan berlangsung di Dewan Bunga Kertas di TTDI Jaya Shah Alam, kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Menurutnya lagi, selain Satim dan Ezam, diketengahkan juga exco Pemuda Umno Datuk Suhaimi Sahadan dan seorang ustaz Rosdi Long.

Kedua-dua majlis tersebut bermula jam 9 malam.

Sehubungan itu, Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata Umno yakin siri jelajah ini dapat memperjelaskan isu-isu terkini yang sangat rapat dengan kepentingan rakyat negeri itu.

“Umno Selangor komited melaksanakan roadshow SSDE 2 secara berterusan bagi membongkar penyelewengan, kelemahan serta kepincangan Pakatan Rakyat selama hampir tiga tahun memerintah negeri Selangor,” kata Noh lagi.

PAS turunkan calon berkualiti di Galas

Abd Shukur Harun   
shukurharun@yahoo.com Dengan hanya tinggal beberapa hari saja lagi hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dun Galas pada 26 November sementara hari mengundi 4 November suasana sekitar Dun Galas dalam Parlimen Gua Musang semakin sibuk.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga memutuskan hari yang sama penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kerancakan menjelang pilihan raya di Dun Galas semakin bertambah di mana pemimpin PAS dan Umno/BN semakin kerap mengadakan perbincangan di kalangan parti masing-masing.

Di samping itu, bendera PAS dan Umno/BN sudah berkibar di sana sini, khususnya di tempat strategik – di simpang empat, jalan masuk ke kampung, tempat lapang, berdekatan dewan, tempat orang ramai biasanya berkumpul dan tidak kurang rancaknya berdekatan pasar malam dan pasar harian. Pelbagai petak jualan sekitar Dun Galas, membawa ke Gua Musang, malah hampir sampai ke Merapoh sudah kelihatan banyak yang ditandai, malah ada yang sudah didirikan.

Dengan pengalaman panjangnya menghadapi pilihan raya umum dan kecil sejak lebih 40 tahun, PAS sudah menduga, seperti kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bahawa  dalam mana-mana pilihan raya juga sama, Umno/BN hanya ada satu modul iaitu menggunakan sumber kewangan dan menabur pelbagai janji, termasuk janji membina satu jambatan baru di Manek Urai.

Jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi Sungai sedia ada di kawasan itu.

“Kita akan dedahkan balik janji-janji ini di Galas,” kata Idris lagi kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun kini Umno/BN sudah mula menimbulkan masalah air bersih di Kelantan, termasuk di Gua Musang dan ini nampaknya antara permulaan siri ‘serangan’nya terhadap pemerintahan PAS Kelantan. Tentu saja PAS akan menjawab isu ini dalam kempennya nanti.

Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP dijangka akan datang membantu sepenuhnya seperti dalam mana-mana pilihan raya. Sudah tentu DAP dan PKR akan menumpukan perhatian kepada pengundi Cina di Dun tersebut. Malah undi Orang Asli juga akan menjadi perhatian dan kedua-dua pihak akan berusaha menarik mereka.

Kita yakin dengan pengalaman PAS yang panjang dan telah terbukti selama ini hingga mampu memerintah Kelantan lebih 20 tahun, PAS akan mengatur kempennya berdasarkan pengalaman ini. Sekali lagi kita akan melihat kemampuan PAS Kelantan, dibantu oleh PAS negeri-negeri dan pendukung PKR, DAP membuktikan kemampuannya untuk mempertahankan Galas. Dewan Muslimat pula akan mengerahkan Briged Muslimatnya yang baru ditubuh untuk membantu kempen tersebut. Sementara Dewan Ulama, Pemuda, Muslimat, malah Dewan Himppunan Penyokong PAS juga akan turun padang berhabis-habisan untuk kempen tersebut.

Dalam Pilihan Raya Umum Dun Galas pada 2008 dulu, Chek Hashim Sulaima telah menang majoriti 646 mengalahkan calon BN Mohamad Saufi Deraman, sementara dalam Pilihan Raya umum 2004, calon BN, Mohd Saufi Deraman mengalahkan calon PAS Chek Hashim Sulaima juga dengan majoriti 1,729.

Perlu diingat dalam PRU ke-12 dulu, Tengku Razaleigh kalah 316 undi di Dun Galas, walaupun beliau menang di Dun lain dalam parlimen tersebut.

Dun ini mempunyai pengundi 65.4 peratus Melayu, 22.3 (Cina), 1.8 (India), sementara lain-lain 10.5 peratus. PAS tentu tidak sukar untuk menawan pengundi Cina memandangkan sokongan yang diberi oleh mereka dalam banyak pilihan raya sejak PRU 12 dulu. Namun PAS tentunya bekerja lebih keras lagi untuk menawan pengundi India dan Orang Asli.

PAS sedang meneliti calonnya di peringkat akhir di mana dari nama-nama yang tersenarai pendek, PAS mempunyai tokoh berkaliber baik dari kalangan berlatarbelakangkan ilmu agama dan professional. Ini kelebihan PAS selama ini yang tidak sukar mencari calon berkaliber yang mampu memenuhi cita rasa rakyat.

PAS memiliki kalangan ulama, professional dan amilin yang berwibawa, yang terbukti selama ini berdasarkan gerak kerja mereka, perbahasan mereka yang bermutu di parlimen dan di Dun-Dun.

Lebih dari itu para tokoh PAS setakat ini bersih dari pelbagai amalan buruk seperti rasuah, penyelwengan, penipuan dan sebagainya. Rekod mereka selama ini telah membuktikan selama ini.

Adalah difahamkan, PAS negeri dan kawasan seluruh negara sedang membuat persiapan terakhir untuk menghimpunkan seluruh tenaganya bagi membantu kempen PAS di Galas, malah di Batu Sapi juga – bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh kerana hari penamaan calon dan hari mengundi yang sama di Galas dan Batu Sapi, tentunya pemimpin Pakatan Rakyat terbahagi dua untuk berada di hari pengumuman calon di dua tempat itu. Belum diketahui.

Selepas program munaqasah ,mesyuarat pemuda negeri bil 2009/2011

mesyuarat bermula dengan seramai 12 orang ,banyak perbincangan demi memperkasakan dewan pemuda pas sarawak.Alhamdullillah dewan pemuda sarawak telah bersedia untuk pilihanraya dun sarawak.Semua jentera telah dibincangkan.

RESOLUSI DAN PELAN TINDAKAN DPPK DAN DPPN SEMPENA MUNAQASYAH UCAPAN KP DPPP 2010

Resolusi dan Pelan Tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan Sarawak

(Petrajaya, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu)

1. Berusaha untuk menarik penglibatan golongan pemuda dengan pendekatan yang tepat berdasarkan kesesuaian di tempat masing-masing.

2. Memastikan setiap ahli pemuda di kawasan mengikuti usrah dengan pengisian yang mampu memberi kefahaman tentang konsep perjuangan Islam serta pendirian jemaah terhadap sesuatu isu.

3. Menekankan kepada setiap ahli pemuda bahawa tarbiah, dakwah dan siasah bergerak seiring tanpa mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

4. Bersiap siaga untuk membantu jemaah dalam persediaan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak berdasarkan kemampuan masing-masing dengan kepakaran yang dimiliki.

5. Setiap ahli pemuda mesti menampilkan tasawwur Islam yang syumul melalui penampilan, akhlak, pendekatan dakwah dan cara berpolitik.

6. Peka dan menjuarai permasalahan serta isu di dalam masyarakat setempat bagi menghubungkan jamaah dengan ummah

Resolusi dan Pelan Tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak

1. Memperkasa aktiviti penerangan dengan menggunakan segala medium seperti  Facebook, program yang bersesuaian dan risalah.

2. Memantau perjalanan usrah di peringkat kawasan dengan manhaj yang bersesuaian.

3. Menyusun atur tenaga pemuda dalam persediaan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak.

4, Memastikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menjalinkan hubungan yang kukuh di dalam Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak, demi menghadapi pilihanraya DUN Sarawak dengan persediaan dan strategi yang mantap.

5. Berusaha mengelakkan konflik dalaman dan mengukuhkan wihdatul fikr dan wihdatul amal di kalangan setiap ahli pemuda.

Bintulu, Sarawak

16 Oktober 2010, 8 Zulqaedah 1431

1.00 petang

Munaqasyah ucapan ketua pemuda pusat di bintulu

munaqasah bermula pada pukul 8.00am sehingga pukul 1.30pm. di kawasan jepak.kehadiran peserta dari pemuda seluruh sarawak.Bermula dengan ucapan ketua pemuda pas negeri saudara abg eddy.ucapan perasmian oleh us azman syapawi dan pembentangan kertas kerja pertama tajuk murnikan perjuangan,kertas kedua maknakan kemenangan .