BN Sarawak bawa usul esok, mahu kawal budaya politik pembangkang-bukti ketakutan bn sarawak terserlah dalam pilihanraya dun sarawak nanti!!!!

October 31, 2010

KUCHING, 31 Okt — Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membentang usul membanteras amalan politik ‘kotor’ yang cuba dibawa pembangkang ke negeri ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang akan bermula esok.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata usul berkenaan akan dibentangkan Ketua Kelab Penyokong BN Negeri Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-Asajaya) dan disokong oleh Andy Chia (BN-Pujut).

“Budaya ‘kotor’ politik pembangkang kini telah menular di sini (Sarawak) harus dihentikan segera dan menerusi pembentangan usul ini, diharapkan rakyat akan dijauhkan daripada amalan fanatik kepartian itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Prapersidangan DUN dan mesyuarat Majlis Tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako petang ini.

Katanya, pembentangan usul itu juga untuk memulihara dan melindungi keharmonian politik dan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi BN Negeri mempengerusikan mesyuarat empat jam itu. — Bernama

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Pandang Berat Trend Politik Semasa

Sumber FreeMalaysiaToday

Image Hosted by ImageShack.usKUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

“Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini Ahad.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lepas memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu memandang serius kewujudan jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.

Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.

“Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara,” menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

“Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu,” menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

“Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

“Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat Majlis Raja-raja pandang berat trend politik semasa

Bomoh Warned Taib To Step Down!

Oleh: setisab

reconciliation.jpgTaib’s Bomoh confided before he died that he had warned the Chief Minister in 2003 that he should stand down within 7 years! However, this piece of advice apparently signalled the beginning of the end Taib’s relationship with his long-trusted soothsayer.As we recently revealed [see Part I of our exclusive revelations], Taib had retained the witchdoctor for decades as his secret adviser and practitioner of black magic.

 

However, on this occasion the Chief Minister found his guidance for the first time unpalatable. According to close observers, the relationship between the two men began to break down from this moment.

In 2003 the Bomoh said “step down or it will be a disaster for you”, explains one confident of Ustaz, “However, Taib had come to think that his power was God-given and he did not need the Bomoh anymore. This incident might have angered Taib and his family members and therefore Ustaz was slowly dropped and side-lined”.

Taib’s once-trusted ‘Bomoh’ –
Ustaz Abdul Rahman Bin Hazrat

 The confidant believes that Ustaz became ever more troubled as the ‘first family’ started to become arrogant and over-reach themselves in later years. He felt they had started to believe they could do whatever they liked and were above the law and was dismayed at their treatment of people who got in their way.

Distancing

Sarawak Report is publishing this material because its source is a deep insider with impeccable credentials and access to information on this subject. Our informant tells us that this breakdown of trust was followed by another major disagreement when the Bomoh advised against Taib’s public reconciliation with his uncle Tun Rahman Ya’ kub in 2007.

Taib had fallen out with the previous Chief Minister during the so-called ‘Ming Court Affair’ in 1987. To many this seemed to be a mysterious political feud, but it actually had its origins in an ugly family matter between the two men. Ustaz had been a close adviser to Taib when he split with his uncle and hugely disapproved of Tun Rahman.

However, after many years of emnity during which Taib and his family referred to the uncle as ‘lanun’ (sea pirate), the Chief Minister eventually saw political advantages in promoting Tun Rahman’s daughter, Norah Tun Abdul Rahman, after the family made an advantageous marriage link with the brother of the Prime Minister of Malaysia. So he decided to mend relations.



‘Entrepreneurial MP’ –
Norah Abdul Rahman was
elected unopposed in 2008


This made the Bomoh very angry, but Taib saw to it that by the next year in 2008 Norah was placed unopposed into a Federal Parliamentary seat and settled into a top commercial role as ‘Executive Chairman of Tanjung Manis Halal Hub Development’ (a project that plans to destroy another huge area of Sarawak’s remaining natural environment)! Norah now likes to pose as an ‘Entrepreneurial Malaysian MP’, as she is gushingly described in the Tanjun Manis website, but like all the youthful Taib family female proteges she owes her grand position, salary and titles to family connections rather than business prowess.

By the middle of 2008 the Bomoh was a totally disappointed man, say his confidantes. Sick and broken, he left for Pakistan and died on 3rd October. After his death Taib’s brother Tufail engaged 2 more Pakistani bomohs and brought them to Sarawak where astonished on-lookers witnessed them chanting and praying in the middle of a court room as they attempted to assist Tufail in the outcome of a recent court case. However, it has been pointed out that Taib’s corrupt control over the judiciary will be of more tangible benefit when it comes to influencing the outcome of the case.

Shocking influence



Tufail’s latest Bomoh’s –
chanting disruptively in court

 Read more here:

Liputan Eksklusif PRK DUN Galas dan Batu Sapi di tv 6 / tvmalaysia.net

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Liputan Eksklusif PRK DUN Galas dan Batu Sapi di tv 6 / tvmalaysia.net

online 24 jam sehari . tv interactive menggunakan google video for business. tv on demand .

www.tvmalaysia.net

semua dijemput tonton tvmalaysia.net

Balik mengundi sekalipun merangkak

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.

“Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.

“Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik ‘ghanya’ (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita,” katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.

Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.

Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.

Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.

“Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.

“Patutnya yang lawan kita MCA, MIC< bukan Umno. Tapi nasib kita nak buat macam mana,” katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.

Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti.

Tangkapan terhadap Malaysian4BengHock dikecam

Harakahdaily
GUA MUSANG, 31 Okt: Tangkapan terhadap kakak Teoh Beng Hock di Galas ketika menyebarkan surat rayuan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian adiknya mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bahkan mereka bimbang kini ekoran tersebarnya maklumat bahawa pihak polis sedang mencari semua mereka yang terlibat dengan kempen Malaysian4BengHock bukan sekadar empat yang ditangkap kini sahaja.

Teoh Lee Lan (gambar), adik mendiang Teoh Beng Hock telah ditangkap hari ini ketika menyebarkan risalah memohon agar satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasat kematian adiknya itu.

Turut ditangkap adalah abang ipar Teoh Beng Hock, Soh Cher Hai dan dua lagi ahli  Malaysians4BengHock, Ng Yap Hwa dan Toh Chin Hong.

Mereka dibawa ke Balai Polis Gua Musang dan diambil keterangan mereka.

“Sekarang polis bukan sahaja mahu mengambil keterangan dari ke empat-empat mereka tetapi juga kesemua ahli Malaysians4Beng Hock,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua melalui twitternya.

“Polis telah memanggil empat lagi anggota Malaysians4BengHock untuk diambil keterangan. Mungkin semua yang ada di Galas akan diambil keterangan,” kata Thomas Su dalam twitternya.

Semalam, abang ipar Beng Hock, Soh Cher Hai mendakwa dia telah dipukul oleh sekumpulan penyokong MCA ketika berusaha untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita dari MCA, Datuk Heng Seai Kie.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu menafikannya. Namun begitu beliau meminta kes Teoh Beng Hock tidak di bawa ke Galas.

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?

Sabri Said
PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

“Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

“Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun,” katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

“Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

“Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram,” katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

“Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

“Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, ” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

4 hari menjelang undi, calon PKR semakin diterima

Warta Rakyat
SANDAKAN, 31 Okt: Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.

(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

“Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana  kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

“Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja,” kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

“Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN,” kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

“Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia,” katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah.

Final Piala Malaysia 2010-sorotan detik dan komen daripada kemenangan….Timbalan Menteri Besar Kelantan

DETIK SEMASA JAM 6,31.10.2010 tv selangor terkini….must see….antara isu anuar ibrahim,kemalangan bas…