Nazri: Malaysia tiada halangan Clinton jumpa Anwar

Sumber MalaysiaInsider

Image Hosted by ImageShack.usLENGGONG, 30 Okt — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.Nazri memberitahu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar.

Seperti pemimpin dunia yang lain, Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.

“Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar, tapi nak jumpa ketua pembangkang… ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden, kita juga berjumpa dengan ‘Majority Leader’… Senat, ‘Minority Leader’… itu biasa.

“Jadi, kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang, kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam ‘Standing Order’ kita,” kata beliau selepas menyampaikan hadiah dan sijil sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz di sini hari ini.

Nazri (gambar) berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa.

Lagipun kata beliau, Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.

Justeru kata Nazri, sebarang kenyataan yang menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mahu berjumpa Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukannya datang dari Malaysia.

Nazri diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore yang menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya itu.

DeVore dalam portalnya mendakwa Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu tidak perlu menemui Anwar yang mendakwa dirinya

sering menerima tekanan daripada kerajaan.

Menurut DeVore yang mewakili Parti Republikan, Malaysia tidak seburuk Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib sama seperti Aung San Suu Kyi.

Ia merupakan lawatan sulung Clinton ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan niaga Malaysia ketiga paling utama, dengan jumlah eksport negara melebihi AS$25 bilion (RM77.5 bilion) setahun. — Bernama

Nazri: Malaysia tiada halangan Clinton jumpa Anwar

Pemandu bas ditahan reman empat hari

October 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, kini ditahan reman sementara dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Pemandu itu S. Muthumani, 40, yang patah kaki kanan dan cedera di muka, kelihatan dikawal rapi oleh seorang anggota polis di Wad 5, di HKL di sini.

Tinjauan Bernama mendapati beliau berseorangan di katilnya, dan polis yang menjaganya tidak membenarkan beliau ditemuramah.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah memberitahu Bernama pemandu bas itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu keadaan di HKLumpur, yang menempatkan lima mangsa kemalangan itu, termasuk dua cedera parah dan kehilangan kaki, turut dikawal ketat oleh polis bantuan hospital itu bagi memastikan tiada kesesakan pelawat sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun kawalan itu dilonggarkan ketika waktu melawat dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang dan kelihatan kelima-lima mangsa dikelilingi oleh anggota keluarga terdekat.

Dalam kejadian 7.50 malam tadi, sebuah bas yang membawa 44 anggota Belia 4B dari Kampung Baru Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan itu ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands. — Bernama

Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 Nov

October 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.

5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.

6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.

7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.

8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.

9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.

11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.

12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah.

13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.

15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.

18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.

19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baru, Kelantan.

20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.

21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.

22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.

25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.

26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.

30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. — Bernama

Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu

TERKINI @ 04:55:27 PM 30-10-2010
October 30, 2010

SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini, Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik.

Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak.

Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus, BN sukar untuk menang.

Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno, PAS dan PKR.

Kata Samy Vellu, dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur, jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN.

“Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu,” kata Samy Vellu sambil menambah, beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian.

Titiwangsa, majoritinya pengundi Melayu, salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

Konsensus Firaun Besar Mula Mangganas di Galas Dan Batu Api Di Batu Sapi

Oleh: faceoff

Merujuk kepada serangan Zul Nordin yang terbaru mengelarkan Pakatan Rakyat sebagai ”konspirasi syaitan” mendedahkan lagi peranan Zul sebagai Firaun Besar yang cuba merosakkan panyakit yang ada dalam diri beliau dan UMNO. Zul sedar talian hayat beliau dalam PRU 13 bakal di kuburkan bersama ikon gelaran Firaun besar yang di nobatkan kepada nya.

Peranan konspirasi Firaun Besar ini yang bersekongkol dengan umNO/beEND akan di gunakan semaksima mungkin. Perlu di ingat kemunculan  Konsensus Firaun Besar (KFB) ini berperanan apabila tibanya musim PRK dan menjelang PR 13 nanti. Pengkhianatan KFB ini  jelas apabila isu seperti di bawah langsung tidak di ulasETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan

IFF: Ulama muda ‘pertahan’ Rosmah, selar pembangkangRibuan himpun bantah festival busana Islam

Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

ETP: Di mana nilai keimanan?

Amat memalukan manusia Zul ini yang menggambarkan watak fizikal beliau manusia yang islamik tapi hakikat nya  lebih terserlah wajah munafik beliau apabila diam dan langsung tidak mengulas tentang isu2 berkaitan yang jelas menghina umat islamImage Hosted by ImageShack.us

Terbaru Gelaran ‘Tidak Siuman” dan ”The Joker” di nabatkan kepada beliau yang restui dengan telinga tebal oleh Zul

Para Konspirator Konsenseus Firaun ini mula mengunakan isu 13May untuk menarik perhatian dan pencetus kacau bilau di kalangan rakyat Malaysia. Dan yang terbaru melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan dakyah yang yang lebih menjijikkan.

Memalukan dan menjijikkan  status manusia yang bertopeng wajah islamik ini pada mata bangsa lain yang cuba merosakkan ugama islam itu sendiri.
Sesuatu yang amat menarik jika pemimpin PR tidak respon kepada ‘penyakit’ Zul dan geng Konsensus. Dan pastikan juga Firaun Besar ini juga di semadikan bersama umno dan beEND pada PRU 13 nanti

Bina Kuasa Rakyat, Kuburkan Hegemoni UMNOPAS-DAP: Kempen Umno makin terdesak di Galas

Perjanjian PKR-DAP bukan main-main

Umno peralat agama, orang agama untuk politik

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Umno bukan sahaja mahir memperalat agama, malah orang agama juga dipergunakan untuk kepentingan politik mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, dakwaan berhubung perkara itu bukan fitnah, tapi realiti yang sudah diketahui umum.

Beliau merujuk kepada cara kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama.

“Ustaz-ustaz Umno  disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat.

“Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN,” katanya.

Namun apa yang menghairankan katanya, ketika isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur.

“Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)?,” soalnya.

Katanya, banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Orang agama di dalam umno ujarnya hanyalah membesarkan tembolok sahaja.

Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS.

Ianya termasuk isu orang bukan Islam masuk masjid yang dibenarkan melalui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri.

“Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi,” katanya.

Beliau turut mempersoal ke mana pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, seperti Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin.

“Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu,” katanya.

Pergi baju merah, pulang baju hijau

Hafiz Irwan
GUA MUSANG, 30 Okt: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mengingatkan 200 penyokong bola sepak Kelantan dari Dun Galas yang akan ke Bukit Jalil supaya menjaga disiplin sebagai seorang penyokong yang berhemah.

Katanya, para penyokong seharusnya menjaga kewajipan sebagai seorang Islam sebagaimana tuntutan agama.

“Islam tidak menghalang umatnya menyertai apa-apa aktiviti termasuklah bermain atau menonton apa jua bentuk permainan sukan termasuk bola sepak asalkan ia tidak bercanggah dengan norma-norma agama.

“Sebab itu kerajaan PAS sentiasa menyokong aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua ummah. Cuma satu perkara yang perlu kita jaga ialah, elakkan diri daripada keghairahan yang melampau sehingga menyebabkan kita lalai terhadap kewajipan kita sebagai umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pelepasan konvoi lima buah bas membawa 200 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Hadir sama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed serta barisan kepimpinan Pemuda PAS negeri.

Abdul Latiff mengharapkan Kelantan dapat mencipta sejarah menerusi aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini untuk menjulang juara piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat Kelantan selama ini.

“Insya Allah kita akan bertemu dengan dua kemenangan selepas ini. Satu, menang Piala Malaysia. Kedua menang Pilihan Raya Kecil di Galas.

“Jadi, hari kita pergi dengan memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada skuad bola sepak kita, insya Allah pulang nanti dengan memakai baju hijau,” katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau turut mengingatkan para penyokong yang mengikuti rombongan tersebut agar selain pergi dengan semangat kesukanan tetapi tidak lupa untuk menjaga sembahyang sebagai ibadat fardhu.

Abdul Latiff berkata, Pemuda akan menempatkan seorang wakilnya sebagai ketua pada setiap buah bas yang membawa rombongan bagi menjaga segala keperluan yang berkaitan.

“Wakil Pemuda ini akan menyusun segala perisian yang perlu kepada penyokong seperti menjaga waktu sembahyang dan tazkirah semasa dalam perjalanan,” jelasnya.

Sementara itu, dalam ucapan ringkas Dr Zulkefli berpesan kepada para penyokong supaya menjaga akhlak diri ketika menyaksikan perlawanan akhir yang dilihat agak sengit ini.

“Jaga disiplin. Jaga nama baik negeri kita, negeri Kelantan. Saya doakan selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pilihan raya kecil Galas menjadi milik kita,” ujarnya.

Generasi Muda Buta Sejarah, Tapi Sedarkah Kita Bahawa Kerajaan ‘UMNO BN’ Telah Banyak Ubah Semua Itu Sejak Dulu, Kini Dan Pasti Selamanya !


Laporan muka depan media arus perdana Utusan Malaysia adalah dipetik, kononnya ramai generasi muda hari ini “Buta Sejarah”. Dibuat kaji selidik bagi membolehkan kerajaan mengesahkan perkara itu, malah bagi menyokong hajat Muhyiddin Yassin untuk menjadi matapelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya. Menteri Pelajaran itu mengeluarkan kenyataan demikian di Perhimpunan Agung UMNO dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Maka susulan kenyataan Muhyiddin itu, satu kajian telah dibuat oleh pihak berkenaan untuk menilai tahap penguasaan sejarah dikalangan orang muda. Ternyata sungguh mengejutkan apabila tahap mentaliti mereka terhadap sejarah itu begitu rendah sekali, hinggakan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama pun tidak diketahui oleh mereka. Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?. Kononnya soal selidik itu bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

UMNO Sebenarnya Yang Suka Ubah Fakta Sejarah

Hakikatnya begitu, tapi firasatnya juga harus difahami. Siapakah yang menyebabkan anak muda ini lupa sejarah sebenarnya?. Sudah pastilah kerajaan yang memerintah, yang mengawal seluruh media cetak itu. Jika dulu, kita dapat melihat rancangan berbentuk “kuiz sejarah” sering kali keluar di kaca TV. Namun kini, hanya yang ada rancangan hiburan demi hiburan yang jelas sekali meleka dan melalaikan anak muda itu sendiri. Jika ada pun rancangan kuiz, ia tetap berbentuk dan berorientasikan dunia hiburan semata-mata. Maka, akhirnya mereka mahu menyalahkan golongan muda kononnya tidak peka kepada sejarah. Bukankah kerajaan mempunyai segala kelengkapan untuk memastikan ilmu sejarah itu terus tertanam di hati anak-anak muda itu sendiri. Namun, mungkin dek kerana peluang membuat rancangan dan program seperti itu tidak komersial dan mempunyai rating yang tinggi di kalangan penonton, maka ia tidak diadakan. Sekarang, mereka mahu menyalahkan pihak lain pula. Malah, apa yang lebih menarik lagi, kerajaan juga sebenarnya yang telah mengalih pandangan rakyat tentang sejarah itu sendiri. Mereka seboleh-bolehnya mahu menutup dan memesongkan minda rakyat tentang erti sebuah sejarah. Misalnya, dalam isu menuntut kemerdekaan negara, Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah melaungkan kononnya perjuangan menuntut kemerdekaan itu tidak diwarnai dengan pertumpahan darah. Kononnya hanya pemimpin UMNO yang menjadi juara untuk membawa kemerdekaan negara ini. Walhal, mereka lupa bahawa pejuang-pejuang terdahulu telah terlebih dahulu bermandikan darah untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi tercinta ini. Tapi, kenapa sejarah itu diubah?. Malah, ada sesetengah buku ilmiah yang secara jelas melabelkan pejuang-pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Bahaman, Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh dan sebagainya sebagai “penderhaka”. Kenapa sejarah ini diubah?. Apakah kerana takut keturunan pahlawan terbabit diagung-agungkan? Siapa yang ubah sejarah itu, sedangkan mereka tahu pejuang-pejuang berkenaan berjuang demi agama, bangsa dan negara?

Sejarah Anwar Bersama Pemuda UMNO Di Buang

Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah benarkan UMNO mahu memperjuangkan nilai Sejarah itu agaknya. Kenyataan Muhyiddin ketika berlangsungnya persidangan parti itu menjelaskan segalanya. Jika benar Muhyiddin mahu generasi muda tidak lupa sejarah, maka kenapa sejarah kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memimpin Pemuda UMNO telah dibuang?. Bukti jelas terdapat dalam laman web pemuda UMNO itu sendiri, sejarah perjuangan dan kepimpinan Anwar telah dibuang dan mereka menggantikan cerita lain pada ruangan yang berkenaan. Mujurlah ada pihak yang sempat “print” maklumat berkenaan sejarah Anwar itu untuk tatapan rakyat Malaysia. Soalnya sekarang kenapa mereka buang sejarah?. Bukankah ia sesuatu yang harus diketahui oleh generasi akan datang. Apa yang menakutkan mereka agaknya?. Sebelum ini ketika berlangsungnya Minggu Amanah Saham Malaysia di Kuantan juga sejarah CEO Perbadanan Nasional Berhad (PNB) telah dibuang. Tidak ada namanya pada skrin yang tertera. Malah, ada orang ramai yang tertanya-tanya tentang hal itu dulu. Inilah bukti yang UMNO sengaja mahu mengubah sejarah. Mereka hanya akan mengagungkan sejarah yang berpihak kepada mereka, tetapi akan membuang semua sejarah yang tidak berpihak kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Anwar Ibrahim yang telah membawa kegemilangan kepada Pemuda UMNO semasa dia menjadi ketua pergerakan itu dulu.


Klik untuk besarkan imej atau klik sini ke website artikel sebenarnya
Wajib Lulus Sejarah Untuk Kepentingan Politik UMNO?

[Justeru itu, usahlah Kerajaan UMNO BN merasa mereka terlalu hebat untuk mempertahankan sejarah sedangkan merekalah yang telah banyak mengubah fakta sejarah itu sebenarnya. Rakyat sudah bijak dan matang untuk melihat sejarah itu, maka tidak perlulah Muhyiddin menggunakan perhimpunan agung parti untuk melaksanakan agenda kerajaan. Jika sejarah Pemuda UMNO sendiri pun mereka belit-belit, maka bagaimanakah lagi dengan sejarah lain agaknya. Terkadang, lucu benar bila melihat mereka mahu menjadikan Sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adalah lebih elok sebelum jadikan Sejarah wajib lulus, baiklah dijadikan Pengajian Agama Islam itu dulu sebagau syarat wajib lulus untuk pelajar-pelajar Melayu yang beragama Islam. Daripada melahirkan generasi muda yang ingat Sejarah lebih baik jadikan mereka ingat dan kembali kepada agama. Itulah yang dituntut dalam Islam sebenarnya. Apakah agenda mereka tentang isu ini agaknya].

PKR’s Batu Sapi campaign takes a shaky start

By Clara Chooi
October 30, 2010

Ansari Abdullah, his hand in a sling from his afternoon tumble, speaking to villagers in Kampung Gas last night. — Picture by Jack Ooi

BATU SAPI, Oct 30 — Like the rickety wooden bridge that plunged PKR candidate Ansari Abdullah’s again into murky waters yesterday, the party’s Batu Sapi campaign appears shaky.

Even de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who made several ceramah stops in the coastal township last night, was not shy to make the admission.

“We are working very hard but we are still trailing. Yes, we are behind,” he told The Malaysian Insider after a short stop at Kampung Gas here last night.

The opposition leader also pointed to Barisan Nasional’s massive election machinery and manpower as a contributing factor to PKR’s flailing campaign.

“Their enormous resources… and the threats that they have made against us. You know, in a few ceramahs, they threatened us, told us we could not use the homes to speak to voters,” Anwar said.

He however added that despite the odds, he believed PKR had made some inroads in the BN stronghold over the past few days.

“We have made a lot of inroads… you can see from tonight’s response. It was quite refreshing,” he said.

Anwar was referring to the group of villagers who crowded into a small wooden house in the fishing village of Kampung Gas to listen to his speech.

The villagers, numbering to about 50, were animated in their response to Anwar’s words and punctuated his every declaration with emphatic applause and loud hoots.

“Put Ansari in Parliament. Can you compare him with (BN candidate Datin) Linda (Tsen Thau Lin) or (Sabah Progressive Party’s) Yong (Teck Lee)? There is no competition at all,” he thundered to the listening villagers.

He added that Tsen would not be as capable as Ansari, a veteran politician and lawyer, when representing the people in Parliament.

PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was greeted warmly by a group of Kampung Gas villagers in Batu Sapi last night. — Picture by Jack Ooi

“Imagine, standing up in Parliament and saying — Mr Speaker, we the people in Batu Sapi needs to be cared for. They are poverty-stricken, poor, abandoned, their children have no access to education, many are jobless. Can Linda speak like this?” he asked.

The group shouted a loud “No!” in response.

The house, built precariously on rotting wooden stilts, literally shook with each round of cheers.

Despite this, a significant number of villagers had chosen to stay away from the fray and watched from behind their windows at the small cluster of people who crowded the home.

Some of those who did turn up and were in high spirits admitted to The Malaysian Insider later that while they enjoyed Anwar’s steady rhetoric, they were not in support of PKR.

“In this village, the people want BN. It is very clear, you cannot avoid it,” said one youth.

Another middle-aged villager agreed with the view and said that it was hardly considered an option to vote for the peninsular-based opposition party.

Sabah-based SAPP however, he said, was “not a bad choice”.

“SAPP is okay too. We do not mind the SAPP. If not BN, then SAPP,” another villager said to a round of nods from his friends standing nearby.

When asked why however, the villagers hesitated.

One said, “we are not really sure” while another admitted that it was because of the free handouts from BN during election period.

“Because BN likes to give us gifts,” said the villager, smiling.

Later, Anwar left for another ceramah, this time in Kampung Lupak Meluas in Karamunting.

Here, an even smaller group huddled together in the living room of a villager’s home to listen to the PKR stalwart.

Even though Anwar used a microphone to deliver his speech, it was clear that he did not need to.

Earlier, Anwar made his first stop at a DAP-organised ceramah in Sandakan.

PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim addressing a small crowd at a house in Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, last night. — Picture by Jack Ooi

A small group of about over 100 people were present and gave a lukewarm response to his speech.

A short distance away, a BN function attended by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin drew a crowd of hundreds.

For Anwar, the experience was a far cry from the ceramahs he is used to, especially in the peninsular when, more often than not, a sea of thousands would throng open fields and listen in rapt attention to his every word.

If last night was a clear enough indication, it almost looks as if Ansari may take his final tumble come polling day next Thursday.

The determined politician however insisted in Kampung Gas last night that this would not be the case.

Hand wrapped in a blue sling as a result of his fall earlier in the afternoon, Ansari was a picture of confidence when he delivered his speech after Anwar.

“Who saw me fall just now? I did not fall. The bridge fell. I went to Api-Api island a few days ago and the jetty collapsed. Today, I came to Kampung Gas and the bridge collapse. But when I come to Batu Sapi, it is BN that will collapse,” he boomed to a round of loud cheers and whistles.

Earlier during his visit to Kampung Gas, Ansari ended in seawater when a wooden platform gave way and crashed.

It is the politician’s second tumble since the campaign began on Tuesday.

Ansari is facing Tsen and Yong for the Batu Sapi parliamentary seat this November 4.

The seat fell vacant after Tsen’s late husband and two-term MP Datuk Edmund Chong Ket Wah died in a tragic biking accident on October 9.

PAS dakwa Ku Li ‘khianat’, punca isu Orang Asli tak dapat diatasi

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
October 30, 2010

Papan iklan kempen PAS yang menurunkan Dr Zulkefli Mohamad untuk mempertahankan kerusi Galas pada 4 November ini. — Gambar Choo Choy May

GUA MUSANG, 30 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Galas menuju tahap baru dengan PAS kelihatan mula ‘menyerang’ Tengku Razaleigh Hamzah — mendakwa beliau sebagai punca mengapa masalah dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Gua Musang tidak dapat diselesaikan dengan baik dan menyeluruh.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS di DUN  Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah  berkata, Tengku Razaleigh Hamzah telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Orang Asli ketika beliau mengetuai Semangat 46, yang telah membantu membentuk kerajaan negeri pada 1990 dan 1995.

PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan mulai 1990 sehingga sekarang. Tahun ini genap 20 tahun Kelantan diterajui pentadbiran PAS.

Orang Asli dilihat sebagai penyokong kuat BN khususnya Tengku Razaleigh sejak dahulu lagi termasuk pada 1990 dan 1995.

“Dulu di Kelantan, kita banyak bergantung kepada Ku Li (Tengku Razaleigh) dan Semangat 46 untuk semua permasalahan orang Asli di Gua Musang.

“Kita setuju beri kepada untuk bertanding dan serah segala urusan orang Asli kepada beliau.

“Tapi apabila Ku Li hancurkan Semangat 46 dan masuk kembali kepada Umno, kita tiada fail berkaitan Orang Asli dan kita tidak tahu macam mana nak mulakan semula.

“Jadi ia adalah satu pengkhianatan yang Ku Li dan Semangat 46 buat terhadap kita, beliau bubarkan Semangat 46 dan masuk Umno,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno pada 1996.

Semangat 46 ditubuhkan kesan perpecahan akibat pemilihan Umno 1987.

“Walaupun Ku Li mengkhianati ketika dalam isu Orang Asli tapi kita tetap meneruskan untuk membantu Orang Asli di Gua Musang,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Baru.

Ini kali pertama PAS dilihat membuat kenyataan ‘pedas’ seperti ini sejak kempen pilihan raya kecil DUN Galas bermula Selasa lalu.

Tiga hari lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan DUN Galas di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

“Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Dua daripada tiga kerusi DUN di Gua Musang iaitu  Nenggiri dan Paloh dikuasai BN manakala Galas dimenangi PAS pada Mac 2008.

PAS dan Umno menganggap pilihan raya kecil ini sama penting.