Ijtima Tarbawi Pemuda PAS Mahfuz Omar

Ijtima Tarbawi Nasruddin Tantawi -video

Antara isi Khutbah Nikah Oleh Tok Guru-Saifudin Ibrahim’s Photos

Nafkah batin bukan hanya ketika berkesedudukan dengan isteri… tetapi ke mana suami pergi apabila keluar rumah perlu juga dalam pengetahuan isteri kerana ia juga salah satu ‘nafkah batin’ – Antara isi Khutbah Nikah Oleh Tok Guru

Nasrudin Hassan’s Photos – Ijtimak Tarbawi Hari Terakhir

(Guan Eng : Sebab UMNO paling takut )Reality sebenarnya cara pengunaan duit judi oleh umno bn…must see!video-ketua menteri pulau pinang

Menjadi wakil pas sarawak untuk kehadiran jemputan program gerakan perdana pendaftaran pemilih peringkat negeri sarawak.

Majlis ramahtamah hari raya pas negeri sarawak yang dianjurkan perhubungan negeri sarawak

Melawat dan menubuhkan jentera pilihanraya untuk dun sarawak

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS


Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.

“Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga,” ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.

Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.

Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.

“Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan,” kata beliau.

Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam


Wartawan Kita
KOTA BHARU, 5 Okt: Gara-gara tindakan polis menahan dua wartawan yang sedang bertugas pada 1 Ogos lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima surat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Difahamkan Suhakam menghantar surat bantahan ekoran penahanan dua wartawan terbabit.

Perkara itu didedah seorang pegawai polis kepada Mohd Rizal Md Tahir (Harakahdaily) dan Salmah Mat Husain (Harakah) ketika datang melaporkan diri di IPD, petang tadi.

Kedua-dua wartawan terbabit bersama anak mereka ditahan ketika bertugas membuat liputan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos.

Mereka ditahan hampir lima jam sejak 9.15 malam di ibu pejabat polis Kontijen Kelantan bersama dua lagi lelaki lain di lokasi perhimpunan tersebut diadakan.

Mereka hanya dibebaskan pada dinihari selepas dijamin Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim dan seorang peguam.

Salmah berkata, mereka tidak perlu lagi melapor diri di IPD untuk menyambung jaminan seperti dilakukan pada 1 September lalu.

“Hari ini saya dan suami diminta melaporkan diri di IPD. Bagaimanapun selepas ini kami tidak perlu lagi berbuat demikian setelah didapati tiada kes yang boleh disabitkan.

“Pihak polis memberitahu penahanan pada 1 Ogos lalu hanya untuk membantu siasatan. Apabila kertas siasatan dibuka ia perlu melalui proses siasatan.

“Siapa-siapa pun macam tu dan apabila terbukti tiada kes yang boleh disabitkan ia akan dibebaskan,” katanya.

Sebuah beg tangan hitam yang diambil pada hari tangkapan sebagai bahan bukti turut diserahkan kembali kepadanya.