Panas: Isu Ahli PKR Keluar Parti Di Pahang, Satu Sidang Media Bakal Diadakan Di Kediaman Dato’ Fauzi Abdul Rahman Pada Pukul 11.00 Pagi Ini !!


KUANTAN, 13 Okt [2.19 am] – Susulan laporan media berkenaan insiden 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara di Cabang Paya Besar keluar parti semalam, maka satu sidang media akan dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman (foto) hari ini. Sidang media dijangka akan diadakan di kediamannya jam 11.00 pagi ini. “Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar perkara ini. Walau bagaimana pun PKR Pahang tidak sedikit pun gusar dengan insiden tersebut kerana ia hanyalah satu pembohongan semata-mata. Malah, jumlah ahli yang keluar parti juga turut meragukan dari jumlah sebenar ahli di ranting tersebut. Itu belum termasuk penipuan yang dibuat oleh ketua kumpulan terbabit yang kononnya ahli PKR. Padahal beliau adalah ahli UMNO dan namanya tidak ada langsung dalam senarai ahli PKR di cabang itu”, kata Dato’ Fauzi.


Penipuan, ahli PKR masuk UMNO atau ahli UMNO yang masuk UMNO ?

Ramainya ahli PKR keluar parti, termasuk si pegawai JASA (baju biru)

“Sebenarnya, isu ini sengaja dimainkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana beliau gusar dengan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap PKR kini semakin meningkat di cabang itu. Malah, Cabang Paya Besar yang dipimpin oleh bekas orang kanan beliau ketika dalam UMNO dulu iaitu Hj.Zahari Mamat, merupakan antara cabang yang paling aktif di negeri Pahang. Malah, saya difahamkan ramai lagi ahli UMNO dan atas pagar yang akan sertai PKR dalam masa terdekat ini sebenarnya. Inilah yang menakutkan Ketua UMNO terbabit, lantaran itulah beliau menggunakan isu ini untuk melemahkan dan menjatuhkan imej PKR di cabang itu dan negeri Pahang khasnya”, kata beliau. Dalam kenyataannya juga Dato’ Fauzi menegaskan yang beliau langsung tidak hairan dengan tindakan Ahmad Tajuddin itu. Katanya, pemimpimn UMNO itu adalah penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). “Semasa pemilihan UMNO sebelum ini, Tajuddin adalah antara pemimpin yang cuba mengangkat Ku Li untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau telah membawa Ku Li untuk berceramah di Paya Besar (Lepar Utara), namun telah dihalang oleh Najib ketika itu. Akhirnya program telah dipindahkan ke Temerloh”, Kata Dato’ Fauzi lagi.

[Dengan maklumat ini, maka benarlah kenyataan kami yang terdahulu bahawa Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (Ahmad Tajuddin) membuat tindakan bodoh ini bagi tujuan untuk mengampu dan membantu kroninya iaitu Tengkua Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang baru saja dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Ahmad Tajuddin sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya PKR (Pakatan Rakyat) kini mula ditolak oleh penyokong mereka. Tindakan ini kononnya atas arah Ku Li, demi agenda mereka untuk merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. Tindakan Tajuddin ini memang telah dihidu sebenarnya. Oleh itu, usahlah beliau cuba untuk menjadi juara menarik ahli UMNO dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Jika pemulangan duit ehsan di Pulau Pinang pun Ketua UMNO Bahagian boleh berlakon sebagai warrga emas, maka apatah lagi dengan isu yang dimainkan oleh Tajuddin ini. Kemungkinan besar, jumlah yang dinyatakan itu langsung tidak wujud. Atau kesemua yang terbabit adalah ahli UMNO yang masuk UMNO sebenarnya. Justeru itu, semua wartawan dan media dijemput hadir ke rumah Dato’ Fauzi di Indera Mahkota Kuantan untuk sidang media berkenaan kes ini nanti].

PAS tak akan bawa isu royalti minyak di Galas

October 12, 2010

KOTA BARU, 12 Okt – PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 November ini, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Che Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Hashim meninggal dunia pada 27 September lepas akibat kanser.

Menurut Mohd Amar, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ia tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.

Beliau menolak dakwaan yang PAS menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Mohd Amar berkata beliau yakin PAS akan menenang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, PAS Kelantan akan menentukan calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas pada 4 November ini.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura PAS pada mesyuaratnya baru-baru ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS Kelantan pula menyerahkan mandat kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS untuk menentukan calon berkenaan.

Katanya PAS akan mengumumkan nama calon itu di Gua Musang pada 22 Oktober ini,  dua hari sebelum Barisan Nasional mengumumkan nama calonnya.  – Bernama

Harga rokok RM30 sekotak?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.

“Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.

“Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22,” kata SM Mohamed (kiri).

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Lesen kepada peruncit

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan hampir 70 sen sekarang tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok.

“Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu?

“Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?” soalnya.

SM Mohamad berkata, rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di tempat tumpuan remaja.

Beliau turut mencadangkan kedai runcit diberikan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

“Hanya dengan cara ini maka ia (usaha membanteras rokok) akan dipandang serius,” kata SM Mohamad sambil menyenaraikan pelbagai kesan negatif akibat merokok.

Mengambil contoh negara lain, beliau juga memberitahu terdapat, Australia telah menetapkan rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong dan tidak menarik menjelang 1 Julai 2012. -MK

Labels:

Bongkar: Laporan Insiden Ahli PKR Cabang Paya Besar Keluar Parti Ialah Satu Lagi Pembohongan UMNO Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!


KUANTAN, 12 Okt [6.00 pm] – Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 petang tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri. Kami cuba mendapatkan maklumar lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporann berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat kepada mereka. “Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegas di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti”, katanya. Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) itu. “Beliau merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB ketika itu, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda. Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato’ Nan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu hal ini”, tambah beliau lagi.

[Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang. Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang. “Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannga dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya” tambahnya. Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini].

Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Moidin Terpaksa Meletak Jawatan Dek Kerana Hilang Kepercayaan Pada NGO Yang Sering Jadi Alat Politik UMNO Itu !


ALOR SETAR 12 Okt [2.03 pm] – Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Lukman Moidin (foto) hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Lukman berkata, peletakan jawatannya disebabkan beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi secara keterlaluan. “Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tertua dan pernah bertanggungjawab untuk mendaftar semula GPMS Kedah, saya amat kesal apabila kepimpinan GPMS Kedah gagal untuk menghalang usaha-usaha ‘nakal’ beberapa individu yang menggunakan nama GPMS untuk menjayakan kehendak peribadi yang semakin keterlaluan,” katanya. Beliau yang memegang jawatan itu bermula pada 2009 berkata usaha untuk membetulkan keadaan itu juga sukar dan tidak mendapat sokongan kepimpinan GPMS Kedah menyebabkannya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

[Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Lukman Moidin kerana berani untuk berada di landasan kebenaran. Sememangnya rakyat dan pelajar amat hairan dengan NGO yang bernama GPMS ini. Mereka lebih banyak berpolitik, dipolitikan dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab. Misalnya dalam isu bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik yang diperjuangkan oleh rakyat dulu, mana pergi pemimpin GPMS?. semuanya menikus dan tidak berani untuk bersuara biarpun bahasa ibunda kita dihenyak-henyak. Begitu juga dalam isu pelajar Melayu “wajib” mendapat biasiswa jika dilihat kepada perlembagaan. GPMS juga berdiam diri biarpun biasiswa itu kini djadikan pinjaman. Akhirnya Ibrahim Ali (Perkasa) yang memperjuangkan nasib pelajar sebelum ini. GPMS hanya berani menjadi juara isu Namewee (kononnya perkauman) serta isu-isu yang tidak relevan untuk diperjuangkan oleh mereka. Sebab itu kita tidak hairan menjadi tradisi GPMS dimonopoli oleh puak-puak UMNO].

Ini semua salah menteri

Oleh: cucupakkasim

Sehingga semalam, angka korban sudah meningkat 15 orang dan dijangka akan ada lagi tiga atau empat orang yang sedang menunggu masa, yang amat kritikal pada masa ini.Memang lah ajal dan maut ditangan tuhan, tetapi kematian beramai-ramai yang paling baru di lebuhraya, yang disebabkan oleh kelajuan, dimana bas ekpres itu didakwa telah dipandu dengan laju, jelas menunjukan yang Kementerian Pengangkutan dan KERAjaan yang sedang diperintah oleh BN telah gagal sama sekali untuk menghapuskan perangai dan sikap ini diatas jalan raya.

Seorang gurkah politik di’port’ yang bertanggung jawab dan peka kepada keadaan ini telah berpuluh kali menulis dan mengadu kepada Kementerian Pengangkutan, JPJ dan pihak-pihak yang berwajib yang lain sejak dari tahun 2008 lagi, memberitahu mereka bahawa cara yang paling berkesan untuk ‘stop’ kan benda-benda macam ini dari berlaku ialah dengan memasang alat mencegah had laju pada SEMUA bas-bas ekpress yang tidak pernah ada satu pun S.O.P atau pun ‘Standard operating Procedures’.

Tak kan kita sentiasa nak harapkan pihak JPJ dan Polis Trafik nak tolong jaga keselamatan kita diatas bas 24 jam sehari??

Setahu gurkah-gurkah politik di’port’, semenjak dari zaman Ling Liong Sik kepada Chan Kong Choy, sampailah pula pada tangan Ong Tee Keat dan Kong Cho Ha, mereka ini asyik berbincang, asyik meeting..meeting..dan bila pun meeting (lepas meeting pekena karipap, pekena teh tarik), asyik buat kajian dan asyik berjanji (kelmarin janji, tahun lepas janji, tahun depan pun janji) akan melihat dan akan mengambil tindakan dan akan melaksakan pemasangan alat had laju. Ayat standard yang selalu kita dengar ialah, “tolong bagi kita sedikit masa”.

Akibat terlalu banyak berfikir tentang politik dan terlalu banyak cari jalan bagaimana mahu menghalang Pakatan Rakyat (PR) dari berkuasa, hari-hari mereka sudah perbodohkan kita semua dengan isu-isu keselamatan jalan raya dan isu penting bagaimana mahu menyelamatkan nyawa rakyat-rakyat marhain diatas lebuh raya untuk menghalang dari berulangnya tragedi seperti kelmarin mereka buat tak kisah dan tak ambil ‘pot’.

Sekiranya KERAjaan BN ada telor dan telah melaksanakan pemasangan alat cegah had laju, sudah tentu kematian beramai-ramai pada ahad lepas dapat dielak, dan 15 nyawa ini dapat diselamatkan. – dari blog: http//dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee –
Ada seorang gurkah politik di’port’ kata, kemalangan kelmarin jadi waktu senja semasa orang sedang azan maghrib, dan ketika mendengar azan itu segala hantu ini semua lari sampai terkentut-kentut dan ketika lah telah terlanggar bas ini …

33 Lagi Gambar Kemalangan Maut Di Lebuh Raya Plus | AmazingNara-(sg18)

gambar kemalangan maut

Ada 32 lagi keping gambar kemalangan maut di PLUS highway dengan baca entri ini sepenuhnya. Kalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok.

Dan jangan lupa Facebook BeautifulNara untuk borak-borak tentang kemalangan ini di sana.

P.S: Dah buang beberapa keping gambar yang menyeramkan sangat. Takut ada yang pengsan tengok.

Update LATEST: Disebabkan email dah jam semua orang mintak hantar gambar full set, kami dah letakkan balik semua gambar kat sini. So please don’t email lagi ye. Thanks.

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

gambar kemalangan maut

HUKUM QISAS: Penjelasan Kepada yang Keliru


Nasrudin Hassan
Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini  yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang  mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu

* adakah Qisas boleh dilaksanakan di dalam konteks kes pembunuhan Dato’ Sosilawati,

* adakah hudud hanyalah hukuman (Hudud is merely the punishment),  dan

* ketiganya punca korupsi puncanya adalah akhlak individu pemerintah, bukan sistem.

2. Berkenaan point pertama, realiti hukum Islam, isu sama ada non-muslim tertakluk kepada hukuman Islam atau tidak , ia bukanlah satu isu yang dilihat secara bundle dan ia juga tidak lah distandardizekan ke atas semua jenis kesalahan, tetapi ianya berbeza mengikut case by case.
Dalam kes Qisas yang melibatkan pembunuhan dan begitu juga kecederaan, maka non-muslim yang terlibat dalam jenayah tersebut turut tertakluk kepada hukuman jika keluarga mangsa  [ muslim ] menuntut supaya hukuman dilaksanakan.

Ini kerana, Maqasid dan Hikmat pengsyariatan hukuman Qisas antaranya ialah untuk menjadikan mangsa kes berpuas hati  yang diistilahkan sebagai Al-Jabr di dalam Fiqh Islam. Justeru itu, hukuman itu dipilih dan diputuskan oleh keluarga mangsa, bukan oleh penjenayah sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian pihak yang mempertikaikannya.
3. Justeru itu, tidak timbul dalam kes Dato’ Sosilawati hukuman ini tidak praktikal atau tidak relevan jika di dapati pembunuhnya adalah non-muslim, justeru pemutus hukuman itu ialah keluarga Dato’ Sosilawati, bukan pembunuh dan penjenayah.
Ini adalah realiti hukum Qisas ,  terdapat perbezaan dengan sebahagian hukum hudud. Sebagai contoh, kesalahan meminum arak hukumannya adalah hudud. Kes ini menggariskan syarat pesalah yang tertakluk kepada hukuman Hudud berbeza dengan pesalah kes Qisas, di mana pesalah yang tertakluk kepada hukuman ini hanyalah golongan muslim . [ tidak kepada  non-muslim. ]

Titik perbezaan ialah, kesalahan membunuh bukan sahaja diakui oleh Islam sebagai jenayah, tetapi juga diakui oleh semua agama, semua bangsa, semua kaum, semua etnik dan semua manusia. Ini berbeza dengan kesalahan meminum arak, di mana kesalahan itu hanya menurut agama Islam dan beberapa agama samawi, tetapi ia tidak dianggap kesalahan bagi agama yang lain dan juga bagi mereka yang tidak beragama, sehinggalah kemabukan  yang hasil dari minum arak itu membawa kepada kemalangan atau jenayah.
4. Justeru itu, dalam bab meraikan kebebasan beragama dan berfahaman, kerajaan Islam tidak boleh menghalang golongan non-muslim meminum arak apatah lagi menjatuhkan hukuman hudud bagi non-muslim yang meminum arak. Ini kerana, kesalahan itu bersifat kesalahan agama, maka hukuman hudud dalam kes ini hanya tertakluk kepada orang Islam, bukan kepada non-muslim. Ini sebenarnya bagi merealisasikan maksud firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang berbunyi ‘tiada paksaan dalam agama’.

Jadi, semua kes yang melibatkan kesalahan dari sudut pandangan agama seperti tidak bersolat jumaat, tidak berpuasa dan seumpamanya, ia hanya melibatkan muslim , sementara non-muslim tidak terlibat langsung dalam kes seperti ini .

Tambahan pula, dalam kes Qisas terdapat mangsa yang memerlukan pembelaan, manakala di dalam kes Hudud arak, tidak terdapat mangsa yang memerlukan pembelaan. Yang ada hanyalah pesalah, iaitu peminum arak yang muslim, tetapi bukan mangsa.

 

5. Berkenaan point ke dua pula, adakah hudud hanyalah bersifat hukuman semata – mata  sehingga tidak melibatkan penyiasatan dan lain-lain .
Jawapannya ialah, perundangan Islam seperti hudud, qisas dan ta’zir bukan sahaja bersifat penjatuhan hukuman, tetapi ia adalah sistem yang lengkap, iaitu bermula daripada berlakunya pembunuhan, penyiasatan, pembuktian, pendakwaan, penghakiman, penjatuhan hukuman dan sehinggalah kepada kesan penjatuhan hukuman seperti isu siapakah yang akan menanggung keluarga mangsa dan keluarga pesalah selepas si pesalah di jatuhkan hukuman bunuh. Sememangnya banyak media terutamanya media arus perdana milik pemerintah  banyak memomokkan hanya point ‘bunuh balas’ dengan ‘pancung dikhalayak ramai’ sehingga hukum Islam ini menjadi ‘alergik’ yang ditakuti oleh masyarakat bukan sahaja khusus kepada non-muslim, tetapi juga ditakuti oleh orang Islam yang ‘jahil agama’.
6. Artikel saya yang lepas,  sememangnya saya mengfokuskan tentang isu hak pendakwaan dan penyiasatan yang merupakan sebahagian daripada sistem lengkap perundangan Qisas. Di situ saya membezakan antara hak keluarga dan mangsa dalam sistem perundangan Qisas dibandingkan di dalam sistem perundangan konvensional. Di mana hak asli [tulen] penyiasatan, pembuktian dan pendakwaan adalah hak keluarga mangsa dan dibantu oleh kerajaan.
Namun reality perundangan konvensional, keluarga mangsa bukan sahaja tidak berhak terlibat di dalam penyiasatan, pembuktian dan pendakwaan, malahan tidak berpeluang untuk akses kepada bukti dan cara siasatan.

Lantaran itu , apa yang didakwa [ oleh  beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan undang – undang Islam ] bahawa pegawai penyiasat, polis dan hakim boleh dirasuah dan terdedah manipulasi kes sebagaimana dalam sistem hari ini tidak akan berlaku.

Perbezaannya ialah, dalam sistem Islam, siasatan boleh dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa jika  mereka berkemampuan. Jika mereka tidak berkemampuan, mereka boleh melantik golongan atau pihak yang berkemampuan, sama ada dengan sukarela atau dengan upah. Jika mereka tidak mampu mengupah disebabkan tiada kewangan, maka pada masa itu menjadi kewajipan ke atas kerajaan membantu keluarga mangsa seperti menyediakan kewangan dan kepakaran.
Mereka yang terlibat dengan pembuktian dan penyiasatan mempunyai interest atau kepentingan dengan keluarga mangsa, justeru mereka dilantik atau diupah oleh keluarga mangsa sendiri, bukan oleh pihak kerajaan. Maka, bagaimanalah pemimpin yang korup boleh merasuah dan menyuap pegawai penyiasat sebagaimana yang boleh berlaku di dalam sistem konvensional, kerana authority siasatan dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa, atau orang yang dipercayai yang dilantik oleh keluarga mangsa.
7. Berasaskan kepada kenyataan ini ,  tidak timbul isu AG’s Chamber dan polis terdedah kepada sogokan supaya men’declare’kan NFA (no further action) dan ‘lack of evidence’ kerana mereka tidak berauthority membuat pengisytiharan tersebut. Yang berauthority menentukan sama ada NFA atau sebaliknya, atau menentukan ‘lack of evidence’ atau sebaliknya adalah keluarga mangsa, bukan AG’s Chamber atau polis sebagaimana di dalam sistem konvensional.

Dalam kes mendiang Al-Tantuya sebagai contoh, ruang-ruang penyelewengan terbuka cukup luas. Saya terlebih dahulu menghormati keputusan mahkamah dan tidak mahu mempertikaikan keputusan yang telah dibuat. Tetapi apa yang saya cuba bangkitkan di sini ialah, kita tidak boleh menolak keraguan dan hak mereka yang meragui beberapa isu di sebalik realiti yang berlaku.

Keraguan itu timbul seperti tanda tanya adakah disebalik mereka yang didapati bersalah terdapat dalang yang lain atau tidak? Apakah kepentingan mereka-mereka yang didapati bersalah dengan mendiang Al-Tantuya? Adakah mereka yang didapati bersalah akan diampunkan? Jika dijatuhkan hukuman, boleh atau tidak kemungkinan mereka sebenarnya akan dibebaskan dengan senyap-senyap dan akan diberikan kemewahan di luar negara?
8. Kesemua kebarangkalian ini sebenarnya boleh berlaku. Jika orang politik yang terlibat, tidak mustahil mereka akan merasuah pegawai penyiasat untuk menutup bukti terhadap dalang di sebaliknya, tidak mustahil lembaga pengampunan akan memberikan keampunan jika mereka mempunyai hubungan dengan mereka-mereka yang terlibat dengan jenayah, tidak mustahil mereka yagn didapati bersalah dikatakan telah dijatuhkan hukuman tetapi sebenarnya dilepaskan dengan diberikan kemewahan di luar negara seperti Australia dan lain-lain. Semua kemungkinan ini boleh timbul dalam realiti sistem perundangan konvensional.

Semua kebarangkalian ini boleh berlaku justeru disebabkan keluarga mangsa bukan sahaja tidak berhak terlibat di dalam penyiasatan dan pembuktian, tetapi sehinggakan tidak berhak untuk akses kepada maklumat pembuktian. Tambahan pula, keluarga mangsa lansung tidak ada hak dalam pengampunan si penjenayah dan juga tidak terlibat sewaktu hukuman di jatuhkan.

 

9. Berbeza dengan sistem perundangan Islam, semua kebarangkalian ini akan tertutup justeru keluarga mangsa adalah pemilik asal kepada authority untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti, tidak sebagaimana di dalam sistem konvensional. Mereka juga adalah pemilik asal terhadap hak untuk membuat pendakwaan jika cukup bukti dan menarik  semula pendakwaan dan pertuduhan jika bukti tidak mencukupi.

Jika tertuduh di dapati bersalah, maka hak mengampunkan adalah hak asli  [ tulen ] keluarga mangsa yang mempunyai interest atau kepentingan dengan si mangsa, bukan lembaga pengampunan yang tidak mempunyai interest atau kepentingan dengan mangsa dan keluarganya. Maka jika keluarga mangsa ingin menuntut qisas, maka perlaksanaan boleh dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa, bukan oleh pihak penjara.

10. Dalam kes contoh ini, saya menghormati keputusan mahkamah dan tidak  mahu mempertikaikan keputusan mahkamah dalam isu ini. Tetapi saya cuba membangkitkan tanggapan-tanggapan yang boleh timbul berkenaan isu ini sebelum  ia di bawa ke mahkamah dan selepas diputuskan oleh mahkamah, bukan keputusan mahkamah itu sendiri.

Begitu juga dengan hakim yang bukan sahaja perlu seorang yang layak menurut ciri-ciri Islam, tetapi juga mendapat persetujuan daripada mereka yang tertuduh dan menuduh. Ini seperti hakim dalam kes penghukuman terhadap Bani Quraizah dan Saidina Ali yang menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya. Hakimnya adalah bukan sahaja seseorang yang adil dan baik yang mencukupi syarat hakim, tetapi ianya dipersetujui oleh kedua-kedua pihak yang terlibat.

 

11. Di dalam Islam, kadangkala penyiasatan boleh berlaku secara terbuka yang melibatkan saksi yang ramai bagi mengelakkan berlakunya manipulasi bukti dan kerelaan saksi dan tertuduh yang terlibat.

Di dalam kitab Tabsirah Al-Ahkam ada meriwayatkan tentang seorang lelaki yang  membawa harta yang banyak mengembara dengan sekumpulan lelaki. Tiba-tiba, lelaki tersebut tidak pulang bersama-sama rombongannya. Rombongan tersebut memberitahu kepada anak lelaki tersebut bahawa ayahnya telah meninggal. Anak itu bertanya ke manakah pergi hartanya yang banyak? Mereka menjawab tidak ada.

Kemudiannya anak kepada lelaki yang hilang tersebut membawa kes itu kepada Saidina Ali yang merupakan khalifah pada waktu itu. Mereka yang terlibat disoal-siasat seorang demi seorang secara berasingan. Soal siasat itu dihadiri oleh bukan sahaja keluarga mangsa, tetapi dihadiri juga penulis keterangan, saksi-saksi  bebas bagi memastikan perjalanan soal siasat itu berjalan dengan adil.

Seorang demi seorang mereka yang tertuduh disoal dan memberikan jawapan dihadapan khalayak. Setiap tertuduh diambil dan ditulis maklumat tentang bagaimanakah keadaan lelaki yang mati itu, pada hari apakah beliau bertolak, dimanakah beliau singgah, apakah punca kematian, apa yang berlaku kepada hartanya yang banyak, siapakan yang memandikannya, siapakah yang mengkapankannya, siapakah yanag menyembahyangi jenazahnya, di manakah ia dikuburkan dan lain-lain soalan. Setiap seseorang menjawab di hadapan orang ramai dengan jawapan yang berlainan.

Setiap kali selesai penyiasatan setiap individu, Saidina Ali bertakbir yang juga turut disambut oleh orang ramai. Ini menyebabkan, tertuduh-tertuduh yang tidak mengetahui apakah jawapan sahabatnya yang sedang disoal siasat menyangka takbir tersebut dilaungkan oleh Saidina Ali dan orang ramai bersamanya justeru sahabatnya yang sedang disoal siasat sudah mengaku perbuatannya.

Dalam pusingan berikutnya, Saidina Ali dan orang-orang yang bersamanya melakukan perkara yang sama, iaitu melaungkan takbir di setiap akhir sesi soal jawab. Setiap tertuduh terbabit merasakan sahabat-sahabatnya telah mengaku dan setiap mereka akhirnya menceritakan perkara sebenar, iaitu mereka telah merampas harta lelaki tersebut dan seterusnya membunuhnya.

 

11. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, sewaktu soal siasat itu berlansung, ia bukan sahaja di hadiri oleh keluarga si mangsa, tetapi juga di hadiri oleh saksi-saksi bebas, guna bagi mengelakkan manipulasi bukti dan statement pengakuan oleh mereka yang dituduh dan yang terlibat.
Realitinya, di dalam sistem perundangan konvensional langsung tidak memberikan hak keluarga mangsa untuk mengakses bukti-bukti dan juga statement-statement saksi dan tertuduh, berbeza dengan sistem Qisas Islam. Inilah dia ruang rasuah, korupsi dan manipulasi yang terdapat dalam sistem konvensional, tetapi tidak terdapat di sistem Islam.

 

12. Adapun berkenaan dengan point yang ke tiga, iaitu korupsi yang berpunca daripada akhlak individu, bukanlah sesuatu yang dinafikan. Tulisan  saya yang lepas, tidak pernah sama sekali menafikan tentang akhlak  menjadi punca korupsi yang berlaku di dalam negara. Tetapi apa yang ditekankan di dalam tulisan tersebut ialah kita perlu keluar daripada kotak pemikiran bahawa punca korupsi itu hanyalah semata-mata berpunca dan disebabkan oleh moral dan akhlak mereka yang terbabit.
Di samping bersetuju dengan akhlak dan sikap korup individu pemerintah adalah antara punca korupsi, dalam masa  yang sama saya mengajak orang ramai berfikir kepada perkara yang di luar dari kotak permasalahan tersebut, iaitu bagaimana sistem hari ini memberikan ruang dan peluang kepada golongan korup melempiaskan hawa nafsu mereka.
13. Realitinya ialah , akhlak sahaja tidak memadai untuk memastikan negara tidak korup tanpa  wujudnya sistem yang baik. Jika apa yang disebutkan pengkritik artikel saya sebelum ini , bahawa semua individu terdedah kepada korup tanpa mengira muslim atau non-muslim adalah satu reality tanpa mengira muslim atau non-muslim, ini bermakna sesiapa sahaja yang kita lantik susah untuk dipastikan dia tidak korup, justeru korup atau tidak hanya terbukti selepas ia memerintah. Kalau yang baru naik memerintah itu cerdik politik , korupsinya akan terselindung, kalau dia ‘bodoh politik’, atau ‘cerdik politik’ tapi pembangkang lebih kuat dan lebih cerdik dari pemerintah, maka korupsinya akan terdedah juga.
14. Dalam statement pengkritik [ yang mengkritik artikel saya yang lalu ] , bahawa semua  orang terdedah kepada korup. Kenyataan itu bermaksud kalau kita tukar pemimpin UMNO sekarang yang kita anggap sebagai korup, adakah kita boleh yakin pemimpin yang akan menggantikan UMNO dalam sistem UMNO yang sama tidak korup macam UMNO?

Pula , kalau kita yakin bahawa muslim atau non-muslim sama ada di dalam PAS, PKR , DAP dan lain-lain parti terdedah kepada korup, lalu bagaimana kita boleh yakin mereka boleh menggantikan UMNO?

Jika non-muslim dan muslim sendiri dalam kontek Malaysia tidak boleh dijamin mereka tidak korup, dan juga justeru tidak ada alat untuk scan bahawa pemimpin alternative tidak korupsi sebagai yang sedia ada, maka di sinilah relevannya saya mengajak semua rakyat Malaysia berfikir tentang sistem yang boleh menutup ruang naiknya golongan yang korup sebagai pemerintah atau menutup ruang korupsi atau paling kurang tidak memberikan ruang yang luas bagi golongan korup yang terlantik melempiaskan nafsu korupsinya.

 

15. Dalam Islam, pemerintah adalah “pengurus bagi pihak rakyat” dan ia bukan owner kepada negara, sama ada bukan owner terhadap harta negara, tetapi juga bukan owner kepada perundangan negara. Pemimpin di dalam Islam seperti ‘pengurus kedai runcit’, di mana ia bukan pemilik kepada hasilan jualan dan juga bukan pemilik kepada sistem dan peraturan syarikat yang diuruskannya justeru dia tidak berhak mengubah sistem dan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuannya.

Tuan dan pemilik  rangkaian – rangkaian perniagaan kedai runcit yang bijak, ia akan lebih menekankan sistem yang digunapakai seperti ‘Pos System’, mempertingkatkan Standard of Procedure (SOP), memasang CCTV di kaunter wang dan lain-lain, guna untuk memastikan pengurus tidak menyalahgunakan kuasa dan  melarikan wang jualan. Lalu, sistem itu mestilah sistem yang boleh memberikan peluang yang minimum atau mensifarkan peluang kepada pengurus untuk melakukan penyelewengan. Kemudian barulah isu akhlak dan moral pengurus dibangkitkan.
16. Kalau owner kepada rangkaian runcit tadi hanya memikirkan pekerjanya yang terbukti sudah menyeleweng, kemudian memikirkan siapakah bakal calon yang akan ditemuduga tidak menyeleweng, bagaimana mahu dikenalpasti bakal pengganti kepada pengurus rangkaianya yang telah dibuang disebabkan penyelewengan, maka masalah penyelewengan dalam business yang besar tidak akan selesai melainkan ownernya juga mesti mencari sistem dan cara terbaik untuk menutup ruang penyelewengan pengurus-pengurus yang dilantik.

Oleh kerana itu, kita  melihat kedai-kedai runcit kecil yang biasapun sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi membeli sistem audit dan sistem rekod seperti Pos Sistem dan lain-lain, guna bagi mengelakan berlakunya penyelewengan.

 

17. Begitulah ibarat yang boleh dilihat dalam kontek mengenengahkan pentingnya sistem di samping akhlak dan moral mereka yang memegang amanah dan tanggungjawab. Bahkan sebenarnya, sistem yang baik di dalam negara adalah jauh lebih penting berbanding sistem yang baik di dalam rangkaian perniagaan justeru urusan negara jauh lebih rumit, besar dan penting berbanding urusan perniagaan.

Ringkasnya, step utama dan pertama yang terbaik untuk menangani korupsi ialah sistem itu sendiri mestilah dipastikan dapat meminimumkan atau mengsifarkan peluang perasuah dan penyeleweng dariapda merasuah dan melakukan penyelewengan. Selepas kita memastikan sistem kita adalah sistem terbaik, barulah kita pergi kepada moral dan akhlak mereka yang mengunakan, menjalankan atau terlibat dengan sistem tersebut.

Tambahan pula, korupsi atau tidak seseorang pemerintah bukanlah sesuatu yang senang untuk dikesan. Hari ini, kita mungkin tidak berpuashati dengna moral dan akhlak pemimpin UMNO, selepas ini kita belum tahu pemimpin yang akan kita lantik ,. tidak seperti akhlak dan moral pemimpin UMNO pada hari ini justeru tidak ada alat yang boleh scan dan detect hati dan niat seseorang, sama ada dia adalah orang yang korup, berkepentingan atau tidak. Adalah tidak wajar kita hanya memperjudikan nasib kita untuk menunggu orang yang kita lantik terbukti korup atau tidak tanpa kita juga bergantung kepada sistem yang baik.

 

18. Menurut Islam, mencegah berlakunya rasuah dan korupsi itu bukan sahaja nilai moral dan akhlak individu pemegang amanah. Tetapi benteng utama penutupan pintu rasuah dan korupsi ialah sistem, kemudian barulah individu pelaksana sistem. Justeru itu, isu korupsi yang terdedah dalam kes pembunuhan, terlebih awal dicover oleh sistem Qisas itu sendiri bagi menutup mereka yang korup, berkuasa, kaya dan sebagainya memanipulasi kes yang akhirnya menjadikan mangsa jenayah tidak terbela.

Justeru itu, rakyat sepatutnya diajak berfikiran lebih terkehadapan, iaitu selain kita memikirkan untuk mencari pemimpin yang bermoral dan berakhlak, kita perlu mula memikirkan tentang sistem terbaik bagi menggantikan sistem yang sebenarnya sudah terbukti kegagalannya dalam mencegah jenayah, menginsafkan penjenayah dan juga menutup ruang pemimpin korup melempiaskan nafsu mereka.

 

19. Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan beberapa pandangan pengkritik , yang menyatakan punca korupsi hari ini ialah moral mereka yang terbabit. Tetapi apabila  mereka menyatakan muslim corrupt, non-muslim juga corrupt, llalu macamana sebenarnya kita nak mencegah corruption ini?

Jika non muslim tidak corrupt, kita boleh melantik non-muslim. Kalau non-muslim  juga korup, lalu kita nak lantik siapa? Kalau tidak ada orang  yang tidak terdedah kepada korup dan tidak ada alat yang boleh scan siapa corrupt dan siapa tidak corrupt, jadi bagaimana kita  mahu mengatasi korupsi ini ?

Justeru persoalan-persoalan ini sebenarnya menyebabkan artikel saya yang lepas mengajak rakyat supaya menganjak paradigma daripada berbincang tentang korupsi individu-individu pemimpin kepada perbincangan sistem terbaik di samping isu akhlak dan moral pemerintah.

 

20. Saya berpendapat bahawa, sistem yang korup melahirkan pemimpin yang korup dan memberikan peluang yang luas kepada golongan korupsi melempiaskan nafsu mereka. Manakala sistem yang baik menjadikan orang yang korup tidak berpeluang  melakukan korupsi manakala orang yang bijak menyembunyikan korupsinya juga tidak  berpeluang untuk melempiaskan nafsu korupsinya.

Sejarah Islam seperti yang diceritakan di dalam surah Saba’, pemimpin yang korup jika ingin melempiaskan nafsu korupsinya, maka perkara pertama yang dia perlu buat ialah, membuang sistem Islam tersebut. Selepas sistem itu tidak ada atau tidak diguna pakai, kemudian barulah pemerintah yang korup boleh melempiaskan nafsu korupsi dan menyembunyikannya daripada orang ramai.
21. Terakhirnya ialah, pengalaman ‘dark age’ barat yang menjadi mimpi ngeri sehingga menyebabkan mereka terlalu takut untuk menyebut ‘god’s law’ , tidak boleh di samakan dengan sistem pemerintahan Islam.

Cuma saya tidak mahu panjangkan isu sejarah ini untuk tidak melarikan fokus asal berkenaan dengan Qisas dan perbandingannya dengan realiti undang-undang konvensional. Selepas selesai isu ini, jika ada kelapangan masa yang sesuai , kita boleh bincangkan perbezaan besar  realiti God’s Law di dalam sejarah Eropah dan Shariah Law di dalam sejarah Khilafah Islam.
PENUTUP.

Ringkasnya, negara yang adil, kuat dan makmur akan tercapai bukan sahaja bergantung kepada pemerintah yang bermoral, tetapi juga bergantung kepada sistem yang diguna pakai.

Oleh itu, apabila jenayah yang semakin menjadi-jadi, korupsi semakin jelas kelihatan, pemerintah yang korup tidak berhenti bahkan bersilih ganti. Maka tibalah masanya kita sama-sama membuka dan menganjak paradigma kita untuk memikirkan tentang sistem. Lalu saya cadangkan sistem Islam sebagai sistem terbaik jua sebagai alternatif di atas kegagalan sistem yang sedia ada untuk membendung rasuah dan jenayah .

Juga apa yang saya seru ialah, supaya kita semua cuba berbahas perkara dan realiti ini secara harmoni, tanpa prejudis, tanpa meletakkan ‘taji’ dikaki, supaya kebenaran dapat dinilai tanpa ada pihak yang terguris.

PAS, Pakatan mesyuarat esok tentukan umum calon


Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

“Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.

“Kita sudah ada senarai pendek tetapi akan ditentukan dalam mesyuarat nantilah,” katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilaporkan berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini.

Penduduk minta benteng dibina lebih tinggi


Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 12 Okt: Beberapa buah rumah di kawasan perkampungan nelayan Kuala Bagan Tiang dalam Dun Titi Serong ditenggelami air beikutan air pasang besar yang naik dan melimpahi tebing yang telah dibina oleh kontraktor sebelum ini.

Salah seorang warga tempatan menjelaskan bahawa benteng penghalang air berhampiran rumah penduduk telah dibina oleh kontraktor yang dilantik membina benteng itu dengan mengabaikan aspek ketinggian yang sepatutnya, diangarkan puluhan rumah menerima nasib yang malang di mana rumah mereka dimasuki oleh air masin serta bau busuk berikutan air pasang yang luar biasa selama 4 hari berturut-turut.

Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim (gambar) telah meninjau kawasan terbabit pada jam 9.00 pagi kelamrin dengan diringi oleh Ketua PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang, Haji Bakhtiar.

Menurutnya, penduduk memaklumkan bahawa masalah itu akan selesai jika pihak penguasa tempatan dapat membina benteng penghalang air mengikut saranan mereka yang mencadangkan supaya benteng tersebut dibina sekitar dua kaki lebih tinggi daripada paras jalan yang sedia ada.

Katanya, sebahagian kecil telah dibina mengikut ketinggian yang boleh mengelakkan limpahan air namun itu pun tidak menepati piawaian benteng yang kukuh.

Tinjauan mendapati benteng walaupun dibina dengan ketinggian dua kaki, tetapi amat nipis dengan beberapa retakan serta pecah telah ditemui pada kawasan bawah benteng tersebut.

Penduduk juga memaklum bahawa benteng tersebut perlu ada paip besar yang memudahkan saliran air yang bertakung untuk mengalir ke sungai.

Khalil menghubungi pihak berwajib bagi mengatasi masalah tersebut.