Anwar dakwa SPR terima peruntukan 2010 RM250 kendali PRU-13


Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.
Anwar membangkitkan perkara ini ketika wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan tahun depan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu sebagai “bajet pilihan raya”.
Selain itu, SPR juga sedang membuat persiapan untuk mengadakan pilihan raya negeri Sarawak, yang mandat kerajaan negeri akan berakhir Julai 2011.
Ketua Pembangkang memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dimaklumkan oleh “sumber-sumber dalaman” mengenai peruntukan tersebut dan menuntut penjelasan daripada kerajaan.
“Kami ada menerima maklumat. Dan, saya ingin mengetahui perkara sebenar… bahawa SPR telah dimaklumkan peruntukan sebanyak RM250 juta disediakan kepada agensi itu sebagai perbelanjaan tahun depan,” kata beliau ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.
Kata beliau, ia berbeza daripada angka peruntukan RM35 juta yang akan disalurkan kepada suruhanjaya itu oleh Kementerian Kewangan.
Anwar juga mempersoalkan mengapa peruntukan yang melambung kepada SPR itu tidak dimasukakn ke dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri, yang diumumkan Jumaat lalu.
“Mengapa peruntukan ini disediakan sebelum bajet diumumkan, tetapi tidak dimasukakn ke bajet,” kata beliau.
“Adakah (peruntukan ini) bermakna persiapan ke arah pilihan raya tahun depan? Kemungkinan Menteri Pertahanan tahu sesuatu sebab beliau senyum, jadi saya merasakan beliau ada maklumat,” katanya.
Anwar juga mempersoalkan ketelusan perbelanjaan SPR dan menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar memantau kewangan suruhanjaya itu.
“Kami ada menerima maklumat dalaman bahawa ada sesetengah proses tidak telus dan kurang akauntabliti,” katanya lagi.
Justeru kata Anwar, SPRM harus menyiasat SPR agar ia menguruskan kewangannya dengan baik.
“Integriti SPR sudah pun terjejas ekoran campur tangan politik yang keterlaluan,” katanya lagi.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Budget 2011-RTM malukan Najib -Bajet seluar dalam dengarlah betul-betul-must see the video….

Guan Eng on Budget 2011 – National Debt, PLUS toll and an election budget -bukti rakyat malaysia menanggung perbelanjaan umno bn sebagai kerajaan persekutuan

Budget 2011: If Penang side-lined, Malaysia lose too

Bajet 2011 – Guan Eng explains what Budget 2011 means -bukti yang jelas rakyat dibebani oleh umno bn.rakyat ditipu lagi….

Sabah and Sarawak let down badly

SPRM rayu terhadap pembebasan bekas DG Imigresen

October 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfail rayuan terhadap pembebasan bekas ketua-pengarah imigresen Datuk Wahid Md Don oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lepas berkaitan tuduhan rasuah RM60,000.

Ketua Pendakwa SPRM Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi pagi ini.

Katanya, belum ada tarikh ditetapkan bagi mendengar rayuan itu.

Wahid, 57, dilepas dan dibebaskan dari tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada ahli pernigaan Datuk Seri Low Chang Hian bagi mempercepatkan kelulusan 4,337 visa untuk pekerja Bangladesh pada 10 Julai, 2008.

Hakim tidak menyatakan alasan bagi pembebasan itu.

Dalam satu kenyataan akhbar segera selepas keputusan itu, SPRM berkata terdapat “alasan kukuh” bagi suruhanjaya itu mengemukakan rayuan. — Bernama

Anwar: Projek mega Najib petanda empayar BN bakal runtuh

Oleh Clara Chooi
October 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

“Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi,” kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

“Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa,” kata beliau.

“Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

Najib berkata, “di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.”

“Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.

“Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan  projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015,” kata Najib.

Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.

Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.

“Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.

“Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?” soal beliau.

Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu.

“Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega,” kata beliau.

Rakyat terima RM100, bukan bangunan 100 tingkat (elaun jkkk dapat naik hampir 100% tapi bonus kakitangan kerajaan 500.00 saje)video

Elak kanak-kanak daripada makanan kantin tidak sihat


SM Mohamed Idris
Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya satu pertiga dalam sehari di sekolah dan ketika ini mereka makan sekurang-kurangnya satu hidangan di kantin sekolah. Ini terutamanya di kebanyakan kawasan bandar, di mana kedua ibu bapa mereka bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan bekalan makanan untuk anak mereka.

Makanan merupakan faktor penting untuk perkembangan dan kesihatan manusia terutama sekali bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ia bukan hanya berkhasiat tetapi juga menyihatkan. Ini bermakna kita mesti memastikan hidangan yang disediakan di sekolah berkhasiat dan menyihatkan.

Tabiat makan pelajar sebahagian besarnya dipengaruhi oleh makanan yang didapati di persekitaran sekolah. Makanan yang mereka makan menyumbang sebahagian besarnya kepada pengambilan pemakanan mereka dan akan mempengaruhi perkembangan tabiat makan mereka, corak pertumbuhan dan paras tenaga.

Mengambil makanan yang berkhasiat dan menerapkan gaya hidup sihat akan membolehkan pelajar membesar dan mengembangkan potensi optimum mereka, membawa kepada prestasi pendidikan yang lebih baik.

Diet yang sihat juga memainkan peranan pencegahan berhubung dengan keadaan yang berkaitan dengan pemakanan dan penyakit seperti berat berlebihan, obesiti dan penyakit gigi dan osteoporosis, penyakit kardiovaskular, diabetes mellitus dan pelbagai kanser di kemudian hari.

Jadi apakah yang didedahkan kepada anak-anak kita di kantin sekolah mereka? Kebanyakan kantin sekolah measih menjual makanan dan snek yang tidak sihat!

Ini diakui oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau dipetik oleh pihak akhbar pada 15 Ogos sebagai berkata: Pemeriksaan menunjukkan banyak kantin masih menjual makanan bergoreng yang tidak memenuhi garis panduan kementerian berhubung makanan yang sihat.

Beliau berkata kajian terhadap 10,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 12 tahun mendedahkan bahawa 24% daripada mereka mempunyai berat berlebihan atau obes.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat sedih dengan penemuan ini. Sejak bertahun-tahun lamanya kami mendedahkan makanan dan minuman yang tidak sihat yang dijual di dalam dan sekitar sekolah, tetapi masalahnya masih terus wujud.

Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dengan jelas menyatakan gula-gula, jeruk dan snek yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan tidak dibenarkan.

Garis panduan itu juga menyatakan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan, mi segera, kek, aiskrim, minuman dengan pewarna tiruan, minuman berperisa, teh, kopi dan minuman ringan tidak digalakkan.

Garis panduan itu juga menyediakan beberapa perkara yang jelas bagi pengendali makanan kantin bagaimana untuk menyediakan makanan yang kurang gula, garam dan lemak dan juga kepentingan untuk memasukkan makanan yang kaya dengan serat dalam setiap hidangan mereka. Tiada alasan untuk pihak pengendali kantin tidak mempedulikannya.

Kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008 menunjukkan kanak-kanak mengambil makanan seperti ayam goreng, kentang goreng, nugget, coklat, aiskrim, minuman berkarbonat, biskut berkrim dan jeruk di sekolah.

Kini dua tahun sudah berlalu, Menteri Kesihatan memberitahu kita bahawa tiada yang berubah. Pengendali kantin sekolah melakukan apa yang mereka suka!

Jadi siapakah yang bertanggungjawab terhadap keadaan ini? Adakah pihak berkuasa Persekutuan yang tidak mengawasi atau mengambil tindakan? Atau pihak berkuasa sekolah yang tidak mematuhinya?

Mungkin kita boleh persalahkan kepada kanak-kanak yang menuntut untuk makanan yang tidak sihat itu!

Kami menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bertindak menguatkuasakan garis panduan itu. Memastikan pihak kantin sekolah menyediakan hidangan sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak dan mengenakan hukuman yang tegas ke atas pengendali gerai yang enggan untuk bekerjasama.

Menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat juga bermakna mendidik kanak-kanak mengenai makanan yang sihat dan makanan yang perlu dielakkan di luar sekolah.

Jika diperlukan, pihak sekolah juga seharusnya menyediakan ruang di kantin secara percuma kepada pengendali yang menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat.

Memandangkan sejumlah besar wang yang dibelanjakan oleh kerajaan di lain tempat, adalah lebih mudah untuk memberikan subsidi kepada sekolah untuk kos kantin, sekiranya wajar.

Adalah penting juga bagi ibu bapa, guru-guru dan pelajar bekerjasama untuk menyokong pendekatan menyeluruh untuk menerapkan budaya di mana pelajar sekolah rendah dan menengah secara aktif memilih makanan berkhasiat dan gaya hidup yang lebih sihat.

SM Mohamed Idris,

Presiden,

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

No. 10 Jalan Masjid Negeri

11600 Pulau Pinang

Tel: 04 8299511 Faks: 04 8298109 emel: idrismd@tm.net.my