Perkhidmatan Awam dan Kabinet

Oleh – Abdul Aziz Bari

Khairy Jamaludin betul apabila, pada 2 September lalu, menyatakan bahawa perkhidmatan awam Malaysia terlalu besar. Di bawah sistem Westminster yang kita amalkan sekarang, perkhidmatan awam yang buat masa ini berjumlah sekitar 1.2 juta orang, adalah sebahagian daripada kerajaan.

Bagaimanapun perkhidmatan awam perlu berkecuali dalam erti kata ia tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Tegasnya kakitangan awam boleh mengundi parti pembangkang di dalam pilihan raya.

Mengapa kakitangan awam yang merangkumi angkatan tentera dan polis perlu berkecuali? Ini ialah kerana dengan cara itu sahaja mereka boleh memberi khidmat kepada rakyat dengan profesional dan tidak menganiaya mereka
Jika perkhidmatan awam tidak berkecuali ia akan menjadi alat parti pemerintah. Perlembagaan menjamin kedudukan dan peranan perkhidmatan ini melalui adanya pelbagai suruhanjaya perkhidmatan dan pelbagai peruntukan yang tidak membolehkan mereka dibuang kerja begitu sahaja oleh kerajaan yang memerintah.

Kedudukan berkecuali perkhidmatan awam ini tidak difahami oleh ramai orang. Ini tidak memeranjatkan kerana kita tidak pernah khususnya di peringkat persekutuan diperintah oleh parti lain selain Barisan Nasional (BN). Dan, parti ini memang tidak pedulikan perlembagaan sangat. Sebab itu di bawah pentadbiran Mahathir kakitangan awam dipaksa menerima aku janji yang jelas bertentangan dengan doktrin keberkecualian perkhidmatan awam tadi.

Peranan dan fungsi perkhidmatan di seluruh dunia Westminster sama; yakni memberi nasihat secara profesional dan tidak memihak kepada kerajaan yang, sesuai dengan sifat politik itu sendiri, datang dan pergi serta tidak kekal. Bagi memastikan kemantapan kedudukan dan peranan kakitangan awam mereka hanya perlu setia kepada negara dan dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta Yang di-Pertua Negeri memainkan peranan.

Berbalik kepada isu kali ini yakni kakitangan awam yang terlalu ramai, mengapa sampai jadi begitu dan apa kesan buruknya kepada sistem dan negara kita? Saya tidak pasti mengapa. Tetapi, saya yakin bahawa saiz perkhidmatan awam yang terlalu gemuk itu adalah beban yang tidak perlu kepada rakyat, khususnya pembayar cukai.

Pakatan Rakyat (PR) sebagai pembangkang dan mungkin kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang perlu mengambil berat. Saya ingin mencadangkan supaya Pakatan mengecilkan Kabinet mereka. Saya telah sebutkan sebelum ini bahawa untuk negara yang penduduknya berjumlah sekitar 28 juta ini Malaysia memerlukan hanya sekitar 20 orang menteri sahaja. Negara India yang mempunyai lebih 1 bilion rakyat itu pun hanya mempunyai sekitar 30 orang menteri sahaja.

Saya sebut Kabinet di sini kerana ia membuat dasar yang kemudian dilaksanakan oleh perkhidmatan awam. Dalam konteks perbincangan kita minggu ini perkhidmatan awam tidak boleh dikecilkan dengan mudah. Seperti yang saya sebutkan tadi kedudukan dan hak mereka dilindungi oleh perlembagaan. Saya rasa antara sebab mengapa perkhidmatan awam jadi gemuk ialah kerana kabinet diperbesarkan tanpa berfikir oleh BN. Agak jelas di bawah pentadbiran BN, kabinet dibentuk berdasarkan politik dan bukan keperluan negara. Tegasnya, BN hendak memastikan semua parti komponennya mendapat habuan melalui jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen.

Kabinet yang gemuk itu menyebabkan pembentukan kementerian yang begitu banyak jumlahnya. Ini perlu diberhentikan oleh PR.

Bagi memastikan supaya falsafah dan idea yang betul tentang perkhidmatan awam dapat dikembalikan sebuah suruhanjaya bagi mengkaji isu-isu itu perlu ditubuhkan. Hal ini telah dilakukan beberapa kali di United Kingdom dalam tempoh 40 atau 50 tahun kebelakangan ini. Dalam soal ini veteran perkhidmatan awam, pakar pentadbiran dari kalangan akademik dan seterusnya perlu dilantik bagi mengkaji dan mencadangkan syor-syor yang perlu bagi menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam.

Ini bermakna bahawa selain berpolitik, tokoh-tokoh PR perlu merenung dan berfikir apakah bentuk negara dan pentadbiran yang mereka hendak kemukakan kepada rakyat. Dan ini adalah sebahagian daripada apa yang kita sering sebut sebagai politik baru selepas tsunami politik Mac 2008. Idea-idea itu juga perlu untuk kita menangani sabotaj yang didakwa dilakukan oleh BN di negeri-negeri yang PR perintah.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun

Malaysia perlu Ambulan Udara, penting bila Kemalangan-bukti umno bn tak peka kepada rakyat…

Oleh: rozmal

Saya pernah menulis isu kepentingan Ambulan Udara di Malaysia pada Disember 2007. Dah berapa kali terhantuk dah, tak juga terngadah-ngadah kita ni. Bangau oh Bangau juga yang popular di Malaysia ini sejak dulu, kini dan harapnya tidaklah selama-lamanya.

************ Selasa Oktober 12, 2010

Sudah Tiba Masanya Malaysia Mempunyai Ambulans Udara

KUALA LUMPUR: Isu kelewatan ambulans yang didakwa tiba selepas tiga jam nahas ngeri di Kilometer 223 Projek Utara-Selatan (PLUS) Ahad lepas perlu dilihat secara serius kewajaran Malaysia menggunakan helikopter sebagai ambulans udara.

Selain dapat mengatasi masalah kelewatan berikutan kesesakan lalulintas , penggunaan ambulans udara adalah cara terbaik untuk menyelamatkan mangsa terutama yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kadar yang lebih pantas.

Dengan peralatan yang lengkap, seperti sebuah hospital bergerak, pastinya kerja menyelamat awal dapat dilakukan dengan lebih sempurna sebelum sampai ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Komander Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Chuah Ghee Lye berkata sudah tiba masanya Malaysia mempunyai ambulans udara sendiri sepertimana yang dimiliki oleh negara-negara maju antaranya Amerika Syarikat.

“Cadangan penubuhan ambulans udara itu sesuatu yang sangat baik kerana ia sangat membantu dalam mempercepatkan penghantaran mangsa ke hospital selain mendapat rawatan awal di dalam ambulans udara tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata walaupun kos penubuhan ambulans udara sangat tinggi, namun harus dilihat kegunaannya untuk jangka masa panjang serta keberkesanannya terutama dalam menangani situasi cemas seperti kemalangan yang berlaku di Kilometer 223, PLUS pada Ahad lepas.

“Kerajaan atau Kementerian Kesihatan mungkin sudah menilai dari insiden-insiden yang telah berlaku sebelum ini untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

“Tidak semestinya kerajaan sahaja, pihak swasta juga saya lihat boleh membantu dengan mewujudkan ambulans udara mereka sendiri yang boleh digerakkan ketika kecemasan,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini bantuan PDRM melalui unit udara sangat terhad kerana boleh digerakkan sebagai pesawat pengangkut sahaja kerana tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menjalankan kerja menyelamat.

“Terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan siapa yang perlu lead the team, jika diberikan tanggungjawab itu kepada kami (polis), kami akan melaksanakannya sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Noordin Razak berkata kewujudan ambulans udara sangat dinanti-nantikan terutama dalam meningkatkan kecekapan dalam operasi menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata pihaknya sedia membantu terutama dalam menyalurkan idea serta tenaga perubatan yang mahir dalam melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Memang amat memerlukan ambulan udara untuk mempercepatkan lagi misi menyelamatkan mangsa terutama dalam kes membabitkan kemalangan jalan raya.

“Sekiranya kerajaan berhasrat mewujudkan ambulans tersebut, PBSM sedia membantu kerana kita mempunyai anggota yang ramai serta berpengalaman luas dalam kerja-kerja menyelamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Mengulas tentang kelewatan seperti yang didakwa anggota keluarga mangsa nahas kemalangan Ahad lepas, Noordin berkata ia berpunca daripada sistem perhubungan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian 999 yang agak lewat menyebabkan bantuan kecemasan lambat digerakkan.

“Kelewatan ambulans ke tempat kejadian sepatutnya tidak boleh dipersalahkan kerana kita menerima maklumat lambat seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini di mana kejadian berlaku pukul 6.45 petang tapi kita terima maklumat pukul 10 malam.

“Orang awam yang ada di tempat kejadian minta bantuan dengan 999…tapi kita terima maklumat daripadanya (999) lambat dan menyebabkan bantuan juga lambat ,” katanya.

Keluarga salah seorang mangsa nahas yang terkorban berkata, ambulans hanya tiba kira-kira pukul 9.30 malam sedangkan kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.45 petang.

Dalam kejadian Ahad lepas, seramai 12 orang terbunuh, manakala kira-kira 40 orang dilaporkan cedera termasuk parah dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga kereta yang berlaku pada pukul 6.50 petang.

Bas ekspres Delima tersebut dikatakan dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas serta melanggar pembahagi lebuh raya lalu melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van, bas serta menghempap dua buah kereta. – BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/12/mstar_berita/20101012194917&sec=mstar_berita

Negara memerlukan ambulan udara

Pada 25 Disember 2007 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi telah melakukan penerbangan ihsan membawa dua pesakit iaitu seorang anggotanya dan seorang awam, masing-masingnya dari Labuan dan Kuching, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan pesawat C130H.

Ini bukanlah kali pertama TUDM melakukan penerbangan ihsan, malah penerbangan ihsan sebelum ini turut menggunakan pesawat lain seperti helikopter Nuri juga pesawat Caribou serta beberapa pesawat lain seusia helikopter Nuri yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Baru-baru ini juga semasa banjir besar melanda negeri Pahang, helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah turut digunakan untuk melakukan penerbangan ihsan.

Sudah sampai masanya negara Malaysia pada zaman aero angkasa serta zaman mengangkasakan bangsa mencari jalan terbaik untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan kesihatan untuk penduduknya

Justeru itu ambulan udara adalah amat perlu pada ketika ini. Di negara-negara maju ambulan udara sudah menjadi lumrah dalam perkhidmatan kesihatan mereka, samada yang dimilikki kerajaan mahupun yang dimilikki swasta, samada dari jenis helikopter mahupun kapalterbang.

Pesawat dari agensi lain seperti tentera adalah sebenarnya tidak sesuai untuk melakukan penerbangan ihsan kerana ianya tidak dilengkapi peralatan perubatan yang sesuai, melainkan ianya harus dipersiapkan oleh pihak hospital apabila hendak melakukan penerbangan ihsan.

Malah ianya adalah tidak kos efektif untuk menggunakan helikopter Mi-171 Jabatan Bomba dan Penyelamat yang besar dan pesawat pengangkut C130H TUDM untuk melakukan penerbangan ihsan.

Bukan itu sahaja, sekiranya negara dilanda musibah sudah pasti helikopter dan pesawat milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan TUDM akan digunakan sepenuhnya untuk tugas mencari dan menyelamat.

Sekiranya negara kita mampu membeli jet pejuang Sukhoi serta menghantar angkasawan menaiki Soyuz, mengapa tidak kita maju setapak lagi dengan menyediakan ambulan-ambulan udara samada dalam bentuk helikopter, pesawat ringan atau pesawat penumpang yang dapat memberikan perkhidmatan kesihatan setaraf negara maju ?

http://waghih.blogspot.com/2007/12/negara-memerlukan-ambulan-udara.html

Lambert: Aktivis pelajar bantah kelulusan Puspal

Sekumpulan kira-kira 20 aktivis pelajar berhimpun di perkarangan bangunan yang menempatkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai membantah konsert Adam Lambert esok.

Mereka berkumpul kira-kira jam 2.45 petang, diikuti dengan ucapan oleh presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan Mohd Hassan; setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seorang lagi pemimpin GAMIS, Mohd Izzuddin Hilmi.

Gov’t withdraws bill to amend labour law -bukti pakatan rakyat membela golongan yang rendah pendapatannya-lebih 60% pendapatan rendah di malaysia

Stuxnet – senjata pemusnah terbaru Yahudi

Oleh: satubenih

Dalam pertengahan September, seluruh dunia dihebohkan oleh berita arus perdana yang memaparkan cerita berita tentang Israel sebagai pencipta dan penyebar virus komputer paling merbahaya, iaitu Stuxnet.

Sebelum ini, kebanyakan virus hanya menyerang PC atau ‘server’ untuk e-bisnes, iaitu dengan cara memadamkan fail atau dokumen sistem kunci, atau menghalang capaian laman sesawang, tetapi tidaklah sampai ketahap merosakkan fungsi utama.

Virus Stuxnet berbeza. Ia satu-satunya virus yang berupaya menembusi komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin utama dalam industri, sehingga membolehkan penyerangnya mengawal sistem-sistem kritikal seperti pam, motor, loceng kecemasan dan injap dalam sesuatu kilang industri. Yang paling ditakuti ialah apabila sistem keselamatan di loji tenaga nuklear dapat di matikan; air segar dicemarkan dengan sisa buangan dari loji rawatan kumbahan, atau injap paip minyak dibuka sehingga mencemari tanah dan laut.

“Apabila penyerang dapat mengawal sistem industri seperti, loji air, loji rawatan kumbahan atau stesyen janakuasa, maka ia akan menjadi satu ancaman yang amat serius kepada dunia,” kata Patrick Fitzgerald, pegawai kanan perisikan ancaman Symantec.

Kenapa menuding jari kepada Israel? Pertama, tumpuan serangan adalah Iran dengan mensasarkan kemudahan nuklear di Natanz, iaitu berada di tempat pertama dalam senarai sasaran Israel. Kedua, terdapat dua “cap jari” yang ditinggalkan pada Stuxnet, salah satunya merujuk kepada Esther, iatu wanita yang diceritakan dalam kitab Injil yang telah menyelamatkan Yahudi Parsi.

Yang lain pula ialah terdapatnya satu tarikh yang tersembunyi dalam kod-Mei 9, 1979, hari di mana seorang Yahudi Iran bernama Habib Elghanian dijatuhi hukuman bunuh oleh kerajaan revolusi Islam yang baru dibentuk (menandakan tamatnya penguasaan Zionis dalam negara berkenaan) sehingga menyebabkan berpuluh-puluh ribu Yahudi Iran lari meninggalkan negara tersebut.

Kebanyakan pakar merujuk kepada Israel sebagai, yang paling berkemungkinan, mencipta senjata bio-teknologi ini. Mereka juga bersependapat bahawa virus ini bukan sahaja mengancam Iran, tetapi juga sistem-sistem di seluruh dunia, bila mana Stuxnet akan membolehkan penggodam-penggodam mengarah-dan-mengawal mekanisme infrastruktur kritikal di negara-negara maju.

Semua “media utama” membawa berita tentang bencana elektronik terbaru ini yang dianggap sungguh dasyat, mengingatkan kita tentang hysteria Y2K lebih sedekad yang lalu.

Mereka yang memiliki senjata ini seolah-olah menyerupai seseorang yang sedang mengacu pistol di kepala pemimpin sebuah negara sambil membuat tuntutan.

Sekalipun terdapat berita-berita yang merumuskan Israel sebagai dalang di sebalik penghasilan virus ini, tidak kedengaran langsung protes dari negara Yahudi itu atau sekutu-sekutunya menunjukkan seolah-olah mengiyakan wujudnya “konspirasi Yahudi” yang berkemampuan menghancurkan dunia hanya melalui satu klik pada papan kekunci.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa Israel memang mahu dunia mempercayai bahawa merekalah yang bertangungjawab menyebarkan virus pemusnah sistem ini.

Kenapa Yahudi membenarkan “teori konspirasi yang berbaur anti-semitik” ini?  Alasannya ialah kerana cerita-cerita mistik dan misteri ini boleh melonjakkan imej mereka sebagaimana mereka percaya tuhan mereka yang dipanggil Yahweh akan membawa bencana ke atas orang-orang yang menyakiti dan menyusahkan bangsa mereka yang terpilih.

Selanjutnya…

Carta bagaimana Stuxnet menyerang

Graf negara-negara yang telah diserang….Malaysia pun ada

Drs. Khalil : Malaysia lebih maju jika tidak diperintah BN.

Oleh : Hafizi Pauzi

BENTA PAHANG , 9 Okt:- Malaysia dan rakyatnya sudah mampu menjadi maju jika sekiranya tidak diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional, hakikatnya Malaysia satu ketika dahulu pernah menjadi tempat tumpuan perolehan khazanah yang tidak ternilai harganya oleh negara-negara yang maju sekarang ini, berdasarkan fakta ini, Malaysia boleh menjadi lebih maju dari Negara yang pernah menjajahnya dan jirannya disebabkan khazanah yang banyak itu. Demikian antara ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika berucap di ceramah isu semasa di markas PKR di PPSK Kg. Melayu Jerkoh disini.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan pimpinan DAP Jerantut Pahang.

Kata Drs. Khalil lagi, Rakyat Malaysia selama ini telah ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional, pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk menerajui tampok pemerintahan Negara hanya sibuk menyimpan harta diluar Negara, dalam masa yang sama rakyat hidup merempat dengan harta yang tidak seberapa.

Rakyat memerlukan pemimpin yang berpotensi menjana kekayaan Negara bagi memacu ekonomi seluruh rakyat Malaysia, beliau mengingatkan kepada hadirin supaya inilah masanya untuk merebut peluang untuk menjatuhkan kerana Barisan Nasional pada PRU 13 tidak lama lagi.

Drs. Khalil menegaskan juga tugas ini adalah tugas bersama, tugas bagi menyedarkan tentang situasi Negara semasa perlu dipikul bersama, baik diperingkat muda, yang tua bahkan sesiapa sahaja mesti melibatkan diri dalam kerja memberi maklumat ini kepada rakyat amnya.

Selain itu beliau menambah lagi bahawa usaha lebih keras perlu dijana dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat pada pru 13 nanti.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/10/drs-khalil-malaysia-lebih-maju-jika.html

Galas: PKR dan DAP komited menangkan calon PAS (video Termasuk isu lain)

PAS putus calon malam ini


Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini.

Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.

“Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti.

“Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN.

Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin.

“Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding.

“Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus,” katanya.

Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional.

Ianya termasuk membebaskan media dari membuat liputan sebelah pihak, dan tidak menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera Umno BN untuk berkempen.

Menyentuh isu yang akan dibawa PAS pula, beliau yakin isu-isu setempat lebih sesuai dengan suasana Galas di kawasan pinggir bandar Gua Musang.

Bagaimanapun ianya mungkin berubah mengikut kesesuaian masa dan suasana kempen nanti.

“Apa pun kita harap perjalanan pilihan raya ini berjalan dengan baik, dan kita bergantung dengan Allah SWT,” katanya.

PKR batal keputusan pemilihan di Subang


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 telah membatalkan pemilihan Cabang Subang, Selangor berikutan ancaman dan ugutan yang diterima pengawas pemilihan itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan darihal Pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010.

Ancaman dan ugutan itu diterima oleh ahli JPP, Sabaruddin Mohd Yassin, kata Saifudin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

JPP juga, katanya,  telah memutuskan dua individu iaitu Saudara Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Saudara Sivam a/l Veeramuthu (no ahli B160000800) telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat  ibu pejabat parti itu.

“Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan. Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa sertamerta,” kata Saifudin dalam satu kenyataannya.

Sementara itu, beberapa cabang PKR di Selangor akan menghantar memorandum bantahan kepada ibu pejabat parti itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan beberapa mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang.

Antara cabang yang akan berbuat demikian adalah dari Hulu Selangor, Kuala Langat, Kapar dan Subang, menurut Malaysiakini.

Seorang wakil dari Hulu Selangor Nazar Yakin berkata kira-kira 30 ahli dari cabang tersebut akan hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan itu.

Kata Nazar, pihaknya juga tidak berpuas hati kerana pemilihan ketua cabang, timbalan ketua dan ketua wanita terpaksa diadakan semula susulan dakwaan kertas undi yang dikira melebihi daripada jumlah ahli yang hadir.

Dakwanya, mengikut tatacara PKR, sepatutnya pengawas pemilihan yang bertanggungjawab mengumumkannya pembatalan pemilihan peringkat cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak sebagai pemantau.

JPP belum jawab surat Zaid

Sementara itu, surat Datuk Zaid Ibrahim kepada Pengerusi JPP, Datuk Molly Cheah yang mencadangkan agar parti itu mematuhi standard minima pemilihan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum berjawab.

Menurut Zaid, surat itu dihantar beliau sejak  Selasa, 5 Oktober 2010 lalu.

Dalam surat itu, Zaid mencadangkan beberapa perkara dilakukan PKR dalam proses pemilihannya sebelum beliau membuat keputusan samada mahu menerima atau tidak pencalonan mana-mana jawatan dalam pemilihan parti itu.

Antaranya adalah:

1. Calon dibenarkan melantik seorang Wakil Calon dan 4 orang wakil sebagai polling and counting agent(PACA) bagi setiap Pusat Mengundi. Jumlah kertas undi mestilah ditandatangani dan disahkan oleh PACA (Borang SPR 13) dan jumlah undi mestilah juga ditandatangani dan disahkan oleh PACA di setiap tempat mengundi (Borang 14 SPR). Tanpa pengesahan tandatangan ejen-ejen calon berkenaan keputusan di tempat tersebut adalah tidak sah.

2. Kertas undi mesti bernombor siri. Nombor-nombor siri ini menjamin bahawa jumlah kertas undi adalah terkawal, dan kertas tambahan tidak boleh digunakan.

3. Peti undi telus cahaya (transparent ballot box) harus digunakan supaya ia dapat dilihat oleh semua pihak.

4. Ruang membuang undi hendak diasingkan bagi mengelak gangguan. Pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ini akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi.

5. Senarai ahli-ahli yang sah sahaja yang digunakan; dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama yang diberikan kepada Calon dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut.

6. Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi tersebut.

7. Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa MATC tempoh hari; nama mereka sepatut ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi.

“Saya berharap permintaan ini akan diluluskan secepat mungkin. Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak. Parti kita mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh SPR, kalau tidak sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa,” kata Zaid dalam suratnya.

Isu hak tanding timbalan presiden Nurul Izzah panas


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Isu hak bertanding Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden PKR menjadi panas dalam pemilihan parti itu sekarang apabila pelbagai pihak membuat kenyataan media mengenainya.

Harakahdaily menerima empat kenyataan berasingan mengenainya dan meminta pihak pimpinan tertinggi parti itu atau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan segera isu ini.

Dua kenyataan diterima dari dua ketua cabang PKR Sabah manakala dua lagi kenyataan dari dua calon naib presiden parti itu yang sedang dalam peringkat kempen sekarang ini.

Menurut mereka, tindakan tidak membenarkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden atas dasar pencalonannya tidak mencukupi iaitu hanya satu (sekurang-kurangnya dua pencalonan diperlukan)  menimbulkan tandatanya kerana beberapa cabang pula mengaku membuat pencalonan untuk beliau.

Nama Nurul Izzah sebagai timbalan presiden naik memuncak apabila salah seorang calon utama jawatan itu, Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan beliau sedia menimbangkan untuk mengundur diri dari bertanding jawatan itu kalau Nurul Izzah sedia bertanding.

Namun, menurut laporan media, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan sahaja selepas tarikh pencalonan ditutup 10 Oktober lalu. Oleh itu, dia tidak layak bertanding jawatan itu.

“Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil samaada oleh Setiausaha Kehormat atau JPP adalah tidak wajar dan kami kecewa,” kata Steven Epay A/K Ganing, Ketua Cabang PKR Selangau, Sabah.

Bagi beliau, sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya.

“Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihanraya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding.

“Kami hanya mahu parti menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti,” kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Pendapat beliau disokong oleh rakannya Lokman b. Uri, Ketua Cabang Semporna juga dari Sabah.

Bagi beliau, pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan.

“Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pihak parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang, bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi,” katanya dalam kenyataanya kepada Harakahdaily.

Calon naib presiden PKR, Jonson Chong juga menyokong kenyataan mereka berdua. Bagi beliau isu pencalonan Nurul Izzah menjadi isu yang hangat diperbincangkan di kalangan ahli parti itu.

Menurutnya, mana-mana ahli yang menyertai parti itu lebih satu tahun sepatutnya dibenarkan untuk bertanding dan mengundia.

“Sepatutnya, pencalonan setiap cabang tidak digagalkan oleh mana-mana masalah pentadbiran,” katanya.

Beliau juga mempertikaikan kedudukan JPP, adakah badan ini benar-benar bebas atau masih dikawal oleh pejabat Setiausaha Agung PKR.

“Siapa lebih berkuasa, JPP atau Setiausaha Agung (dalam hal pemilihan parti),” tanya Jonson Chong, bekas Ketua Perhubungan Awam PKR.

Anggota Parlimen Klang,  Manikavasagam Sundaram yang juga calon naib presiden juga bimbang isu ini merosakkan nama baik PKR dalam memperjuangkan demokrasi di negara ini.

Beliau mencadangkan agar tarikh tutup pencalonan ini dilanjutkan kepada 16 Oktober ini untuk memberikan keadilan kepada semua.